KERJA KURSUS : FIQH AL-MAWARITH
TAJUK: HAK PUSAKA ORANG YANG HILANG, MATI LEMAS
DAN SEUMPAMANYA
PENSYARAH:
USTAZAH KHADIJAH BINTI MOHD
DISEDIAKAN OLEH:
SHAKIRAH BINTI ABU BAKAR 860430-08-5164
SHARINA
BINTI SAAD 870922-35-5756
NUR
SAHILA BINTI SAPIE 891231-23-5176
SADIAH
BINTI RAMLI 640530-01-5740
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat
Allah swt, kerana dengan limpah kurnianya, kerja kursus ini dapat disiapkan
dalam masa yang di tetapkan. Jutaan ucapan terima kasih kepada Ustazah Khadijah
Bt. Mohd selaku pensyarah subjek Fiqh Al-Mawarith yang telah banyak mencurahkan
ilmu dan memberi tunjuk ajar sepanjang kelas beliau dan ucapan ini juga didedikasikan kepada keluarga yang banyak
memberi sokongan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa kepada semua
rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Segala
pengorbanan dan bantuan kalian hanya Allah yang layak membalasnya. Semoga usaha
ini dikira sebagai satu ibadah di sisi Allah.
Terima kasih.
PENGENALAN
Harta pusaka mempunyai definisi dan maksud yang tersendiri mengikut
perspektif Islam. Ia amat penting untuk membezakan harta pusaka dengan
harta-harta yang lain agar jelas dapat dibezakan. Perbincangan ini juga
menjelaskan definisi dan konsep bagi hak orang yang mati lemas atau seumpamanya
seperti tertimbus, terbakar dan juga hak bagi orang yang hilang. Disamping itu,
terdapat beberapa kajian kes-kes sebenar yang dikemukakan sebagai contoh untuk
mengetahui bagaimana hak pusaka bagi orang yang hilang dan orang yang mati
lemas atau seumpamanya dibahagikan.
DEFINISI HARTA PUSAKA
Definisi Harta Pusaka Menurut Islam
Pusaka atau al-mirāth (المراث)
dari segi bahasa pada makna al-masdar (المصدر)
bermaksud al-baqā' (البقاء) iaitu kekal dan
perpindahan suatu daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Al-mirāth (المراث) merupakan ism mafcul (إسم المفعول) yang bermaksud asal atau baki. Dari segi
istilah pula pusaka bermaksud sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada
harta benda dan hak-hak yang akan diwarisi oleh ahli-ahli waris disebabkan
kematian pewaris. Ada pendapat yang lain menyatakan bahawa pusaka atau
al-mirāth pada istilah ialah perpindahan pemilikan daripada si mati kepada para
warisnya yang masih hidup sama ada yang ditinggalkan itu berbentuk harta yang
boleh dipindahkan, harta yang tidak boleh dipindahkan, ataupun sesuatu hak yang
ditetapkan oleh syarak (seperti hak khiyār dalam jual beli dan hak qisās).
Menurut istilah ilmu farāid, harta pusaka juga dikenali sebagai
al-tārikah. Dari segi bahasa, al-tārikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan
atau dibiarkan oleh si mati. Manakala definisi al-tārikah dari segi istilah
syarak pula berlaku perselisihan dalam menentukan maknanya. Perselisihan
tersebut dapat dilihat seperti berikut iaitu menurut jumhur fuqaha' (iaitu
Al-Mālikiyyah, As-Syāficiyyah, dan Al-Hanābilah) mendefinisikan al-tārikah
ialah segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati termasuklah harta benda
atau hak-hak yang sunyi daripada kaitan hak-hak si mati. Kesemuanya ini akan
diwarisi sama ada oleh waris atau bukan waris.
Mengikut mazhab hanafi pula telah mendefinisikan al-tārikah sebagai
segala harta dan hak-hak kebendaan yang menjadi milik si mati. Harta itu
termasuklah harta alih dan harta tak alih serta hutang-hutang yang belum
dijelaskan oleh orang lain kepadanya. Namun terdapat sesetengah pendapat
mengatakan bahawa al-tārikah ialah segala harta yang ditinggalkan oleh si mati
setelah diselesaikan hutang dan wasiatnya. Oleh itu, al-tārikah menurut
pendapat jumhur ulama ialah harta peninggalan si mati yang telah bersih dari
hutang dan wasiat serta ia akan diwarisi oleh waris-warisnya yang masih hidup.
Menurut Imam Ar-Ramli iaitu ulama mazhab Syafie di dalam kitab
penulisannya Nihayāt Al-Muhtaj telah mendefinisikan harta pusaka sebagai
"apa-apa yang ditinggalkan (oleh si mati) untuk orang kemudian daripadanya
sesuatu hak seperti jenayah, tuduhan zina, atau ikhtisas, atau mal seperti arak
yang telah menjadi cuka setelah matinya, diyat yang diambil daripada
pembunuhnya kerana diyat termasuk di dalam miliknya. Begitu juga apa yang
termasuk ke dalam pukatnya yang telah dipasangnya ketika di masa
hidupnya".
