My Home

Followers

Isnin, 30 September 2013

Interviewing A Legal Personality

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 'ENGLISH FOR LEGAL PURPOSE' : A




Topic: Interviewing A Legal Personality

Biodata

Name           :
Rosilawati Binti Ahmad  Basir LL.B(Hons) IIUM
Address       :
      House     :
     
      Office     :


Lot No 1854, Jalan Meru Tambahan,  Batu 7 1/4, Meru, 41050              Klang,Selangor
MESSRS ROSILAWATI, Advocates & Solicitors * Peguambela & Peguamcara
Suite B, No.  01-02, 1st floor, Lot No 1854, Jalan Meru Tambahan, 
Batu 7 1/4, Meru, 41050 Klang,Selangor
Telephone   :
     House     :
     Office     :


010-2949901
6017-6689170/Fax No. 03-33920175

Family background

Parents      :     Teachers
Siblings      :      Eldest daughter out of 7 siblings
Age            :     41 years old
Marital Status: Married with 5 kids

Educational background

Primary School          :           Sek. Kebangsaan Batu Lanchang, Penang
                                                5A in Penilaian Darjah 5
Secondary School      :           Sek Menengah Agama Persekutuan, Labu,Negeri Sembilan
                                                Sijil Rendah Pelajaran: Grade A
                                                SPM : Grade A
                                                Sijil Agama : 4 Thanawi
University                   :           International Islamic University Malaysia
                                                Bachelor’s Degree in Law (LLB) (2rd Class Upper) [Honors]                                                                                                                                      
  Major Course    :      Contract Law, Constitutional Law, Common Law, Criminal Law,    Tort Law, Trust Law, Land Law, Family Law, Succession Law, Company Law, Jurisprudence and Commercial Law.

Work Experience:
1996-               Research Officer: University Science Malaysia
1997-               Temporary Teacher: Sekolah Menengah Perempuan Sri Mutiara, Penang
1999-               Chambering at C.P. Ang & Co. (Advocates & Solicitors) handling  criminal,  accident and contract cases
2000-               Legal Assistant at Lim, Ooi & Partners (Advocates & Solicitors)  handling contract cases
2001-               Legal Assistant at Mokhtar Ngah & Co. (Advocates & Solicitors) handling  criminal, accident and contract cases
2002-               Legal Assistant at  Shui-Tai (Advocates & Solicitors) handling   contract cases
2003-               Partner of Sulaimi, Yassin & Associates (Advocates & Solicitors) handling  criminal, accident and contract cases
2005-2011-      Partners of Sulaimi, Sharmini  & Partners (Advocates & Solicitors) handling  conveyancing matters, criminal, accident and contract cases
2013-               Partner of Messrs Rosilawati (Advocates & Solicitors) handling  conveyancing matters, syariah probate, small estate, properties consultancy and contract cases


Questions

1.      Nature of the job.
(a)    Handling  criminal, accident and contract cases.
(b)    Conveyancing matters, syariah probate, small estate, properties consultancy.

2.         What type of cases being handled
(a)    Litigation
(b)   Conveyancing

3.      Opinion regarding legal issues like
a)                  Representing a guilty client
 Client need legal representation to ensure that the judge get a clear picture of the background of the case. Function of a lawyer is to reduce the future punishment, not to negate punishment entirely. This is my stance.

b)                 Do cases win due to its facts or indulgence of a lawyer
            Most of the criminal cases are won due to technical aspects which were not provided to the high expectation of justice.  30% of the litigation cases are won due to indulgence of the lawyer. 70% of them are actually due to its facts factor.

4.      Moments of joy when winning a case due to hardwork.
In the year of 2005 where the accused (who is an innocent)  has been acquitted due to the lack of witness from the prosecution team.

5.      Moments of frustration losing a case
In the year of 2001 when the client was adjudged bankrupt.

6.      Types of client
More than 90% are individuals

7.      Most challenging case that you have handled before.
Contract cases of a non-performing loan between corporate companies that took more than 3 years period to settle.

8.      How long have you been practicing in this field or area of law?
11 years

9.      What qualities do you believe will make you a successful lawyer?
Determination, hard work and long term learning. I do not see myself doing any other thing as a career and thus I put tremendous effort to be good in my job while balancing my time for family.

10. What goals have you set for yourself?
      To settle at least 5 files a day, to get at least 15 new files a month

     How are you planning to achieve them?
By  doing marketing through networking of government services (Land Office, JPN and other agency), bankers and property agents. I also take advantage of modern wonders such as the Internet to expand my domain.

11. What was the most useful criticism you ever received, and whom was it from?
The most useful criticism is from a friend who criticised me for not doing enough time for marketing.

12. How do you market the firm?
      I market the firm by passing my business cards to potential referral clients, lawyers, bankers, developer  and property agents; and by the activities of selling & buying properties. My firm’s presence are also available online.

13. Are the firm's organization and administration systems sound and running smoothly?
      Not yet. There are still many things that should and could be improved to increase efficiency and deliverability.

14. Why do you want to be a lawyer?
I want to be a lawyer to help the more people who are in need of legal advice/service  especially to ease the process of acquiring properties. In fact, it has been my dream to directly help people and give satisfying service in any way that I can.

15. Which of your practice areas interest you and why?
Real estate and probate. The former due to its civil importance and future value. It is conventional wisdom that real estate, as a valuable resource and asset, has tremendous and persistent market value and is here to stay. Real estate should therefore be (if it hasn’t been) one of the forefronts necessities among the population and good for business. The latter, specifically the fara’id, is less known, let alone mastered by average Muslims. Thus, I would step in to assist any of those that need advice and processing in this particular matter.



Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Kerja kursus Pengantar Undang-undang

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 'PENGANTAR UNDANG-UNDANG': A


1). Malaysia mengamal pemerintahan Raja Berpelembagaan. Huraikan ciri-ciri pemerintahan tersebut dan bandingkan dengan sebuah Negara lain di dunia yang mengamalkan sistem  yang sama.
Raja Berperlembagaan Di Malaysia
Pengenalan
Menurut kamus dewan edisi keempat raja berpelembagaan membawa maksud pemerintah (kerajaan) yang mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan. Dari sudut istilah pula ia membawa maksud sistem pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan, di mana raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut. Dalam sistem Raja Berperlembagaan, Malaysia mempunyai dua institusi iaitu, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, Raja Charles I telah dihukum pancung dan Cromwell telah menjadi presiden di mana England telah menjadi republik buat seketika. Kerajaan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa, tetapi hanya memerintah selama setahun. Maka, tanpa pilihan lain, Raja Charles II diangkat ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.



Konsep Raja Berpelembagaan
Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak ( absolute monarchy ).

Perlantikan
Kedudukan yang di-Pertuan Agong adalah luar biasa dibandingkan dengan raja-raja lain diseluruh dunia yang kebanyakannya berdasarkan warisan keturunan. Yang dipertuan Agong di Malaysia tidak dipilih berdasarkan warisan keturunan tetapi baginda mestilah dari salah seorang  daripada Raja-raja Negeri Melayu. Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta menerusi system monarki bergilir di kalangan Sembilan Raja-Raja Negeri Melayu.  Pemilihan dan perlantikan  Yang di-Pertuan Agong   disempurnakan oleh Majlis Raja-raja .  Majlis Raja-Raja  terdiri daripada Raja-raja Melayu atau wakil-wakil mereka dan Yang di-Pertua –Yang diPertua Negeri, tetapi dalam pemilihan atau pemberhentian Yang di-Pertuan Agong dalam satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja. Hanya Raja-Raja atau wakil-wakil mereka sahaja yang layak hadir dan mengundi berdasarkan kemuafakatan dan persefahaman terhadap pengantinya apabila salah seorang daripada Raja-raja sudah memenuhi tempoh 5 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong, atau apabila berlaku sama ada kemangkatan, turun takhta atau sesuatu di luar jangkaan. Raja Negeri yang dilantik menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong adalah memikul sepenuhnya tugas dan tanggungjawab selama lima tahun sebagai Ketua Negara berlandaskan lunas Perlembagaan Persekutuan/Perlembagaan Malaysia. Malaysia bukanlah kerajaan beraja, tetapi Malaysia mempunyai Raja atau Yang di-Pertuan Agong. Apa yang menarik dan unik ialah, Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.

