Followers

Khamis, 28 Januari 2016

PERKAHWINAN MISYAR



Pengenalan
Perkahwinan merupakan salah satu hal penting dalam kehidupan manusia, dalam masyarakat. Melalui perkahwinan yang dilakukan menurut aturan hukum yang mengatur mengenai perkahwinan ataupun menurut hukum agama masing-masing sehingga suatu perkawinan dapat dikatakan sah, maka pergaulan lelaki dan perempuan terjadi secara terhormat sesuai kedudukan manusia sebagai mahluk yang bermartabat. Perkahwinan merupakan awal dari proses perwujudan dari suatu bentuk kehidupan manusia. Dengan adanya perkahwinan, diharapkan dapat tercapai tujuan perkahwinan sebagaimana diatur dalam Undang-undang atau aturan hukum dan juga sesuai dengan ajaran agama yang dianut. Perkahwinan merupakan peristiwa penting dalam kehidupan setiap manusia yang akan menimbulkan akibat lahir maupun batin antara mereka. Salah satu bentuk perkahwinan yang ada dan mulai dikenal di masyarakat adalah istilah perkahwinan misyar. Perkahwinan misyar adalah sebuah bentuk perkahwinan dimana wanita itu tidak menuntut hak yang sepatutnya diperoleh dalam perkahwinan iaitu nafkah zahir. Wanita tersebut telah menggugurkan haknya terhadap lelaki yang mahu menikahinya dan wanita tersebut hanya menuntut nafkah batin saja. Perkahwinan misyar ini biasanya berlaku kepada wanita yang berkedudukan tinggi atau berharta yang banyak tetapi masih belum berkahwin kerana belum ada lelaki yang mahu mendekati wanita tersebut. Ulama Yusuf Qardhawi telah membolehkan perkahwinan misyar melalui fatwanya serta ijtihad yang digunakan dalam memperbolehkan perkahwinan misyar.
Pengertian Misyar
Perkataan misyar berasal daripada perkataan arab sara, sira, sirah, tasayara, masar dan juga masirah. Ia bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia juga boleh diertikan sebagai pemergian. Perkataan misyar sebenarnya ialah satu perkataan daripada bahasa dialek atau loghat ( bahasa ammiyah ) atau boleh juga disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di beberapa negara Teluk. Ia difahami sebagai perjalanan dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat.
Definisi Misyar Dari Istilah
Perkahwinan misyar ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut. Ia juga disebut sebagai pergi kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama.
Terdapat juga pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang dibina dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan adanya persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup sebumbung untuk tempoh yang berpanjangan.
Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan nafkah.
Menurut Ibn Mani’ pula ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua syarat dan rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan bersetuju bahawa si isteri tidak mempunyai hak berkelamin ( iaitu hak pembahagian giliran bermalam ). Sebaliknya, ia bergantung kepada si suami, jika dia mahu menziarahi isterinya pada bila-bila masa atau waktu tertentu.
Hukum Nikah Misyar
Perkahwinan misyar sudah berlaku pada zaman dahulu kala lagi. Dimana masing-masing isteri yang memiliki seorang suami, tidak mendapatkan giliran yang sama. Ada diantara wanita pada masa dahulu, yang hanya mendapatkan giliran bersama suami pada siang hari sahaja, yang sering diistilahkan dengan nahariyat, dari kata nahar, yang ertinya siang. Disebut nahariyat (wanita siang), karena dia hanya didatangi oleh suami pada waktu siang sahaja. Sikap isteri kedua yang menggugurkan haknya, tidaklah menjadikan pernikahannya menjadi batal atau haram. Meskipun sebahagian ulama membencinya, hanya sahaja tidaklah menyebabkan pernikahan semacam ini menjadi tidak sah, selagi syarat dan rukunnya dipenuhi.
Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dari susur galur Manshur,
عن الحسن، وعطاء، أنهما كانا «لا يريان بأسا بتزويج النهاريات»
Dari Hasan al-Bashri dan Atha bin Abi Rabah, bahawa kedua ulama ini berpendapat bolehnya pernikahan wanita nahariyat.
Beliau juga membawakan riwayat dari Amir as-Sya’bi,
عن عامر الشعبي أنه سئل عن الرجل يكون له امرأة فيتزوج المرأة ، فيشترط لهذه يوماً ولهذه يومين ؟ قال : لا بأس به
Dari Amir as-Sya’bi bahawa beliau ditanya tentang seorang lelaki yang sudah memiliki isteri, kemudian dia berpoligami dengan menikahi wanita lain. Kemudian dibuat kesepakatan, untuk isteri kedua gilir sehari dan isteri pertama dua hari. As-Sya’bi memfatwakan, ”Tidak masalah.”