Pensyariatan Pusaka Di Dalam Islam
Pensyariatan pusaka di dalam undang-undang pusaka Islam adalah
terkandung di dalam Al-Quran. Ia dapat dilihat di dalam surah an-Nisa' ayat 11,
12, 176 yang dikenali sebagai ayat al-Mawārith. Ketiga-tiga ayat tersebut telah
menjelaskan secara terperinci (yang juga dikenali sebagai ayat mufassal)
tentang pusaka di dalam Islam termasuklah ahli waris, bahagian-bahagian mereka,
dan sebab perwarisan. Contoh firman Allah di dalam ayat 11, 12, 176 surah
an-Nisa' iaitu:
$pkr'¯»t â¨$¨Z9$# (#qà)®?$# ãNä3/u Ï%©!$# /ä3s)n=s{ `ÏiB <§øÿ¯R ;oyÏnºur t,n=yzur $pk÷]ÏB $ygy_÷ry £]t/ur $uKåk÷]ÏB Zw%y`Í #ZÏWx. [ä!$|¡ÎSur 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# Ï%©!$# tbqä9uä!$|¡s? ¾ÏmÎ/ tP%tnöF{$#ur 4 ¨bÎ) ©!$# tb%x. öNä3øn=tæ $Y6Ï%u ÇÊÈ
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka
untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua
orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka
bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua
(separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari
keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati
itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang
mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu
pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara
(adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu)
ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan
sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak
mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada
kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti
yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.". (An-Nisaa 11)
* öNà6s9ur ß#óÁÏR $tB x8ts? öNà6ã_ºurør& bÎ) óO©9 `ä3t £`ßg©9 Ó$s!ur 4 bÎ*sù tb$2 Æßgs9 Ó$s!ur ãNà6n=sù ßìç/9$# $£JÏB z`ò2ts? 4 .`ÏB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur úüϹqã !$ygÎ/ ÷rr& &úøïy 4 Æßgs9ur ßìç/9$# $£JÏB óOçFø.ts? bÎ) öN©9 `à6t öNä3©9 Ós9ur 4 bÎ*sù tb$2 öNà6s9 Ó$s!ur £`ßgn=sù ß`ßJV9$# $£JÏB Läêò2ts? 4 .`ÏiB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur cqß¹qè? !$ygÎ/ ÷rr& &ûøïy 3 bÎ)ur c%x. ×@ã_u ß^uqã »'s#»n=2 Írr& ×or&tøB$# ÿ¼ã&s!ur îr& ÷rr& ×M÷zé& Èe@ä3Î=sù 7Ïnºur $yJßg÷YÏiB â¨ß¡9$# 4 bÎ*sù (#þqçR%2 usYò2r& `ÏB y7Ï9ºs ôMßgsù âä!%2uà° Îû Ï]è=W9$# 4 .`ÏB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur 4Ó|»qã !$pkÍ5 ÷rr& Aûøïy uöxî 9h!$ÒãB 4 Zp§Ï¹ur z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur íOÎ=tæ ÒOÎ=ym ÇÊËÈ
"Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh
isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. tetapi jika mereka
mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka
tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah
dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari
harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu
mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan
dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan,
dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki
atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan
seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi
tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara
yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga
(dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan
wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya;
wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada
waris-waris). Allah menetapkan wasiat itu (sebagai ketetapan dari Allah). Dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyantun". (An-Nisaa 12)
y7tRqçFøÿtGó¡o
È@è%
ª!$#
öNà6ÏFøÿã
Îû
Ï's#»n=s3ø9$#
4 ÈbÎ)
(#îtâöD$#
y7n=yd
}§øs9
¼çms9
Ó$s!ur
ÿ¼ã&s!ur
×M÷zé&
$ygn=sù
ß#óÁÏR
$tB
x8ts?
4 uqèdur
!$ygèOÌt
bÎ)
öN©9
`ä3t
$ol°;
Ó$s!ur
4 bÎ*sù
$tFtR%x.
Èû÷ütFuZøO$#
$yJßgn=sù
Èb$sVè=V9$#
$®ÿÊE
x8ts?
4 bÎ)ur
(#þqçR%x.
Zouq÷zÎ)
Zw%y`Íh
[ä!$|¡ÎSur
Ìx.©%#Î=sù
ã@÷WÏB
Åeáym
Èû÷üus[RW{$#
3 ßûÎiüt6ã
ª!$#
öNà6s9
br&
(#q=ÅÒs?
3 ª!$#ur
Èe@ä3Î/
>äóÓx«
7OÎ=tæ
ÇÊÐÏÈ
"Mereka meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad mengenai
masalah Kalālah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam
perkara Kalālah itu, Iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia
mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu
perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki
itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya
tidak mempunyai anak. Kalau saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya
mendapat dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan
sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka
bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah
menerangkan kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha
mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (An-Nisaa 176)
Menurut Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid telah
memberikan pandangannya bahawa hukum asal dalam sistem faraid adalah seperti
apa yang dinyatakan di dalam Surah An-Nisa' ayat 12. Menurut pandangan Mufti
Negeri Perak, Datuk Seri Dr. Harussani bin Zakaria juga menegaskan bahawa
pembahagian harta pusaka berdasarkan faraid adalah suatu keutamaan yang perlu
dipatuhi tanpa sebarang bantahan kerana ia adalah qat’ei. Malahan pula menurut
Noh bin Abdullah berdasarkan penulisannya di dalam majalah Dewan Masyarakat
telah mengambil pandangan Sheikh Mahmud bin Ahmad dalam buku Economic of Islam
menyatakan bahawa pembahagian harta pusaka yang ditetapkan Allah adalah adil yang
mana dapat membantu ekonomi Islam.
Di samping itu, terdapat beberapa ayat lain yang menjelaskan
tentang pensyariatan pusaka, tetapi tidak menyatakan secara terperinci dan
hanya berbentuk umum (yang dikenali juga sebagai ayat mujmal). Antaranya ialah firman
Allah yang berbunyi:
ÉA%y`Ìh=Ïj9 Ò=ÅÁtR $£JÏiB x8ts? Èb#t$Î!ºuqø9$# tbqç/tø%F{$#ur Ïä!$|¡ÏiY=Ï9ur Ò=ÅÁtR $£JÏiB x8ts? Èb#t$Î!ºuqø9$# cqç/tø%F{$#ur $£JÏB ¨@s% çm÷ZÏB ÷rr& uèYx. 4 $Y7ÅÁtR $ZÊrãøÿ¨B ÇÐÈ
"Bagi orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan
ibu bapa dan kerabatnya, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka
dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak menurut
bahagian yang telah ditetapkan (ditentukan oleh Allah)". (An-Nisaa 7)
Selain daripada nas-nas Al-Quran di atas, terdapat beberapa hadis
Rasulullah S.A.W yang menerangkan tentang waris-waris dan bahagian masing-masing.
Antaranya hadis daripada Abdullah Ibnu Mascūd, Rasulullah S.A.W bersabda:
للإبنة النصف ولإبنة الإبن السدس وما بقي فللأخت
Maksudnya:
"Bagi seseorang anak perempuan 1/2, seseorang anak perempuan
kepada anak lelaki (cucu perempuan) 1/6 dan baki (casabah) itu untuk seorang
saudara perempuan".
Hadis yang diriwayatkan daripada cAbdullah Ibnu Abbas, sabda
Rasulullah S.A.W:
ألحقوا الفرائض بأهلهما فما بقي فهو لأولى رجل ذكر
Maksudnya:
"Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak,
sesudah itu bakinya adalah untuk waris lelaki yang lebih utama".
Di samping itu juga, ijma’ ulama saling bersepakat mengenai
pensyariatan pusaka. Jika terdapat masalah pembahagian pusaka yang tidak jelas
di dalam Al-Qur'an dan As-sunnah, maka ia akan dapat diselesaikan melalui ijma’
ulama dan ijtihad mereka. Contohnya seperti kedudukan saudara-saudara yang
mewarisi bersama datuk. Hal ini tidak jelas di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Oleh itu, kebanyakan sahabat-sahabat dan imam-imam madhhab berpendapat bahawa
saudara-saudara itu mendapat harta pusaka secara muqasamah (bersama-sama
mewarisi) dengan datuk. Ini adalah mengikut pendapat Zayd bin Thābit, Umar
Al-Khattāb, Alī bin Abī Talib, dan Ibnu Mas’ud. Pendapat tersebut diikuti oleh
Imam Malik, Al-Auzaei, Abū Yūsuf, As-Syafie, dan Ahmad bin Hanbal.
