Mungkin ramai di antara kita yang meletakkan harga jualan pada sesuatu produk setelah mengambilkira kesemua kos yang terlibat. Tahukah anda bahawa perletakan harga amat penting dalam menguasai minda pelanggan untuk memutuskan sama ada mereka mahu membeli ataupun tidak.
Di dalam aspek pemasaran, terdapat pelbagai istilah dalam menetukan harga bagi sesuatu produk. Antara jenis penentuan harga yang anda perlu tahu dan praktikkan ialah, Harga Psikologi. Jadi bagaimanakah caranya untuk menentukan harga psikologi ini, jom kita lihat 3 point penting dibawah.
1. Penentuan harga ganjil genap
Meletakkan harga dengan .99 dibelakangnya, sebagai contoh harga sebuah beg tangan ialah RM30.99 atau RM99.99. Harga yang diletakkan seolah-olah pembeli merasakan harga tersebut dalam lingkungan 30-90 dan bukannya 40-100. Dengan meletakkan harga sedemikian walaupun perbezaannya sedikit tetapi perbezaan psikologinya lebih dari itu.
2. Penentuan harga rujukan
Harga rujukan merupakan harga yang berlegar-legar di minda pembeli berdasarkan harga semasa atau mengingatkan harga terdahulu atau menilai situasi pembelian. Penjual boleh mempengaruhi atau menggunakan harga rujukan apabila meletakkan harga. Penjual boleh meletakkan harga asal yang lebih tinggi supaya harga kini dianggap lebih murah.
3. Penentuan harga prestij
Perletakan harga yang tinggi amat sinonim dengan keadaan kualiti produknya yang baik. Pembeli yang tidak mempunyai banyak maklumat tentang sesuatu produk yang ingin dibeli akan melihat kepada harga yang lebih mahal kerana mereka pasti kualitinya lebih terjamin. Harga yang tinggi juga amat dititik beratkan oleh sebilangan pembeli yang berstatus tinggi. Penjual boleh mengambil kesempatan ini untuk menyatakan produk yang dijualnya adalah berkualiti dengan meletakkan harga yang tinggi supaya dapat meyakinkan pembeli untuk membeli produknya. Tetapi pastikan terlebih dahulu produk anda benar-benar berkualiti!
Rujukan: Priciples of Maarkrting. Kotler & Amstrong.
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Followers
Sabtu, 13 Ogos 2011
Cara meletakkan harga pada produk: menarik pelanggan untuk membeli
Lensa rasa dari
Qirmumtaz
Kategori
Idea Perniagaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)