My Home

Followers

Ahad, 27 Februari 2022

Assalamualaikum wrt. Mungkinkah ini penulisan yang terakhir

Assalamualaikum wrt buat semua yang pernah mengenali diri ini.

Pertemuan kita ada aturan dari Allah yang Maha Esa. ArRahman dan ArRahim.

Alhamdulillah terima kasih Allah, hadirkan semua yang banyak mematangkan aku dalam mengharungi kehidupan di dunia fana ini. 

Andai disepanjang pertemuan kita, ada perkataan, perbuatan atau apa sahaja yang menyakitkan hati. Maka maafkan diri ini. Aku hanyalah pendosa yang saban hari ingin perbaiki diri.

Andai di sana nanti, di kampung abadi, tiada aku di sisi kalian, maka tariklah aku bersama sama kalian dalam taman taman syurga. 

Mudah mudahan kita dapat berjumpa lagi. Inshaa Allah.

Salam sayang dariku untuk kalian, sudilah hadiahkan sekalung doa buat diri ini. 
.
.
.


Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~

Selasa, 10 Disember 2019

Aktiviti Cinta Al-Quran : Kisah Nabi Saleh dan Mukjizat Unta.


Qir sediakan panduan ringkas untuk kita mulakan aktiviti cinta al-Quran bersama-sama anak-anak di rumah.


Step 1

Sediakan bahan-bahan :

Kertas Lukisan
Alat tulis
Pensil warna/cat air
Objek bulatan (duit syiling 50&10 sen & cawan kertas)
Gunting
Salotape
Marker pen


Step 2

Lakukan aktiviti kraf dengan anak-anak, melukis kartun unta, warna dan guting. Lekatkan batang aiskrim sebagai pemegang.



Step 3

Sambil itu ibu bapa boleh ceritakan kisah Nabi Saleh dan Mukjizat Unta.

Minta anak-anak yang besar baca potongan ayat berkaitan dan terjemahan sekali.


Step 4

Buat kuiz ringkas berdasarkan cerita tadi, minta mereka berikan pengajaran yang mereka dapat.

Pelbagaikan kreativiti anda, selamat mencuba!
.
#kisahNabiSalehMukjizatUnta #AktivitiCintaAlQuran



Video panduan ini mengandungi :

1. Cara melukis unta, mewarna, dan sehingga siap dijadikan prop.
2. Cerita Nabi Saleh dan Mukjizat Unta untuk persediaan ibu bapa/guru bercerita semula dengan anak-anak /murid.

Aktiviti Cinta Al-Quran : Kisah Nabi Saleh dan Mukjizat Unta.

Lihat panduan melukis, mewarna, sehingga siap, dan juga cerita Nabi Saleh dan Mukjizat Unta di Channel Youtube Shakirah AB : https://youtu.be/4j9bnEnJiEY

Untuk pembelian buku Panduan 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran, sila klik sini : www.wasap.my/60135232842/YT70Aktiviti

Join Channel Telegram Qirmumtaz Galeri untuk pelbagai aktiviti menarik, klik sini : Qirmumtaz Galeri
CHIBI MUSLIMAH ART CLASS
https://t.me/QirArtClass

Shakirah AB
#SantaiBermanfaatBersamaQir

Shakirah AB
#SantaiBermanfaatBersamaQir

Isnin, 1 Julai 2019

Dunia baru Qirmumtaz

Haiii Assalamualaikum semua. Masih ada pembaca ke tu? Hehe.

Rasa lama tak menulis blog, sejak beralih ke facebook Shakirah Abu Bakar

Eloklah Qir manfaatkan blog ni dengan ilmu yang bermanfaat.

So, perkara yang paling lama dan banyak Qir buat kat rumah ialah memasak.

Jadinya ada baiknya Qir ambil peluang tu untuk share segala ilmu berkaitan memasak.

Mudahan-mudahan boleh jadi pahala untuk ke syurga. Amin!

Selain di facebook Shakirah Abu Bakar, Qir juga aktif share di instagram Shakirah AB
dan juga di Youtube Channel Shakirah AB.

Jangan lupa follow Qir ya. Mudahan-mudahan ada ilmu bermanfaat yang dapat kau orang gunakan.

Sekian dulu coretan untuk hari ini, bye!

Rabu, 20 Februari 2019

KISAH AKU BREAKOUT AKIBAT SKINCARE

Bilamana kau nak cantik, tapi kau tersilap pilih 'magic potion' , berbarailah wajah kau yang halus mulus seblum tu. Haha

Ini kesah Qir 14 tahun lepas, tapi kesannya terpaksa bawak sampai sekarang. sekarang pon jerawat pangkat baby dan mak baby dok naik lagi. Cuma takda la semeriah dulu. Parut toksah kira lah, da jadi lukisan kekal je ni.