Terdapat juga ulama yang sepakat mengatakan bahawa anak lelaki
kepada anak lelaki (iaitu cucu lelaki) adalah seperti anak lelaki tatkala
ketiadaan ayahnya (anak lelaki) dan anak perempuan kepada anak lelaki (iaitu
cucu perempuan) seperti anak perempuan ketika ketiadaannya.
HAK PUSAKA BAGI ORANG YANG MATI LEMAS ATAU
SEUMPAMANYA.
Jika dua orang atau lebih mati dalam suatu
insiden seperti lemas, tertimbus, terbakar, perang atau sebagainya tanpa
diketahui siapa yang mati terlebih dahulu, mereka tidak boleh saling mewarisi.
Mereka akan dianggap sebagai orang-orang
asing yang tiada langsung hubungan kekeluargaan. Pusaka mereka hanya
diwarisi oleh pewaris lain kerana antara syarat mewarisi harta ialah pewaris
dipastikan masih hidup ketika kematian orang yang diwarisi. Namun syarat ini
tidak dapat dipenuhi oleh orang-orang yang mati dalam nahas yang sama.
Jika dua orang adik beradik lelaki seibu
sebapa mati lemas atau tertimbus tanpa dikatahui siapa yag mati terlebih
dahulu, salah seorang meninggalkan isteri, seorang anak perempuan dan adik
beradik lelaki bapa, sementara seorang lagi meninggalkan dua orang nak
perempuan dan seorang bapa saudara sebelah bapa iaitu orang yang sama dengan
kes di atas.
Mereka berdua tidak boleh menerima pusaka antara mereka. Dalam keluarga pertama pusaka
akan dibahagikan kepada pewarisnya. Isteri
menerima 1/8, anak perempuannya 1/2 dan baki untuk adik beradik lelaki
bapa.
Bagi keluarga kedua pula pusaka akan
dibahagikan kepada pewarisnya. Dua orang anak perempuan menerima 2/3 dan baki
untuk adik beradik lelaki bapa.
Hukum ini dilaksanakan sekiranya tidak
diketahui siapa yang mati terlebih dahulu atau diketahui mereka mati serentak.
Jika diketahui siapa yang mati terlebih
dahulu tetapi kemudiannya terlupa, harta mereka perlu dibekukan terlebih dahulu
sehinggalah dapat diingat semula siapa yang mati terlebih dahulu.
Langkah ini perlu kerana ia masih boleh
diingat semula. Ataupun harta tersebut dibekukan sehingga tercapai persetujuan
di antara pewaris.
Ar-Rahabi berkata:
Jika sekumpulan manusia mati tertimbus,
atau lemas, atau sesuatu insiden yang membabitkan ramai orang seperti kebakaran. Tanpa diketahui siapa yang dahulu
maka tiada waris mewarisi diantara mereka. Mereka dianggap sebagai orang asing.
Demikian menurut pandangan yang betul dan tepat.
KAJIAN KES: ORANG MATI LEMAS
Kes Pertama
Petikan Akhbar Utusan 17 September 2012
Pegawai PTD mati lemas ketika jalani
latihan
PEKAN - Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik
(PTD) di Kementerian Pertahanan mati lemas semasa menjalani latihan di Kem
Wataniah Force 136, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya
Othman berkata mangsa, Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, disahkan meninggal dunia
kira-kira 3 petang di Hospital Pekan. Beliau berkata kejadian dipercayai
berlaku pada 2.30 petang ketika mangsa dan 243 pegawai yang lain sedang
menjalani latihan menyeberangi sungai di sebatang tali air berdekatan Sungai
Miang, dekat sini.
"Tiba-tiba mangsa terjatuh ke dalam
air dan jurulatih kemudian menarik mangsa dari dalam air ke darat lalu terus
memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum menghantar mangsa ke
Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun mangsa disahkan
meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan
mangsa meninggal dunia akibat lemas," katanya kepada Bernama di sini malam
ini.
Yahya berkata Allahyarham Aldy Hasmi dan
peserta kursus yang lain sedang mengikuti latihan di kem tersebut dari 3 hingga
28 Sept ini. Difahamkan mangsa sedang mengikuti Diploma Pentadbiran Awam di
bawah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan). Arwah meninggalkan seorang balu
dan sepasang anak kembar lelaki, Al Malik Fahreen dan Al Mikhail Fareeq
"Mangsa juga telah menjalani ujian
perubatan sebelum menjalani latihan tersebut," katanya.
Beliau turut dimaklumkan jenazah akan
dibawa pulang ke kampung halamannya di Jalan Sultanah, Alor Setar malam ini
juga untuk urusan pengebumian. Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang
enggan dikenali, berkata dia sempat menyaksikan saat Allahyarham Aldy Hasmi
terjatuh ke dalam air ketika latihan itu diadakan.
"Ketika dia jatuh, jurulatih
memanggilnya tetapi dia tidak menyahut dan dengan segera jurulatih menariknya
naik ke darat, tetapi mendapati mulut Aldy Hasmi sudah berbuih," katanya.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua
Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) dan Intan menghentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus
Diploma Pengurusan Awam bagi bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta
kursus lain bagi pegawai-pegawai tidak beruniform. Ini, katanya berikutan
insiden kematian Aldy Hasmi ketika sedang menjalani latihan wataniah di Pekan,
Pahang. Beliau juga mengarahkan JPA dan Intan supaya menyiasat serta
mengemukakan laporan berhubung kejadian itu.
"Bagi pihak seluruh Perkhidmatan Awam,
saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga rohnya
dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orang yang
beriman," kata Ali melalui laman Facebooknya. – Bernama/17 Sep 2012
Rumusan Kes
Si mati, Aldy Hasmi Abu Hassan, 35 tahun
disahkan meninggal dunia akibat mati lemas ketika menjalani latihan
menyeberangi sungai di sebatang tali air berdekatan Sungai Miang. Simati
merupakan seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kementerian Pertahanan
mati lemas semasa menjalani latihan di Kem Wataniah Force 136, Pekan, Pahang.
Simati meninggalkan seorang Isteri dan dua orang anak lelaki.
Pembahagian harta pusaka si mati:
Dalam kes ini, si mati meninggalkan seorang
isteri dan dua orang anak lelaki. Isteri dan dua orang anak lelaki tersebut
merupakan ahli waris dan berhak menerima bahagian harta pusaka si mati.
