My Home

Followers

Memaparkan catatan dengan label Lensa Rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lensa Rasa. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Jun 2015

Xiaomi Mi4i Hadiah Kasih Sayang ;p

snap by mi3

Alhamdulillah, terima kasih kerana menghadiahi isterimu ini dengan Xiaomi Mi4i..ibarat bulan jatuh ke riba, orang memberi kita menerima ;)

Dek kerana ghairah dia menggunakan Mi3 sebelum ini, tak sangka pulak senyap2 dia beli Mi4 untuk isterinya ni..yang dah kuzuran Apple 3G sebelum ini. Walaubagaimanapun Apple 3G memang tersangat berjasa, biarpun pernah terjatuh lebih 10 kali skrin tetap molek, cuma bila usia meningkat barulah skrin retak 1000 lepas terjatuh, berhabis juga rm90 utk merawat Apple 3G kesayangan.


Sayang memang sayang untuk berpisah, tetapi kurelakan jua. Pengganti Apple 3G juga bukan calang2, lebih kecil dan ringan berbanding Mi3 mahupun Apple 3G, itulah Mi4i, ikuti ciri-ciri hebat Xiaomi Mi4 di sini

Xiaomi Mi4 ditawarkan beberapa penjual tempatan yang membawa masuknya pada harga permulaan sekitar RM1439 (16gb) <---- eh="" mahai="" nape="" ni="" sangat="" strike=""> yang merupakan AP set (original, waranti daripada kedai). Secara ringkas, antara spesifikasi Xiaomi Mi4i ialah (sumber) :

– Skrin definisi tinggi 1080p bersaiz 5 inci
– Memori dalaman 16 / 64 GB
– 3GB Ram
– 2.5GHz Quad core processor  Snapdragon 801 + Adreno 330
– Kamera 13 megapiksel + 8 megapiksel kamera hadapan (gambar cantik)
–  Li-Ion 3080 mAh battery
– Android 4.4.3 Kit Kat

Pembelian hanya dibuat menerusi online di Mi Malaysia Website, dengan harga yang lebih berbaloi. penghantaran selama seminggu sampai didepan pintu rumah..berbaloi2.

Hanya RM749 (Free Shipping), kini anda juga mampu memiliki Xiaomi Mi4i, berikut transaksi yang pernah dibuat melalui Mi Malaysia

Mi band RM59, Mi Power Bank RM49

Mi3 RM769

Mi4i RM749, Mi Power Bundle RM88.80



Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~

Khamis, 21 Mei 2015

RMK 11

 Berikut ialah inti pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat hari ini:

* Tema : Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.

* Rancangan 5 tahun memperkukuh komitmen kerajaan terhadap rakyat dan  keyakinan bahawa pertumbuhan tidak boleh diukur dengan kejayaan ekonomi semata-mata;

* Rancangan memperakui kesejahteraan rakyat, dan komitmen     untuk pertumbuhan inklusif dan mampan, perlu sebagai sebuah     negara maju;

*  Ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada prospek ekonomi dunia yang lebih kukuh, pemulihan harga komoditi dan inflasi     global yang rendah;

* RMK-11 juga melihat pasca 2020 dengan Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi terbuka dan lebih bersepadu di peringkat           serantau dan global;

* KDNK Malaysia mencecah RM2.6 trilion pada 2030 (RM1.4 trilion pada 2020);

* Lebih 40 peratus daripada jumlah guna tenaga akan terdiri           daripada pekerja mahir pada 2030 (2020: 35 peratus);

* KDNK per kapita dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada RM117,260 pada 2030 (2020: RM54,890);

* Perdagangan dunia dijangka meningkat kepada US$44 trilion pada 2030 (US$26 trilion diunjurkan pada 2020);

* Sasaran RMK-11 menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar       sebenar berkembang 5.6 peratus setahun;

* Produktiviti pekerja meningkat kepada RM92,300 pada 2020 (2015: RM77,100)

* Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah RM54,100 (US$15,690) pada 2020;

* Purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat kepada           RM10,540 pada 2020 (2014: RM6,141);

* Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 peratus pada 2020, (2015: 34.9 peratus)

* Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM) meningkat 17 peratus setahun, petunjuk peningkatan kesejahteraan rakyat;

* Inflasi kekal rendah di bawah 3.0 peratus;

* 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan pada tahun 2020;

* Pertumbuhan akan dipacu oleh sektor swasta dengan pelaburan  swasta berkembang pada 9.4 peratus setahun;

* Sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang lebih   daripada 75 peratus KDNK;

* Imbangan pembayaran dijangka kekal dalam lebihan sebanyak   2.6 peratus PNK;

* Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan terus berkurangan kepada kurang daripada 45 peratus pada 2020;

* Hasil berkembang sebanyak 7.9 peratus setahun dan pergantungan kepada hasil berkaitan minyak berkurangan kepada 15.5 peratus pada 2020;

* Pengenalan GST akan menyumbang pendapatan sebanyak RM31.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM15.5 bilion yang dikutip menerusi cukai jualan dan perkhidmatan dalam RMK-10;

* RMK11: Enam teras strategik: -

- Pertama: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang       saksama

- Kedua: Meningkatkan kesejahteraan untuk semua

- Ketiga: Mempercepat pembangunan modal insan untuk negara   maju

- Keempat: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan

- Kelima: Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong                   perkembangan ekonomi

- Keenam: Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan   kemakmuran

- Bernama

Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~

Rabu, 29 April 2015

Hamba duit Vs Hamba Allah



Ohh adakah kita mjd hamba duit..?
....sebenarnya kita lupa menjadi hamba Allah..
bila kita rasa runsing, ada kita bngun utk solat tahajud?
Rasanya tidur saja sebb penat memikir!..
adakah alquran kita baca setiap 2 jam?
Tak sempat, sbb asyik berfikir!..
adakah dhuha jd peneman?
mana sempat pagi2 dah start nk cr duit..
adakah sedekah sentiasa kita bg walupun 10 sen?
Hmm kadang2 tu pun kalau jumpa peminta sedekah atau pi masjid!

...kalau semua diatas satu pun kita tak buat atau jarang2 buat..
macamana Allah nk bg taufik..
setakat hidayah saja yang kita dapat tp buat tak endah saja.
Maka teruslah kita hidup dalam kesempitan..
masalah kiri kanan..
bangun pagi bukan rasa tenang tp mula memikirkan masalah..
bukan nk fikir macmana aku nk buat pahala..kalau ini yg terjadi,
marilah kita ubah cara hidup,
ubah cara fikir, kembali kepada Allah..
jadilah hamba Allah yang bila bangun saja dari tidur tidak lupa utk berzikir!




Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Isnin, 27 April 2015

Wanita buka baju dituduh tak bayar minuman, betapa maruah diri dipijak-pijak!

Minggu ini, panas dengan cerita awek buka baju sebab takmo bayar 1 drpd bir yang dipesan. Astaghfirullah..betapa rendahnya maruah diri. ikuti berita yang dipaparkan Sinarharian. 



SHAH ALAM - Sebuah video yang memaparkan seorang wanita menanggalkan bajunya selepas dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya menjadi viral di laman-laman sosial.
Video yang berdurasi 1.52 minit dipercayai berlaku di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Video tersebut menyaksikan wanita berkenaan marah kerana dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya dan kemudian bertindak membuka baju sebelum menanggalkan baju dalamnya.

Kerana malu dengan tindakan wanita berkenaan, peniaga terbabit dilihat membiarkan wanita tersebut dengan perlakuannya.

Pada mulanya wanita dalam video dikatakan pelancong asing tetapi identiti sebagai warga tempatan terbukti apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu.

Memetik sebuah portal berita, menurut anak pemilik restoran di kawasan terbabit, wanita tersebut memesan dua botol bir tetapi hanya membayar untuk satu botol sahaja.

Mereka kemudiannya menuntut wanita itu supaya membayar baki bil tetapi dia enggan.

Ini bukan kali pertama dia melihat wanita berkenaan di kawasan itu, dan beberapa pemilik kedai makan lain di kawasan itu juga mendakwa wanita itu juga pernah menipu mereka.


