Grad pd tahun 2008 bukan lagi spt grad pada awal tahun 80 an atau sebelum2..dimana graduan dipandang tinggi dan peluang kerja pun terbuka luas. Kadang2 cemburu dgn rakan2 yang hanya berbekalkan spm saja dah boleh merasa kerja tetap dalam sektor kerajaan dan dah rasa kenaikan gaji. Bagi aku yang lepas grad terus kawen memang peluang nak cari kerja agak terbatas..terpaksa memilih sesuai ke tak dengan status aku sbg isteri masa tu. alhamdulillah beberapa bulan pas kawen (bulan nov), iaitu januari 2009 pencarian aku takla sepayah mana bila aku diterima bekerja sebagai guru agama disekolah swasta. Bekerja dari 7.30 pg sampai 11 pg. ajar mengaji dan jawi dapat lah lebih kurang rm400. Berbaloikah? Bagi aku berbaloi lah sbb zero duit minyak, hanya jalan kaki tak sampai 5 minit!.
Cuma tanggungan aku masa tu ptptn saja..(haippp bagaimana graduan marketing leh dapat jd guru agama lak..memang magic!)..setahun aku ngaja situ bahagian tahfiz, habis kerja balik rumah memasak cam biasa dan tunggu suami balik kerja jam 5.30ptg..boring woo..nasib rezki aku tahun tu bulan 11 aku lahirkan yusra, tak la sunyi pastu. 2010, majikan tawarkan aku mengajar bahagian sekolah rendah plak, kebetulan tahun itu tahun kedua baru beroperasi, dengan hati yang gembira aku terima tanpa bantahan, walaupun mak aku kat kampung bising sebab takut tak dapat susukan anak bila kerja pagi petang, katanya biarlah anak tu besaq sikit br pi kerja fulltime..(mak susah oo nk dpt keje skrg-akhirnya mak aku restu jugak) Bekerja dari jam 9 pg sampai 5 petang dengan permulaan gaji rm1100..(termasuk elaun sume), berbaloikah? Berbaloi bg aku :)..spt sekolah swasta yang lain, tugas guru bukan hanya mengajar tp kitalah guru, kitalah guard, kitalah pengasuh, kadangkala kitalah cleaner dan tukang masak..wah multiskill bukan!
6 bulan bekerja, tetiba anak aku da tak mo susu badan..memang ada rasa susu kurang, tp still ada lg..haipp awat takmo susu lak ni..aku try rasa susu tu..memang patutla dia takmo rupanya rasa susu tu amatlah masin..lepas tu memang continue dgn susu formula..mak aku merepek lagi..katanya sebab tu la mak tak bg keje fulltime..kecik anak tu nanti kurang menyusu katanya..aku rasa ank aku kecik sekrg sbb terkena sumpahan la ( yaa ammpunn)..oo yep aku hantar ank kt pengasuh depan umah dengan bayaran rm270 ok!
Berbalik perihal kerja..melalut sudeh
2011 aku masih lagi mengajar disitu, ajar subjek matematik, dan pernah juga ajar subjek agama..tahun ni gaji+elaun aku naik sikit ke rm1400..berbaloikah? Sangat!..cuma setiap kali cuti memang sibuk dengan kursus2.walupuan banyak kursus yang aku skip..ohoo bukan sengaja ok tp bersebab..2010-2011 ni aku start bayar ptptn aku yang berjumlah rm19000 (plus minus)..( akan diceritakn bgaimana aku dpt habiskan ptptn dlm masa 3 tahun)..pada bulan2 terakhir aku dilanda stress yang menggunung, aku mohon utk mengajar bidang tahfiz semula..permohonan ku diterima dan dapatlah elaun rm280 ok!! Berbaloikah ? Tidak kerana waktu tu baru masuk tahun kedua aku bayar ptptn!
Bermula 2012, aku diberi amanah utk menjadi guru penolong kanan akademik di sekolah rendah semula..whatttt!! Habis2 habisan aku menolak..namun khidmatku mungkin amat diperlukan waktu tu aku gagahkan jugek memegang amanah tu..bg aku bila berjawatan lebih sikit maka komitmen pun akan lebih..dan gaji+elaun aku masa tu rm1600..berbaloike? Berbaaloi2!..dptlah aku bayar balik ptptn aku..
2012-2013, woh woh..sangat2 byk kursus dan aktiviti dan lawatan kerja kesana kemari, sempatlah jugek naik kapal tobang ke singapura melawat sekolah agama disana..dan melawat ke sekolah2 sekitar semenanjung..( suka lah sangat)..cuma penghujung 2013, aku keguguran..hew2..stresskah?
Jika tidak kerana stress dengan alam persekitaran yang kurang sihat mungkin aku masih berdiri utuh disitu! Orang kata langit tak selalu cerah, malam tak selalunya berbintang, dalam diam aku cuba apply guru kafa pulek, buat apelah hidup dan bekerja dalam keadaan stress dan kurang sihat, selagi ada jalan keluar aku akan cuba, kali ni aku faham rezeki Allah yang tentukan, aku nekad utk bertukar angin, walaupun aku sgt syang dengan ank mirid yg dah aku ajar bertahun2..nasib aku baik sebab dalam tahun pertama aku digesa utk ambil bahasa arab tinggi spm..dengan cekal hati aku ikutkan saja..lulus aje pun :). Berbekalkan spm+ bahasa arab tinggi yg aku br ambik tu aku mohon guru kafa..aku dipanggil interview dan sebulan pas tu alhamdulillah aku diterima...( perihal ini akan diceritakan kendian)
Pada mulanya aku dihantar ke kafa integrasi lone pine, ajar anak2 polis, start kul 2.30 habis 5.30 ptg, isnin-jumaat..oleh sbb agak jauh ( kalau tak jem, sekentut je dr rumah) maka jabatan agama tukarkan aku ke sekolah kafa pegawai kanan polis sungai dua..wah2 lagi la suka, pertama dekat rumah, kedua satu jalan dengan sekolah anak aku kat little caliph taman pekaka. Ketiga ofkoslah kerja pagi 8-10.45, isnin sampai khamis je..elaun jabatan + sekolah aku dapat rm1020..berbaloikah? Amat berbaloi-baloi-baloi!!! Ada kwsp ok lah tu..sapa nk bg dengan kerja 2 jam 45 minit sehari, 4 hari seminggu! Memang sesuaiii sangat untuk seorang ibu yang nak mengasuh anaknya sendiri disamping dpt duit sampingan bulan2. Alhamdulillah rezki semua Allah yang tentukan..dengan masa yang terluang ini dapatlah aku meneruskan kembali minat aku utk berbisnes dengan lebih giat..berkatilah usahaku, amin!
Nasihat aku kat graduan lepasan u..jangan terlalu memilih kerja, mana2 yang rasa sesuai apply, dan kalau dpt, kerja je dulu..di samping tu usaha lg sampai match dengan kehendak kita, insyallah kalau ada rezeki yang lebih baik takkan kemana.
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)