Beberapa riwayat di atas, menjadi acuan para ulama kontemporer, dalam memfatwakan tentang nikah misyar. Imam Ibnu Baz pernah mendapatkan pertanyaan tentang nikah misyar sebagai berikut :
قرأت في إحدى الجرائد تحقيقًا عما يسمى زواج المسيار وهذا الزواج هو أن يتزوج الإنسان ثانية أو ثالثة أو رابعة ، وهذه الزوجة يكون عندها ظروف تجبرها على البقاء عند والديها أو أحدهما في بيتها ، فيذهب إليها زوجها في أوقات مختلفة تخضع لظروف كل منهما ، فما حكم الشريعة في مثل هذا الزواج. أفتونا مأجورين ؟.
“Saya pernah membaca di salah satu koran yang di dalamnya terdapat perbahasan nikah misyar. Iaitu seorang lelaki menikah dengan isteri kedua, atau ketiga, atau keempat. Namun isteri yang dinikahi ini kerana masalah tertentu terpaksa tinggal bersama kedua orang tuanya atau pada salah satunya. Kemudian si suami datang kepadanya dalam waktu-waktu yang berbeza-beza sesuai dengan masalah yang ada pada mereka berdua. Apa hukumnya menurut syari’at Islam bentuk pernikahan seperti ini ? Kami mohon penjelasannya.
Jawapan beliau:
لا حرج في ذلك إذا استوفى العقد الشروط المعتبرة شرعاً ، وهي وجود الولي ورضا الزوجين ، وحضور شاهدين عدلين على إجراء العقد ، وسلامة الزوجين من الموانع ؛ لعموم قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( أحق ما أوفيتم من الشروط أن توفوا به ما استحللتم به الفروج ) ؛ وقوله صلى الله عليه وسلم : ( المسلمون على شروطهم ) ، فإذا اتفق الزوجان على أن المرأة تبقى عند أهلها ، أو على أن القسم يكون لها نهاراً لا ليلاً ، أو في أيام معينة ، أو ليالي معينة : فلا بأس بذلك ، بشرط إعلان النكاح ، وعدم إخفائه ” .
“Tidak mengapa jika akadnya memenuhi syarat-syarat yang telah disepakati secara syar’i, yaitu adanya wali, keredhoan kedua suami dan isteri (lelaki dan wanita) tersebut, adanya dua orang saksi yang ‘adil atas pelaksanaan akad, dan bersihnya calon isteri dari larangan-larangan. Bolehnya persyaratan itu berdasarkan sabda Nabi saw : “Sesungguhnya syarat yang paling berhak untuk dipenuhi adalah apa yang dengannya kalian menghalalkan farji (iaitu pernikahan)”. Dan juga sabda beliau yang lain : “Orang-orang muslim itu tergantung kepada syarat-syarat yang mereka sepakati”.
Apabila kedua suami dan isteri itu bersepakat bahawa isterinya tetap boleh tinggal bersama kedua orang tuanya, atau bahagiannya di siang hari sahaja bukan di malam hari, atau pada hari-hari tertentu, atau pada malam-malam tertentu, maka tidak mengapa akan hal itu. Dengan syarat, pernikahan tersebut harus diumumkan, tidak boleh dirahsiakan”.
Akan tetapi, ketika beliau mendengar beberapa kes sebahagian masyarakat yang menyalahgunakan pernikahan ini, beliau tidak menegaskan bolehnya nikah misyar. Beberapa orang melakukan nikah misyar, namun diam-diam, tidak diketahui isteri pertama, mahupun masyarakat di sekitarnya.
Suatu ketika, beliau ditanya,
ما الفرق بين زواج المسيار والزواج الشرعي ، وما الشروط الواجب توافرها لزواج المسيار؟
Apa beza diantara nikah misyar dengan nikah syar’i? Apa syarat yang harus ada ketika melakukan nikah misyar?
Jawaban beliau,
الواجب على كل مسلم أن يتزوج الزواج الشرعي ، وأن يحذر ما يخالف ذلك ، سواء سمي ” زواج مسيار ” ، أو غير ذلك ، ومن شرط الزواج الشرعي الإعلان ، فإذا كتمه الزوجان : لم يصح ؛ لأنه والحال ما ذكر أشبه بالزنى
Wajib bagi setiap muslim untuk melakukan pernikahan secara syar’i, dan menghindari setiap pernikahan yang melanggar aturan syariat. Samada namakan nikah misyar atau nama lainnya. Diantara syarat nikah yang syar’i adalah diumumkan. Kerana itu, jika ada dua orang menikah dan keduanya menyembunyikan pernikahannya, maka nikahnya tidak sah. Kerana keadaan seperti yang sering diceritakan, ini sama dengan zina.
