My Home

Khamis, 23 Januari 2014

Pengenalan Ilmu Faraidh Q&A





Q 1. Apa pengertian ilmu faraidh, berikan satu dalil pensyariatannya?
A 1. Pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kira-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang-orang yang berhak. Dalil pensyariatan di dalam surah An-Nisak Ayat 7.

لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا (7)


Maksud Ayat:
Orang-orang lelaki ada bahagian pesaka dari peninggalan ibubapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pesaka dari peninggalan ibubapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditingggalkan itu iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)


Penjelasan Ayat 7:
Laki-laki maupun perempuan mempunyai hak yang sama dalam soal warisan, yaitu sama-sama memperoleh harta peninggalan orang tua atau kerabatnya. Perbezaan gender bukan merupakan penghalang bagi seseorang untuk mendapatkan warisan. Baik laki-laki maupun perempuan sudah ditentukan bagiannya sendiri-sendiri oleh Allah subhanahu wata`ala.

Q 2. Apakah hak kewajipan yang berkaitan dengan peninggalan simati?
A 2.
a) Hutang. 
b) Persiapan jenazah.
c) Hutang zimmah. 
d) Wasiat. 
e) Pusaka


Q 3. Sebutkan 3 hikmah disyariatkan Al-Mawarith?
A 3.
a) Menghormati fitrah manusia.
b) Merialisasikan keseimbangan sosial dalam lingkungan keluarga.
c) memelihara hubungan silaturrahim setelah kematian si mati.

Q 4. Sebutkan syarat-syarat harta pusaka?
A 4.  
a) Kematian yang telah disahkan atau ia dianggap mati.
b) Waris disahkan masih hidup ketika kematian simati walaupun sedetik.
c) Hubungan waris dengan simati diketahui samada melalui kekeluargaan, pernikahan atau wala'.
d) Hubungan yang melayakkan waris mewarisi harta.

Q 5. Nyatakan hukum-hukumnya?
A 5.
a) Orang yang mewariskan harta.
b) Waris.
c) Harta yang dipusakai.

Q 6. Sebutkan sebab-sebabnya/
A 6. 
a) Hubungan keturunan.
b) Pernikahan.
c) Wala'.
d) Islam.


 

Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)