Selamat hari guru semua insan yang bergelar guru!
Wahh sekarang giliran saya pula menerima ucapan sebegini. seronok dan gembira apabila anak2 murid yang berselisih jalan melaungkan " selamat hari guru cikgu shakirah!"..dah bertitle guru rupanya saya ni. Kadang2 terfikir bahawasanya bukan mudah memegang amanah sebagai seorang guru ini. tidak kiralah apapun latar belakang sekolah kita, samada guru kerajaan, swata atau lain2. Semuanya juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna.
Dalam meniti hari demi hari bersama anak-anak murid di sekolah mencalit seribu satu ragam kehidupan. Kadang2 gembira, kadang sedih, kadang marah dan ntah apa-apa lagi perasaan yang datang. Semua itu adalah satu pengalaman yang berharga untuk mencapai kematangan sebagai seorang guru. Entah mengapa semakin lama saya berada dalam dunia pendidikan ini, saya semakin jatuh cinta! ilmu makin hari makin bertambah kerana amat perlu sebagai penyediaan menghadapi anak2 murid di sekolah yang terlalu petah dan bijak melantunkan soalan.
Sekian dulu untuk berkongsi rasa sebagai seorang guru, masih ada banyak amanah yang perlu saya tunaikan. waktu-waktu cuti begini, inilah masanya untuk berkhidmat dengan keluarga pula!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)