My Home

Rabu, 26 November 2014

Resepi Mudah Kek Marble

 Salam sayang dan salam bahagia..

Tengah kekeringan idea nak bawa buah tangan apa utk melawat abang aku esok, google punya google terjumpa resepi ni dr blog ciklaili..tq share resepi ;)

1st trial ;)

Resepi Kek Marble
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
250g butter atau marjerin
150g gula
250g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu serbuk koko

Cara-cara membuat kek marble : 
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Tuang esen vanilla dan susu - pukul sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam 1 bahagian adunan.
6. Tuang adunan berselang seli (ikut kreativiti anda).
7. Bakar di dalam oven selama 45-50 minit dengan suhu 170 darjah. Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah sedap sangat. Bahan2 pun yang mudah2 jer :)

    BalasPadam
  2. Tahniah! Nampak menjadi kek Marble walaupun pertama kali mencuba.

    Salam perkenalan dari ciklaili.com :)

    BalasPadam

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)