Bahagian daripada setiap seorang mereka
adalah seperti berikut:
Isteri menerima 1/8 harta pusaka si mati.
Manakala dua orang anak lelakinya menerima asobah atau 7/8.
Maka keseluruhan harta itu dibahagikan
kepada 8 bahagian. 1/8 bahagian untuk isteri si mati. 7/8 untuk kedua-dua anak
lelaki si mati.
NO.
|
WARIS
|
BAHAGIAN
|
8
|
1.
|
Isteri
|
1/8
|
1
|
2.
|
2 anak lelaki
|
Asobah
|
7
|
Cara pembahagian:
Katakan seluruh harta si mati dijual dengan
harga RM18,000,000. Jumlah RM18,000,000 itu dibahagikan dengan 8. Maka, setiap
bahagian bernilai RM2,250,000.
Pengiraan:
NO.
|
WARIS
|
BAHAGIAN
|
1.
|
Isteri
|
1 x RM2,250,000 = RM2,250,000
|
2.
|
Kedua-dua anak lelaki
|
7 x RM2,250,000 = RM15,750,000
|
3.
|
Bahagian bagi seorang anak lelaki
|
RM15,750,000 ÷ 2 = RM7,875,000
|
Kes Kedua
Petikan Akhbar Utusan 5 Ogos 2013
2 Anak Pengasas Vida Beauty Mati Kebakaran
IPOH 4 Ogos - Seorang pekerja syarikat
produk kecantikan Vida Beauty yang terselamat dengan nekad terjun dari balkoni
mendakwa melihat api marak di pekarangan luar sebelum rumah itu terbakar
sehingga meragut tiga nyawa di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi. Khairul
Anuar Abu Bakar, 32, pereka dan jurugambar syarikat tersebut turut mendakwa,
ada mendengar bunyi satu letupan yang dipercayai dari sebuah kereta mewah jenis
Bentley yang diletakkan di pekarangan rumah ketika turun untuk memeriksa. Beliau
bagaimanapun naik semula ke tingkat atas untuk memaklumkan kepada seorang lagi
pekerja syarikat itu, Mohd. Nor Syamil Zaidi dan dua anak Datuk Dr. Hasmiza
Othman (atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida) iaitu Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11,
dan adiknya, Edrie Zikri, 10.
"Namun, apabila saya naik, tiba-tiba
sahaja suis utama meletup dan 'black out' manakala api marak. Dalam keadaan
gelap, saya memimpin tangan mereka (Eddie Zuhdi dan Edrie Zikri) diikuti Mohd.
Nor Syamil turun, namun asap terlalu tebal, maka kami terpaksa naik
semula," katanya di sini hari ini.
Khairul Anuar memberitahu, dalam keadaan
panik, beliau mengambil keputusan untuk terjun melalui balkoni di belakang
rumah, namun, Mohd. Nor Syamil yang berada di belakangnya, tiba-tiba berundur
ke belakang lalu berlari masuk ke dalam tandas diikuti Eddie Zuhdi dan Edrie
Zikri.
"Mereka (anak-anak Dr. Vida)
meronta-ronta untuk dilepaskan daripada pegangan tangan saya. Saya tiada
pilihan lain selain melompat daripada balkoni, namun begitu, saya bernasib baik
kerana terjatuh di atas sebuah kanopi di belakang rumah.
"Seorang lagi pekerja iaitu Ropie
Ismail, 31, juga berjaya menyelamatkan diri dengan terjun di belakang rumah,
namun, dia patah kaki akibat terjatuh di atas tanah," katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam
tadi, tiga termasuk dua anak kepada pengasas produk kecantikan Vida Beauty
meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di sini
yang turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah Perodua Kancil
dan beberapa buah motosikal.
Dr. Vida yang sudah berpisah dengan
suaminya mempunyai empat orang anak iaitu Eddie Zuhdi, Edrie Zikri, Edlin
Zamilin, 8, dan Eric Zaquan, 6. Ketika kejadian beliau berada di Pulau Pinang
dan bergegas ke Ipoh sebaik sahaja mendapat tahu berita itu. Ketua Polis Daerah
Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi berkata, hasil
siasatan awal mendapati punca kebakaran kemungkinan disebabkan oleh berlakunya
litar pintas.
Beliau bagaimanapun berkata, pihak bomba
masih menjalankan siasatan lanjut dan polis mengklasifikasi kes itu sebagai
mati mengejut.
Rumusan Kes
Dua anak Datuk Dr. Hasmiza Othman (atau
lebih dikenali sebagai Dr. Vida) iaitu Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11, dan adiknya,
Edrie Zikri, 10 telah dijumpai mati dalam kebakaran di salah sebuah rumah
mereka yang dijadikan asrama pekerja di Meru Hills, Taman Meru. Dr. Vida yang
sudah berpisah dengan suaminya mempunyai empat orang anak iaitu Eddie Zuhdi,
Edrie Zikri, Edlin Zamilin, 8, dan Eric Zaquan, 6. Kebakaran itu berpunca
daripada litar pintas. Dalam kes ini, polis telah menklafikasikan sebagai mati
mengejut dan tidak dapat dipastikan siapa yang mati terlebih dahulu.
Pembahagian Harta Pusaka Simati
Mereka berdua tidak boleh menerima pusaka antara mereka dan harta pusaka akan
dibahagikan kepada pewaris yang lain. Kedua-dua simati meninggalkan ibu,
seorang adik beradik lelaki dan seorang adik beradik perempuan. Ibu menerima
1/6 kerana simati mempunyai 2 adik beradik seibu sebapa. Adik beradik lelaki
dan adik beradik perempuan menerima asobah bilghair, pembahagian seperti jadual
di bawah.
NO.
|
WARIS
|
BAHAGIAN
|
6
|
|
1.
|
Ibu
|
1/6
|
1
|
|
2.
|
Adik Beradik Lelaki Seibu Sebapa (Eric Zaquan)
|
Asobah bilghair
|
5
|
2/3
|
3.
|
Adik Beradik Perempuan Seibu Sebapa (Edlin Zamilin)
|
1/3
|
HAK PUSAKA BAGI ORANG YANG HILANG.
Definisi Hilang
Dari segi
bahasa arab hilang (maqfud) bermaksud tiada. Dari segi istilah feqah
pula ialah Orang yang hilang daripada tempat
asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak
diketahui mengenainya, tidak diketahui samada masih hidup ataupun telah mati.
Hukum-Hakam Berkenaan Orang Yang Hilang
Orang yang hilang mempunyai beberapa hukum yang berbeza berdasarkan
pihak yang mempunyai hubungan dengannya:
1.
