Followers
Rabu, 23 Februari 2011
Ya, Saya Terpikat!
Lensa rasa dari
Qirmumtaz
Terlalu cantik dimata dan sejuk di hati..
Islam itu indah, Islam itu agama yang sempurna, Islam bukan hanya untuk nikah dan berhari raya.
Tetapi Islam adalah untuk semua perkara..Bila kita meletakkan Islam di tangga paling atas, Insya Allah yang lain akan terpandu. Insya Allah akan terserlah keindahannya pada setiap perkara..Andai kita mengikut syariat Islam dalam berumah tangga, Insya Allah akan menjadi rukun dan bahagia. Andai kita mengikut garis panduan Islam dalam mentadbir negara, Insya Allah akan aman dan tenteramlah daulah itu. Begitu juga andai kita mengambil syariat Islam sebagai garis panduan untuk menghasilkan pakaian, Insya Allah pasti akan sejuk di mata dan sejuk di hati. Pakaian? A'ah pada pakaianlah seorang muslimah dan wanita jahiliah dapat dibezakan!
Ya Saya Terpikat!
Saya tertarik dengan design busana yang dihasilkan oleh Shukr Islamic Clohting yang bertemakan "Put Faith in Fashion" berjaya menghasilkan busana muslimah dan tidak ketinggalan muslimin untuk berbusana anggun tanpa meninggalkan elemen-elemen 'style, modest and beauty'. Tetap bergaya walaupun dalam pakaian islami. Bukankah Islam itu indah? maka inilah masanya untuk kita berdakwah melalui penampilan yang islamik!
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Kategori
Lensa Rasa,
Terjah Blog
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam..
BalasPadamwah, cantik la design baju2 dia..sangat suka..
A'ah la, memang sekali tengok memang sangat terpikat..huhu tapi mahal sesuai ngan kualiti dia la..dapat satu pun best gak nih..
BalasPadamyup..tingin gak nak beli..pastu tengok2 je harga..nganga je la..
BalasPadambuleh kot beli kain kt kamdar n suh tailor buat design tu..hihihihi..
Ha'ah buleh buat bisnes la ikut ala2 design tuh..hehe
BalasPadamsaya bepuashati dengan baju fesyen arab ini
BalasPadam