My Home

Khamis, 5 Januari 2012

Hari Ini Hari Yang Kelabu


Lukisan perjalanan hidup untuk hari ini agak kelam dan kelabu, berkepol-kepol awan hitam meneduhi lantai bumi.

Hari ini berbeza sedikit dengan hari-hari kelmarin.
Hari ini hati terguris sedikit sakit.
Sakit dengan sikap segelintir manusia yang berlagak alim
tapi sayang..alim-alim kucing!

Kau petah berkata-kata
Kau pandai mengungkap hujah.
Kau mahu semua orang amalkan sifat mulia

Pada kau kami lihat tiada
Tiada satu pun yang kami boleh ikut
Mana sifat mulia yang kau canangkan itu!
Piirahhh..

Di mulut kau, kau hambur kata-kata pedas
Kau ingat kami siapa
Patung yang tak punya perasaan!
Hey ini manusialah!
Pada manusia punya hati dan rasa

Jaga sikit mulut kau yang celupar itu!
Jangan sampai nanti kau hilang harga diri!



Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

1 ulasan:

  1. Assalamua`laikum sya... usah pedulikan 'orang alim itu'... hanya doa padaNya supaya dia menjadi alim sebenar, ya....miss u sya!

    ~haa...nak gtau....blog a.t.u.l.a.s.c.a dah ditiadakan....yang aktif skg blog cintaagungku....:)

    BalasPadam

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)