Isteri
Berkenaan Isteri, Isterinya tidak dibenarkan bernikah dengan orang
lain shingga disahkan mati, kerana pada asasnya dia masih dianggap hidup dan
asas ini tidak berubah kecuali dengan sesuatu yang meyakinkan. Menurut Imam
Syafie, yang diriwayatkan daripada Ali katanya: Isteri yang kehilangan suami
sebenarnya diuji. Dia hendaklah bersabar dan janganlah bernikah lain sehingga
datang berita kematiannya.
2.
Hak
milik mutlaknya
Berkenaan hak miliknya sebelum dia didapati hilang ataupun harta
yang diperolehi dalam tempoh kehilangannya. Hukumnya hartanya tidak boleh
dibahagi-bahagikan melainkan setelah disahkan kematiannya atau berlangsung satu
tempoh sememangnya diketahui atau pada kebiasaannya orang yang hilang ini tidak
akan hidup melebihi tempoh tersebut. Tempoh tidak ditentukan mengikut jarak
masa tertentu tetapi mengikut ijtihad hakim yang akan mengesahkan kematiannya.
Sebelum pengesahan hakim tersebut adalah tidak sah sebarang berlaku ke atas
harta tersebut kerana dianggap masih hidup. Hartanya juga tidak boleh diwarisi
melainkan dengan meyakinkan. Setelah hakim mengesahkan kematiannya hartanya
diserahkan kepada orang yang layak menerimanya ketika kematiannya dibuktikan
atau ketika kematiannya disahkan oleh hakim. Kaum kerabatnya yang meninggal
dunia sebelum pengesahan ini walaupun sesaat tidak boleh mewarisi apa-apa
kerana ada kemungkinan yang hilang benar-benar mati ketika itu.
3.
Hak
mewarisi harta
Berkenaan haknya mewarisi harta sanak saudaranya yang mati ketika
dia hilang ialah seperti berikut:
Hukum-hakam orang yang hilang dalam mewarisi pusaka:
Orang yang hilang dianggap masih hidup selagi tiada bukti dan hakim
tidak mengesahkan kematiannya berdasarkan kepada asas ini dia berhak mewarisi
harta sehingga wujud bukti sebaliknya. Banyak persamaan diantara hukum orang
hilang dengan hukum khunsa musykil.
1.
Pewaris
tetap berhak mewarisi harta samada orang yang hilang itu dikira masih hidup
atau sudah mati akan diberi haknya sepenuhnya tanpa mengira kedudukan orang
yang hilang.
2.
Jika
ada pewaris yang tidak akan menerima pusaka dalam salah satu andaian, pewaris
ini belum boleh mewarisi pusaka kerana ada kemungkinan yang hilang masih hidup.
3.
Pewaris
yang menerima bahagian yang berbeza bergantung kepada hudup atau mati orang
yang hilang akan diberikan bahagian terkecil sebagai langkah waspada.
Ar-Rahabi menyebut dalam nazamnya:
Hukumlah orang yang hilang seumpama khunsa samada lelaki mahupun
perempuan.
KONSEP AL MAFQUD
Menyentuh persoalan al-Mafqud ( الـمفقود
) atau orang yang hilang, di dalam kitab Al-Fiqhul Manhaji, karangan Dr.
Mustaffa al-Khan, Dr. Mustafa al-Bugha dan Ali al-Syarbaji, jilid kedua,
cetakan keenam 1426H/2005, Percetakan Darul Qalam, Damsyek, Syria, pada muka
surat 331, menyebut :
الاصطلاح : من غاب عن وطنه، وطالت غيبه، وانقطع خبره،
وجهل حاله، فلا يُعرف أحيُّ هو، أو ميِّت ؟
Yang bererti :
`Dari segi istilahnya al-Mafqud (الـمفقود ) bererti orang yang hilang daripada tempat
asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak
ada orang yang mengetahui mengenainya dan tidak diketahui juga sama dia masih
hidup atau pun telah meninggal dunia.’
Di dalam kitab Al-Fiqhul Islaamiy wa Adillatuhu, karangan
Dr. Wahbah al-Zuhailiy, juzuk yang kelima, cetakan kedua, tahun 1405/1985,
percetakan Darul Fikri, Damsyek, Syria, pada muka surat 784, pula memberi makna
al-Mafqud ( الـمفقود ) sebagai :
هو الشخص الذى غاب عن بلده بحيث لا يعرف اثر، ومضى على
فقده زمان بحيث لا يعرف أنه حي أو ميت.
Bermaksud :
` Al-Mafqud ( الـمفقود
) ialah seseorang yang hilang daripada tempat asalnya dalam tempoh yang lama
hingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui mengenainya dan tidak
diketahui juga sama dia masih hidup atau pun telah meninggal dunia.’
Mengikut peruntukan Hukum Syara’ sebagaimana yang saya
nyatakan di atas, dan mengikut peruntukan undang-undang sebagai mana yang
diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan, Senarai
II – Senarai Negeri, dan peruntukan subseksyen 11(3) Enakmen Mahkamah
Syariah (Terengganu) 2001, yang antara lain memperuntukkan kuasa Mahkamah
Tinggi Syariah dalam pembahagian atau
pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat dan penentuan orang-orang yang
berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau
bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak.
Mengenai fakta
persoalan di dalam Permohonan ini, di dalam kitab Al-Fiqhul Manhaji, karangan
Dr. Mustaffa al-Khan, Dr. Mustafa al-Bugha dan Ali al-Syarbaji, jilid kedua,
cetakan keenam 1426H/2005, Percetakan Darul Qalam, Damsyek, Syria, pada muka
surat 331 hingga muka surat 332, menyebut;
فالحكم أنه لا يُقسم شيء من مالـه حتى تقوم بينه بـموته،
أو تمضي مدة، يُعلَم أو يغلب على الظن أن المفقود لا يعيش فوقها، وهي مدة ليست
مقدّرة بأمد معين، وعندها بـجتهد القاضى، ويـحكم بـموته اجتهادًا.
أما قبل ذلك، فلا يصحّ التصرّف بشيء من ماله، لأن الأصل
بقاء الحياة، فلا يورث إلا بيقين.
فإذا حكم القاضي بـموته، فأنه يُعطي ماله إلى مَن يررثه
عند إقامة البيِّنة بـموته، أو عند الحكم بـموته، فمن مات من أقربائه قبل ذلك، ولو
بلحظة لم يرث منه شيئاً، لجواز موته في تلك اللحظة.
Yang bererti;
`Harta
al-Mafqud (الـمفقود ), orang yang hilang,
tidak boleh dibahagi-bahagikan, melainkan setelah disahkan kematiannya atau
berlangsung suatu tempoh sememangnya diketahui atau pada kebiasaannya orang
yang hilang tidak akan hidup melebihi tempoh tersebut. Tempoh ini tidak
ditentukan mengikut jarak masa tertentu tetapi mengikut ijtihad hakim yang akan
mengesahkan kematiannya.
