Assalamualaikum dan salam bahagia.
Terkedu membaca akhbar semalam.
Bilamana manusia yang jahil menjadi nakhoda, kapal yang dikemudi pasti bermasalah..
Sangat setuju dengan pandangan DR ZAHARUDDIN, MAS sila ambil iktibar!!!
::::keratan dibawah di cedok dr: Sinar Harian
KUALA LUMPUR - MAS perlu ubah dasar berkaitan penjualan arak dalam
penerbangan mereka, jika tidak mereka harus berani untuk menanggung
akibat, kata Presiden Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid),
Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Zaharuddin berkata, pandangan bahawa penjualan arak dalam penerbangan
yang kononnya bersifat komersil perlu diubah kerana MAS tidak akan rugi
jika tiada hidangan arak dalam penerbangan mereka.
"Apa yang menjadi keutamaan pengguna sewaktu hendak membeli tiket kapal
terbang adalah sama ada harga tiket murah atau tidak dan adakah jadual
penerbangannya tepat dan keselamatan mereka terjamin?
"Rakan-rakan bukan Islam dan kerap menaiki penerbangan mengaku bahawa
mereka tidak pernah mengambil kira faktor sama ada sesuatu penerbangan
itu ada jual arak atau tidak, adakah pramugarinya seksi atau tidak,
ketika hendak membeli tiket. Tidak pernah ada dalam pertimbangan
mereka," katanya.
Menurutnya, itu menunjukkan bahawa soal arak
langsung tidak ada kepentingan untuk dihidangkan dalam kapal terbang
kerana yang menjadi keutamaan pengguna kapal terbang adalah soal harga
tiket serta keselamatan mereka.
"Mas perlu pertimbangkan perkara tersebut dan jika ada pengguna yang tidak berpuas hati dengan pendedahan itu dan hendak memboikot MAS, pada saya tidak salah.
"Mereka ada hak dan boleh menggunakan kuasa pengguna yang dimiliki. Jika MAS tidak berganjak dengan keputusan untuk terus menghidangkan arak dalam penerbangan mereka, mereka perlu tanggung akibat," katanya.
Katanya, kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam isu tersebut dan mencari penyelesaian kerana mereka mempunyai kuasa.
Ketika mengulas adakah pengguna Islam yang membeli tiket termasuk caj arak tersebut berdosa, Zaharuddin berkata, pembeli tidak menanggung dosa sebaliknya pengurusan MAS yang berdosa dalam keadaan tersebut.
"Niat pembeli hendak beli tiket dan bukan hendak beli arak tetapi pengurusan MAS pula menyediakan caj hidangan yang terdapat arak dalam menu mereka," katanya.
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah.
~qirmumtaz~
Followers
Jumaat, 21 November 2014
Alahai MAS: Rezeki tak ditentukan oleh ARAK, tp rezeki datangnya dari ALLAH!
Lensa rasa dari
Qirmumtaz
Kategori
Lensa Rasa,
MAS,
Semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)