Terus Dari Dapur Anda Pupur Wajah Dengan ramuan semulajadi
Pupur (mask) penting kerana ia bertujuan untuk menyegar, memperbaiki dan menegangkan kulit wajah. Bahkan ia turut membantu melancarkan peredaran darah, merangsang kembali aktiviti kulit, menyingkirkan sel-sel kulit mati dan menjadi agen pembersih yang paling berkesan.
Jika anda tidak berkesempatan membelai wajah di spa, kami ada cara untuk membantu anda menghasilkan pupur sendiri tanpa perlu keluar dari rumah sendiri. Bahan-bahan semulajadi misalnya buah, sayur dan rempah ratus sebenarnya mempunyai tindakan yang istimewa dalam mengembalikan keremajaan kulit. Kesemua bahan ini diakui mempunyai khasiat yang sangat tinggi demi menjelmakan kulit anda yang cantik dan cerah berseri-seri.
Bila Waktu terbaik Mengenakan Pupur?
Pupur tidak sesuai dipakai setiap hari kerana perbuatan itu boleh mengering dan merosakkan kulit. Ada lima situasi yang membolehkan anda memupur wajah sendiri iaitu ketika kulit sedang stres, saat wajah keletihan, pada waktu malam, ketika anda bakal bergelar raja sehari dan ketika kulit anda terdedah pada cahaya matahari dalam waktu yang lama.
Jenis-Jenis Pupur dan Kebaikannya:
Pupur Timun Untuk Kulit Sensitif
Timun diakui mampu menyejukkan kulit yang sedang merengsa. Parutkan timun dan tekapkan ke wajah kerana ia mampu menyejuk dan melegakan kulit wajah yang sudah letih akibat perubahan cuaca, alahan, keadaan sekeliling yang kotor dan juga terik mentari. Perlu anda tahu, timun dan kulit mempunyai kadar hidrogen yang sama.
Pupur Tomato Untuk Atasi Kulit Berminyak
Oleh sebab kulit berminyak mudah mendapat jerawat dan bintik hitam, asid yang terkandung dalam buah tomato dipercayai berkesan menghapuskan bintik-bintik hitam dan sebarang masalah lain yang terjadi pada kulit wajah. Pupur tomato mampu menghalus, melicin dan menaikkan seri wajah. Dengan kandungan asid folik, asid panthotenik, biotin, vitamin K dan vitamin E, ia diakui berkesan sebagai perawat kecantikan semulajadi.
Pupur Badam Untuk Haluskan Kulit
Khasiat vitamin E, magnesium, protein, potasium, kalsium dan zat besi yang ada pada badam sangat bagus untuk tujuan menghaluskan kulit wajah. Minyak yang ada pada kacang ini mampu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit wajah. Bahkan minyak inilah yang menjadikan lapisan epidermis kulit lebih tegang dan anjal.
Pupur Betik Untuk Lembutkan Kulit
Amalan memakai pupur betik secara konsisten diyakini mampu menjadikan kulit wajah lebih halus dan mulus. Selain itu, getah betik yang disapukan ke wajah juga berkesan untuk membuang sel-sel kulit mati dan seterusnya menegangkan kulit yang kendur. Pupur ini juga sesuai jika kulit anda ditumbuhi jerawat dan masalah panau. Betik yang mengandungi khasiat vitamin C, asid folat, beta karoten dan kalium mampu merawat banyak masalah kulit.
Sumber: Majalah Rapi 15 MAC 2011

Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)