Menjahit memang menjadi minat saya sejak kecil, tapi tak pernah serius untuk belajar lebih mendalam.. sekadar menjahit baju sendiri dan mereka kraf tangan seperti beg, anak patung dan lain-lain.
Tetapi apabila sy mengambil keputusan untuk berhenti kerja full time, dan hanya bekerja sebagai guru kafa, 4 hr seminggu, 3 jam sehari, masih ada masa berbaki untuk sy kembali melakukan hobi yg tetangguh selama ini.
Alang-alang berhobi biarlah berbaloi kan, jadi berbekalkan sedebu ilmu jahitan itu, saya cuba mereka tudung yang lain sikit dari yang ada di pasaran. berinovasi dengan instant shawl yang sememangnya bukan saja untuk memenuhi keinginan saya namun dpt pula berkongsi dengan muslimah di luar sana.
Setelah melalui beberapa misi pencarian demi pencarian material apa yang sesuai, try n error beberapa design, dr nour, syakira dan terbaru ahna, Alhamdulillah akhirnya ahna menjadi pilihan dan mula dipasarkan pada awal oktober.
Alhamdulillah juga kerana Ahna mendapat sambutan yang amat menggalakkan, bermula dr modal yang kecil dan berbekalkan mesin jahit hadiah dari suami sempena hari lahir tahun lalu, dan kemudian sy cuba beranikan diri untuk menyimpan 'raw material' yang lebih byk.
Bukan mudah untuk berjaya, tetapi sy yakin dan percaya usaha yang istiqamah akan ada balasan yang setimpal dengannya. doakan sy agar terus sukses, mencapai impian menjadi seorang entrepreneur yang istiqamah dan berjaya. Insyallah.
Founder qirmumtaz hijab
instant shawl gaya bawal
instagram qirmumtaz_hijab
fb page qirmumtazgaleri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)