14 tahun lalu,

Sapa tak down, kalau jadi benda macam ni, nak angkat muka pon berat ja rasa, hilang konfiden seratus patus. Bayangkan kulit kering sampai berdarah, nak senyum pon sakit, sebab stress kat sekitar hidung dan hujung bibir.

Kalau terdedah dengan matahari, peritnya rasa pedih terbakar, kulit kemerahan, kulit menggelupas. Kulit menipis beb!

Padah, bila main pakai je produk tanpa usul. Dulu penah terjebak dengan skincare berwarna oren merah keemasan, memang popular lah time tu.

Qir pon ikut terjebak. Sebab nak hilangkan jerawat la kunun. Time tu jerawat ada la naik, macam time kita nak period tu kan, naik la 2, 3 ketul. Parut takda lagi time tu.

2005, Minggu pertama pakai, memang dah nampak kesan, gila kau, kulit jadi putih bersih, jerawat pon slow slow tenggelam. Ok pas nampak kesan positif, Qir pon seronok la kan, sambung pakai.

Minggu kedua, muka start pedih, kulit rasa nipis sangat, sensitif terutama bila dok berpanas bawah matahari. Azab nye la rasa. Pastu Qir stop serta merta!

Tahu apa jadi?

Jerawat title bapak siap nanah naik berjemaah. Yang baby tak usah cakap. Kawasan pipi, dahi, T zone, atas bibir, hidung, atas kening dalam kening, eh ada lagi ke yang tertinggal nak sebut? Haha pedek kata satu muka!

Memang down lah sesangat, cuci muka guna air je, sakit weh. Pantang tengok cermin, mesti Qir arwahkan jerawat tu, picit sampai berdarah, kesan tu akan jadi parut hitam dan berlubang!

Setahun lebih Qir tak sentuh apa-apa skincare. Hanya try pakai pencuci saja, tu pon kalau rasa tak sesuai memang tinggal terus. Pernah buat treatment, tapi tetap tak berjaya. Keadaan muka sama saja.

2007, lepas habis study, kena pegi plkn pulak, berkawat pulak tengah panas, sunburn teruk, jerawat toksah kata la.

Tahun tu jugak, mak ajak pi buat treatment kat doc pakar kulit, beratus-ratus jugaklah habis, sebulan seratus lebih tak silap. Sempat pakai 3 bulan je, tapi kesan dia memang superb!

Jerawat bapak tu dah beransur hilang. Doktor bagi cleanser ada dua jenis, satu bau epal best sangat. Satu lagi bau dynamo, adehh apakah muka ni hanya layak disental dynamo doktor. Haha. Pastu malam pakai cream untuk kecutkan jerawat. Doktor cakap 2 tahun nak rawat bagi hilang parut semua.

Lepas tu, Qir kawen, dah hijrah ke penang pulak, ujung minggu balik perak, dah tutup pulak kliniknya. Ubat habis, dah takda bekalan nak rawat. Jerawat naik je lagi tapi tak teruk macam sebelum tu. Kali terakhir Qir pegi klinik 2011 kot, rupanya klinik tu dah tutup, mungkin pakar tu dah meninggal. Alahai takda rezeki nak sambung treatment kat situ.

Lama qir tak pakai apa-apa. Cuma ada la foundation/sunblock ja, sebab nak elak sunburn. Tapi lepas pakai ada la naik jerawat, walaupun dah double cleansing bagai.

Dah capai umur 33 tahun ni, kulit wajah masih macam budak-budak menengah, jerawat hepi je lagi nak buat habitat dia kat muka ni. Walaupun tak teruk dulu, tapi masih ada, dengan kusam, sunburn akibat swimming, dengan parut, aih kesian pulak partner sebantal tengok kita. Heehee emm nasib muka kami senasib. Saling paham memaham.

Sekarang ni baru rasa nak try balik skincare. Memang Qir pilih yang betul-betul selamat, ada research pakar semua. Nanti Qir kongsikan lagi perjalanan Qir pakai produk baru tu.

Eh korang pernah ke breakout teruk?

Selasa, 19 Februari 2019

PETUA HILANGKAN GATAL HIDUNG & MUKA AKIBAT RESDUNG

1. Masukkan air ke dalam hidung dengan cara menyedut.
2. Kemudian, picit sebelah bahagian hidung kita dan hembus dengan kuat.
3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung secara berulang kali.
4. Basuh muka dengan air sebersih-bersihnya.

Amalkan setiap hari sehinggalah penyakit resdung beransur pulih.

Qir sendiri dah bertahun cuba petua ni. Alhamdulillah dah bebas gatal-gatal hidung dan muka.

Walaupun muka Qir sejenis berjerawat dan berparut, tapi gatal merenyam semua tu Alhamdulillah dengan izin Allah sembuh dah bertahun.

Kalau jadi pon mesti Qir tertinggal nak buat petua ni lama, lepas 2,3 hari buat dia elok sendiri.

Semoga bermanfaat 🌹

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)