Followers

Rabu, 20 Februari 2019

KISAH AKU BREAKOUT AKIBAT SKINCARE

Bilamana kau nak cantik, tapi kau tersilap pilih 'magic potion' , berbarailah wajah kau yang halus mulus seblum tu. Haha

Ini kesah Qir 14 tahun lepas, tapi kesannya terpaksa bawak sampai sekarang. sekarang pon jerawat pangkat baby dan mak baby dok naik lagi. Cuma takda la semeriah dulu. Parut toksah kira lah, da jadi lukisan kekal je ni.

14 tahun lalu,

Sapa tak down, kalau jadi benda macam ni, nak angkat muka pon berat ja rasa, hilang konfiden seratus patus. Bayangkan kulit kering sampai berdarah, nak senyum pon sakit, sebab stress kat sekitar hidung dan hujung bibir.

Kalau terdedah dengan matahari, peritnya rasa pedih terbakar, kulit kemerahan, kulit menggelupas. Kulit menipis beb!

Padah, bila main pakai je produk tanpa usul. Dulu penah terjebak dengan skincare berwarna oren merah keemasan, memang popular lah time tu.

Qir pon ikut terjebak. Sebab nak hilangkan jerawat la kunun. Time tu jerawat ada la naik, macam time kita nak period tu kan, naik la 2, 3 ketul. Parut takda lagi time tu.

2005, Minggu pertama pakai, memang dah nampak kesan, gila kau, kulit jadi putih bersih, jerawat pon slow slow tenggelam. Ok pas nampak kesan positif, Qir pon seronok la kan, sambung pakai.

Minggu kedua, muka start pedih, kulit rasa nipis sangat, sensitif terutama bila dok berpanas bawah matahari. Azab nye la rasa. Pastu Qir stop serta merta!

Tahu apa jadi?

Jerawat title bapak siap nanah naik berjemaah. Yang baby tak usah cakap. Kawasan pipi, dahi, T zone, atas bibir, hidung, atas kening dalam kening, eh ada lagi ke yang tertinggal nak sebut? Haha pedek kata satu muka!

Memang down lah sesangat, cuci muka guna air je, sakit weh. Pantang tengok cermin, mesti Qir arwahkan jerawat tu, picit sampai berdarah, kesan tu akan jadi parut hitam dan berlubang!

Setahun lebih Qir tak sentuh apa-apa skincare. Hanya try pakai pencuci saja, tu pon kalau rasa tak sesuai memang tinggal terus. Pernah buat treatment, tapi tetap tak berjaya. Keadaan muka sama saja.

2007, lepas habis study, kena pegi plkn pulak, berkawat pulak tengah panas, sunburn teruk, jerawat toksah kata la.

Tahun tu jugak, mak ajak pi buat treatment kat doc pakar kulit, beratus-ratus jugaklah habis, sebulan seratus lebih tak silap. Sempat pakai 3 bulan je, tapi kesan dia memang superb!

Jerawat bapak tu dah beransur hilang. Doktor bagi cleanser ada dua jenis, satu bau epal best sangat. Satu lagi bau dynamo, adehh apakah muka ni hanya layak disental dynamo doktor. Haha. Pastu malam pakai cream untuk kecutkan jerawat. Doktor cakap 2 tahun nak rawat bagi hilang parut semua.

Lepas tu, Qir kawen, dah hijrah ke penang pulak, ujung minggu balik perak, dah tutup pulak kliniknya. Ubat habis, dah takda bekalan nak rawat. Jerawat naik je lagi tapi tak teruk macam sebelum tu. Kali terakhir Qir pegi klinik 2011 kot, rupanya klinik tu dah tutup, mungkin pakar tu dah meninggal. Alahai takda rezeki nak sambung treatment kat situ.

Lama qir tak pakai apa-apa. Cuma ada la foundation/sunblock ja, sebab nak elak sunburn. Tapi lepas pakai ada la naik jerawat, walaupun dah double cleansing bagai.

Dah capai umur 33 tahun ni, kulit wajah masih macam budak-budak menengah, jerawat hepi je lagi nak buat habitat dia kat muka ni. Walaupun tak teruk dulu, tapi masih ada, dengan kusam, sunburn akibat swimming, dengan parut, aih kesian pulak partner sebantal tengok kita. Heehee emm nasib muka kami senasib. Saling paham memaham.

Sekarang ni baru rasa nak try balik skincare. Memang Qir pilih yang betul-betul selamat, ada research pakar semua. Nanti Qir kongsikan lagi perjalanan Qir pakai produk baru tu.

Eh korang pernah ke breakout teruk?

1 ulasan:

  1. salam kenal. singgah blog sebab mencari2 info berkenaan hukum wuduk ketika tertidur.. tq..

    BalasPadam

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)