My Home
▼
Jumaat, 17 Januari 2014
MONOLOG: Berakhirnya Khidmatku Sebagai Guru Sekolah Rendah Islam.
Hampir 5 tahun aku berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah Islam Swasta, ketika itu suka dan duka aku lalui dengan optimis. Aku mengajar subjek matematik, subjek mudah namun berliku cabaran. Aku gembira mendidik anak-anak disitu, seimbang duniawi dan ukhrawi. Namun, Allah paling tahu jalan hidupku..3 Januari 2014 berakhirnya khidmatku di situ..
Sekolahku kesayanganku...tulus dari hatiku yang paling dalam....
sebak dan berat tertanggung di dada..
kerana terpaksa aku melangkah pergi...
aku tekad..
jika disini aku pergi..
masih tersebar luas rezeki Allah..
masih ada yang memerlukan khidmatku..
Alhamdulillah, permohonanku menjadi guru kafa diterima, setelah melalui proses temuduga yang agak mudah namun berat untuk penilaian jawi..manakan tidak, sudah lama ilmu itu aku tidak endah..tips untuk mereka yang ingin memohon guru kafa: bacalah buku2 kafa (sirah/tajwid/bahasa arab/tauhid/ibadah/akidah). yakin dengan bacaan al-quran anda, tajwid dan penulisan jawi..insyallah jawatan itu milik anda..di awalnya rakan-rakanku yang memohon kafa telah berjaya, namun aku tidak juga menerima panggilan dari jabatan agama, aku akur kerana dalam semua penilaian, jawilah yang paling aku tidak yakin, tambah pula dengan ejaan jawi yang baru..penulisan jawi adalah salah satu kriteria penting dalam pemilihan ini...namun segala penaantian dan kegusaranku lerai setelah aku menerima panggilan pada hari jumaat 3 jan 14..Syukur, semoga Allah memudahkan dan memberi ganjaran kepada yang membantuku...
Langit tidak selalunya cerah..
suram malam tiada berbintang..
Aku dilema..
haruskah aku tetap disini..
atau ku pujuk hati membawa diri..
Aku mohon petunjuk dari Illahi..
Segala urusan Allah mudahkan..
Itulah yang harus kupilih..
Selamat tinggal sahabat-sahabatku..
Selamat tinggal anak didikku..
Alhamdulillah, semoga keputusanku ini adalah keputusan yang diredhai..
beralih arah tidak bererti kalah,
walau dimana aku ditakdirkan, aku tetap dengan satu matlamat,
syukur, Allah masih meletakkan aku di landasan yang sama..
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)