My Home

Followers

Rabu, 27 Jun 2012

Makan Kenduri di Jakarta

 Sejurus tiba di jakarta, naik air asia jam 9.30 dari penang, tiba jam 11.45 (waktu Malaysia) di Airport Soekarno-Hatta
 Yusra sentiasa dalam dakapan Nyaeinya..Ummi~jalan sendiri seperti tiada gangguan :D

 Snap gambar sendiri pun ok, Option camera iPod sangat mudah, boleh buat cermin dan tangkap gambar sendiri gitu..
 Ummi, Nyaei, Yusra~senyum melihat gambar masing2..
 Selamat Datang...
 Yusra sedang menangis kerana ditinggalkan Nyaeinya sebentar..Nyaei lesap di kamar kecil :)
 Disambut oleh rakan tuan rumah kenduri
 Ishhh..yusra ni beratlah, dah lebih 10 kg, jalan sendirilah1
 Kawasan bis penjemput (bas)...sedang menunggu mobil untuk ke Hotel Atlantic
 UUuu, papa duduk diyam2 jaga beg na..
 ooh inikah Jakarta....?
 Rumah setinggan diantara rumah2 elit di Jakarta.
 Siap boleh leleh airmata tengok kehidupan  orang2 yang miskin di Jakarta..
 Sampai di Dewan Dakwah..singgah atas permintaan ayah sbb nak beli buku.
 Saat ni pagar dikunci sebab dalam tu ada masjid, ramai tengah solat jumaat..
 Kontrol..kontrol
 Hotel Atlantic..sewa 2 bilik, 1 bilik sekitar 339rp. bilik boleh attach
 Suasana dalam bilik
 Majlis kenduri sebelah malam..
 Ramai...Macam2 penampilan..fesyen tak hingat..


 Semua bunga2..bunga hidup ok...
 Ramai sedang beratur untuk bersalaman dengan mempelai..aku tak join, sebab nak makan terus.
 Pelamin...

 Makan di bilik Vip, kalau kat luar takda meja..jenuh nak suap nasi, sebab dua-dua tangan dah pegang pinggan nasi satu, pinggan kueh satu..
 Hari ni, takda pantang nasi, semua sapu ok..



 Seperti biasa, menyorok sikit belakang sumai supaya nampak sama besar ;D

 Papan Ucapan Selamat datang dihias dengan bunga hidup...harum~
 Keesokan hari, berangkat ke Pasar Tanah Abang...syurga beli belah di Jakarta

 Sekitar jalan masuk ke Tanah Abang...dasat..macam pasar malam yang sempit tapi kereta boleh masuk tengah2..buka tingkap dah boleh beli brg.
 Hon2 macam dah jadi kebiasaan di semua jalan2 Jakarta.
 Macam jambu air



 Perjalanan balik dari Tanah Abang..penat dah beli barang..dok melilau sakan tak sempat nak snap gambar dalam pasar tanah abng..
 Bertolak ke Malaysia jam 4.30pg  waktu Indonesia

Aturcara perjalanan
Tarikh : 15 - 17 Jun 2012
Masa perjalanan: < 2 jam
Pesawat: Air Asia
Kos tambang: masa tu dalam RM600+ (waktu ni mahal siot),  seorang, pergi balik
Kos Teksi BlueBird: dari Airport ke pusat bandar RM100000 (RM34)
Kos sewa hotel: 339rp satu malam, satu bilik.


Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Cerita dari London

Syukur Alhamdulillah....ni aku kongsi gambar-gambar masa kejadian...

                            Menginap kat hostel adik aku di University Of East Anglia, Norwich.

Masa nak berangkat ke London, naik train--->tube---->jalan kaki lebih kurang 2 jam dari Norwich baru sampai London City. Bertolak dalam pukul 5 pm.

        Ni atas train, baru nak gerak nih..dalam hati seronok gila nak tengok London..haha jakun daa..

Lepas naik train naik tube lak, laju gila, kalau takda seat mahu ketaq lutut berdiri nih, nasib baik dah penah naik masa kat Singapore dulu, tak la jakun sangat..hehe
Sampai London City dalam pukul 7 pm terus cari Hotel yang dah dibooking sejak awal...sewa 3 bilik, private sikitkan, sebilik dalam RM700 ++ duit Malaysia...hotel budget je nih, janji selesa =p


Esoknya pi jalan-jalan ngan sightseeing...huuuu besh tak hingat, dia bawak kita jalan2 kat London City, kira pakej tiket sightseeing ni ialah ada english live guides, multi-lingual commentaries (malay tarak), 24 hour tickets (ni yang best), boleh pilih hop-on or hop-off, free thames cruise (mesti naik nih), free kids club (yang ni aku dah atas umur, tak leh join..=P Korang bleh booking online je ticket ni. www.theoriginaltour.com.

London Eyes!!!
Turun kat Talfagar Square, sebab nak amik bunga yang tergantung tu bawa balik =P
Ajak anak mandi kat bawah air pancut...

Bergambar di depan National Gallery, balik nak wat umah banyak tiang macam ni, suh anak-anak main aci tiang=)
Singgah kat Oxford Street sebab makanan halal ada kat sini...
Dalam tu ada KFC, tapi tak sure halal ke tak, jadi kami makan je la kat booth  pak arab nih, aku taktau apa namanya kedai pak arab ni, kami makan chicken chop dan fish & chip aje..mahei plak aih..tapi sedaaap.
Habis isi perut, sambung jalan lagi ke London Tower, London Bridge, nampak je bridge tu anak aku terus nyanyi lagu 'London Brijes fowling don, fowling don' hehee kelako=)
Wajibb naik cruise...ni pakej kalu tak rugii =)
habis je jalan2 sekitar London City, terus singgah Marble Street beli belah kat sana..ada kedai cenderamata orang India, murah giler..pas perabih duit terus balik hotel =p

Ni masa ber'punting' di Cambridge University, ada sungai di tengah kampus...cantek sioootttlah!! Nak naik sampan ni kena bayar RM70. Ikut budi bicara promoter lah, ada yg sampai RM100++!!!
Cantek kan!!
Ni pun santek gak ah.
Ni masa pi ladang tanaman, banyak buah epal, rasberi, plum and etc, ladang gandum pun ada. Tengok ladang dan rumput yang renek dan seluas mata memandang ni rasa cam nak berguling jah!!
Miii...dapp aa...
Hasil yang sempat dituai =P
Ni time pi carboot, luas aih padangnya mcam padang lembu kat New Zealand je aku tengok..kalau nak beli second hand toys yang masih berkualiti banyak ar kat sini..Beli banyak2 jual kat blog pun syiok gak nih =P
Dah abis 2 minggu dok sana..time nak balik, naik bas transit ke airport.

Aturcara perjalanan
Tarikh : 21 Ogos - 5 Sept 2011
Masa perjalanan: 12 jam 30 minit
Pesawat: Air Asia
Kos tambang: masa tu dalam RM4000 ++,  seorang, pergi balik
Kaseluruhan kos percutian ni aku tak tau la berapa. Apa-apa pun kalau spend RM10K sekali tambang pi balik + shopping kira mewah dah tuh!

Aku rasa ni percutian paling GREAT setakat umur aku nih, harap akan ada yang GREAT lagi pas ni..sapa sangka rezki dari langit :)












Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)