My Home

Followers

Rabu, 20 Oktober 2010

Sekitar Islamic Fesyen Festival

 Bergetar hati dan jiwa saya membaca keyataan di dalam gambar di atas, lantas teringin pula rasanya untuk melihat fesyen-fesyen yang digayakan. Apakah benar seperti apa yang dimaksudkan atau sekadar penyedap tajuk, 'Festival Pakaian Islam'. Perlukah pertujukan fesyen Islam? Kalau ada pertunjukan, jadi siapa pula yang menjadi modelnya? sudah tentulah wanita bukan? Bolehkah wanita menunjuk-nunjuk, memperagakan pakaian, dan berjalan berlenggang lenggok di hadapan lelaki? Huh bermacam-macam persoalan bermain di minda beku saya, terkedu dengan program yang bakal mendatangkan kerosakan dari kebaikan!
 
Saya menggerakkan cursor menekan butang search. Tuu diaa..betul ke ni pakaian Islam, biar betul. Ini pakaian jahiliyyah namanya, bukankah Allah telah berfirman;



“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  Al-Ahzab, 33:59
Sabda Nabi;

 “Ada dua kelompok manusia penghuni neraka yang belum pernah kulihat, yang pertama laki-laki yg memegang cambuk seperti ekor sapi yg kerjanya memukuli manusia dengannya; yg kedua wanita yg berpakaian tetapi telanjang kalau jalan berlenggang-lenggok menggoda rambutnya seperti punuk unta, dua kelompok ini tidak masuk Syurga dan tidak akan mencium bau Syurga, padahal baunya tercium dari jarak sekian dan sekian.” HR Muslim.

Siapa agaknya yang sampai hati membenarkan program sebegini agaknya, saya buat-buat bertanya dalam hati, padahal sudah jelas lagi bersuluh. Saya menekan lagi butang search. Kali ini saya beralih pula ke kata kunci ini Islamic Fesyen Festival. Ohh
Pengerusi dan pengasas IFF, Datuk Rezza, bawah naungan siapa? tak lain tak bukan, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor rupanya. Sungguh tak hairan langsung! Lihat saja pemakaian dia, sudah tahu pemikirannya bagaimana!

Berikut petikan dari laman terbabit,

Kepekaan penganjur mengenai hal itu wajar dipuji kerana ia turut menunjukkan kesungguhan untuk merealisasikan hasrat menjadi penggerak ikon fesyen busana Muslim di rantau ini dan mengikis tanggapan stereotaip fesyen Islam yang sekian lama diterjemahkan dengan fahaman ‘selubung dan menutup’. Sedangkan, jika digarapkan dengan teliti dan daya kreativiti yang tinggi ia jauh lebih indah serta berseni daripada persepsi yang diterapkan ke dalam minda masyarakat dunia selama ini. Contoh yang jelas, dapat dilihat pada IFF sendiri.
 
Pertunjukan fesyen siri ketiga penjelajahan di Jakarta yang berlangsung dua hari, memperlihatkan pereka cuba mengembangkan aliran budaya tempatan dan kontemporari dalam rekaan. Sebahagian besar pereka yang mempamerkan kreativiti masing-masing boleh dikatakan, tidak melulu menampilkan gaya rekaan busana Muslim dengan pengaruh budaya Barat, sebaliknya cuba memperkayakan budaya berpakaian masyarakat dari kedua-dua rumpun negara.
Pada masa sama, ada juga pereka lebih senang mengambil inspirasi cetusan Asia Barat bagi memperlihatkan cita rasa dan gaya global serta daya kreatif mereka. Namun, rekaan diketengahkan tetap berpaksi dengan pendekatan mengambil kira latar belakang budaya tempatan dalam setiap perincian digarap.

Sepanjang dua hari itu lebih 300 koleksi busana Muslim diperagakan. Pereka tempatan yang mengambil bahagian ialah Datuk Tom Abang Saufi, Khoon Hooi, Melinda Looi, Hajaba yang dipelopori Mona Din, Atim Agoy, Jarumas dan Khadani, manakala pereka dari Indonesia antaranya, Sebastian Gunawan, Itang Yunaz, Ida Royani, Fenny Mustafa, Arifan Mas dan Ade Listiany. IFF dinaungi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor.
Rezza berkata, sejak diasaskan tiga tahun lalu hingga kini, hampir 200 pereka berjaya dilahirkan dengan cetusan idea baru dan sentiasa segar. Bahkan, acara itu menjadi pemangkin bagi mengembangkan lagi aliran tradisional dan kontemporari dalam rekaan busana Muslim.
“Garapan idea dicetuskan pereka bagi menjayakan IFF semakin diterima dan perkembangannya menandakan industri fesyen ini begitu hebat sehingga memberikan saingan sihat di kalangan pereka bahkan menular hingga ke negara luar,” katanya turut gembira kerana berjaya sekali lagi menganjurkan IFF walaupun berdepan dengan cabaran kegawatan ekonomi.
 
Meluahkan rasa, Rezza berharap penganjuran IFF mendapat sokongan teguh daripada semua pihak dan untuk sekian kali turut mengulangi lagi hasrat untuk meletakkan Kuala Lumpur-Jakarta-Dubai sebagai mana kota fesyen Paris-New York-Milan. Malah, katanya, impian itu semakin menjadi kenyataan kerana rekaan yang menonjolkan gaya sopan dan menjaga batasan aurat menampakkan pereka semakin memahami wadah digariskan dalam IFF. Justeru, pereka bukan saja memberikan komitmen tinggi bagi menjayakan IFF VII tetapi agak teliti dalam menghasilkan rekaan masing-masing.


 Begitulah kata-kata mereka. Wahai muslimin, hari ini syaitan bertepuk tangan dengan kelemahanmu. Dia berjaya menghasut ketua kamu, siapa yang berani-berani menggagalkan rancangan ketua kamu, akan dicop sebagai jumud, di perosok ke dalam tirai besi ciptaan mereka, dan di sangkal pendapat-pendapatnya. Maka tiada siapa lagi masyarakat umum akan bersamanya. Hati dan pemikiran umat telah diracuni dengan bait-bait muslihat mereka.


Islam hanya diamalkan ketika menguruskan jenazah, nikah, poligami, puasa dan solat. Namun jika berpakaian menutup aurat dikatakan mundur dan sebagaiya. Lalu tercetuslah idea-idea barat untuk memperbahrui fesyen dan gaya menutup aurat mengikut acuan mereka sendiri. Kitalah bangsa yang mengambil idea mereka dan berasa gah dengan pemikiran barat mereka.Kita juga yang menganjurkan dan mengetengahkan idea mereka dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang jauh menyimpang dari Islam sebenar.

Aku menyeru kepada insan yang bernama pemimpin, jika dirimu tidak mampu menggalas tanggungjawab yang besar menyusun atur negara di bawah pimpinanmu, maka berundurlah dari persada itu. Contohilah pemimpin-pemimpin terdahulu. Memimpin dengan hati yang takut pada Allah, sedar bahawa setiap gerak gerinya dilihat oleh Allah. Jadilah seperti Abu Bakar as-Sidiq, yang di dalam ucapannya mengatakan;
" patuhilah saya selagi saya mentaati Allah dalam mentadbir urusamu. Jika saya telah membuat maksiat kepadaNya maka tidak wajib lagi kamu mematuhi saya."



Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)