My Home

Khamis, 11 Jun 2015

FM TomYam Poktek Silibin Ipoh dan Hotel Excelsior!

Minggu lepas kami menghabiskan cuti sekolah minggu pertama di Ipoh, Menginap di Hotel Excelsior, ditengah bandar ipoh, harga berpatutan dengan keluasan bilik dan sarapan pagi disertakan. RM186.75 semalam, bagi saya memang berbaloi2..

Check in Details:


Lead Guest: *****
Hotel Name: Hotel Excelsior
Address: 43, Jalan Sultan Abdul Jalil 30300
Area / City / Country: Ipoh City/Ipoh/Malaysia
Arrival Date:
June 5, 2015
Departure Date: June 6, 2015
No. of Nights: 1
No. of Rooms: 1
Max Occupancy: 2
Breakfast: Included
Room Type: Deluxe Room
Special Notes: All special requests are subject to availability upon arrival.
Total Charge to Credit Card MYR 186.72 (USD 50.64)

Bilik Deluxe, izinkan saad golek2 dulu!

kakak tak kurang berposing sakan

Ruang ke pintu bilik

tv plasma dan meja disediakan

Saad layan TV dulu umi, papa dan kakak menikmati landscape bandaraya Ipoh

toilet semestinya selesa
Oleh kerana kempunan cik suami yang amat sangat, cik suami mengajak saya meratah tom yam poktek satu2nya tersedap di ipoh mengikut tekak kami, mempersembahkan tom yam poktek FM house..Ini kali kedua kami menikmati Tom yam poktek secara live disini...(kebende live2 udah mcm siaran tv pulak)
3 menu saja yan dioder, mee hailam untuk kakak, tom yam poktek, sayur campur, dan daging masak merah

Tom yam poktek, apa yang istimewanya? saya tak pulak tanya apa resepinya, cuma mengikut perkiraan, tom yam ini, sedap sebegitu rupa mungkin disebabkan rasa balance masam, manis, masin pedas dan bau aromatic yang memang membuatkan anda teringat-ingat walaupun bertahun2 lamanya..Tom yam yang dihidangkan di dalam kelapa muda tu bukan saja sebagai hiasan tau, anda boleh korek pulak isi kelapa muda tu dan dimakan bersama tom yam tersebut. difahamkan tom yam ini dicampur dengan air kelapa muda tersebut..hmm patutlah sedap sangat!

dapp

Nampak tak tangan2 ketam tu? tak pulak saya kunyah tangan ketam tu, nampak beno kebulur!

oren jus utk kakak, dan kami berdua semestinya air limau panas..

Hmm kalau anda tergoda dan nak mencuba jugak Tom Yam PokTek tersedap di Ipoh, meh ikut jalan ni, insyallah jumpa, kitorng pergi kali pertama sesat, kali kedua Alhamdulillah line clear!

FM TOMYAM HOUSE
No 4, Medan Selera Lama MBI,
Jalan Jelapang,
30100 Ipoh, Perak
(berdekatan roundabout, dan sebelah pokok ceri)
Tel: 0196077918
Masa operasi: Isn – Ahd: 5:00 pm – 2:00 am
Facebook: /FmTomyamHouse


Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)