Airmata bercerita lagi..
dia membongkar cerita hati,
tidak lagi menjadi rahsia..
mengapa kau terlalu mudah meluahkan perasaan itu
ingin sekali kau bersatu bersama ceritera-ceritera hati
yang tersimpan dibenak itu…
bukan untuk dikongsi,
bukan untuk meraih simpati
dengan kehadiranmu yang tiba-tiba..
ohh mengapa kau tidak simpati pada diri itu,
seluruh anggota zahir
yang bakal berhadapan dengan dia…
kau memaksa diri itu mereka seribu satu cerita palsu
untuk menangkan dia..
sedang gelora dihati makin menggila..
lalu kau membongkar segala….
adakah kau tahu betapa pilunya diri itu
bila terpaksa menangkis segala
yang ternyata amat benar…
kau terlalu memaksa diri itu
menjadi bukan diri itu yang sebenar….
Wahai diri jangan terlalu memikir
Tenangkan hatimu
Ceritalah pada Dia
Ceritalah apa saja
Kerana Dia pencipta airmata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)