Ciri-Ciri Kelayakan
Antara ciri-ciri kelayakan ialah pemilihan berlaku hanya dikalangan raja-raja sahaja. Pengundian juga boleh dibuat oleh raja-raja sahaja. Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX. Selepas itu satu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke sembilan).

Yang Tidak Layak Dipilih
Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali, raja itu belum dewasa, raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih atau Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima ahli Majlis.

Langkah-Langkah Awal Sebelum Pemilihan
Langgkah-langkah sebelum pemilihan berlaku ialah mohon perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan. Sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menulis surat kepada setiap Raja bertanyakan sama ada baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Raja-Raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir dalam senarai pencalonan.

Prosiding Pemilihan
Prosiding pemilihan berlaku apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak hadir walaupun mereka ahli Majlis. Pemilihan juga dibuat secara undi sulit. Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan. Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi. Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan. Seorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu mengundi bagi pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.

Proses Pemilihan
Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi kepada setiap Raja, dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Calon mestilah mendapat majoriti 5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda. Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

Selepas Tamat Urusan Pemilihan
Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengenai mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas-tugas rasmi selepas baginda menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-saksi.

Pemecatan
Dalam menjalankan kuasa-kuasa dan tugas, Baginda dikehendaki menurut nasihat Jemaah Menteri. Namun Baginda tidak boleh dipecat dari jawatan oleh Jemaah Menteri mahupun Parlimen.Kuasa ini adalah terletak kepada Majlis Raja-Raja yang sebagaimana telah ditunjukkan berkuasa memilih Baginda menyandang jawatan tertinggi ini. Perlembagaan telah memperuntukan bahawa sesuatu ketetapan bagi majlis ini memecat Yang di -Pertuan Agong  dari jawatan tidak boleh diluluskan melainkan apabila sekurang-kurangnya lima orang ahli Majlis Raja-Raja mengundi mengundi menyokongnya.

Kedudukan
Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong seperti berikut:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya
(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.
(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.
(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja, atau dipecat dari jawatannya oleh Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti daripada memegang jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja.

      Ciri-ciri Pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia

Bidang Kuasa
Baginda adalah Raja Berperlembagaan sebagaimana yang dapat dilihat dari kandungan isi sumpah baginda yang dilakukan pada masa perlantikan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja di hadapan Ketua Hakim Negara. Dalam sumpah ini, baginda berikrar akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut undang-undang dan Perlembagaan yang telah disah dan demasyhurkan serta yang akan disah dan dimasyhurkan pada masa hadapan. Bagind ajuga berikrar akan memelihara pada setiap masa agama islam dan berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negeri. Kuasa pemerintahan adalah diletakkan kepada baginda dan dijalankan oleh baginda atau Jemaah Menteri atau seseorang Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan dan undang-undang. Tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang menurunkan tugas pentadbiran kepada sesiapapun. Dalam pada itu menurut Perlembagaan, baginda pada menjalankan kebanyakan tugas-tugas baginda hendaklah atas nasihat Jemaah Menteri atau Menteri yang telah diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Baginda berhak mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Negara yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri. Pada menjalankan kewajiban, baginda mempunyai seseorang penasihat pakar undang-undang iaitu Peguam Negara. Perlembagaan menetapkan bahawa tanggungjawab Peguam Negara ialah member nasiahat undang-undang kepada baginda, Jemaah Menteri atau sebarang Menteri.

 Agama  
Agama islam adalah Agama Persekutuan. Baginda merupakan ketua agama islam di negeri baginda sendiri, dan Wilayah Persekutuan dan juga Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Ketua-ketua Agama Islam di negeri-negeri lain ialah Sultan di negeri masing-masing. Tetapi bila sesuatu perbuatan, amalan atau upacara telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja supaya dilanjutkan ke seluruh Persekutuan, maka Rajraja lain sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing hendaklah membenarkan baginda mewakili mereka.

Kuasa Perundangan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menggariskan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong menduduki tangga teratas hierarki kuasa Pemerintahan Persekutuan Malaysia. Sesuai dengan kedudukan tersebut maknanya, Yang di-Pertuan Agong memiliki keistimewaan untuk memperkenan atau sebaliknya, sesuatu Rang Undang-undang, setelah melalui proses pembentangan di kedua-dua dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negera). Sehubungan dengan itu, Fasal 8, Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1994 menjelaskan kedudukan baginda untuk digunapakai adalah seperti berikut:

(4A) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa taga puluh hari selepas Rang Undang-undang dikemukakan kepada baginda memperkenan Rang Undang-undang itu dengan menyebabkan Rang Undang-undang itu dicapkan dengan Mohor Besar.

(4A) Jika sesuatu Rang Undang-undang tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya.

Baginda hendaklah dari masa ke semasa memanggil Parlimen bersidang tetapi hendaklah jangan membiarkan jarak Sidang Parlimen yang lalu dengan yang berikut lebih daripada enam bulan. Baginda juga berkuasa memberhenti dan membubarkan Parlimen. Melainkan jika telah dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan selepas itu adalah terbubar. Apabila Parlimen dibubarkan, satu pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari di Negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak dari tarikh pembubaran. Parlimen hendaklah dipanggil tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran. Dalam pada itu baginda boleh menjalankan tugas-tugas dengan budi bicara sendiri. Di antara tugas-tugas ini yang terkandung dalam Perlembagaan ialah:-
* Melantik Perdana Menteri
* Menangguh persetujuan atas permintaan membubarkan Parlimen; dan
* Memanggil Mesyuarat Majlis Raja-raja yang bersabit semata-mata dengan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-raja. 

Melantik Perdana Menteri
Menurut Perlembagaan, baginda pada melantik Jemaah Menteri hendaklah terlebih dahulu melantik terlebih dahulu melantik seorang Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah itu. Ahli Dewan Rakyat yang dilantik menjadi Perdana Menteri ialah yang pada pendapat baginda akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu.  Menurut amalan, ini bererti orang yang dilantik itu ialah pemimpin atau ketua sesuatu parti politik atau persekutuan parti-parti politik yang mendapat kelebihan kerusi dalam Dewan Rakyat. Jika kebetulan tidak ada satu parti politik pun yang mempunyai kelebihan besar jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat, kemungkinan yang terbuka ialah pembentukan kerajaan campuran dan terletaklah kepada kebijaksanaan baginda memilih Perdana Menteri yang boleh mengendalikan Jemaah Menteri campuran. Dalam hal ini baginda sebagai Ketua Negara biasanya akan berunding dengan pemimpin-pemimpin parti untuk mendapatkan keterangan-keterangan lebih lanjut dan memerhati sikap mereka untuk membolehkan baginda memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dapat membentuk kerajaan campuran dianggar mendapat sokongan besar dari Dewan Rakyat.