Penggunaan istilah misyar amat popular di kalangan masyarakat Arab untuk membezakan nikah bersyarat (tidak menuntut nafkah zahir dan tempat tinggal) dengan perkahwinan biasa tanpa syarat di atas.
Kahwin misyar dipercayai berlaku di kalangan masyarakat Islam berfahaman Sunni di Mesir pada awal 1825. Ia telah difatwakan dalam undang-undang secara rasmi di Mesir oleh Sheikh Muhammad Sayid Tantawy pada 1999.
Ia dipercayai menjadi amalan lelaki kaya dari Kuwait dan Arab Saudi yang berkahwin secara misyar semasa dalam percutian. Ini menghalalkan mereka mengadakan hubungan seks. Mereka mengembara ke negara-negara miskin seperti Mesir atau Syria dan berjumpa dengan orang tengah yang boleh mengatur perkahwinan mereka dan sesetengahnya melalui atas talian. Lelaki Mesir yang bekerja di negara-negara Teluk juga gemar berkahwin misyar daripada hidup sendirian.
Menurut Pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zulfakar Ramlee, terdapat tiga pandangan ulama berhubung nikah misyar iaitu harus, harus tetapi tidak digalakkan dan haram.
Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi menyarankan agar syarat-syarat yang termaktub dalam nikah misyar tidak ditulis dalam akad supaya ia menjadi persetujuan lisan antara pasangan dan bukannya dipaksa.
Pandangan ulama yang menyatakan nikah misyar haram kerana ia merupakan satu bentuk penghinaan terhadap kaum wanita dan mengambil kesempatan di atas situasi yang dialami oleh wanita. Malah syarat yang diletakkan adalah tidak sah dan membatalkan nikah kerana syarat tersebut bertentangan dengan objektif syarak dalam perkahwinan.
Zulfekar berkata, untuk meluluskan pernikahan misyar di negara ini, beberapa perkara perlu diberikan perhatian terutama membabitkan undang-undang keluarga Islam. Misalnya, dalam undang-undang terdapat definisi jelas berkaitan dengan misyar dan seksyen lain yang melibatkan tanggungjawab nafkah kepada anak-anak.
Perunding syarie JIM, Prof. Madya Alias Osman berkata, perkahwinan misyar akan memberikan kesan dari segi hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami, suami terhadap isteri dan masa depan anak-anak. Saranan yang dikeluarkan oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi berkenaan syarat misyar adalah bertujuan untuk melindungi kaum wanita. Sekiranya setiap syarat tertulis semasa akad nikah, ia akan menjadi lebih rigid dan wanita akan kehilangan hak-hak mereka.
Tegas beliau, walaupun isteri rela untuk tidak diberikan nafkah, mereka tetap berhak mendapat nafkah batin, kebahagiaan rumah tangga, didikan agama, perlindungan, penghormatan, tuntutan harta sepencarian, harta pusaka dan hak sebagai isteri jika dimadukan. Begitu juga anak-anak berhak mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada bapa mereka.
Kerelaan isteri melepaskan hak pemberian nafkah tidak menggugurkan hak-hak suami dari segi kebenaran poligami, harta sepencarian dan pusaka jika isterinya meninggal dunia. Bagaimanapun, suami menanggung sendiri hidupnya dan bukan daripada harta isteri kerana ia bukan kewajipan bagi isteri.
Datuk Seri Harussani Zakaria pula menganggap perkahwinan misyar sebagai mengarut kerana kesucian ikatan perkahwinan tidak seharusnya dipermain-mainkan kerana ia adalah satu perjanjian yang dibuat antara wali dan si lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri. “Perkahwinan misyar tidak boleh dihalalkan kerana sepanjang pengetahuan saya, belum pernah berjumpa dengan amalan perkahwinan seumpama ini tambahan ia lebih teruk daripada mutaah. “Malah, dalam al-Quran sendiri tiada disebutkan amalan misyar. Mutaah diharamkan oleh kerajaan kerana ia menganiaya wanita.
