My Home

Rabu, 22 Mei 2013

Landcons Hotel di Langkawi

Bintang dari qm;
* * * kebersihan bilik
* * * kebersihan tandas
* layanan 
Landcons Hotel Landcons Hotel

 Terletak dalam jarak 5 minit berjalan kaki dari Pantai Cenang dan hanya 150 meter dari Underwater World Langkawi, hotel ini berada di dalam rumah agam yang berwarna putih. Ia menawarkan sebuah restoran terbuka, spa ikan dan bilik-bilik dengan Wi-Fi percuma.
Landcons Hotel berjarak 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan 1.5 km dari The Rice Museum. Pilihan membeli-belah boleh didapati di tingkat bawah hotel.
Mempunyai lantai berjubin, bilik-bilik yang dilengkapi secara sederhana di Landcons menyediakan TV dengan saluran kabel dan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian air panas. Di samping kemudahan untuk membuat teh/kopi dan bar mini, kemudahan menyeterika juga disediakan.
Para tetamu boleh mengatur perjalanan di meja tempahan lawatan atau menyewa basikal untuk meneroka kawasan sekitarnya. Meja penyambut tetamu 24 jam menyediakan perkhidmatan dobi dan faks/fotostat. Tempat meletak kereta peribadi di lokasi adalah percuma.
Taj Mahal Restaurant yang terbuka menawarkan pelbagai hidangan istimewa Malaysia secara à la carte. Para tetamu boleh menjamu selera di dalam bilik.

 Landcons Hotel Langkawi - Hotel ExteriorLandcons Hotel Langkawi - Hotel Exterior


 Landcons Hotel Langkawi - Superior RoomLandcons Hotel Langkawi - Bathroom


 Landcons Hotel Langkawi - Standard RoomLandcons Hotel Langkawi - Deluxe Quad


 Nota kaki: Bilik yang kami booking adalah attachment room, dalam bilik tu kiranya dah ada pintu untuk ke bilik yang satu lagi. komen qm cuma bilik tu takda tingkap langsung, walaupun ada aircond tapi rasa macam tak bernafas dan lemas sikit,,nasib keluar je pintu, depan tu ada balcony, boleh la lepak2 lepak situ..bilik yang qm duduk harganya RM100 lebih gak, sewa 2 bilik, 3D2N. sewa kereta guna perkhidmatan kereta yang kak Shila punya syarikat budgettravel agency dari penang. Leh call kak syila 0174031942... kat perkarangan hotel ada restoran taj mahal, memang sedap dan mahal..malam tu kami makan nasi arab ke,kalo tak silap la...dengan fresh orange segelas tinggi RM7..huu berbaloi2 sebab sangat sedap, cubalah! time nak balik qm order lg satu bungkus..tapi time tu rasa cam tak sedap pulak mungkin kena minum dalam kedai dia kot..layan gambar dr tripod kat bawah ni..

Photos of Taj Mahal, Langkawi











Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)