Maka beruntunglah kita sebagai umat Islam yang mengikut ajaran Islam..kita punya agama yang sempurna untuk dijadikan panduan. Kita punya iman yang  membenteng diri. Alhamdulillah!



Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Selasa, 13 Januari 2015

Senarai Bekalan Berkadar Sifar, Dikecualikan dan Pelepasan GST


Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Rabu, 26 November 2014

Pengalaman Kerja





 Grad pd tahun 2008 bukan lagi spt grad pada awal tahun 80 an atau sebelum2..dimana graduan dipandang tinggi dan peluang kerja pun terbuka luas. Kadang2 cemburu dgn rakan2 yang hanya berbekalkan spm saja dah boleh merasa kerja tetap dalam sektor kerajaan dan dah rasa kenaikan gaji. Bagi aku yang lepas grad terus kawen memang peluang nak cari kerja agak terbatas..terpaksa memilih sesuai ke tak dengan status aku sbg isteri masa tu. alhamdulillah beberapa bulan pas kawen (bulan nov), iaitu januari 2009 pencarian aku takla sepayah mana bila aku diterima bekerja sebagai guru agama disekolah swasta. Bekerja dari 7.30 pg sampai 11 pg. ajar mengaji dan jawi dapat lah lebih kurang rm400. Berbaloikah? Bagi aku berbaloi lah sbb zero duit minyak, hanya jalan kaki tak sampai 5 minit!.

Cuma tanggungan aku masa tu ptptn saja..(haippp bagaimana graduan marketing leh dapat jd guru agama lak..memang magic!)..setahun aku ngaja situ bahagian tahfiz, habis kerja balik rumah memasak cam biasa dan tunggu suami balik kerja jam 5.30ptg..boring woo..nasib rezki aku tahun tu bulan 11 aku lahirkan yusra, tak la sunyi pastu. 2010, majikan tawarkan aku mengajar bahagian sekolah rendah plak, kebetulan tahun itu tahun kedua baru beroperasi, dengan hati yang gembira aku terima tanpa bantahan, walaupun mak aku kat kampung bising sebab takut tak dapat susukan anak bila kerja pagi petang, katanya biarlah anak tu besaq sikit br pi kerja fulltime..(mak susah oo nk dpt keje skrg-akhirnya mak aku restu jugak) Bekerja dari jam 9 pg sampai 5 petang dengan permulaan gaji rm1100..(termasuk elaun sume), berbaloikah? Berbaloi bg aku :)..spt sekolah swasta yang lain, tugas guru bukan hanya mengajar tp kitalah guru, kitalah guard, kitalah pengasuh, kadangkala kitalah cleaner dan tukang masak..wah multiskill bukan!

6 bulan bekerja, tetiba anak aku da tak mo susu badan..memang ada rasa susu kurang, tp still ada lg..haipp awat takmo susu lak ni..aku try rasa susu tu..memang patutla dia takmo rupanya rasa susu tu amatlah masin..lepas tu memang continue dgn susu formula..mak aku merepek lagi..katanya sebab tu la mak tak bg keje fulltime..kecik anak tu nanti kurang menyusu katanya..aku rasa ank aku kecik sekrg sbb terkena sumpahan la ( yaa ammpunn)..oo yep aku hantar ank kt pengasuh depan umah dengan bayaran rm270 ok!
 
Berbalik perihal kerja..melalut sudeh

2011 aku masih lagi mengajar disitu, ajar subjek matematik, dan pernah juga ajar subjek agama..tahun ni gaji+elaun aku naik sikit ke rm1400..berbaloikah? Sangat!..cuma setiap kali cuti memang sibuk dengan kursus2.walupuan banyak kursus yang aku skip..ohoo bukan sengaja ok tp bersebab..2010-2011 ni aku start bayar ptptn aku yang berjumlah rm19000 (plus minus)..( akan diceritakn bgaimana aku dpt habiskan ptptn dlm masa 3 tahun)..pada bulan2 terakhir aku dilanda stress yang menggunung, aku mohon utk mengajar bidang tahfiz semula..permohonan ku diterima dan dapatlah elaun rm280 ok!! Berbaloikah ? Tidak kerana waktu tu baru masuk tahun kedua aku  bayar ptptn!