Sebelum
pengesahan hakim sedemikian, sebarang pengurusan ke atas hartanya adalah tidak
sah dilakukan kerana asasnya dia masih dianggap hidup. Hartanya itu juga tidak
boleh diwarisi melainkan adanya asas yang meyakinkan.
Setelah Hakim
membuat sabitan bahawa al-mafqud telah
meninggal dunia, maka hendaklah harta al-mafqud itu dibahagikan kepada
orang-orang yang berhak ke atas hartanya mengikut bahagian masing-masing pada
ketika Hakim mensabitkan al-mafqud itu meninggal dunia, atau pada masa sabitan
dihukumkan al-mafqud itu meninggal dunia. Mana-mana ahli waris al-mafqud yang
telah meninggal dunia, sebelum tarikh
Hakim membuat sabitan bahawa al-mafqud
telah meninggal dunia atau sebelum tarikh Hakim membuat sabitan
al-mafqud itu dihukumkan telah meninggal dunia, walau pun sekadar satu saat,
ahli waris berkenaan itu tidak layak mempusakai harta pusaka al-mafqud
berkenaan itu, kerana ada ruang ketidak tentuan matinya al-mafqud pada saat itu.’
Di dalam kitab
Al-Fiqhul Islaamiy wa Adillatuhu, karangan Dr. Wahbah al-Zuhailiy, juzuk yang
kelima, cetakan kedua, tahun 1405/1985, percetakan Darul Fikri, Damsyek, Syria,
pada muka surat 785, pula menyebut;
متى يحكم بموت المفقود
وما أثر ذلك ؟
إذا مضت مدة طويلة
على الـمفقود من وقت ولادتـه، بحيث لا يعيش
مثله إلى تلك المدة يفينًا أوغالبًا، يحكم
بموته، وتقع الفرقة بينه وبين نسائه، ويقسم ما له بين ورثته الأحيأ ، ولا يرث هو من
أحد.
Yang bererti;
`Persoalan
mengenai bilakah orang yang hilang dihukumkan meninggal dunia, dan apakah
kesannya ? Jika berlalu masa yang lama dari tarikh lahir seseorang yang hilang
itu, sekadar-kadarnya tidak mungkin ada orang yang sebayanya boleh hidup lagi,
secara yakin atau mengikut kebiasaan, maka orang yang hilang itu dikira sudah
meninggal dunia. Dengan sabitan yang sedemikian maka orang yang hilang dan
disabitkan mati itu hendaklah terpisah daripada isterinya, hartanya pula
hendaklah dibahagikan antara ahli warisnya yang hidup, mana kala dia pula tidak
berhak menerima pusaka daripada mana-mana orang.’
KAJIAN KES: ORANG HILANG
Kes Pertama
Petikan Akhbar Snar Harian 26 Disember 2013
Mangsa
Hilang di Laut Belum Jumpa.
DUNGUN – Usaha pihak berkuasa untuk menjejaki Ghapar
Abdul Manaf, 32, yang masih hilang ketika mandi-manda bersama ahli keluarga di
Pantai Sura, petang kelmarin, sedikit sukar akibat ombak besar sehingga 1.5
meter serta arus terlalu deras. Komander Operasinya, Superintendan Ahmad
Zailani Yaacub berkata, pihaknya menghadapi kesukaran untuk menurunkan anggota
skuba kerana bot penyelamat sukar digerakkan ke lokasi kejadian berikutan ombak
terlalu besar.
Menurutnya yang juga Ketua Polis Daerah
Dungun, lebih 30 anggota termasuk bomba, JPAM serta Rela membuat tinjauan di
sepanjang pantai, berhampiran tempat mangsa dikhuatiri lemas.“Jika keadaan
mengizinkan, anggota skuba akan melakukan gerakan mencari melalui kaedah selam
di dasar laut. Namun setakat ini, risiko untuk melakukan tugas sedemikian amat
tinggi berikutan keadaan ombak yang terlalu besar disusuli arus kuat,"
katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang
kelmarin, mangsa yang tinggal di Masai Johor mandi-manda di tepi pantai bersama
adik iparnya, Fairus Ibrahim, 24.Bagaimanapun, arus deras kemudiannya membawa
Ghapar ke tengah laut sebelum hilang.Ketika kejadian, isteri mangsa, Amizah
Mohd Zain, 25, berada di tepi pantai tidak jauh dari lokasi Ghapar dilaporkan
lemas.
Usaha orang ramai yang berada di kawasan
berdekatan untuk menyelamatkan mangsa, tidak dapat dilakukan kerana risiko
ombak terlalu besar.Sebelum itu, mangsa difahamkan mengajak isteri dan empat
adik-beradik iparnya untuk berkelah di pantai berkenaan.
Mangsa dikatakan baru sehari tiba di Dungun
untuk menziarahi bapa mentuanya yang sakit dan dalam proses untuk mencari kerja
di sini, memandangkan isterinya yang berasal dari Nibong Stesen Dungun, kini
mereka mempunyai seorang anak perempuan selepas mendirikan rumah tangga.
Rumusan Kes:
Punca kematian Ghapar Abdul Manaf disebabkan oleh keadaan ombak
yang terlalu besar disusuli arus deras menyebabkan Ghapar dibawa ke tengah laut
sebelum ianya hilang.
Pembahagian Harta Pusaka Simati
Status Ghapar Abdul Manaf, ialah mafqud. Dia telah hilang dan
meninggalkan seorang isteri dan anak yang bakal dilahirkan. Apabila hakim
memutuskan Ghapar Abdul Manaf mati, maka
Isteri mendapat 1/8, anak perempuan 1/2.
Penyelesaian Pengiraan :
NO
|
AHLI WARIS
|
BAHAGIAN
|
8
|
1.
|
Isteri ( Si mati ada Furu’ waris )
|
1/8
|
1
|
2.
|
Anak perempuan ( Tunggal, tidak ada adik beradik
lelaki yang mengasobahkannya )
|
1/2
|
4
|
Jumlah
|
5
|
||
Baki
|
3
|
Kes Kedua
Tempat
Perbicaaraan Kes: Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu, Terengganu.
