Bahan-Bahan
Sup
kepingan ayam bahagian tulang
bawang putih dihiris
halia dihiris
bawang besar dihiris
kulit kayu manis 1 batang
bunga lawang 2 kuntum
buah pelaga 4 biji
Cara masak
semua bahan di atas direbus sekali sehingga masak tanpa garam. ambil 2 cawan sup dan simpan. kemudian barulah ditambah garam secukup rasa. taburkan daun bawang dan daun sup untuk bau yang lebih enak.
Nasi
2 cawan beras (hidangan 4 orang)
2 cawan air sup (tanpa garam)
bawang besar dihirs
bawang putih dihiris
bunga lawang 2 kuntum
kulit kayu manis 1 batang
halia dihiris
buah pelaga 4 biji
Sila tumis semua bahan dengan sedikit minyak sehingga garing kecuali sup dan beras
Cara masak
masukkan beras yang telah dibasuh, bahan yang telah digoreng dan air sup ke dalam periuk, kemudian bolehlah dimasak (saya menggunakan periuk elektrik, untuk hasil terbaik) sila tambahkan sedikit gula dan garam
Ayam
ambil 8 ketul ayam dan perapkan dengan bahan berikut
bawang besar 1/2 biji
bawang putih 10 biji
halia 1 inci
bahan ini di tumbuk halus
kemudian dimasukkan kedalam ayam
masukkan sos tiram
sedikit kicap manis
gaul semua sehingga sebati
perap selama beberapa minit.
setelah itu barulah digoreng (sila simpan baki perapan ayam tadi untuk dimasak semula)
Sos baki perapan ayam
Ambil baki perapan tadi dan masak semula, sila tambah bahan dibawah
sos tiram
kicap manis
kicap hitam
garam
gula
tunggu sehingga mendidih dan angkat. kemudian ambil ayam yang telah digoreng dan ketuk (cukup sekadar isi ayam tersebut pecah) ambil sos ini dan curahkan ke atas ayam tadi.
Sos merah
8 biji cili hidup dikisar dengan sebiji bawang putih
air limau nipis (ambil 1/4 daripada sebiji limau)
garam
gula
lagi lama diperap rasa semakin sedap (seeloknya dibuat pada malam hari)
Sayur
seimbangkan nasi ayam dengan sayur seperti, timun, tomato buah dan juga salad..
selamat menjamu selera!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)