Bermula 2012, aku diberi amanah utk menjadi guru penolong kanan akademik di sekolah rendah semula..whatttt!! Habis2 habisan aku menolak..namun khidmatku mungkin amat diperlukan waktu tu aku gagahkan jugek memegang amanah tu..bg aku bila berjawatan lebih sikit maka komitmen pun akan lebih..dan gaji+elaun aku masa tu rm1600..berbaloike? Berbaaloi2!..dptlah aku bayar balik ptptn aku..
2012-2013, woh woh..sangat2 byk kursus dan aktiviti dan lawatan kerja kesana kemari, sempatlah jugek naik kapal tobang ke singapura melawat sekolah agama disana..dan melawat ke sekolah2 sekitar semenanjung..( suka lah sangat)..cuma penghujung 2013, aku keguguran..hew2..stresskah?

Jika tidak kerana stress dengan alam persekitaran yang kurang sihat mungkin aku masih berdiri utuh disitu! Orang kata langit tak selalu cerah, malam tak selalunya berbintang, dalam diam aku cuba apply guru kafa pulek, buat apelah hidup dan bekerja dalam keadaan  stress dan kurang sihat, selagi ada jalan keluar aku akan cuba, kali ni aku faham rezeki Allah yang tentukan, aku nekad utk bertukar angin, walaupun aku sgt syang dengan ank mirid yg dah aku ajar bertahun2..nasib aku baik sebab dalam tahun pertama aku digesa utk ambil bahasa arab tinggi spm..dengan cekal hati aku ikutkan saja..lulus aje pun :). Berbekalkan spm+ bahasa arab tinggi yg aku br ambik tu aku mohon guru kafa..aku dipanggil interview dan sebulan pas tu alhamdulillah aku diterima...( perihal ini akan diceritakan kendian)

Pada mulanya aku dihantar ke kafa integrasi lone pine, ajar anak2 polis, start kul 2.30 habis 5.30 ptg, isnin-jumaat..oleh sbb agak jauh ( kalau tak jem, sekentut je dr rumah) maka jabatan agama tukarkan aku ke sekolah kafa pegawai kanan polis sungai dua..wah2 lagi la suka, pertama dekat rumah, kedua satu jalan dengan sekolah anak aku kat little caliph taman pekaka. Ketiga ofkoslah kerja pagi 8-10.45, isnin sampai khamis je..elaun jabatan + sekolah aku dapat rm1020..berbaloikah? Amat berbaloi-baloi-baloi!!! Ada kwsp ok lah tu..sapa nk bg dengan kerja 2 jam 45 minit sehari, 4 hari seminggu! Memang sesuaiii sangat untuk seorang ibu yang nak mengasuh anaknya sendiri disamping dpt duit sampingan bulan2. Alhamdulillah rezki semua Allah yang tentukan..dengan masa yang terluang ini dapatlah aku meneruskan kembali minat aku utk berbisnes dengan lebih giat..berkatilah usahaku, amin!

Nasihat aku kat graduan lepasan u..jangan terlalu memilih kerja, mana2 yang rasa sesuai apply, dan kalau dpt, kerja je dulu..di samping tu usaha lg sampai match dengan kehendak kita, insyallah kalau ada rezeki yang lebih baik takkan kemana.


Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Jumaat, 21 November 2014

Alahai MAS: Rezeki tak ditentukan oleh ARAK, tp rezeki datangnya dari ALLAH!

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Terkedu membaca akhbar semalam.

Bilamana manusia yang jahil menjadi nakhoda, kapal yang dikemudi pasti bermasalah..

Sangat setuju dengan pandangan DR ZAHARUDDIN, MAS sila ambil iktibar!!!