Jenis
Permohonan: Dalam Perkara Permohonan Anggapan Mati (Permohonan no:
41-017-1-2000)
Pemohon:
Kelthom Binti Mohd Amin (KP:
391016-11-5242)
Kes yang telah didaftarkan di dalam Mahkamah Tinggi Syariah Negeri
Terengganu pada 4 Disember 2000 ini
adalah Permohonan yang dibuat oleh Pemohon supaya Mahkamah ini mengisytiharkan
bahawa seseorang yang bernama Talib bin Saari, kad pengenalan no: 0529808, yang
didakwa sebagai suami Pemohon, adalah seorang mafqud yang telah pun meninggal
dunia. Permohonan ini dibuat oleh Pemohon, antara lain untuk membuat
pembahagian harta pusaka anak pasangan Pemohon dengan Talib bin Saari, kp no:
0529808, yang bernama Abdul bin Talib, kp no: T 1075038, yang telah meninggal
dunia pada 8 Mac 2000, sebagai mana Sijil Kematian yang didaftar dengan No.
Daftar C 412399.
Pemohon, Kelthom binti Mohd Amin, kp no: 391016-11-5242, mempunyai
alamat penyampaian di No. 110-A Kampung Surau Haji Daud, Atas Tol, 21070 Kuala
Terengganu. Manakala suami Pemohon Talib bin Saari, kp no: 0529808, tidak dapat
dikesan alamat penyampaiannya.
Isu
Dari huraian Hukum Syarak sebagai mana yang diambil petikannya di
atas, saya berpendapat timbul beberapa isu yang menjadi persoalan mengenai
fakta di dalam Permohonan ini. Isu-isu yang berkenaan itu perlu dijelaskan di
dalam Permohonan ini.
i) Isu yang pertama ialah
bolehkah Talib bin Saari, kad pengenalan no: 0529808, yang didakwa sebagai
suami Pemohon, disabitkan sebagai al-Mafqud (الـمفقود)? dan
ii) Isu kedua ialah setelah
Talib bin Saari disabitkan sebagai al-Mafqud (الـمفقود ), bolehkah Mahkamah ini membuat pula sabitan
bahawa dia telah meninggal dunia berdasarkan telah berlalunya suatu tempoh yang
lama ke atas al-mafqud dari tarikh ianya dilahirkan, yang mana tempoh itu
adalah tidak mungkin orang sebayanya masih lagi hidup biasanya atau secara
pastinya?
iii) Isu ketiga ialah, terdapat maklumat bahawa sebelum berkahwin
dengan pemohon, mahkamah mendapati bahawa Talib bin Saari pernah berkahwin
dengan seorang wanita di Selangor sebelum berkahwin dengan pemohon. Maklumat
berkenaan isteri pertama dan ahli waris tidak diketahui.
Mahkamah berpuas hati bahawa pasangan Kelthom binti Mohd Amin, kp
no: 391016-11-5242, Pemohon, dengan Talib bin Saari, kp no: 0529808, telah
dikurniakan dengan tiga orang anak; iaitu :
i) Abdul bin Talib (K/P: T 1075038/ A 0782999)
ii) Mohd Ali bin Talib (K/P: 700917-11-5131)
iii) Shamsuddin bin Talib (K/P: 720506-11-5135)
Mengikut syahadah Saksi Kedua Pemohon dan keterangan dokumentar
mengenai kelahiran anak-anak sebagai mana dinyatakan di atas, Mahkamah berpuas
hati bahawa Kelthom binti Mohd Amin, kp no: 391016-11-5242, Pemohon, pernah
berkahwin dengan Talib bin Saari, kp no: 0529808.
Punca
Mengenai isu ini, mengikut keterangan dakwaan Pemohon, Talib bin Saari, kp no: 0529808, telah keluar
dari rumah perkahwinan dalam tahun 1972, untuk pergi bekerja di Hospital Kuala Terengganu,
sebagai ‘Tukang Masak’. Semasa itu Pemohon sedang mengandung anak ketiga mereka. Pada masa Permohonan ini didengar,
umur anak ketiga itu telah menjangkau 32 tahun. Menguatkan lagi keterangan
dakwaannya, Pemohon telah membuat semakan di Pejabat Pendaftaran Negara, Kuala
Terengganu dan jelas bahawa Talib bin Saari,KP:0529808 sehingga 28 Jun 2000, telah tidak pernah membuat sebarang
pertukaran alamat tempat tinggal dengan mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara
dalam negara ini. Keterangan dakwaan ini dibuktikan melalui surat yang ditanda
tangani oleh Penolong Pengarah 2, Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri
Terengganu, bertarikh 28 Jun 2000, dengan nombor, Bil.(30)dlm.
JPN.T.KP:163/792/Klt.18, yang ditanda
sebagai ‘Ekshibit P4’.
Mengikut keterangan dakwaan Pemohon, tarikh kelahiran anak ketiga
pasangan ini dan keterangan dokumentari, iaitu surat daripada Penolong Pengarah
2, Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Terengganu, saya berpuas hati bahawa
Persoalan yang menjadi isu, iaitu, bilakah Talib bin Saari, kp no: 0529808,
hilang telah boleh dijawab; iaitu mulai tahun 1972.
Isu berikutnya pula ialah; bolehkah tatakala hilangnya Talib bin
Saari, kp no: 0529808 mulai tahun 1972 itu disabitkan, disabitkan juga Talib
bin Saari, kp no: 0529808 sebagai al-Mafqud mengikut Hukum Syarak? Mengikut
keterangan sebagai mana yang telah dianalisa, dan berpandukan ambilan nas Hukum
Syarak yang dinyatakan di atas, saya
berpuas hati bahawa Talib bin Saari, kp no: 0529808, adalah al-Mafqud ( الـمفقود ).
Talib bin Saari disabitkan sebagai al-Mafqud (الـمفقود ), bolehkah Mahkamah ini membuat sabitan
bahawa dia telah meninggal dunia berdasarkan telah berlalunya suatu tempoh yang
lama ke atas al-mafqud dari tarikh ianya dilahirkan, yang mana tempoh itu
adalah tidak mungkin orang sebayanya masih lagi hidup biasanya atau secara
pastinya?
Bagi menjawab isu ini, Mahkamah melihat kepada peruntukan Hukum
Syara’. Di dalam kitab Al-Fiqhul Islaamiy wa Adillatuhu, karangan Dr. Wahbah
al-Zuhailiy, juzuk yang kelima, cetakan kedua, tahun 1405/1985, percetakan
Darul Fikri, Damsyek, Syria, pada muka surat 785, pula menyebut;
متى يحكم بموت المفقود وما أثر ذلك ؟
إذا مضت مدة طويلة على الـمفقود
من وقت ولادتـه، بحيث لا يعيش مثله إلى تلك المدة يفينًا أوغالبًا، يحكم بموته، وتقع
الفرقة بينه وبين نسائه، ويقسم ما له بين ورثته الأحيأ ، ولا يرث هو من أحد.
