Tengah kekeringan idea nak bawa buah tangan apa utk melawat abang aku esok, google punya google terjumpa resepi ni dr blog ciklaili..tq share resepi ;)
1st trial ;) |
Resepi Kek Marble
oleh : ciklaili.comBahan-bahan :
250g butter atau marjerin
150g gula
250g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu serbuk koko
Cara-cara membuat kek marble :
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Tuang esen vanilla dan susu - pukul sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam 1 bahagian adunan.
6. Tuang adunan berselang seli (ikut kreativiti anda).
7. Bakar di dalam oven selama 45-50 minit dengan suhu 170 darjah. Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
sedapnyer..boleh try gak nanti
BalasPadamAlhamdulillah sedap sangat. Bahan2 pun yang mudah2 jer :)
BalasPadamTahniah! Nampak menjadi kek Marble walaupun pertama kali mencuba.
BalasPadamSalam perkenalan dari ciklaili.com :)