Membubar Atau Menangguh Pembubaran Parlimen 
Perkara lain yang memerlukan pertimbangan baginda ialah membubar atau menangguhkan pembubaran Parlimen atas permohonan. Permohonan ini berlaku apabila timbul dua keadaan. Pertama, apabila parti yang berkuasa memikirkan boleh diadakan pilihanraya umum. Kedua, apabila Perdana Menteri tidak lagi tidak lagi menguasai Parlimen. Jika berlaku salah satu keadaan ini, baginda akan mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak memberi persutujuan supaya Parlimen dibubarkan.

Pentadbiran Dan Perlantikan
Perlembagaan memperuntukan bahawa kuasa pentadbiran negara adalah terletak kepada baginda, tetapi kuasa ini adalah tertakluk pada Undang-Undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan dan boleh dijalankan oleh baginda atau Jemaah Menteri atau salah seorang Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Parlimen boleh memberi kuasa pentadbiran kepada orang-orang lain.Baginda hendaklah dengan nasihat Perdana Menteri melantik Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri daripada Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara dan kedua-dua lantikan ini boleh dibatalkan oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri. Sebelum Menteri-menteri atau Timbalan Menteri menjalankan tugas, mereka hendaklah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan baginda. Baginda juga melantik Peguam Negara dan Panglima Angkatan Tentera. Perlantikan bagi jawatan-jawatan ini dilakukan atas nasihat yang ditentukan oleh Perlembagaan. Jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh baginda atas nasihat termasuklah ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya, Ahli-ahli Suruhanjaya Polis dan sejumlah ahli dalam Majlis Angkatan Bersenjata dan lain-lain. Baginda boleh juga mentapkan beberapa jawatan sebagai jawatan-jawatan khas termasuklah Ketua-ketua Jabatan dan Timbalan Ketua-ketua Jabatan. Tetapi baginda melantik seseorang ke jawatan-jawatan ini atas sokongan Suruhanjaya yang berkenaan.

Kedudukan bumiputera dan rakyat yang lain.
Satu lagi kewajipan baginda ialah melindungi kedudukan orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak di samping menjaga kepentingan-kepentingan yang sah bagi kaum-kaum lain. Baginda berkuasa untuk menentukan dengan mengeluarkan perintah kepada Suruhanjaya yang berkenaan atau pihak berkuasa tertentu, supaya diadakan hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, mengikut kadar yang pada pendapat baginda sesuai dalam perkhidmatanawam dan pemberi biasiswa atau keistimewaan pelajaran dan latihan yang seumpama itu, atau kemudahan-kemudahan khas yang diberi atau ditetapkan oleh kerajaan.

Pengampunan
Dalam hal-hal jenayah di Wilayah Persekutuan, apabila saluran dan cara keadilan telah habis diiktiarkan, sesorang yang sudah dihukum masih boleh lagi memohon ampun daripada baginda sebagai langkah terakhir. Pada menjalankan kewajipan mengampun ini, baginda bertindak atas nasihat suatu Lembaga Pengampunan yang terdiri dari tiga ahli yang dilantik oleh baginda sendiri, Peguam Negara atau wakilnya dan Menteri yang bertanggungjawab atas Wilayah Persekutuan. Baginda juga berkuasa mengampun, menangguh dan meringankan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera di mana-mana pun dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.Pada amnya kuasa mengampun kesalahan-kesalahan atau hukuman-hukuman jenayah di negeri-negeri ialah pada Sultan-sultan dan Yang di-Pertua Negeri di negeri masing-masing.

Ketenteraan
Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia. Namun demikian satu Majlis Angkatan Tentera ditubuhkan, yang bertanggungjawab di bawah kuasa am baginda bagi pemerintahan, tata-tertib dan pentadbiran Angkatan Tentera serta lain-lain mengenainya melainkan perkara bersangkutan dengan gerakan tentera.

Perisytiharaan Darurat
Baginda boleh membuat Perisytiharaan Darurat atas nasihat Perdana Menteri jika baginda berpuas hati ada darurat yang mengancam keselamatan dan ekonomi negara. Jika Parlimen tidak bersidang bile Pengisytiharaan diperbuat, baginda hendaklah memanggil Parlimen supaya bersidang secepat mungkin. Sementara menunggu kedua Dewan bersidang, baginda boleh menyiarkan Ordinan yang ebrkuasa undang-undang jika baginda berpuas hati tindakan segera dikehendaki.

Sekatan
Sungguhpun kuasa baginda itu luas, tetapi sebagai seorang Raja yang berpelembagaan, ada sekatan yang terkena kepada baginda. Di antara sekatan-sekatan itu ialah:
           Menjalankan tugas Raja di negerinya, kecuali tugas sebagai Ketua Agama Islam;
           Memegang jawatan yang ada bayaran sara baginya;
           Mengambil bahagian dalam apa-apa perniagaan;
           Menerima apa jenis bayaran yang boleh dibayar atau yang berhak kepadanya sebagai raja di negerinya;
           Dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas hari, kecuali atas urusan negara ke suatu negeri lain.
Walau bagaimanapun baginda tidak terhalang daripada menggunakan kuasa sebagai Raja negeri baginda, sama ada perseorangan atau dengan pihak kuasa lain, untuk meminda perlembagaan negeri baginda atau untuk melantik Pemangku Raja atau Ahli Jemaah Pemangku Raja atau membuat apa lain yang telah ditentukan berkaitan dengan ini. Ketetapan dan peraturan bagi kedudukan baginda ini adalah terkena kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong lebih daripada 15 hari.
     
Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh semua sembilan Sultan/Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri. Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun. Setiap persidangan berlangsung selama tiga hari. Persidangan Majlis dipengerusikan oleh Raja yang terkanan mengikut senioritinya. Setiausahanya persidangan ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Satu daripada fungsi Majlis Raja-Raja ialah memberi kesempatan untuk menemukan wakil Kerajaan Pusat (Perdana Menteri) dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri(Ketua Menteri/Menteri Besar) di hadapan raja-raja. Bagi Perdana Menteri, forum diraja ini memberi peluang kepada beliau untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya mendapatkan pandangan serta sokongan Majlis. Dengan penuh tertib tetapi mesra, pemimpin-pemimpin negeri bersama Perdana Menteri berbincang dengan raja-raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama mengenai hal ehwal rakyat dan negara. Majlis Raja-Raja juga, mengikut perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Tugas-tugas lain Majlis Raja-Raja adalah seperti yang ternyata dalam Perkara 32 Perlembagaan Mengenai pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, hanya raja-raja sahaja yang boleh mengambil bahagian.





