Kali ni lokasi percutian masih lagi di Sungai Petani. memilih Park avenue Hotel memang berbaloi, selain harga yang berpatutan, kemudahan yang disediakan juga amat berpuashati, bilik yang bersih, sarapan pagi yang sedap dan pelbagai pilihan. yang paling penting ada swimming pool utk kanak2. memang tujuan utama nk bawa anak2 berswimming. bgi saya pulak apa yang best kat sungai petani ni ialah adanya Jakel, hehe sempat jugalah cuci mata dengan jualan akhir tahun di sana. selain itu antara tempat yang wajib kami lawati ialah tutti frutti di village mall tulah.. mesti akan kami singgah setiap kali selepas lunch. cukup dengan yogurt ice cream perisa vanilla yang ummmpph, tak memandang dah yang lain. lunch pulak di dataran ikan bakar di tepian sungai sungai petani tu.. ikan siakap bakarnya memang sangat2 sedap.. kali pertama pergi dah jatuh cinta. mungkin akan disenaraikan sebaris dengan FM tom yam pok tek silibin ipoh.. pasti akan dikunjungi lagi. Insyallah. Antara acara wajib kali ini ialah melunaskan urusan perniagaan, jadi banyak perkara yang selesai disebalik percutian kali ini. Insyallah di penghujung cuti, kami akan ke wetland shah alam pulak..
My Home
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)