Swiss Inn Sungai Petani! |
Kali ini saya sefamily bercuti ke sungai petani untuk menghabiskan masa 4 hari bersmpena cuti hari pekerja dan wesak day. Menginap di swiss inn hotel semestinya menjadi pilihan.
booking 2 bilik, standard room dan family room |
Bertolak jam 11pg pd hari jumaat dan singgah sebentar di mph di amanjaya sementara menunggu suami solat jumaat..sempatlah memborong buku2 dgn menghabiskan baucer buku 1 malaysia tu..memang seronok kalau membeli di kedai buku, tak ingat dah dunia luar, sudah beli entah bila pulak nak membacanya kan..!
Antara buku-buku pilihan |
Usai solat zohor kami bertolak ke tanjung dawai, tak pernah sampai lagi
kat sana sebelum ni, jadi nak jugaklah melihat apa yang ada..masa pergi
kami ikut jalan ke lembah bujang dalam 30 minit kami tiba di arked
tanjung dawai..macam pekan kecil gitu ala2 90 an..kenalah rm1 untuk
parking..
Menjamah sebentar di gerai2 tanjung dawai. |
Arked tanjung dawai berhampiran pantai, anda boleh lihat banyak biawak2 yang naik di pesisiran pantai berselut..diseberang laut kelihatan pantai merdeka,
hanya menumpang boat rm2.50 anda akan tiba ke pantai merdeka...short cut
melalui jalan laut..di arked kami membeli hasil laut spt ikan masin,
ikan bilis, belacan, udang dan sotong kering..terdapat juga produk dari
negeri cik siti wan kembang,dan mungkin juga dr thailand seperti air
abu.
Arked Tanjung Dawai |
Cuma sedikit komen darpada saya sebagai pengunjung, keadaan lantai arked terutama di bahagian laluan kaki lima dan tangga agak kotor dan terdapat puntung rokok dan sampah, diharapkan pihak berwajib boleh memantau keadaan ini. Maaflah cakap, takkan nak sambut pengunjung dengan sampah sarap kot kan..kekalkan kebersihan, lagipun kebersihan dituntut dalam Islam..
Kidz land Aman Jaya Mall Sungai Petani |
Hari kedua, kami sekeluarga berkampung di Aman jaya Mall saja, sebab ada banyak port untuk bawak anak-anak bermain..Aman Jaya Mall ni besar juga bangunannya. ada 3 aras, aras bawah, tingkat 1 dan tingkat 2. Kemudahan asas yang terdapat disini seperti eskalator, lif (walaupun agak sempit tp tak kesahla janji ado) surau, tandas, tandas OKU, dan bangku rehat.Tempat parking pun ok, sama seperti di klcc, siap ada lampu untuk menentukan parking penuh atau kosong..so, bila nk parking dah jimat masa kat situ...Jom terjah apa yang ada dalm Amanjaya Mall ni. Masuk2 je dah ada restoran antaranya merrybrown, shushi king dan lain-lain. di Tingkat 2 ada food court, panggung wayang dan pusat bowling dan terdapat banyak pusat permainan keluarga seperti kidz land, karaoke dan lain-lain.So seharian kat situ, makan di food court sajalah, macam2 menu, nasi campur ada, nasi ayam periuk besar, western food, dan lain-lain..hari tu saya makan nasi ayam periuk besar yang bersos lada hitam tu, fuhh terbaiik, sebab saya memang penggemar nasi ayam.
Dalam amanjaya ni ada C-mart boleh beli belah barangan harian disini, harga murahlah kalau nak dibandingkan dengan pakaian berjenama yang sama yang dijual di sunshine...Owh dalam banyak2 shop lot, yang paling saya suka ialah MPH bookstore..bestnye membelek buku kat sini..teratur dan tersusun mengikut tajuk, senang nk terjah..Hasani pun ada diluar bangunan Amanjaya, memang bole nampak bangunannya kalu berdiri kat luar pintu masuk Amanjaya tu. Hasani pun saya singgah jugak, cuma susunan buku di hasani ni, dia ikut penerbit..haa macam kalau nk cari buku tentang bisnes tu, dia akan bertabur ikut penerbit..kena rajin sikit mencari!Kat hasani saya kebas pulak baucer buku milik suami saya..hahaha tak puas2..dapat lagi Rm50 sebab habiskan baucer..haa tapi kat hasani tak boleh beli alat tulis dengan baucer tu, buku je boleh, kalau kat MPH kedua2 jenis pun boleh..
Sebelah malam, kami makan di medan selera ikan bakar berdekatan Swiss Inn Hotel tu, Ok lah juga, cuma biasalah bila open air takdalah aircond kan, jadi bernyamuk dan berpanas la sikit kan..Janji perut kenyang hehe..cuma kesian kat si kecil la, duduk pun tak senang..
Esoknya hari terakhir percutian singkat kami, kami singgah lagi ke Hasani Bookstore..memang keluarga penggemar buku..lepas beli2 apa yang patut, kami balik dalam jam 5 petang barulah kami sampai di rumah (Penang Island)..Alhamdulillah percutian yang mengeratkan hubungan kekeluargaan..Alhamdulillah, Semoga Allah izinkan lagi di lain waktu..amin!
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)