Imuniti Raja
Kekebalan sultan secara menyeluruh di bawah Perkara 181(2) Perlembagaan didapati terlalu umum dan boleh melemahkan institusi raja di samping mencemar nama baik Majlis Raja-raja. Justeru itu, kerajaan atas kehendak rakyat sendiri telah bersetuju supaya Perkara 181(2) dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dalam Perlembagaan Malaysia dipinda atau ditiadakan. Langkah pindaan Perlembagaan itu ialah untuk mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Raja Berperlembagaan Di England
Pengenalan
Pembentukan monarki kebangsaan England bermula daripada pemerintahan Henry VII yang menggunakan kebijaksanaan dan kewibawaannya manamatkan Perang Bunga Ros.Henry VII telah memulakan era pemerintahan Dinasti Tudor dan mengamalkan monarki kebangsaan namun ianya agak berbeza dengan keadaan di Perancis disebabkan beliau berpegang kepada tradisi politik England yang menghormati kedaulatan Magna Carta(piagam politik yang mengawal kuasa raja).Dinasti ini juga tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam pemerintahan. Konflik mula berlaku apabila takhta pemerintahan dipegang oleh pengganti Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I yang telah mengabaikan kepentingan Magna Carta serta mewujudakan konflik dengan ahli Parlimen. Selain itu,Raja James juga telah mewujudkan konflik dengan Golongan Puritan (golongan yang x berpuas hati dengan dengan amalan Gereja Anglican) ekoran tindakannya yang mendokong prinsip Devine Of Kings serta tindakannya yang mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik.  Sebagai pemerintah berkuasa mutlak, James I menyatakan semua institusi yang diwujudkan adalah untuk berkhidmat untuk raja bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.
Dasar pemerintahan Raja James I telah diteruskan oleh puteranya Charles I yang juga mempunyai sikap anti golongan Puritan.Raja Charles I telah menunjukkan kekuasaannya dengan mengetepikan Petition of Right sebaliknya bertindak membubarkan Parlimen dan menjalankan pemerintahan tanpa Parlimen selama 11 tahun.Raja Charles I juga telah mengenakan pelbagai cukai dan terlibat secara langsung dalam ekonomi dengan memonopoli penjualan barangan pengguna sehingga kan harga barangan tersebut melambung tinggi.konflik semakin tegang apabila berlakunya perang saudara antara golongan raja dengan golongan ahli Parlimen yang telah memberikan kemenangan kepada golongan Parlimen yang diketuai oleh Oliver Cromwell sekaligus menamatkan era pemerintahan beraja mutlak di England
Setelah tamat perang saudara antara golongan raja dengan golongan parlimen,Parlimen telah mengisytiharkan England sebagai negara republik dengan Oliver Cromwell sebagai pemerintah. Sewaktu pemerintahan dipegang oleh Oliver Cromwell,beliau terpaksa menghadapi perjuangan golongan Levellers yang menuntut agar semua golongan diberi hak untuk mengundi serta dari golongan Diggers yang memperjuangkan persamaan dalam soal pemilikan harta yakni tanah merupakan hak bersama.Setelah menangani 2 golongan ini.Oliver Cromwell telah membubarkan Parlimen malah membentuk kerajaan baru yang dikenali sebagai Protectore dengan memegang jawatan Lord Protectore(ditaktor ketenteraan). Pemerintahan Oliver Cromwell telah disambung oleh anaknya, Richard Cromwell namun mendapat kegagalan dalam mendapat sokongan ahli Parlimen menyebabkan beliau meletak jawatan dan digantikan oleh Raja Charles II yang ditabalkan sebagai raja baharu England sekaligus menghidupkan semula pemerintahan monarki.di awal pemerintahan lagi Parlimen telah mengingatkan Charles II agar mewujudkan pemerintahan Raja Berperlembagaaan.Raja Charles II juga telah mengisyhtiharkan Declaration of Indulgence yang memansuhkan undang undang yang menyekat golongan Katolik mengamalkan tradisi mereka dan tiada sekatan untuk golongan ini menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dan tentera.Namun begitu,ahli Parlimen telah meluluskan Test Act iaitu undang undang yang melarang orang Katolik memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.Habeas Corpus Act juga digubal yang membolehkan rakyat mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa jika ditangkap.Malah timbul juga parti yang memperjuangkan Parlimen sebagai institusi pemerintahan tertinggi seperti parti Whigg.
Setelah tamat pemerintahan Raja Charles II, Raja James II pula menggalas tugas sebagai pemerintah England menggantikan Raja Charles II merupakan seorang pemerintah yang tidak cekap serta gagal menghormati parlimen disebabkan tindakannya yang berusaha menghidupkan kembali konsep Divine Right of Kings.Sebagai seorang bermazhab Katolik,beliau enggan mendokong Mazhab Anglican di bawah naungan Church of England malah menjalankan dasar agama yang pro-Katolik.James II sekali lagi mencabar Parlimen dengan mengisytiharkan Declaration of Indulgence(kebebasan beragama @ bermazhab).Kebimbangan ahli Parlimen kian ketara apabila James II memperoleh seorang putera hasil perkahwinannya dengan puteri Perancis bermazhab Katolik.
Pada tahun 1688,rakyat inggeris telah menjemput anak perempuan James II,Mary yang bermazhab Anglican yang telah berkahwin dengan William of Orange untuk menggantikan ayahandanya.Willian dan Mary bersama angkatan tenteranya yang seramai 15000 orang telah mendarat di England manakala Raja James II telah melarikan diri ke Perancis.Revolusi Cemerlang ini telah mengembalikan kedaulatan Parlimen dan secara tidak langsung pemerintahan Raja Berperlembagaan diperkenalkan semula.Parlimen juga telah mengatur langkah dengan meluluskan Bill of Right yang menekankan perkara perkara seperti keutamaan kuasa parlimen dan haknya memungut cukai,raja tidak boleh memansuhkan sebarang undang undang tanpa kelulusan parlimen,raja tiada hak dalam menetukan ahli parlimen dan wujudnya undang undang toleransi yang memberi kebebasan kepada golongan Puritan mendirikan gereja serta menjalankan amalan agama dengan bebas.
Perkembangan Raja Berperlembagaan di England
Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688. Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis. Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu. Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah. Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.

Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang. Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut. Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja
Ciri-ciri pemerintahan raja berpelembagaan di Malaysia dan England satu perbandingan
Pelantikan Raja
Yang dipertuan Agong di Malaysia tidak dipilih berdasarkan warisan keturunan tetapi baginda mestilah dari salah seorang  daripada Raja-raja Negeri Melayu. Keunikan tradisi ini bermula sejak tahun 1957, kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya. Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, sistem perlantikan rajanya tidaklah seunik di Malaysia, ini kerana sistem beraja England datang dari satu keluarga sahaja. Uniknya di Malaysia, pemilihan ketua negara datang dari kalangan sembilan orang Sultan yang memerintah Negeri-negeri Melayu.

Sistem Perlembagaan
Jika dibandingkan sistem perlembagaan di kebanyakkan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan negara yang bertulis. Ini bagi memudahkan sesuatu rujukan atau pindaan terhadap sesuatu isu berbangkit. Namun demikian, Britain tidak mempunyai perlembagaan bertulis. Prinsip perlembagaan Britain berasaskan pelbagai sumber. Menurut Ahmad Atory, adalah dipercayai perlembagaan Britain berasal dari Rom. Mengikut sejarah lama. Britain pernah dijajah oleh Rom, tetapi peristiwa tersebut tidak begitu jelas kerana sejarah ini terlalu lama.(1996:1)
Konsep Pengasingan Kuasa
Konsep pengasingan kuasa adalah konsep asas bagi menegakkan negara demokrasi. Konsep ini juga merupakan satu doktrin yang mengesyorkan kerajaan supaya menjamin hak kebesaan rakyat. Ini bagi mengelakkan kejadian penindasan oleh mana-mana pihak. Konsep ini telah dipelopori oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis. Beliau mengemukakan teorinya yang berpandukan dasar perlembagaan England pada tahun ke-18. Secara permulaan, Montesquiueu telah cuba untuk membandingkan negara Perancis dan England ketika itu. Dalam kajian yang dilakukan oleh beliau, terhadap hakim-hakim yang yang di kawal oleh House of Lords. Tingkah laku raja dikawal dengan sebaik mungkin. Undang-undang inilah yang menyekat kebebasan raja Britain. Menurut konsep ini, kuasa pemerintah berdasarkan tiga fungsi kerajaan iaitu pengekuatkuasaan undang-undang, fungsi perundangan dan fungsi kehakiman. Fungsi ketiga-tiga ini adalah seperti berikut:
Fungsi Perundangan: bertindak sebagai penggubal undang-undang dan meminda undang-undang yang sedia ada agar tidak ketinggalan zaman. Ianya juga , sering bertindak mengemukakan undang-undang kepada hakim. Fungsi Pentadbiran pula menjalankan dan menguatkuasakan undang-undang dan keputusan badan kehakiman. Fungsi Kehakiman: Bertanggungjawab menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dan member keputusan yang muktamad. Namun konsep pengasingan kuasa ini tidak diikuti sepenuhnya oleh perlembagaan Malaysia. Seperti yang dinyatakan, Britain juga mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia. Ratu Ellizebeth memegang tampuk pemerintahan dan bertindak sebagai ketua negara. Namun demikian sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan Malaysia kerana, Britain hanya mempunyai kerajaan pusat dan kerajaan tempatan
Perlembagaan bertulis dan tidak bertulis
Hampir semua Negara moden termasuklah Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis iaitu undang-undang perlembagaan Negara yang dikumpul dan disusun dalam satu suratan. Bagaimanapun United Kingdom tidak mempunyai perlembagaan bertulis, kerana prinsip undang-undangnya tidak terkumpul dalam satu suratan. Namun demikian ianya terkandung dalam beberapa Akta Parlimennya, keputusan-keputusan mahkamah, beberapa konvensyen perlembagaan dan juga pandangan dan pendapat para ilmuan undang-undang yang terkemuka.



