Jika ditanya, mengapa saya memilih online business sebagai medium pertama memasarkan produk? sila baca 12 point berikut:
1. Pelanggan dapat mencari barang yang dikehendakinya dengan hanya menekan butang search. Tidak perlu berhadapan dengan trafik dan berjalan kaki ke premis untuk memilih produk yang dikehendaki.
2. Mudah dan bersifat persendirian. Tidak perlu berhadapan dengan pelanggan dan melalui proses pemujukan dan emosi yang lain.
3. Memberi ruang dan masa kepada pelanggan memilih produk secara privasi tanpa di awasi oleh jurujual.
4. Pelanggan akan mendapat lebih maklumat dan pelanggan boleh bertanya tanpa rasa segan silu.
5.Interaktif dan segera.
6. Tidak perlu menyewa premis yang mahal dan akan mengurangkan untung sedia ada.
7.Dapat membina hubungan yang baik dengan pelanggan.
8. Dapat mencipta skrip ayat yang paling baik dan dapat memenangi pelanggan terutama ketika membalas emel, siap boleh delete jika rasa tidak sesuai.
9.Mengurangkan kos tetapi dalam masa yang sama dapat meningkatkan keberkesanan. Peniaga dapat mengurangkan perbelanjaan untuk menguruskan sesebuah kedai dan kos-kos lain seperti sewaan, insurans dan utiliti .
10. Memberi lebih banyak flesibiliti kepada peniaga seperti, masa iaitu dapat dilakukan walaupun secara part time.
11. Membenarkan peniaga membuat pelarasan berterusan kepada tawaran dan programnya.
12, Internet adalah satu medium yang bersifat global.
Semoga memberi manfaat~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)