Bermula saat pertemuan denganMu
Aku mula mengenal erti kehidupan
Mengerti tentang nilai diri
Dicelah-celah kemelut yang berpanjangan
Dalam sedar aku mula menggubah impian
Ingin sentiasa bersamamu
Meniti hari-hari yang payah
Dalam timbunan nestapa yang masih pekat
Kekasih
Ranjau hidup tak pernah terasing
Turut merencahi kemesraan kita
Kegelapan Membuatku lemas
Lalu hanyut dibawa waktu
Maka gugurlah satu persatu
Permata-permata indah kurniaanMu
kekasih
menjalani saat-saat kerinduan
Cuba kukirimkan untukMu
Jambangan-jambangan yang paling indah
Agar aku dapat kembali bersamaMu
Namun engkau masih terlalu jauh
Di hujung keresahanku, Kekasih
Kuketuk pintuMu di malam nan syahdu
Dalam tangisan yang panjang
Membawa selautan rindu
Semalaman aku bermunajat
Mengaharap pintuMu terbuka untukku
Kekasih
Kiranya cinta memerlukan bukti
Maka hanya ini yang ada padaku
Segugus doa dalam taubat yang murni
Aku berjanji tidak akan pergi jauh lagi
Kerana siapalah aku di bumiMu ini, Kekasih
Tanpa rahmat dan redhaMu
Ya arhamarrahimin....
Aku mula mengenal erti kehidupan
Mengerti tentang nilai diri
Dicelah-celah kemelut yang berpanjangan
Dalam sedar aku mula menggubah impian
Ingin sentiasa bersamamu
Meniti hari-hari yang payah
Dalam timbunan nestapa yang masih pekat
Kekasih
Ranjau hidup tak pernah terasing
Turut merencahi kemesraan kita
Kegelapan Membuatku lemas
Lalu hanyut dibawa waktu
Maka gugurlah satu persatu
Permata-permata indah kurniaanMu
kekasih
menjalani saat-saat kerinduan
Cuba kukirimkan untukMu
Jambangan-jambangan yang paling indah
Agar aku dapat kembali bersamaMu
Namun engkau masih terlalu jauh
Di hujung keresahanku, Kekasih
Kuketuk pintuMu di malam nan syahdu
Dalam tangisan yang panjang
Membawa selautan rindu
Semalaman aku bermunajat
Mengaharap pintuMu terbuka untukku
Kekasih
Kiranya cinta memerlukan bukti
Maka hanya ini yang ada padaku
Segugus doa dalam taubat yang murni
Aku berjanji tidak akan pergi jauh lagi
Kerana siapalah aku di bumiMu ini, Kekasih
Tanpa rahmat dan redhaMu
Ya arhamarrahimin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)