Saya menggerakkan cursor menekan butang search. Tuu diaa..betul ke ni pakaian Islam, biar betul. Ini pakaian jahiliyyah namanya, bukankah Allah telah berfirman;
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Al-Ahzab, 33:59
Sabda Nabi;
“Ada dua kelompok manusia penghuni neraka yang belum pernah kulihat, yang pertama laki-laki yg memegang cambuk seperti ekor sapi yg kerjanya memukuli manusia dengannya; yg kedua wanita yg berpakaian tetapi telanjang kalau jalan berlenggang-lenggok menggoda rambutnya seperti punuk unta, dua kelompok ini tidak masuk Syurga dan tidak akan mencium bau Syurga, padahal baunya tercium dari jarak sekian dan sekian.” HR Muslim.
Siapa agaknya yang sampai hati membenarkan program sebegini agaknya, saya buat-buat bertanya dalam hati, padahal sudah jelas lagi bersuluh. Saya menekan lagi butang search. Kali ini saya beralih pula ke kata kunci ini Islamic Fesyen Festival. Ohh Pengerusi dan pengasas IFF, Datuk Rezza, bawah naungan siapa? tak lain tak bukan, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor rupanya. Sungguh tak hairan langsung! Lihat saja pemakaian dia, sudah tahu pemikirannya bagaimana!
Berikut petikan dari laman terbabit,
Kepekaan penganjur mengenai hal itu wajar dipuji kerana ia turut menunjukkan kesungguhan untuk merealisasikan hasrat menjadi penggerak ikon fesyen busana Muslim di rantau ini dan mengikis tanggapan stereotaip fesyen Islam yang sekian lama diterjemahkan dengan fahaman ‘selubung dan menutup’. Sedangkan, jika digarapkan dengan teliti dan daya kreativiti yang tinggi ia jauh lebih indah serta berseni daripada persepsi yang diterapkan ke dalam minda masyarakat dunia selama ini. Contoh yang jelas, dapat dilihat pada IFF sendiri.
Pertunjukan fesyen siri ketiga penjelajahan di Jakarta yang berlangsung dua hari, memperlihatkan pereka cuba mengembangkan aliran budaya tempatan dan kontemporari dalam rekaan. Sebahagian besar pereka yang mempamerkan kreativiti masing-masing boleh dikatakan, tidak melulu menampilkan gaya rekaan busana Muslim dengan pengaruh budaya Barat, sebaliknya cuba memperkayakan budaya berpakaian masyarakat dari kedua-dua rumpun negara.
Pada masa sama, ada juga pereka lebih senang mengambil inspirasi cetusan Asia Barat bagi memperlihatkan cita rasa dan gaya global serta daya kreatif mereka. Namun, rekaan diketengahkan tetap berpaksi dengan pendekatan mengambil kira latar belakang budaya tempatan dalam setiap perincian digarap.
Sepanjang dua hari itu lebih 300 koleksi busana Muslim diperagakan. Pereka tempatan yang mengambil bahagian ialah Datuk Tom Abang Saufi, Khoon Hooi, Melinda Looi, Hajaba yang dipelopori Mona Din, Atim Agoy, Jarumas dan Khadani, manakala pereka dari Indonesia antaranya, Sebastian Gunawan, Itang Yunaz, Ida Royani, Fenny Mustafa, Arifan Mas dan Ade Listiany. IFF dinaungi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor.
Rezza berkata, sejak diasaskan tiga tahun lalu hingga kini, hampir 200 pereka berjaya dilahirkan dengan cetusan idea baru dan sentiasa segar. Bahkan, acara itu menjadi pemangkin bagi mengembangkan lagi aliran tradisional dan kontemporari dalam rekaan busana Muslim.
“Garapan idea dicetuskan pereka bagi menjayakan IFF semakin diterima dan perkembangannya menandakan industri fesyen ini begitu hebat sehingga memberikan saingan sihat di kalangan pereka bahkan menular hingga ke negara luar,” katanya turut gembira kerana berjaya sekali lagi menganjurkan IFF walaupun berdepan dengan cabaran kegawatan ekonomi.
