My Home

Followers

Isnin, 20 April 2015

Bagaimanakah cara memohon kebenaran untuk berpoligami di mahkamah syariah?


Menjawab persoalan seorang pemohon yang telah berkahwin sejak 15 tahun dan dikurniakan lima anak yang kemudiannya bertemu dengan kekasih lama dan berhasrat untuk berpoligami. pemohon yakin mampu dari segi tanggungan nafkah dengan pendapatan RM7000 sebulan.

Berpoligami adalah perbuatan yang diharuskan dalam Islam. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Jika kamu takut bahawa kamu tidak dapat berlaku adil  terhadap (hak) perempuan-perempuan yang yatim, maka kahwinilah oleh mu perempuan yang baik bagi mu, dua, tiga atau empat orang.

Tetapi jika kamu takut bahawa tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja." (Surah An-Nisa': 3)

Prosedur permohonan

1. Boleh dibuat di mahkamah tinggi syariah di tempat pemohon tinggal atau bermastautin.

2. Permohonan mesti disertai dengan:

- satu ikrar yang menyatakan alasan berpoligami perlu dan patut;

- pendapatan pemohon ketika itu;

- Butir-butir komitmen dan tanggungan kewangan;

- Bilangan orang yang akan menjadi tanggungan pemohon;

- Sama ada pemohon mendapat keizinan atau pandangan untuk berpoligami daripada isteri atau isteri-isteri pemohon sedia ada.

Walaupun isteri pemohon memberi keizinan, tapi terdapat faktor lain yang perlu dilihat oleh mahkamah sebelum memberi perintah kebenaran untuk berpoligami. Faktor isteri tidak memberi keizinan juga bukan ukuran kepada mahkamah untuk tidak membenarkan pemohon untuk berpoligami.

Begitu juga dengan pendapatan kewangan yang diperoleh pemohon. Dalam kes ini, walaupun pendapatan pemohon mencapai RM7,000 sebulan termasuk elaun, tapi ia juga tidak menjamin pemohon mendapat kebenaran dari mahkamah syariah.

Perkara asas dinilai mahkamah mengikut Seksyen 23(5) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1998:

- Mahkamah akan melihat sama ada perkahwinan yang dicadangkan itu patut dan perlu dengan melihat kepada sama ada isteri pemohon tidak dapat melahirkan zuriat.

- Isteri sedia ada mengalami keuzuran jasmani hingga menyebabkan tidak mampu melakukan persetubuhan atau isteri sedia ada adalah seorang yang gila.

- Sama ada pemohon berupaya atau mampu untuk memberikan layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak syarak.

- Perkahwinan yang dicadangkan oleh pemohon tidak akan mendatangkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada. Darar syarie ialah bahaya kepada
isteri sama ada daripada segi agama, nyawa, tubuh badan, akal fi kiran, maruah atau harta benda mengikut syarak.

- Isteri atau isteri-isteri sedia ada juga akan memberi keterangan di mahkamah sama ada pemohon layak untuk berpoligami atau tidak.

- Setelah mahkamah meneliti permohonan pemohon, ikrar pemohon serta jawapan isteri atau isteri-isteri sedia ada dan setelah mahkamah meneliti keterangan pemohon, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan syarat-syarat untuk berpoligami, barulah mahkamah akan memutuskan sama ada pemohon layak atau tidak (Nota: Bukan mudah ya untuk beristeri lagi! Fikir-fi kirkanlah...)

Islam memang membenarkan seorang lelaki mengahwini lebih daripada seorang wanita dengan syarat lelaki itu boleh berlaku adil secara sepenuhnya kepada semua isteri. Bagaimanapun, mampukan lelaki itu bersikap adil dalam berpoligami?

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:"Kamu tidak akan berkuasa berlaku adil antara perempuan itu, meskipun kamu sangat ingin demikian." - (Surah An-Nur: 129)


Sumber:
Kamaazura Md Kamel (Penulis buku Dari Kamar Syaria, 2013, "Cara betul untuk berpoligami". diakses dan diolah dari http://www.sinarharian.com.my/famili/cara-betul-untuk-berpoligami-1.206827. pada 20 April 2015, jam 9.32 pm.



Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)