My Home

Followers

Jumaat, 17 Oktober 2008

TINTA BUAT BAKAL SUAMIKU...


P/S: kpd pemilik crita nih, syukran jazilan, tumpang amik kasi xpose dalam blog teman nih...
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan ku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk diri mu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan aku tersedar dari lena ku yang panjang.


Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, "Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada kami", jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi. Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu hati ku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku.

Aku lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung ku atau cuba menegur ku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandangan ku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a. " Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milik mu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki yang lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan ku. Aku secara keras menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ, dia sentiasa menghubungi dan menganggu ku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupan ku yang ceria selama ini dirampas dari ku. Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa', agar Dia melindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku sentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu. Ku tahu, lelaki yang melamar ku bukan diri mu. Malah aku yakin pada gerak hati, 'woman intuition' ku yang mengatakan lelaki itu bukan dirimu.

Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Namun, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin ku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah jodoh ku yang telah tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kita berpandangan. Itulah janji Allah.

Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan mu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian ku.

Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hati mu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku lupa tanggungjawab mu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi ku.

Buat tatapan sahabat-sahabatku,
Jadikanlah coretan ini sebagai panduan untuk kita menghadapi dugaan di bumi Allah ini. Semoga kita menjadi wanita solehah yang menjadi tulang belakang lelaki soleh yang bakal memimpin kita menjadi penghuni syurga Allah. InsyaAllah.
Beringatlah bahawa ‘wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik juga’.
Sebar-sebarkanlah bacaan ini. Yang baik itu dijadikan teladan dan yang buruk itu kita jauhkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)