Ketua Agama
Perbezaan ketara antara pemerintahan di England dan Malaysia ialah mengenai kuasa Raja-Raja di Malaysia yang mempunyai kedudukan dan peranan mereka sebagai ketua agama di negeri masing-masing. Di sini perlembagaan secara jelas mengizinkan mereka bertindak tanpa atau  bertentangan  dengan  nasihat  kerajaan  yang  memerintah.  Keadaan  ini  tidaklah  terlalu  ganjil  kerana doktrin  bertindak  menurut  nasihat  adalah  manifestasi  demokrasi.  Dengan  demikian  urusan  agama  tidak termasuk di dalam ruang-lingkup bertindak menurut nasihat. Selain itu kita juga boleh menyebut sejarah di  mana  insitusi  beraja  dan  agama  mempunyai  hubungan  yang  rapat  sejak  awal-awal  lagi.  Keadaan  ini tidak diganggu oleh pentadbiran British dan apabila negara mencapai kemerdekaan peruntukan mengenai Islam  sebagai  agama persekutuan pun tertakluk kepada syarat bahawa ia tidak  menjejaskan kedudukan  Raja-Raja  sebagai  ketua  agama  di  negeri  masing-masing.  Sudah  tentulah  perlu  difahami bahawa oleh kerana Islam menjadi tonggak kesultanan Melayu peranan dan kedudukan Raja-Raja sebagai ketua   agama   harus   dilihat   dalam  konteks   itu:  Raja-Raja adalah agen atau pelindung agama; bukan sebaliknya.

Majlis Raja-raja
Perbazaan antara pemerintahan di England dan Malaysia juga adalah wujudnya Majlis raja-raja. Institusi yang muncul sewaktu pentadbiran   British  ini  mempunyai   kedudukan   dan   kuasa   yang tertentu di dalam perlembagaan; yang dengan sendirinya meletakkan Raja-Raja sebagai salah satu institusi penting di  peringkat  nasional.  Menarik  untuk  disebutkan  bahawa  meskipun  Majlis  Raja-Raja  tidak  dipilih  oleh rakyat, ia mempunyai kuasa mutlak dalam beberapa jenis pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Imuniti
Raja  dan  kaum  kerabat  mereka mempunyai  beberapa  keistimewaan  (privileges).  Selain  apa  yang  dikatakan  sebagai  Peruntukan  Di Raja (Civil  List)   ada  beberapa keistimewaan yang diberikan. Justifikasi  buat  semua  keistimewaan   ini  ialah peranan  Raja-Raja  khasnya  dan  institusi  beraja  amnya;  contohnya  jika  mereka  tidak  diberikan  imuniti (kekebalan)  mereka  mungkin akan tertakluk kepada  ugutan terutamanya  dari  kerajaan yang memerintah, dan  gagal  memainkan  peranan  dengan  berkesan.  Keistimewaan  yang  mereka  nikmati  itu  juga  adalah sebahagian  daripada  persetujuan  sebelum  merdeka:  Raja-Raja  bersedia  menyerahkan  kuasa  memerintah dengan kefahaman bahawa mereka  akan diberi  keistimewaan tertentu. Kedudukan Raja-Raja sebenarnya tidak   terlalu   berbeza   dengan   kedudukan   orang-orang Melayu  yang diberikan beberapa  keistimewaan oleh   perlembagaan.   Sebab   itu   kedudukan   Raja-Raja   sering   dilihat   sebagai   berkait   rapat   dengan kedudukan dan masa depan orang-orang Melayu. Pengikisan kedudukan Raja-Raja boleh menyebabkan kesan yang negatif ke atas kedudukan orang-orang Melayu di dalam perlembagaan.

Komentar
Sejak kebelakangan ini perhubungan diantara institusi raja dan rakyat jelata telah menjadi isu hangat yang dibicarakan didalam media massa, internet mahu pun dikedai kopi. Topik ini sangat relevan kepada orang Melayu oleh kerana dari segi perlembagaan dan adatnya Kesultanan Melayu wujud sebagai payong kepada bangsa dan pelindung kepada agama Islam. Namun beberapa insiden yang berlaku telah menampakkan kepincangan didalam hubungan ini. Rata rata orang Melayu sangat menghormati institusi raja raja ini dan mereka tidak mempersoalkan kedudukan istimewa yang dikecapi oleh sultan, raja serta kaum kerabat mereka. Tetapi ini tidak bermakna yang rakyat akan menerima bulat bulat apa sahaja yang dilakukan oleh raja-raja serta kaum kerabat, apatah lagi jika perbuatan itu menampakkan kerendahan budi pekerti serta moral dari sudut hukum Agama dan adat. Kita bukan lagi duduk dizaman kuno dimana siapa yang gagah berkuasa dan siapa yang mempunyai hulubalang dan bala tentera yang ganas boleh menguasai kumpulan yang lebih lemah.
Di zaman moden ini kita dapat membandingi satu keadaan dengan satu keadaan ditempat yang lain tanpa kita ketempat itu. Institusi Raja di England telah bertapak lebih lama lagi dari Institusi kesultanan Melayu. Malahan institusi kesultanan kita telah meniru sistem Raja Berpelembagaan England dari segi pentadbirannya, dengan beberapa pengubahsuain tentu sekali. Namun nampak dengan jelas beberapa kelainan yang ketara diantara kedua dua institusi ini. Institusi diRaja England, termasuk Queen , boleh dikritik dan ditegur oleh rakyat jelata dan perbelanjaan istana tidak dirahsiakan. Dan sebenarnya Queen serta kerabat telah banyak kali diberi teguran sama ada  melalui akhbar-akhbar, oleh individu dan juga melalui perdebatan di Parlimen. Tatkala sebahagian dari Buckingham Palace telah terbakar, Queen Elizabeth II terpaksa membuat pembaikan mengguna wang sendiri oleh kerana rakyat menganggap itu adalah tanggungjawab nya sendiri. Queen dan kerabat tidak terlibat berebut projek dan apa-apa  konsesion kerajaan ( saperti kawasan balak di negara kita ) dengan rakyat jelata. Kerabat Queen bekerja untuk menyara diri termasuk cucunya ( anak Prince Phillips dan Diana ) yang kedua-duanya menyertai pasukan bersenjata sebagai pilot helikopter. Kita berharap agar perkara hubungan diantara rakyat dan raja ini diberi perhatian secara rasional. Memandangkan institusi diraja ditanggung melalui dana wang rakyat maka perlu ada persefahaman d iatas kehendak kedua-dua pihak. Janganlah jadikan raja-raja Arab sebagai contoh. Kejatuhan Shah Reza Pahlavi disebabkan dia tidak mendengar keluhan rakyat marhaen".



















