Dalam menempuh perjalanan hidup yang berliku ini, tidak memungkinkan kita menjalani kehidupan sendirian. Yang pasti kita amat memerlukan teman supaya kehidupan ini akan lebih bermakna. Islam sendiri amat menitikberatkan soal persaudaraan.
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah.Rasulullah Saw bersabda,
"Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".
Begitu pula dalam menempuh jalan dakwah, dalam kita bermujahadah untuk melaksanakan dakwah, banyak perkara yang diambil remeh atau terlepas pandang yang mungkin akan mempengaruhi dakwah atau apa yang akan kita wariskan kepada generasi seterusnya. Penulis buku Al Awaiq,Muhammad Ar Rasyid berkata,
"Setiap orang akan bertindak dan memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan. Ada yangmemiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya."
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengkoreksi diri, apakah ukhwah yang terbina ini sudah mantop atau sebaliknya...aku menyeru kepadamu sahabat, jom kita memperkasakan ukhwah ini kerana Allah, semoga Allah memberi keberkatan yang tidak berbelah bagi kepada kita...
untukmu sahabat, maafkanlah kesalahanku andai bicaraku menyakitimu, tingkahlakuku tidak berkenan dihatimu, kerana aku sedar aku bukan insan kamil yang mampu memuaskan hati setiap darimu...maka maafkan aku, maafkan aku, maafkanlah aku...
Doakan aku dan kamu, agar kita sama-sama berjaya dalam final exam yang semakin menghampiri....Insya Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)