My Home

Followers

Khamis, 27 November 2014

Pengalaman menjauhkan anak dari gadget

snap wif OLYMPUS fe



Yusra kenal dengan ipod sejak usia mencecah 2 tahun, masa tu beli sbb dia suka sangat tengok laptop dan kacau aku dan suami semasa buat kerja. Teruk kan kerja sampai kat rumah, apekedehal ibu2 sekarang nih!..kononnya beli ipod utk hadiah hari jadinya..masa dapat tu memang seronok la dia, tp masa tu aku dan suami memang kawal juga dan bg dia main masa kami buat kerja saja..tapi lama kelamaan, dia jadi ketagih dan asyik minta ipodnya..keadaan sama berlarutan sampai usianya mencecah 4 tahun..bila aku bawa dia kesekolah tempat aku mengajar memang dia asyik berkepit dengan ipodnya tu..sampailah satu ketika rakan guru menegur aku kerana membiarkan anak sekecil itu lalai dengan gadget, panas telinga juga dan aku cuba menegakkan cara aku mendidik anak (masa tu aku rasa tak salah dedahkan teknologi sedari awal cuma perlu kawal pergerkan anak2)..kejadian tu memang amAt membekas dihati..ibu mana yang sanggup dipertikai cara mendidik dan melayan anak..kan2?

Lepas peristiwa tu memang aku bayk berfikir, memang betul apa yang kawan aku kata tu..aku sedar dan aku memang tau benda tu boleh ganggu emosi anak2 kita..setiap hari aku usaha pula utk jauhkan dia dr gadget..tp masih belum berjaya masa tu..pelbagai cara aku buat, aku bgtau dia bateri habis lA..rosak la, tp masih belum berjaya..

**********************
Kebiasaan cuti sekolah aku akan balik bercuti ke kampung..yusra dah siap download game banyak2 sebab kat kampung takda internet, jadi ada lah bekalan utk aktivitinya kat kampung..sepanjang minggu pertAma cuti aku hanya benarkan main tak sampai sejam sehari, selebihnya aku ajak dia buat aktiviti lain tp dia nak ganjaran main game lepas aktiviti tu, aku ajak la dia buat aktviti pelajaran, lukis, buat origami dan seangkatan dengannya..kadang2 terlalut juga dia..sampai satu ketika dia mengadu sakit kepala dan mata..

Aku rasa masa tu inilah cara terbaik aku bagi alasan supaya dia tinggalkan terus gadget tu..idea tu datang dan aku terus nasihat kat dia sambil menjelum kepala dia dengan air..harap dia faham..aku doa dulu supaya Allah buka pintu hati dia faham apa yang aku kata..cuma ayat aku terektreme sikit masa tu, aku cakap dengan dia, sebab dia sakit kepala dan mata tu dtg dr gadget tu la, kalau dia berhenti dan asyik berkepit je lama mata boleh pecah sebab sakit sangat..nak ke mata pecah? (Betapa ekstreme ayAt tu kiki) Dia geleng dan buat muka berkerut. Tiba2 dia bersuara,umi yusra taknak mata pecah yusra takut sangat..dia nangis..

Lepas pada tu, memang dia tak minta langsung gadget tu dari aku..aku ada offer saja la nak test dia..tapi dia dok ulang2 takut mata pecah..hehehe aku rasa memang aku dah berjaya..

Masuk bulan kedua, ketiga dan sampailah setahun, sekarang dia baru masuk 5 tahun pd 5 nov lalu..ada dia minta 2 kali je..tp aku tak bagi dan ingatkan balik cerita ku kat dia dulu..terus dia diam..sejak dia tak berkepit dengan ipod ofkoslah aku menjadi lebih kreatif memenuhi masa dia dengan aktivit yang dia suka..penting kita sebagai parents gubah seberapa banyak aktvit yang anak2 suka, kenalpasti minat dia lebih kearah mana..bagi yusra dia memang minat sangat aktivit memasak, melukis dan buat origami, jadi setiap kali dia nk tengok tv ke apa aku ajak dia buat aktiviti ni, konfem dia tak jadi tengok tv..

Sekarang memng dia yang ajak aku buat aktiviti..kalau aku tengah mengupdate blog ke apa, aku aku berhenti serta merta dan layan karenah Anak dulu sampai dia puas..br aku sambung balik kerja aku..kalau dia nak main game ke tengok tv ke, aku tak la sekat langsung, tp aku bagi masa kat dia, katakan 20 minit, lepas habis 20 minit aku ingatkan dia masa dah habis, memang dia tutup terus pc atau tv (gadget memang aku tak bg langsung ok) dan ajak aku buat aktiviti..alhamdulillah..

Kepada ibu bapa yang dah terlajak perahu membiarkan anak2 dengan gadget, dan memang dah insaf dan nak jauhkan anak dari gadget, berikut aku senarAikan tips:

TIPS Jauhkan anak dari GADGET

1. Doakan anak agar lembut hati dan dengar cakap kita
2. Jangan terus2 hentikan mereka dari gadget tanpa tindakan susulan..dan biarkan anak tanpa aktiviti lain. Nanti memberontak pulak anak tu.
3. Rekalah seberapa banyak aktiviti dan kenal pasti minat mereka..memang perlu bagi komitmen sikit kalau nak berjaya la..
4. Banyak luangkan masa dengan anak2..sila asingkan kerja ofis jangan terlebih2 buat di rumah..(padahal kat ofis banyak je masa dan boleh settle cuma kita ni dok ofis byk sembang dengan kawan kan- byk gangguan)
5. Sekali sekala bawa mereka makan angin diluar
6. Alihkan minat anak2 kepada perkara yang lebih praktikal seperti membina rumAh dari kotak, memasak dan biarkan mereka melakukannya sendiri di samping kita menjadi pengajar kepada mereka.
7. Kuatkan semanagt dan laburlah sebnyak mana masa yang terluang bersama anak2..selalu ingat bahawa, sesungguhnya mereka adalah amanah yang akan Allah persoalkan di akhirat kelak..

Selamat berikhtiar!






Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)