2.1).     Apakah Signifikannya Mempelajari Sejarah?
Kepentingan Mempelajari Sejarah
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, ‘sejarah’ membawa maksud asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu, tawarikh. Orang Barat yang terdiri daripada Herodotus telah menyamakan perkataan sejarah dengan perkataan Inggeris iaitu Histories. Perkataan ini berasal dari perkataan Historia yang bererti penyelidikan atau penyiasatan. Di sini menunjukkan bahawa pengkajian sejarah bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan terhadap perkara-perkara yang benar-benar pernah terjadi.
Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa. Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara. Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang.
Malaysia kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang paling maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu mengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri.
Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga untuk membangun dan mengukuhkan negara.
Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan halal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepi demi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu mempelajari sejarah perkembangan negara agar kita mempunyai pengetahuan dan memahami betapa sukarnya pemimpin terdahulu membina negara ini. Di samping itu, pengetahuan tentang sejarah perkembangan negara juga menyedarkan kita betapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu bertungkus-lumus meneruskan perjuangan ke arah kestabilan ekonomi dan politik negara ini. Kita juga dapat melihat betapa pentingnya pengetahuan sejarah perkembangan negara dalam pembinaan negara. Kita tidak akan bertanya apa yang negara dapat berikan kepada kita, tetapi kita akan berusaha keras agar kita dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembinaan dan pembangunan negara ke arah yang lebih baik.

2.2).     Huraikan satu contoh dalam konteks antarabangsa bagaimana sejarah memberikan pengajaran berguna kepada insan sejagat.

Pengenalan
Terdapat banyak contoh sejarah yang memberikan pengajaran berguna kepada insan sejagat seperti peristiwa Revolusi Amerika, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, Revolusi Perancis dan sebagainya. Segala bentuk undang-undang, corak pemerintahan dan perkembangan ekonomi dunia yang ada pada hari ini adalah hasil daripada pengaruh pelbagai peristiwa sejarah yang pernah berlaku sebelum ini. Revolusi Perancis (1789–1799) merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan keistimawaan bagi golongan autokrat dan paderi Katolik, menjadi bentuk yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat. Tempoh ini berlaku ketika pemerintahan Raja Louis XVI. Revolusioner Perancis menggunakan cogan kata "Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan". Perubahan ini turut disertai dengan keganasan termasuk pembunuhan dan penindasan ketika Tempoh Keganasan, dan peperangan yang melibatkan kuasa besar di Eropah. Peristiwa yang selepas itu dapat dikesan berlanjutan daripada Revolusi seperti Perang Napoleon, dua pemulihan monarki, dan dua revolusi tambahan apabila Perancis moden mula terbentuk. Dalam abad yang berikutnya, Perancis akan ditadbir dalam pelbagai bentuk iaitu sebagai republik, pemerintahan diktator, raja berperlembagaan dan dua empayar yang berbeza.

Faktor tercetusnya Revolusi Perancis
Pengkaji sejarah pada amnya bersetuju bahawa sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Perancis adalah seperti berikut: Pengaruh para pemikir Enlightment. Kelemahan pemerintahan Raja Louis XVI. Keistimewaan Estet Pertama dan Estet Kedua. Masalah kewangan dan pengaruh Revolusi Amerika. Pengaruh para pemikir Enlightment merupakan antara penyumbang besar belakunya Revolusi ini. Mereka memperjuangkan hak semula jadi manusia sebagai prinsip utama pemikiran mereka. Kebanyakan pemikir Enlightment Perancis seperti Jean Jacques Rousseau, Montesquieu, Voltaire, dan Denis Diedrot amat dipengaruhi oleh falsafah John Locke. Pemerintahan Raja Louis XVI yang autokratik memburukkan lagi keadaan. Pemerintahan beliau dipengaruhi oleh isterinya, Maria Antoinette dan golongan bangsawan yang mementingkan diri. Keistimewaan Estet Pertama dan Estet Kedua seperti hak mengundi dan hak menjadi ahli Parlimen diberi kepada golongan yang berharta dan kaya. Parlimen Perancis terbahagi kepada kepada tiga estet iaitu: Estet Pertama - terdiri daripada golongan paderi. Estet Kedua - terdiri daripada golongan bangsawan. Estet Ketiga - terdiri daripada rakyat biasa dan ramai daripada mereka adalah golongan profesional. Masalah tidak adil yang berlaku dalam Parlimen Perancis adalah sekiranya Estet Pertama dan Kedua bersetuju dengan sesuatu usul, maka Estet Ketiga tewas secara automatik. Hal ini menyebabkan Estet Ketiga yang merasakan ini adalah sesuatu perbuatan yang tidak adil membantah dengan kerasnya. Disamping itu masalah kewangan yang semakin buruk akibat penyertaan Perancis dalam Perang Kemerdekaan Amerika. Raja Perancis juga bersikap boros dalam membelanjakan wang negara serta tanaman-tanaman yang tidak menjadi. Kemenangan Revolusi Amerika serta idea-idea demokratik memberi rangsangan kepada orang Perancis dan mendorong revolusioner Perancis menentang kerajaan.

Pengajaran daripada Revolusi Perancis

Kesannya Terhadap Masyarakat Perancis
Bagi rakyat Perancis kesan atau akibat positif sebagai hasil dari sebuah revolusi adalah terjadinya peleburan pemerintahan berkuasa mutlak yang memerintah dengan zalim, dari pemerintahan mutlak yang tidak mengenal hak -hak asasi manusia menjadi pemerintahan liberal yang berdasarkan hak -hak asasi manusia. Selain itu, akibat- akibat lain sebagai kesan yang ditimbulkan dari Revolusi Perancis yang melibatkan berbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi dan sosial.

Politik
Revolusi Perancis yang tercetus pada tarikh 14 Julai 1789 itu mempunyai beberapa pengaruh dan perubahan dalam pelbagai bidang, di antaranya adalah  bidang politik. Sebelum ini perancis merupakan Negara yang  mengamalkan pemerintahan beraja mutlak di mana Raja Perancis megamalkan pemerintahan yang mengatasi segala undang-undang dan baginda boleh menahan sesiapa yang disyaki menentang kerajaan, namun akhirnya Perancis menjadi Negara republik  selepas berlakunya revolusi Perancis. Revolusi itu juga menjadi pencetus dan pemangkin kepada pemahaman sistem demokrasi moden. Pemansuhan hak istiemewa feudal semua darjah kebangsawan dibatalkan, semua rakyat dilihat sama sahaja  tiada lagi golongan yang cuba mengambil kesempatan keatas golongan yang lemah. Revolusi Perancis juga ialah revolusi yang mengubah sistem politik feudal Perancis yang tidak mengasingkan agama dan pemerintahan kepada sistem pemerintahan yang mengasingkan agama dengan pemerintahan atau disebut sekular. Selain itu peristiwa tersebut menyedarkan rakyat akan pentingnya memperjuangkan sebuah kebebasan, menentang kekuasaan asing yang menindas rakyat, serta mampu membangkitkan rasa nasionalime dalam membela dan mempertahankan negara demi terbentuknya negara yang berdasarkan kedaulatan rakyat. Kejadian ini juga telah memberi pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam memilih siapakah pemimpin yang akan memperjuangkan nasib kita di masa akan datang. 