Jadi perkahwinan misyar tidak harus dibolehkan apatah lagi matlamatnya hanya untuk menghalalkan persetubuhan,” katanya. Dalam hubungan ini, sungguhpun ada wanita yang merelakan perkahwinan berkenaan, soalnya di mana maruah wanita apabila dinikahi lelaki semata-mata untuk melepaskan nafsunya. Tidak dapat dibayangkan betapa perkahwinan seumpama itu boleh mengkucar-kacirkan institusi keluarga yang semakin menuju kehancuran. Jika dibenarkan, mudahlah wanita dikahwini dan ditinggalkan begitu saja apabila perkahwinan itu sendiri mengizinkan lelaki untuk meninggalkan isteri berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang nafkah. Beliau berkata, sememangnya amat wajar apabila aktivis hak asasi wanita di rantau Arab membantah keras keputusan Perhimpunan Perundangan Islam yang berpusat di Mekah meluluskan ketetapan untuk membenarkan lelaki Islam sunnah mengamalkan perkahwinan misyar.
Peguam Syariah dan Perunding Keluarga Islam, Prof Madya Noor Awang Hamat, berkata konsep perkahwinan misyar tiada bezanya dengan pelacuran apabila lelaki bebas menikahi mana-mana wanita yang disukainya dan menceraikannya sesuka hati selepas beberapa hari bernikah. Begitu juga sebaliknya, wanita boleh menikahi mana-mana lelaki yang disukainya. Beliau berkata bahawa Misyar bertentangan sama sekali dengan konsep asal perkahwinan yang bertujuan memelihara kesejahteraan wanita dan anak yang dilahirkan. Masyarakat kita tidak boleh menerima amalan ini sebab al-Quran sudah menetapkan perkahwinan itu yang berlandaskan mawaddah warrahmah (kasih sayang) yang tidak dapat diperoleh daripada misyar.
Beliau juga mengatakan bahawa perkahwinan misyar mengetepikan hak wanita sebagai isteri tidak terlaksana yang sudah pasti melanggar hukum syarak. Walaupun isteri reda, wanita harus sedar perkahwinan berkenaan sekadar memberikan kepentingan kepada satu pihak semata-mata iaitu suami. Beliau turut berpendapat perkahwinan misyar hanya akan memburukkan lagi keadaan yang dialami wanita hari ini yang diabaikan suami dari segi pemberian nafkah dan tanggungjawab lain. Alasan mengamalkan misyar untuk mengelakkan perzinaan tidak boleh diterima kerana Islam memberikan alternatif lebih baik untuk tujuan berkenaan seperti poligami. Poligami sudah cukup untuk membendung gejala zina, tetapi malangnya masyarakat tidak mendapat maklumat tepat mengenainya menyebabkan poligami dianggap sesuatu yang negatif semata-mata. Keadaan di sini tidak boleh disamakan dengan lelaki di Arab Saudi kerana dari segi kewangan mereka lebih dominan dan akur dengan undang-undang syariah.
Nikah Misyar : Antara Syara’ dan Adat ( Beberapa Pandangan Ulama’ Semasa )
Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar ( dianggap ) sah di sisi syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syara’. Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:
1. Wujudnya keredhaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.
2. Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.
3. Adanya wali bagi pihak isteri.
4. Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.
5. Perkahwinan tersebut diwar-warkan kepada umum.
Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini maka perkahwinan misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagimana perkahwinan ini tidak bertempoh walaupun nama perkahwinan ini sekalipun.
Para Ulama Berselisih Tentang Hukum Perkahwinan Misyar
Para ulama berselisih tentang hukum jenis ini perkahwinan dengan menyatakan, barangsiapa yang berkata ia adalah dibenarkan hendaklah dibenarkan dengan rasa benci atas pencegahan itu. Disebabkan untuk pencegahan ini ialah
1.    Tidak ada beberapa ulama membatalkan atau tidak membenarkan, tetapi dihalang misyar itu kerana kesan negatif bagi wanita kerana ini adalah menghina dia, dan memberi kesan kepada masyarakat dari segi eksploitasi kontrak, serta mendakwa bahawa kekasihnya adalah suaminya, dan juga memberi kesan kepada kanak-kanak akan menjadi bahan buangan kepada mereka dan mereka membesar tanpa bapa.
2.    Ada pendapat menyebutkan meluluskan kerana perkahwinan ini tidak mempunyai masa khusus serupa dengan kahwin mut’ah, dan tidak menyebut ianya dibenarkan tanpa wali; jika perkahwinan tanpa wali ianya tidak sah, malah tidak disertakan saksi atau perisytiharan juga tidak sah, akan tetapi mestilah salah seorang ( wali atau saksi ).
Beberapa pendapat antaranya :
·         Fadhilah Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir)                                                           
Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar ( dianggap ) sah di sisi syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syara’. Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:
1. Wujudnya keredhaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.
2. Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.
3. Adanya wali bagi pihak isteri.
4. Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.
5. Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.
Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini maka perkahwinan misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagimana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun. Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syara’ sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidah Sau’dah R.A. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saiyyidah Aisyah R.A.
Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam. Islam turut menyuruh untuk diambil segala jalan yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia, lelaki dan wanita malahan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan yang diberkati dengan kalimah Allah. Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Nur ayat 32:
وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡ‌ۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.
Rasulullah saw juga bersabda dengan kalamnya yang mulia:
“Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.”
Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah taala yang bermaksud:
إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"
(Al Baqarah ayat 30)
Melalui perlaksanaan Syariat Islam maka ibadah akan sempurna yang kesempurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah memalui firmannya yang bermaksud:
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ  
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Adh-Dhariyat ayat 56 - 58)
Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syara’ yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman. Ini kerana itu, rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat.
Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) berpandangan bahawa nikah misyar jika ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun ini iaitu keredaan yang sempurna daripada pihak suami dan isteri, lafaz akad nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang berterusan, wali daripada pihak pengantin wanita, saksi-saksi yang memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang saksi yang sempurna dan peisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai maka perkahwinan tersebut adalah perkahwianan yang sah di sisi syara’ dengan kita tidak perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang diberikan terhadap nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak diterhadkan kepada tempoh tertentu atas sebab-sebab berikut:
1. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran) Allah berfirman:
مَّا فَرَّطۡنَا فِى ٱلۡكِتَـٰبِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۚ
"Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini"
(Al An`am ayat 38)
Istilah Misyar terdapat hukum padanya jika kita meneliti secara terperinci di dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan mendapat zuriat kemudian menyambung kembali perjalanannya dengan meninggalkan isterinya sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.
2. Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang menepati syarak. Oleh itu selain daripada perkahwinan yang sah di sisi syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar. Al-Quran telah menerangkan perkara ini di dalam firman Allah Taala :
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ
"Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas"
(Al-Mukminun ayat 5-7)
Syariat Islamiah telah menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu, setiap kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan perkara yang melampaui batas terhadap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.
3. Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah saw iaitu Saiyyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah r.a. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti Rasulullah akan tidak bersetuju dengan tindakan Saiyyidah Saudah. Oleh itu, setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan matlamat utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya.
Namun begitu, pihak Dar al-Ifta’ hanya bertanggungjawab untuk bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu. Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini.
·         Pendapat daripada Fadilah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi :
Perkahwinan Misyar adalah perkahwinan yang seperti kita selalu perhatikan. Cuma yang berbeza disini ialah istilah misyar yang digunakan. Sesuatu perkara itu bukanlah diambil hukumnya daripada nama dan ibaratnya tetapi dilihat kepada apakah yang terkandung didalam perkara tersebut. Terkadang manusia ada meletakkan nama yang lain daripada nama tersebut. Kita mengetahui bahawa terdapat dikalangan para suami yang berkahwin dengan isteri yang kedua tanpa memberitahu kepada isterinya yang pertama berhubung dengan perkahwinan tersebut. Perkahwinan seperti ini seolah-olah menyerupai nikah urfi walaupun bukanlah secara keseluruhannya. Terdapat juga sebahagian daripada para fuqaha’ yang berpendapat bahawa harus bagi si isteri untuk tidak menuntut hak kepada suami mereka seperti hak bermalam dirumah mereka. Saya bukanlah dikalangan orang yang mencadangkan perkahwinan sebegini, dan saya juga bukanlah dikalangan orang yang menulis risalah untuk menyokong kearah perlaksanaan perkahwinan sebegini. Namun bukanlah saya mampu untuk mengharamkan sesuatu perkara yang telah dihalalkan oleh Allah swt. Bila mana ditanya kepada saya, apakah hukum perkahwinan sebegini? Saya pasti akan berkata saya tidaklah mengetahui akan perkahwinan sebegini. Tetapi cubalah kamu berikan gambaran secara jelas kepada saya berkenaan perkahwinan tersebut.
