My Home

Isnin, 16 Januari 2012

Pizza Nugget

  



Bahan-bahan ( 1 keping pizza saiz L )

    * 200 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
    * 1 sudu gula
    * sedikit garam
    * 1 sudu kecil yis
    * 125 ml air
    * 1 sudu butter
    * 1 sudu susu tepung

 Bahan Topping 1
    * ** 6 keping nugget ayam
    * ** 2 ulas bawang putih
    * ** serbuk lada sulah
    * ** Sedikit garam dan gula

Bahan Topping 2
    * ** mayonis
    * ** sos cili dan sos tomato
    * ** mozarella cheese
    * ** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
    * ** black pepper
    * ** serbuk Oregano

Cara Penyediaan

   1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.

   2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm, tabur sikit dengan tepung gandum untuk mudah membentuk. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.

   3. utk topping 1: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan nugget yang telah digoreng dan dipotong menjadi kepingan kecil. goreng sehingga masak. masukkan garam, secubit gula dan serbuk lada sulah.

   4.  Utk topping2: Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur (topping1) nugget yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..dan akhir sekali taburkan serbuk Oregano.

   5. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!

Sumber dan diolah: http://www.myresipi.com/top/detail/720



Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)