Ekonomi
Dalam bidang ekonomi pula Revolusi Perancis telah memberi impak yang besar kepada system ekonomi dengan penghapusan pemungutan pajak yang dilakukan oleh kaum bangsawan dan pendeta. Petani memansuhkan perjanjian dengan tuan tanah. Dengan keadaan ini para petani tidak lagi terbeban untuk membayar cukai dan mengerjakan kawasan tanah dengan bayaran yang sedikit dan tidak berpatutan dengan usaha yang dilakukannya. Rakyat juga berhak memiliki tanah dan hanya membayar pajak pada Negara demi kemajuan bangsa. Petani menjadi pemilik tanah, setelah para bangsawan yang memilikinya melarikan diri ke luar negeri pada masa revolusi , sehingga tanah milik mereka disita dan menjadi milik rakyat. Serta tanah yang berjaya dirampas dari pihak gereja, yang kemudian menjadi milik rakyat. Sistem cukai gereja dimansuhkann di mana bayaran cukai untuk gereja yang dikenali sebagai bayar zakat kepada gereja tidak ada lagi. Tujuan bayaran ini adalah untuk keagamaan dan membaiki gereja. Tumbuhnya industri yang besar , terutama setelah adanya dasar dari Napoleon untuk subsidi syarikat- syarikat dalam negeri yang mengalami lumpuh karena terjadinya kekacauan yang berpanjangan pada masa revolusi. Selain itu sistem monopoli di hapuskan sehingga perdagangan menjadi bebas dan mengalami kemajuan.

Sosial
Penghapuskan sistem feudalisme menyebabkan kesamarataan martabat seluruh masyarakat Perancis , dan pengakuan atas hak asasi manusia. Hak asasi manusia dijadikan dasar Code Napoleon. Selain itu, Code Napoleon juga memberi kesempatan bagi perkembangan undang-undang. Munculnya susunan masyarakat baru, iaitu golongan borjuis yang menggantikan kedudukan bangsawan dan sami. Adapun kedudukan sami sendiri menjadi sama dengan warga masyarakat lainnya , tanpa mempunyai suatu keistimewaan. Wujudnya pendidikan dan pengajaran yang merata di seluruh lapisan masyarakat, sehingga tahap kecerdasan masyarakat semakin meningkat. Deklarasi hak kemanusiaan, di mana Dewan Perhimpunan juga telah membuat pengiktirafan Deklarasi Hak Kemanusiaan yang ditujukan bukan sahaja kepada rakyat Perancis bahkan juga kepada semua manusia di seluruh dunia. Di dalm deklarasi ini telah mengariskan tiga prinsip iaitu kebebbasan, persamaan dan persaudaraan ianya mencakupi antara lain kebebasan berucap, berfikir dan beragama serta kebebasan atau hak memilih.

Kesan Terhadap Masyarakat Dunia
Selain kesan terhadap masyarakat Perancis, Revolusi ini juga turut dirasai oleh dunia dengan perubahan dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial.

Politik
Pengaruhnya dalam bidang Politik, ialah tersebarnya faham liberalisme, yang memisahkan antara urusan akhirat dengan urusan keduniawian, ke pelbagai Negara Eropah dan Negara- negara lain di seluruh dunia. Muncul dan berkembangnya demokrasi ke Negara- negara di dunia, sebagai kekuasaan yang berpunca dari, oleh dan untuk rakyat. Tumbuh dan berkembangnya rasa Nasionalisme, terutama di Negara- negara yang masih menerapkan sistem feudal ataupun bangsa- bangsa yang masih terjajah. Selain itu, idea mereka yang melakukan revolusi memotivasiakan masyarakat untuk melepaskan dan membebaskan diri dari tekanan dan penindasan. Berkembangnya fahaman nasionalisme. Nasionalisme adalah paham kebangsaan yang berusaha menentang segala bentuk penjajahan untuk mencapai kedaulatan bangsa dan negara. Setelah terjadinya Revolusi Perancis, banyak negara -negara yang melepaskan diri dari penjajahan dan menentukan nasibnya sendiri. Berkembangnya perlindungan undang-undang (The Rule of Law). Napoleon Bonaparte sekalipun bertindak diktaktor, namun telah melaksanakan dasar-dasar negara hukum yang melindungi rakyatnya. Sejak saat itu, banyak negara di Eropah yang melaksanakan undang-undang dalam pemerintahannya. Siapa yang bersalah akan dikenakan hukuman undang-undang sesuai dengan kesalahannya. Berkembangnya sistem demokrasi dan bentuk republik. Revolusi Perancis ditujukan untuk menentang kuasa mutlak dan menggantikannya dengan sistem demokrasi yang melibatkan rakyat dalam pemerintahan melalui wakil- wakilnya. Keadaan ini telah membawa kepada tercetusnya idea demokrasi dan raja berpelembagaan.  Selain itu revolusi ini juga menjadi inspirasi revolusi-revolusi di seluruh dunia seperti Revolusi Russia, Revolusi China, dan Revolusi Iran. Perancis juga merintis bentuk negara Republik yang kemudian banyak ditiru oleh negara -negara lain di dunia. Revolusi Perancis diarahkan pula pada usaha- usaha menghapuskan diskrimanasi dalam kedudukan, status sosial, agama, dan warna kulit. Rakyat Perancis menuntut adanya pengakuan persamaan kedudukan, bukan diskriminasi seperti yang terjadi waktu itu. Fahaman ini juga meluas ke seluruh negara di dunia. Dengan adanya Revolusi Perancis yang menuntut adanya persamaan darjat, banyak para pemimpin yang memperjuangkan pengakuan adanya persamaan derajat ini . Bahkan , sekarang persamaan darjat tidak hanya bagi kaum lelaki, tetapi kedudukan kaum lelaki dan kaum wanita sama dalam undang-undang dan pemerintahan. Pengakuan persamaan darjat itu kemudian berkembang pada pengakuan hak -hak asasi manusia. Bahkan , pengakuan terhadap hak asasi manusia kini telah menjadi budaya seluruh peringkat antarabangsa.

Bidang Sosial - Ekonomi
Pengaruh Revolusi Perancis dalam bidang Sosial-Ekonomi dijelaskan sebagai berikut, Pengahapusan perhambaan kerana tidak sesuai dengan perikemanusiaan dan keadilan. Sebelum berlakunya revolusi Perancis, sistem perhambaan sangat berleluasa. Orang yang lemah diperlakukan sewenang -wenangnya oleh orang- orang yang kuat. Bangsa terjajah diperlakukan sewenang-wenangnya oleh kaum penjajah. Kejayaan kaum liberal di negeri Belanda , misalnya, telah menghapuskan Sistem Tanam Paksa di Indonesia menjadikan rakyat Indonesia sengsara. Waktu itu , rakyat Indonesia menjadi hamba untuk menggarap sebahagian tanahnya untuk menanam tanaman yang laku di pasaran Eropah. Pemungutan pajak dilakukan secara adil dan merata. Sebelum Revolusi Perancis, rakyat Perancis diperlakukan secara tidak adil dalam bidang perpajakan . Rakyat biasa dikenakan untuk membayar cukai. Sebaliknya , kaum bangsawan bebas membayar cukai. Kejayaan Revolusi Perancis telah membawa keadilan , kerana cukai dikenakan kepada seluruh rakyat, tanpa pilih kasih. Menghapus diskriminasi dalam masyarakat. Sebelum Revolusi Perancis , rakyat di Eropah terbahagi atas tempat-tempat yang masing- masing berbeza hak dan kewajibannya. Kejayaan Revolusi Perancis telah menghapuskan diskriminasi ke atas masyarakat tersebut. Tidak ada lagi golongan bangsawan, ulama , atau rakyat jelata. Semua rakyat mempunyai hak dan kedudukan yang sama dalam undang-undang dan pemerintahan. Penghapusan sistem monopoli dalam perdagangan. Setelah terjadinya Revolusi Perancis juga membawa perubahan dalam bidang ekonomi, terutama dalam bidang perdagangan.