Maka kata lelaki tersebut, perkahwinan tersebut terdapat akad yang sah, terdapat saksi yang memenuhi syarat, terdapat juga didalam perkahwinan ini walimatulurus, dan pendek kata kesemua hukum yang ditetapkan syara’ memenuhi pekahwinan ini. Bagaimana mungkin bagi seorang fakih yang mendengarkan permasalahan sebegini akan mengatakan perkahwinan sebegini adalah haram? Walaupun ianya mengundang ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat. Terdapat perkara yang tidak disepakati oleh masyarakat tetapi ianya adalah harus bagi syara’. Contohnya ialah seperti perkahwinan antara seorang hamba dengan tuannya Perkara ini tentulah tidak mendapat persetujuan daripada masyarakat tetapi jika ianya sempurna syarat-syaratnya dan rukunnya maka tentulah saya akan mengatakan bahawa perkara adalah harus bagi syara’. Contoh lain yang dapat saya berikan disini ialah perkahwinan seorang perempuan dengan seorang lelaki yang sudah tua seperti datuknya (hanya kerana lelaki itu kaya) tentulah akan mendapat tentangan daripada masyarakat. Adakah perkahwinan antara perempuan muda tersebut dengan lelaki tua itu haram? Jawabnya Tidak! Kita tidak pernah mengatakan perkara itu haram. Bahkan saya mengatakan perkara ini dibenci oleh masyarakat.Tetapi untuk mengatakan sesuatu perkara itu haram atau halal bukanlah satu perbuatan yang mudah. Mahu tidak mahu bagi si alim perlulah senantiasa takutkan Allah dan senantiasa berjaga-jaga didalam mengistinbatkan (mensabitkan) sesuatu hukum berkaitan dengan agamanya. Kita tidak mengatakan bahawa perkahwinan sebegini haram melainkan jika terdapatnya dalil-dalil yang menguatkan bahawa perkahwinan sebegini adalah haram!!
·         Pendapat daripada Fadhilah al-Syeikh Dr. Ali Jum’ah Al-Syafie (Mufti Mesir Sekarang)
Syarat perkahwinan di dalam Islam adalah perlunya ada ijab dan qabul serta tidak bercanggah dengan larangan syara’ pada suami, isteri, wali, dan saksi. Apabila telah sempurna syarat-syarat dengan akad di antara lelaki dan wanita, maka sempurnalah pernikahan tersebut. Sebaliknya apabila tidak cukup syarat tersebut, maka pernikahan tersebut terbatal. Orang Islam diminta untuk menunaikan syarat yang telah dipersetujuinya. Oleh itu seorang wanita dibenarkan untuk menggugurkan hak yang berhak diperolehinya dalam masalah kewajipan suami untuk bermalam dengan si isteri kerana Sayyidah Saudah Binti Zam`ah telah tidak mengambil hak bermalam bersama Rasulullah SAW dan memberikan hak tersebut kepada ‘Aisyah R.A. Wanita juga dibenarkan untuk memulangkan maharnya atau nafkah yang berhak diperolehinya kerana Allah SWT berfirman di dalam surah An-Nisa’ ayat 4 yang bermaksud :
وَءَاتُواْ ٱلنِّسَآءَ صَدُقَـٰتِہِنَّ نِحۡلَةً۬‌ۚ فَإِن طِبۡنَ لَكُمۡ عَن شَىۡءٍ۬ مِّنۡهُ نَفۡسً۬ا فَكُلُوهُ هَنِيٓـًٔ۬ا مَّرِيٓـًٔ۬ا
"Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya"
·         Pendapat Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily (Universiti Damsyiq, Syria)
Perkahwinan Misyar adalah satu perkahwinan dimana seorang wanita tidak mengambil sebahagian daripada hak-haknya. Perkahwinan ini walaupun tidak menyampaikan hasrat dan maksud perkahwinan, namun perkahwinan ini harus tetapi makruh dan tidak sepatutnya diamalkan melainkan pada beberapa keadaan tertentu. Telah berkata Prof Dr Wahbah Az-Zuhaily, pensyarah Syariah di Universiti Damsyiq, Syria. “Perkahwinan disyariatkan oleh Allah SWT untuk merealisasikan beberapa tujuan”. Di antaranya adalah :
1. Untuk menambah keturunan dan memelihara kelangsungan zuriat.
2. Adalah untuk mendatangkan kebahagiaan.
3. Memelihara diri daripada terjebak ke kancah maksiat dan zina
4. Mewujudkan kerjasama dan keserasian hidup antara lelaki dan wanita untuk kehidupan berumahtangga.
5. Perkahwinan juga adalah untuk mewujudkan kebahagiaan, dan ketenangan di antara suami dan isteri selain bertujuan untuk mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna.
Perkahwinan Misyar juga merealisasikan sebahagian daripada tujuan-tujuan perkahwinan walaupun tidak kesemuanya. Isteri tidak mengambil haknya di dalam nafkah, tempat tinggal, sekiranya suami mempunyai isteri lain. Tujuan yang jelas daripada pernikahan ini adalah untuk bersenang-senang ( melunasi fitrah batin isteri ) samada si suami jelas mengambil faedah daripada harta isteri manakala si isteri dapat menikmati kehidupan berumah-tangga. Pada pendapat saya, hukum perkahwinan misyar ini adalah sah sekiranya cukup dan sempurna rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak iaitu kerelaan wali, saksi dan pemakluman kepada umum. Sekiranya tidak cukup salah satu daripada syarat-syarat ini maka tidak sah di sisi para fuqaha’.