Meluahkan rasa, Rezza berharap penganjuran IFF mendapat sokongan teguh daripada semua pihak dan untuk sekian kali turut mengulangi lagi hasrat untuk meletakkan Kuala Lumpur-Jakarta-Dubai sebagai mana kota fesyen Paris-New York-Milan. Malah, katanya, impian itu semakin menjadi kenyataan kerana rekaan yang menonjolkan gaya sopan dan menjaga batasan aurat menampakkan pereka semakin memahami wadah digariskan dalam IFF. Justeru, pereka bukan saja memberikan komitmen tinggi bagi menjayakan IFF VII tetapi agak teliti dalam menghasilkan rekaan masing-masing.
Begitulah kata-kata mereka. Wahai muslimin, hari ini syaitan bertepuk tangan dengan kelemahanmu. Dia berjaya menghasut ketua kamu, siapa yang berani-berani menggagalkan rancangan ketua kamu, akan dicop sebagai jumud, di perosok ke dalam tirai besi ciptaan mereka, dan di sangkal pendapat-pendapatnya. Maka tiada siapa lagi masyarakat umum akan bersamanya. Hati dan pemikiran umat telah diracuni dengan bait-bait muslihat mereka.
Islam hanya diamalkan ketika menguruskan jenazah, nikah, poligami, puasa dan solat. Namun jika berpakaian menutup aurat dikatakan mundur dan sebagaiya. Lalu tercetuslah idea-idea barat untuk memperbahrui fesyen dan gaya menutup aurat mengikut acuan mereka sendiri. Kitalah bangsa yang mengambil idea mereka dan berasa gah dengan pemikiran barat mereka.Kita juga yang menganjurkan dan mengetengahkan idea mereka dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang jauh menyimpang dari Islam sebenar.
Aku menyeru kepada insan yang bernama pemimpin, jika dirimu tidak mampu menggalas tanggungjawab yang besar menyusun atur negara di bawah pimpinanmu, maka berundurlah dari persada itu. Contohilah pemimpin-pemimpin terdahulu. Memimpin dengan hati yang takut pada Allah, sedar bahawa setiap gerak gerinya dilihat oleh Allah. Jadilah seperti Abu Bakar as-Sidiq, yang di dalam ucapannya mengatakan;
" patuhilah saya selagi saya mentaati Allah dalam mentadbir urusamu. Jika saya telah membuat maksiat kepadaNya maka tidak wajib lagi kamu mematuhi saya."
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Fesyen yg Islamik? satu agenda yg blh memesongkan pemikiran umat yg cetek ilmu. Apakah ada fesyen dlm Islam? kita dituntut menutup aurat..kita cuba mengikut apa yg diperintah Allah dan Rasul.
BalasPadamHati mereka sakit, jiwa mereka gelap.tidak dpt membezakan yang haq dan batil. mereka menganggap diri mereka moden, sedangkan merekalah yang paling mundur dan kembali ke zamam jahiliyah!
BalasPadamsy rasa apa yg mereka lakukan ni akn menyebabkan salah faham yg besar trhadap Islam.
BalasPadamsedih... satu pihak sibuk membetulkan salah phm non muslim terhadap masyarakat Islam,sibuk dalam urusan myampaikan risalah samada dlm negara mahupun luar negara.. tapi satu pihak lagi terus-terusan membiarkn n memburukkan lagi salah fhm tu......
nothing bad to be modern, asal mengikut neraca yg betul but dont be westernised.
jazakillahu khairan atas perkongsian topik ini.. :)
Assalamualaikum...
BalasPadamSedih juga melihat perkara ini terjadi malah yang menjadi penaung adalah umat Islam itu sendiri..Sedangkan TV3 dah kena denda sebab iklan yang mengelirukan apatah lagi yang ni..tapi kes yang ni takder pulak orang yang nak sound kecuali orang2 PAS..
Tak takutkah mereka yang cetek ilmu ini mengenepikan perintah Allah..semoga suatu hari Allah beri hidayah kepada mereka2 ini dan janganlah kita umat2 Islam diakhir zaman ini terpesong dengan agenda yg sebegini..
Salam ukhuwah dari ummi.
MashaAllah...
BalasPadamitulah...nama islam juga diguna tapi apa!!!!!hai nak ckapmacam mana ni...qirmumtaz....
BalasPadamJahiliyyah kembali...........
BalasPadam