::::keratan dibawah di cedok dr:  Sinar Harian

KUALA LUMPUR - MAS perlu ubah dasar berkaitan penjualan arak dalam penerbangan mereka, jika tidak mereka harus berani untuk menanggung akibat, kata Presiden Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Zaharuddin berkata, pandangan bahawa penjualan arak dalam penerbangan yang kononnya bersifat komersil perlu diubah kerana MAS tidak akan rugi jika tiada hidangan arak dalam penerbangan mereka.

"Apa yang menjadi keutamaan pengguna sewaktu hendak membeli tiket kapal terbang adalah sama ada harga tiket murah atau tidak dan adakah jadual penerbangannya tepat dan keselamatan mereka terjamin?

"Rakan-rakan bukan Islam dan kerap menaiki penerbangan mengaku bahawa mereka tidak pernah mengambil kira faktor sama ada sesuatu penerbangan itu ada jual arak atau tidak, adakah pramugarinya seksi atau tidak, ketika hendak membeli tiket. Tidak pernah ada dalam pertimbangan mereka," katanya.

Menurutnya, itu menunjukkan bahawa soal arak langsung tidak ada kepentingan untuk dihidangkan dalam kapal terbang kerana yang menjadi keutamaan pengguna kapal terbang adalah soal harga tiket serta keselamatan mereka.

"Mas perlu pertimbangkan perkara tersebut dan jika ada pengguna yang tidak berpuas hati dengan pendedahan itu dan hendak memboikot MAS, pada saya tidak salah.

"Mereka ada hak dan boleh menggunakan kuasa pengguna yang dimiliki. Jika MAS tidak berganjak dengan keputusan untuk terus menghidangkan arak dalam penerbangan mereka, mereka perlu tanggung akibat," katanya.

Katanya, kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam isu tersebut dan mencari penyelesaian kerana mereka mempunyai kuasa.

Ketika mengulas adakah pengguna Islam yang membeli tiket termasuk caj arak tersebut berdosa, Zaharuddin berkata, pembeli tidak menanggung dosa sebaliknya pengurusan MAS yang berdosa dalam keadaan tersebut.

"Niat pembeli hendak beli tiket dan bukan hendak beli arak tetapi pengurusan MAS pula menyediakan caj hidangan yang terdapat arak dalam menu mereka," katanya.

Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Jumaat, 21 Mac 2014

RAMALAN JENIS KELAMIN


 Sumber: http://fakhrunnurthaha77.blogspot.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00-08:00&max-results=50

RAMALAN JENIS KELAMIN


UMUR IBU (TAHUN)
BULAN TERAKHIR IBU MENGALAMI MENSTRUASI
JAN
FEB
MAR
APR
MEI
JUN
JUL
AGT
SEP
OKT
NOV
DES
18
P
L
P
L
L
L
L
L
L
L
L
L
19
L
P
L
P
P
L
P
P
P
P
L
L
20
P
L
P
L
L
L
L
L
L
P
L
L
21
L
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
22
P
L
L
P
L
P
P
L
P
P
P
P
23
L
L
P
L
L
P
L
P
L
L
L
P
24
L
P
L
L
P
L
L
P
P
P
P
P
25
P
L
P
P
L
P
L
L
L
L
L
L
26
L
P
L
P
P
L
P
L
P
P
P
P
27
P
L
P
L
P
P
L
L
L
P
L
L
28
L
P
L
P
P
P
L
L
L
L
P
P
29
P
L
P
L
L
L
L
L
L
P
P
P
30
L
P

P
P
P
P
P
P
L
P
L
31
L
P
L
P
P
P
P
P
P
P
L
L
32
L
L
L
P
P
P
P
P
P
P
L
L
33
P
L
P
L
P
P
P
L
P
P
P
L
34
L
P
L
P
P
P
P
P
P
P
L
L
35
L
L
P
L
P
P
P
L
P
P
P
L
36
P
L
L
P
L
P
P
P
L
P
L
P
37
L
P
L
L
P
L
P
L
P
L
P
L
38
P
L
P
L
L
P
L
P
L
P
L
P
39
L
P
L
L
L
P
P
L
P
L
P
P
40
P
L
P
L
P
L
L
P
L
P
L
P
41
L
P
L
P
L
P
L
L
P
L
P
L




































Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)