Tetapi, sebagai jaminan kepada isteri dan hak-haknya dalam jangka masa yang panjang, hendaklah isteri tersebut berwaspada dengan mendaftarkan perkahwinan tersebut kepada pendaftaran rasmi dengan pihak berkuasa atau yang bertanggungjawab. Hal ini kerana, sekiranya si suami meninggal dunia, dituntut daripada si isteri ‘iddah dan berhak terhadap warisan harta pusaka suami. Si isteri pula telah berubah fikiran dan menuntut haknya di dalam nafkah atau bahagian yang wajib daripada harta pusaka suami. Selagimana pernikahan ini, tidak merealisasikan semua tujuan dan motif perkahwinan, kemanusiaan dan kemasyarakatan didalam keadaan yang sempurna dan optimum, maka saya memberikan peringatan dan tidak menggalakkan pernikahan ini dan menghukumkan ia sebagai makruh. Sesungguhnya perkahwinan adalah bersendikan kepercayaan yang padu. Namun begitu, sekiranya sesuatu pasangan masih tetap ingin mendirikan rumah tangga mereka dengan perkahwinan jenis ini, maka diharuskan tetapi mereka berdua mesti menanggung kesan dan akibat daripada perkahwinan tersebut seperti salah seorang daripada keduanya tidak adil didalam menjaga hak-hak dan melaksanakan kewajipan khususnya di dalam hubungan suami isteri. Pada keadaan begini, ianya menjadi haram walaupun akad perkahwinan tersebut sah.
Kebaikan Perkahwinan Misyar
Kebaikan daripada perkahwinan misyar itu hanya akan dapat dikecapi jika konsepnya tidak disalah gunakan. Antara kesan kebaikan itu ialah memberi perlindungan, penjagaan kesihatan dari sudut fizikal, mental dan emosi anak kepada ibu tunggal serta anak yatim. Perkahwinan itu juga seharusnya dapat memberi perlindungan kepada ibu tunggal yang sering mendapat pandangan kurang menyenangkan daripada masyarakat sekeliling, selain memenuhi keperluan seks wanita berkenaan, sekali gus menghindari perlakuan zina, mengangkat status sosial dalam masyarakat bagi sesetengah wanita dengan mendapat gelaran 'isteri' dan menghalang daripada terjadinya keruntuhan akhlak dalam diri anak yang tidak mendapat perhatian keluarga.
Keburukan Perkahwinan Misyar
"Secara keseluruhannya unsur negatif berlaku sekiranya misyar itu dijadikan helah untuk mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab dalam perkahwinan, wanita dijadikan mangsa untuk melepaskan nafsu sehingga mengakibatkan penghinaan ke atas wanita, seolah-olah lelaki itu menjadi parasit dalam kehidupan wanita. "Antara lain yang memberi keburukan ialah lelaki mengabaikan tanggungjawab mendidik anak, sekali gus memberi pengaruh tidak elok kepada si kecil dan generasi baru sehingga mengakibatkan mereka cacat emosi berikutan tidak mendapat kasih sayang seimbang daripada ibu bapa,".
Malahan apabila misyar dijadikan sebagai satu amalan, ditambah pula bernikah dengan menggunakan wali hakim yang sangat mudah dilakukan seperti di negara jiran, dikhuatiri pernikahan misyar akan menjadi satu aliran dalam masyarakat. Kesan lebih besar ialah institusi keluarga turut akan hancur sehingga mengakibatkan keruntuhan akhlak dan moral di kalangan masyarakat. Begitu pun, pernikahan misyar boleh disalahgunakan termasuk menceraikan isteri sewenang-wenangnya, mempergunakan wanita lewat kahwin yang memiliki harta sendiri, perbelanjaan perkahwinan yang terlalu tinggi dan mengenakan syarat perkahwinan yang tidak munasabah.









Kesimpulan
Ada beberapa objektif Allah swt mensyariatkan supaya berkahwin, antaranya merangkumi perkembangan keupayaan untuk mengawal kelahiran memelihara umat manusia yang mempunyai zuriat. Termasuklah menjaga kehormatan dan kesuciannya dan mengelakkan manusia ke dalam perkara tidak berakhlak dan perkara yang diharamkan.  Bekerjasama di antara lelaki dan wanita dalam hal ehwal kehidupan dan keadaan hidup yang bermajmuk. Juga mencari kasih sayang dan ketenangan di antara pasangan suami isteri serta menjadi pendidik yang mempunyai belas kasihan dan lemah lembut.
