My Home

Followers

Isnin, 16 Januari 2012

Apple Crumble

epl 
Bahan-bahan ( untuk 3-4 orang makan ) 


  • 4 biji apple hijau 
  • 1 cawan nestum
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1-1 1/2 cawan tepung (semasa di gaul dgn butter, campurkan secukup tupung sehingga adunan jadi seperti serbuk roti sahaja) 

 

 

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Kupas apple, buang bahagian tengah dan potong dadu. Gaulkan dengan 1/2 cawan gula perang, serbuk kayu manis, tepung jagung dan masukkan kedalam loyang (loyang disapu sedikit butter).
  3. Didalam satu mangkuk, campurkan tepung dan butter. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti. Masukkan nestum dan gaul.
  4. Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Bakar lebih kurang 30 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan.
 [Sumber dan diolah]

 Sos Kastard

  1. 1 1/2 tin susu cair
  2. 2 sudu besar tepung kastard (kalau nak pekat lg tambah la lgi)
  3. 4 sudu besar gula
  4. secubit garam
Cara penyediaan:

  1. Panaskan susu cair dan gula di dalam periuk, masukkan gula, garam dan tepung kastard, kacau sos menggunakan whisker untuk mendapat hasil terbaik. Setelah agak pekat (kepekatan mengikut citarasa masing2) sejukkan di dalam peti ais.
 Cara hidangan:

Makan epal crumble bersama sos kastard yang telah disejukkan atau bersama aiskrim vanilla.






Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~

American Chocolate Cake

 Kek ni di ambil dari resepi American Chocolate Cake...sangat moist dan sedap..mmmm



Bahan-bahan kek

3 biji telur
2 cawan gula kastor
1 sd kecil esen vanilla
1 cawan minyak masak/ butter cair
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sd kecil soda bikarbonat
secubit garam

Cara penyediaan

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan esen vanilla.
2. masukkan minyak masak/butter cair dan kacau hingga sebati.
3. masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati, kemudian masukkan soda bikarbonat dan baking powder.
4. masukkan tepung gandum dan secubit garam, kacau hingga sebati.
5. tuang ke dalam loyang yang telah disapu sedikit butter atau gunakan kertas minyak.
6. bakar dengan suhu 175-180 drjh celcius selama 45 minit. seeloknya panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit.

Topping

200 g coklat masakan (coklat bar)
200 g susu segar
(gram boleh diganti dengan 2 cawan susu segar dan coklat masakan)


Cara penyediaan
 
1. Panaskan coklat dan susu segar di atas api perlahan dan sentiasa kacau sehingga pekat. atau gunakan kaedah double boiler.
setelah sejuk, sapukan ke atas kek tadi, dan hiaslah mengikut citarasa masing2..selamat mencuba!

Icing

1 cawan gula icing (boleh kurangkan mengikut citarasa)
1 cawan butter
sedikit perahan lemon (balancing)

Semua bahan ini di pukul hingga kembang (lebih mudah menggunakan mixer sahaja)




Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Pizza Nugget

  



Bahan-bahan ( 1 keping pizza saiz L )

    * 200 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
    * 1 sudu gula
    * sedikit garam
    * 1 sudu kecil yis
    * 125 ml air
    * 1 sudu butter
    * 1 sudu susu tepung

 Bahan Topping 1
    * ** 6 keping nugget ayam
    * ** 2 ulas bawang putih
    * ** serbuk lada sulah
    * ** Sedikit garam dan gula

Bahan Topping 2
    * ** mayonis
    * ** sos cili dan sos tomato
    * ** mozarella cheese
    * ** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
    * ** black pepper
    * ** serbuk Oregano

Cara Penyediaan

   1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.

   2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm, tabur sikit dengan tepung gandum untuk mudah membentuk. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.

   3. utk topping 1: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan nugget yang telah digoreng dan dipotong menjadi kepingan kecil. goreng sehingga masak. masukkan garam, secubit gula dan serbuk lada sulah.

   4.  Utk topping2: Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur (topping1) nugget yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..dan akhir sekali taburkan serbuk Oregano.

   5. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!

Sumber dan diolah: http://www.myresipi.com/top/detail/720



Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)