Followers
Jumaat, 8 April 2011
Label yang sangat bermakna!
Lensa rasa dari
Qirmumtaz
(klik untuk tumbesaran)
Sejauh mana anda prihatin dengan label dia atas? atau lansung tak penah ambik tau pun kan.
pernahkah anda terfikir mengapa setiap barang yang kita beli kebanyakannnya akan disertai dengan label, buku manual atau lain2. semuanya adalah untuk membantu kita, betul kan? andai katalah kita beli baju, hari-hari kita basuh, tapi malangnya kita tak pernah pun ambik tau atau kalau ambik tau pun, kita tak penah ikut arahan cara basuhan baju tersebut, sudah tentu baju tersebut akan kusam dan cepat rosak kan?
Apa-apa jua perkara pun jika kita tidak mengikut manual yang telah disediakan, kemungkinan besar perkara tersebut akan mendatangkan keburukan pada kita.
Setuju tidak kalau saya katakan, manusia juga telah di bekalkan dengan satu 'buku manual', andai kita tak ikut buku manual tersebut akan berlaku macam-macam kerosakan. Macam yang berlaku sekarang ni lah, fitnah-memfitnah, pendedahan aurat, perceraian, buang anak2..fuhh macam2 lagilah nak taip pun rasa gerunn maa..Buku manual bagi manusia yang dimaksudkan adalah al-quran ditambah dengan satu lagi iaitu sunnah Rasulullah saw.
Jika kita prihatin dengan isi kandungan buku manual kita, dan amalkan dalam kehidupan, insya Allah segalanya akan cantik!
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Kategori
Lensa Rasa,
MUSLIMAH RAPI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam..biasa klu benda2 baru spt barangan elektrik ke..baru la kita nk bc label tuk tau cara2 digunakan!
BalasPadamp/s:klu beli roti selalu tgk tharikh tamatnya..hihi
hehe ha'ah, biasala kalau barang elektrik silap guna boleh meletop, haha
BalasPadam