قال الله تعالى : وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
(Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.)                                                                                               ( Surah ar-Rum ayat 21 )
Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya. Oleh itu, akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.
Perkahwinan Misyar bukan kahwin mut'ah (kahwin kontrak). Perkahwinan mut'ah diharamkan oleh ulama sunni dan dibenarkan oleh kumpulan syiah. Kahwin misyar tidak semestinya untuk orang berpoligami. Ianya juga boleh untuk orang yang berkahwin dengan satu pasangan sahaja yang mana si suami tidak dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik dari segi tinggal bersama, nafkah, tanggungan dan sebagainya. Perkahwinan misyar tanpa sebarang keuzuran hanyalah akan merendahkan martabat seorang lelaki. Eloknya bila keadaan sudah menjadi baik, maka bertukarlah kepada suami yang bertanggungjawab seperti biasa. Kita sangat yakin bahawa seorang suami yang dapat memberikan nafkah dengan sempurna dan boleh memberikan tanggungjawap tentang giliran (bagi yang berpoligami) dan tinggal bersama adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun di dunia yang sebenar, ramai orang yang memiliki kekurangan. Islam masih mahu pintu perkahwinan dibuka walaupun terdapat masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Ini untuk memastikan setiap muslim berpeluang untuk mendirikan keluarga.
Perkahwinan misyar yang juga dikenali sebagai perkahwinan musafir. Perkahwinan ini bukanlah cara nikah yang dianjurkan Islam, tetapi nikah seperti ini diperbolehkan. Perkawinan misyar pada hakikatnya bertujuan untuk memenuhi naluri seks sekaligus memuliakan dan menjaga agar tidak tergerumus dalam perbuatan zina. Seperti halnya kaum awam yang merupakan wanita-wanita dari segi material sudah berkecukupan sehingga tidak menuntut hak material dari suaminya, dimana perkahwinan bagi mereka yang terpenting adalah status hukum dan status dalam kehidupan bermasyarakat. Perkahwinan wanita dalam perkahwinan misyar bila ditinjau dari hukum perkahwinan adalah wajib jika ia bertujuan positif. Dari status perkahwinan misyar berikut status anak dari perkahwinan misyar, tentunya anak dari hasil perkahwinan misyar berhak memperoleh harta warisan dari kedua orang tuanya kerana ia adalah anak kandung dari hubungan suami istri dalam perkahwinan tersebut. Sama halnya dengan anak dalam hukum perkahwinan Islam bahawa anak perempuan bila hanya seorang ia mendapatkan separuh bahagian sahaja. Bila dua orang atau lebih mereka bersama-sama mendapatkan dua pertiga bahagian dan apabila anak perempuan bersama-sama dengan anak lelaki maka bahagian anak lelaki adalah dua nisbah satu dengan anak perempuan. Titik tolak kepada permasalahan dan dikaitkan dengan kesimpulan yang telah dikemukakan. Maka perkahwinan misyar dapat dijadikan sebagai pedoman dalam hukum perkahwinan namun dengan tujuan yang baik dan positif, kerana dasar hukumnya adalah ijtihad ulama. Sebagaimana yang telah disepakati para ulama bahwa sumber hukum adalah Al-Qur'an, al-Hadith, ijma dan qiyas. Keempat-empat sumber hukum tersebut berlakulah secara berurutan dari  yang pertama sampai yang terakhir. Memang telah dijanjikan oleh Allah bahawa semua bentuk perbuatan manusia telah diatur dalam al-Qur’an yang didukung oleh hadith sebagai rujukannya. Perkahwinan misyar merupakan fenomena baru dalam perkahwinan, sehingga diperlukan ijtihad yang baru pula. Sebagaimana telah diuraikan di atas bahawa menurut Yusuf Qardhawi kahwin misyar dibolehkan dengan syarat adanya kerelaan dari pihak isteri untuk melepaskan sebahagian haknya dari pihak suami. Dengan demikian, masih perlu ada penambahbaikan terhadap ijtihad tersebut sehingga perkahwinan misyar tidak disalahgunakan untuk tujuan  negatif dalam kehidupan bermasyarakat.


Rujukan
1.      Al-Quran al-Karim
2.      Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji (2014). “ Fiqh Manhaji Kitab Fikah Mazhab Syafie”. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn.Bhd.
3.      Haji Said Haji Ibrahim (2001). “ 400 Soal Jawab Nikah Kahwin”. Selangor Darul Ehsan : Darul Ma’rifah.


Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)