1. kecilkan skop perniagaan, kurangkan pesaing, contohnya, ramai yang menjual tudung, apakata anda menjual aksesori pelengkap kepada tudung, contohnya anak tudung, cari idea untuk pelbagaikan design.
2. Berniagalah sesuatu yang anda minat. katakan minat anda dalam bidang masakan..apakata anda cuba ambil satu daripada produk masakan anda untuk dipasarkan, contohnya menjual muffin untuk pelbagai majlis. dengan satu produk anda boleh pelbagaikan perisa atau boleh juga mengikut permintaan pelanggan anda..berseronoklah dengan melakukan minat anda setiap hari disamping dapat menjana pendapatan!
3. Menghasilkan blog, menulis dan terus menulis mengenai bidang yang anda minati. katakan anda seorang surirumah, banyak masa anda dihabiskan bersama anak anda, jika anda sering melakukan aktiviti art & craft, jangan lupa rakamkan di dalam blog anda dan sertakan sekali gambar-gambar yang menarik. daripada blog ini ada 3 perkara yang boleh mendtangkan pendapatan kepada anda secara berterusan: 1. menjual ebook (membuat buku digital tentang aktiviti kreatif bersama anak2). 2. menjual peralatan art & craft atau hasil kraf anda. 3. meletakkan iklan nuffnang dan pelbagai lg iklan di blog anda, sekiranya ada pengunjung blog anda yang klik pada iklan tersebut anda akan mendapat bayaran perclick darpada pengiklan tersebut.
4. Menjual produk pembelian berulang, contohnya menjual produk kesihatan seperti vitamin, jamu dan produk kecantikan. berikan servis sampingan yang mesra pengguna seperti memberi konsultan dan sebagainya, percayalah, pelanggan akan mengulang pembelian dengan anda setelah habis produk digunakan.
Tahukah anda, setiap perniagaan yang anda bina perlu disertai dengan satu laman perniagaan (website/blog/fb page dll) untuk memperkenalkan identiti perniagaan anda dan seterusnya meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap anda
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda mahu pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam masa kurang dari 48 jam. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Jadikan kenalan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia seorang lelaki yang jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394-3740
BalasPadam