My Home

Followers

Isnin, 9 Februari 2009

CekodoK PisanG Montel



Sedap mata memandang..sedap lagi mulut yang merasa..haaa qM ciptakan khas ayat ni untuk cekodok a.k.a cucur kodok yang sememangnya menjadi fav qM dan semestinya dia juga...tapi cekodok kali ni, air tangan mbok (panggilan mak dalam bahasa jawa) qM laa..bukan qM sendirik..qM tukang makan je lerr..huhu da kawen pun malas masak lagik...ape la nak jadik kan...pe2 pun makhluk di luar sana jangan la ikut fe'el qM yang tak elok niii...tapi tak per..secangkir teh kasih sayang tetap qM hidangkan buat dia yang tersayang..hehe

Okey kali ni, qM nak kongsi-kongsikan resepi simple yang qM kira semua orang bleh cuba...tinggal lagi nak buat atau tak jer...

p/s: Sila mulakan dengan bismillah...

Bahannya ialah

1. 3 biji pisang abu kapok (pisang abu la tu, pasal rasanya manis lemak gitu..)
2. Satu cawan tepung gandum (atau ikut la, kalo nak lebih tepung tambah la lagi..)
3. sedikit gula dan garam ( yang ni optional, biasanya garam jer qM letak sket, untuk rasa lemak, rasa manis pisang da ok daa, tak yah ubuh gula pun tak pa..)
4. Sedikit air (untuk lebih lembut)
5. Minyak untuk menggoreng

cara membuat

1. Pisang2 tersebut dibuang kulit, dipotong dan dikisar ( supaya cekodok tersebut gebu dan lebih montel =)
2. Selepas itu masukkan secawan tepung, sedikit gula (kalo nak manis lagi) dan sedikit garam (jangan lupa...)
3. Sekiranya bancuhan agak kental masukkan sedikit air supaya lebey lembut..jangan lembik sangat nanti makan minyak pulak..
4. Panaskan minyak, jemputkan bancuhan tadi comei2 ( supaya senang nak makan nanti)
5. Semasa menggoreng, pastikan cekodok tersebut di balik-balikkan supaya mendapat hasil yang gebu dan montel...
6. Goreng sehingga warna keemas-emasan, angkat dan toskan..
7. Sedia untuk dimakan..hmmm nyam nyammm( jangan lupa hidangkan bersama secangkir teh kasih sayang HPA)

okey, kengkawan di luar sana bleh la mencuba, kalo jadik bagitau ok...

Jumpa lagi dengan resepi dari mbok qM...Wslm

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)