Kesimpulan
Revolusi Perancis 1789 merupakan titik tolak dimana ia merupakan satu sejarah penting dalam masyarakat Eropah. kerana ia dianggap sebagai garis pemisah antara peraturan lama dengan peraturan baru. Revolusi ini berlangsung sepanjang enam tahun iaitu bermula pada tahun 1789 dan berakhir pada tahun 1799. Selain itu, Revolusi Perancis juga dikatakan antara terpenting daripada Revolusi Amerika (1776) dan Revolusi Inggeris (1688). Melalui peristiwa ini juga system masyarakat yang lama iaitu feudalisme  dikatakan telah diganti dengan system masyarakat terbuka. Ini dapat  dilihat dalam system feudalisme, kedudukan seseorang itu dilihat berdasarkan hak, kuasa dan keistimewaanya yang  diwarisi turun temurun dalam masyarakatnya. Akan tetapi melalui system masyarakat terbuka yang diperjuangkan dalam Revolusi Perancis ini dapat melumpuhkan system ini dengan menjadikan seseorang itu tidak lagi dilihat dari segi hak,kuasa dan keistimewaanya akan tetapi seseorang itu akan dilihat berdasarkan pada bakat dan kemampuan yang ada pada dirinya sendiri. Salah satu factor pencetus kepada berlakunya Revolusi Perancis ini ialah peranan golongan intelektual. Mereka telah berperanan dalam menyebarkan idea-idea baru yang banyak mempengaruhi rakyat. Walau bagaimanapun, terdapat juga factor lain yang membawa kepada berlakunya revolusi ini dan kesan-kesan yang timbul akibat daripada tercetusnya Revolusi Perancis ini. Revolusi ini bukan sahaja memberi kesan kepada Perancis tetapi juga membawa banyak perubahan kepada dunia dalam pelbagai bidang seperti bidang politik, ekonomi dan social. Selain itu, kesan-kesan Revolusi Perancis kepada Perancis dan Dunia ialah tercetusnya idea demokrasi dan raja berpelembagaan.  Selain itu revolusi ini juga menjadi inspirasi revolusi-revolusi di seluruh dunia seperti Revolusi Russia, Revolusi China, dan Revolusi Iran. Kesan lain adalah kebangkitan Napoleon Bonaparte.











2.3).     Dalam konteks negara Malaysia,pilih satu aspek sejarah dan huraikan bagaimana ia telah/boleh memberi signifikan kepada  pembentukkan undang-undang  yang lebih berkesan dan berbentuk “mencegah dari mengubati”

Pengenalan
Salah satu aspek sejarah yang memberi signifikan kepada pembentukan undang-undang yang lebih berkesan dan berbentuk “mencegah dari mengubati” ialah peristiwa 13 Mei. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 13 Mei 1969 dan merupakan satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969.  Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.
Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969
Dasar Pecah Dan Perintah British
Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan  kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina  digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain.  Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

Sistem Pendidikan Yang Berasingan
Sebelum  Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah  empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain.  Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

Perbezaan Agama Dan Kebudayaan
 Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya  masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian.  Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi  penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan
Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun  keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet.  Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati  dan persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

Persatuan-persatuan Etnik
Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah melahirkan  banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Pendudukan Jepun
Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina.  Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang  untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.

Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum  1969.
Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang   bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang melayu.   Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969. Kesan peristiwa 13 Mei kepada pembentukan undang-undang yang bersifat mencegah dari mengubati.

Usaha Membentuk Perpaduan Kaum
Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyaralat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu :

1)Integrasi
Satu merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit politik.

2)Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.  Namun dalam jika diteliti  kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Mengisytiharkan Darurat
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku  keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.

Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN )
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum  di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.

Menubuhkan Majlis Perundingan Negara
Majlis perundingan  Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari  1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil:
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
Fungsi utama  Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.

Memperkenalkan Rukun Negara.
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama.  Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya  ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan  pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah:
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi.
Konsep rukun negara  telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara..
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan

Pembentukan Majlis Muhibah
Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia.  Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional)
Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971.  Rombakan politik ini  telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.
 
Dasar-Dasar Kerajaan Untuk Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang tidak diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi maslah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu:
Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
 Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
 Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut:
a) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun.
b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang  ditujukan kepada pekebun kecil.
c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih berguna.
d) Memlaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA).
e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.

Penyusunan Semula Masyarakat
 Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990.
Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
i)  Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta.

Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah:
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB).
2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
4. Bank Negara.
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
6. Skim Amnah Saham Bumiputera.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990.
                       
Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah:
1. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah rendah.
2. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah menengah.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 1970 tetapi mulai  tahun 1983 semua kursus tahun pertama di peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu.
Objektif  utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya. Antara matlamat lain dasar ini ialah:
i) Untuk menghasilkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
ii) Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
iii) Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik negara.
iv) Membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain.
v) Mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran dari alam persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan potensi kerja negara.
vi) Mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yag kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar.
Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah:
a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.
b) Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah.
c) Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988. Terbaru Kurikulum Standard Sekolah-Sekolah Rendah (KSSR).
d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan.
e) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan.
f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan kemudahan pelajaran.
Langkah-langkah di atas amat penting untuk memupuk perpaduan terutamanya langkah yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Ini  akan memberikan  kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan  satu bahasa tunggal iaitu Bahasa Melayu. Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat melahirkan insan generasi yang dapat menghargai perpaduan dan bermoral tinggi agar tidak berlaku lagi ulangan kepada peristiwa 13 Mei 1969.  Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan negara yang telah ditetapkan seperti berikut:
 “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi  potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang.

Dasar  Kebudayaan Kebangsaan
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya antara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat digunakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu:
I) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini;
II) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan.
III) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
 Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang  budaya masing-masing agar perasaan prasangka anatara satu sama lain dapat dihindari. Antara lain dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:
i) Membantu  mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan.
iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia.

Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal pelaksanaan keran jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu jua dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan seperti di bawah agar matlamatnya tercapai:
1. Memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di peringkat negeri dan nasional.
2. Memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan.
3. Meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita.
4. Memupuk kesedaran kebangsaan.
5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
 
Dasar Pembangunan Nasional (DPB)
Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam  Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000. Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum. DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut:
a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara  matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.
d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar.
e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai   nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif  serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
f) Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden.
h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan kepada pendekatan strategi ekonomi DEB iaitu:
a) Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif.
b) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.
c) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat
d) Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi DEB dan bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan  sentosa.

Kesimpulan
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman damai.  Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969  kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin.  Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik  dan salig membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya.  Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional.




RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Ismail. (2005). Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Hidayat Buang. (1998). Undang-Undang Islam di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia. [Kuala Lumpur]: Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Andaya, B. and Andaya, L. (2001). A history of Malaysia. Basingstoke: Palgrave.
Bari, A. (2013). Raja Berperlembagaan: Prinsip dan Amalannya di Malaysia. Journal of ethics, legal and governance (REKASAYA), 2.
Comber, L. (2009). 13 May 1969. Singapore: Marshall Cavendish Editions.
Hj Salleh, B. (2003). Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia. 3rd ed. Selangor: Dawama Sdn Bhd.
Kua, K. (2007). May 13. Petaling Jaya, Selangor: SUARAM.
Mahani Musa. and Tan, L. (2000). Sorotan terpilih dalam sejarah Malaysia. [Pinang], Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia bagi pihak Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Mkn.gov.my (2013). Raja Berpelembagaan. [online] Retrieved from: http://www.mkn.gov.my [Accessed: 18 Sep 2013].
Royal.gov.uk (2013). History of the Monarchy. [online] Retrieved from: http://www.royal.gov.uk/ [Accessed: 18 Sep 2013].







Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)