Yang bererti;
`Persoalan mengenai bilakah orang yang hilang dihukumkan meninggal
dunia, dan apakah kesannya ? Jika berlalu masa yang lama dari tarikh lahir
seseorang yang hilang itu, sekadar-kadarnya tidak mungkin ada orang yang
sebayanya boleh hidup lagi, secara yakin atau mengikut kebiasaan, maka orang
yang hilang itu dikira sudah meninggal dunia. Dengan sabitan yang sedemikian
maka oyang yang hilang dan disabitkan mati itu hendaklah terpisah daripada
isterinya, hartanya pula hendaklah dibahagikan antara ahli warisnya yang hidup,
mana kala dia pula tidak berhak menerima pusaka daripada mana-mana orang.’
Keputusan Mahkamah
Talib bin Saari, kp no: 0529808, di dalam Permohonan ini telah
disabitkan hilang dan disabitkan sebagai al-Mafqud (الـمفقود ) mulai tahun 1972. Permohonan ini tamat
didengar di hadapan saya pada 28 Januari 2004. Tempoh disabitkan hilang dan
disabitkan sebagai al-Mafqud (الـمفقود ) nya hingga tarikh pendengaran adalah selama
kira-kira 32 tahun. Berdasarkan fakta-fakta yang dibuktikan ini, saya
berpendapat, jikalah Talib bin bin Saari, kp no: 0529808, masih lagi hidup,
umurnya dalam tahun 2004, adalah sekitar 73 atau 74 tahun. Pada umur 73 tahun,
tidak hairan seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut pembuktian fakta
yang telah dikemukakan di dalam Mahkamah ini dan ambilan nas sandaran di atas,
saya berpuashati bahawa Mahkamah ini boleh membuat sabitan bahawa Talib bin Saari,
kp no: 0529808, telah meninggal dunia,
berdasarkan telah berlalunya suatu tempoh yang lama ke atas al-mafqud dari
tarikh ianya dilahirkan, yang mana tempoh itu adalah memungkin orang sebayanya
telah meninggal dunia. Oleh yang demikian saya sabitkan bahawa Talib bin bin
Saari, kp no: 0529808, telah meninggal
dunia pada hari Permohonan ini didengar iaitu pada 28 Januari 2004. Mahkamah
memutuskan untuk membekukan sementara perwarisan harta Talib Bin Saari kp no:
0529808 sehingga maklumat mengenai keseluruhan ahli waris diketahui.
KESIMPULAN
Faedah ilmu faraidh adalah untuk mengetahui bahwa harta pusaka itu
benar-benar diberikan kepada yang berhak menerimanya. Dengan demikian akan
terhindar pengambilan hak orang lain dengan jalan yang tidak halal. Faraidh ini
mempunyai hikmah dan nilai-nilai objektif yang luhur yang berkembang di
masyarakat, diantaranya ialah, dapat memelihara dari timbulnya fitnah, karena
salah satu penyebab timbulnya fitnah adalah pembagian harta warisan yang tidak
sesuai dengan ketentuan sumber hukum Islam. Faraidh dapat menjunjung tinggi
sunah Rasul. Pelaksanaan ilmu faraidh sebenarnya menjadi ilmu pengetahuan. Nabi
Muhammad SAW bersabda :
اَلْعِلْمُ ثَلَثٌ وَمَاسِوَاى ذٰلِكَ فَضْلُ اٰيَةٍ مُحْكَمَلةٌ اَوْسُنَّةٌ
مُتَّبَعَةٌ اَوْفَرِيْضَةٌ عَادِلَةٌ
(رواه ابوداود وابن ماجه
)
“Ilmu itu ada tiga asalnya, yang selainnya hanya pelengkap saja, iaitu
;(Al-Qur’an) yang muhkamad (dijadikan pedoman dalam hukum). Sunah Nabi yang
sahih, yang menjadi dasar ikatan hidup, dan pembagian harta pusaka yang adil”.
( H.R. Abu Dawud dan Ibnu Majah )
Faraidh berpijak dari kenyataan hidup, yaitu bahagian anak lelaki
adalah dua kali ganda bahagian anak perempuan, ini kerana menurut hukum Islam
tanggung jawab anak lelaki jauh lebih berat dibandingkan dengan anak perempuan.
Selain itu, Faraidh juga dapat mewujudkan ketenteraman keluarga dan masyarakat.
Dengan pemahaman ini orang yang beriman dapat mendidik jiwa tidak mencintai
harta dunia tetapi yang utama adalah kehidupan akhirat. Faraidh juga dapat
mewujudkan manusia yang gagah dan berani, karena Islam tidak menghendaki
keturunan yang lemah.
RUJUKAN
Alamsyah, Mhd Jabal. Ringkasan Praktis Al-Mawarits. Brunei:
Majelis Al-Mawarits, 2013.
Harun, Dr. Musa Fathullah. "Pusaka Aset Tetap." Al-Ustaz
Mar. 2012: 54-55.
Harun, Dr. Musa Fathullah. "Terima Hibah Dapat Pusaka
Juga." Al-Ustaz Mar. 2013: 54-55.
Osman, Mazlan. "Soal Jawab Faraidh." Fardhu Ain
July 2012: 44-45.
Wan Abd Wahab, Wan Mohd Nasir. "Hak Berkaitan Harta
Pusaka." Al-Ustaz Mar. 2013: 42-43.
Wan Harun, Wan Abd Halim. "Apakah Hibah, Wasiat Dan
Pusaka." Q&A Oct. 2012: 86-87.
Wan Harun, Wan Abd Halim. "Bolehkah Serahkan Bahagian Kepada
Orang Lain." Q&A Oct. 2012: 74-75.
Wan Harun, Wan Abd Halim. "Mengapa Saya Dikehendaki
Hadir." Q&A Oct. 2012: 54-56.
Wan Harun, Wan Abd Halim. "Pengiraan Kes Kematian
Munasakhat." Q&A Oct. 2012: 54-55.
"Pelatih PTD Mati Lemas Semasa Jalani Latihan." Utusan
Malaysia. Utusan, 17 Sept. 2012. Web. 11 Feb. 2014.
Raffik, Nik Muhammad. "Mangsa Hilang Di Laut Belum
Jumpa." Sinar Harian 26 Dec. 2013
"Terbakar
Kerana Letupan Kereta Bentley?" Utusan Malaysia 5 Aug. 2013
Assalamualaikum ibu saya telah meninggal pada tahun 2015 dan meninggalkan sekeping tanah seluas 6 ekar. Pada geran tanah tersebut tertera nama kedua-dua bapa saudara saya (abang ibu saya). Masalahnya kedua-dua bapa saudara telah berhijrah ke Yemen 80 tahun yang lalu dan tidak diketahui samada masih hidup atau mati. Bagaimana dengan status kedua-dua harta mereka? Mohon penjelasan daripada ustazah. Terima kasih wassalam
BalasPadam