Malaysia merupakan sebuah
Negara Islam yang mana kerajaan Malaysia sendiri telah memutuskan untuk
menjadikan Malaysia sebagai Pusat Halal Dunia atau World Halal Hub dan
sebagai Peneraju Pensijilan Halal Dunia.
Pasaran halal global semakin
meningkat dimana pasaran makanan halal terkini meningkat sebanyak 16% daripada
keseluruhan industri makanan dunia dan boleh menjangkau peningkatan sebanyak
20% daripada perdagangan dunia dalam produk makanan pada masa hadapan. Pasaran
makanan halal di Malaysia dianggarkan mencecah RM1856 billion setiap tahun.
Pasaran halal yang meningkat ini juga dipengaruhi oleh pertumbuhan sektor
premis makanan yang wujud pada hari ini.
Pengguna Muslim mempunyai kuasa beli yang besar dan memainkan
peranan penting dalam menentukan permintaan terhadap produk makanan di
Malaysia. Permintaan dari pengguna Islam terhadap makanan halal yang mencecah
sehingga 16 million secara tidak langsung boleh mengubah cara hidup populasi
Muslim di Malaysia.
Kadar populasi Muslim yang
tinggi di Negara ini menyebabkan permintaan pengguna terhadap makanan halal
juga semakin meningkat. Walaubagaimanapun kini produk makanan halal yang palsu
menjadi isu utama yang dihadapi oleh pengguna Muslim di Malaysia dan seterusnya
meningkatkan tahap kebimbangan kepada pengguna dalam mendapatkan produk makanan
yang benar-benar halal.
Para pengusaha dan pengeluar
produk makanan kini samada Muslim mahupun bukan Muslim berusaha untuk
mendapatkan pensijilan halal kerana
1
mereka
maklum bahawa agama merupakan faktor yang sangat penting dalam pemilihan
makanan oleh pengguna. Walaupun sudah diiktiraf halal, namun masih terdapat
segelintir pengusaha bertindak mengaburi pelanggan Muslim dengan menggunakan
produk yang nyata haram tetapi berselindung disebalik sijil halal yang telah
diperoleh. Hal ini perlu diatasi segera terutama di negeri Pulau Pinang yang
mempunyai populasi bukan Muslim yang ramai seterusnya membolehkan mereka
mengeksploitasi pasaran makanan halal.
Kebimbangan terhadap kebolehdapatan produk halal kini
semakin meningkat. Hal ini disebabkan oleh terdapat segelintir pengusaha
tempatan terutamanya bukan Islam dengan sewenang-wenangnya melabelkan produk
mereka dengan jenama yang membawa simbol Islam melalui pembungkusan dan
pelabelan contohnya gambar masjid pada pembungkusan produk mee kuning. Mereka
mempunyai niat pemasaran sendiri iaitu untuk membolehkan produk mereka
diketahui umum dan menembusi pasaran sebagai produk halal kepada pengguna
Muslim. Selain itu, penyalahgunaan sijil halal dan pelabelan pada produk serta
berlakunya pencemaran silang antara bahan makanan halal dan haram dalam
pemprosesan makanan secara sengaja merupakan penyelewengan yang sering
dilakukan oleh pengusaha.
Selain itu, kebanyakan masyarakat amnya tidak mengetahui
tentang pemprosesan makanan dan bahan-bahan makanan dalam menghasilkan sesuatu
makanan. Bahan perasa pula sudah menjadi kemestian dalam pemprosesan makanan
bagi tujuan membaiki rasa. Para pengusaha memainkan peranan penting dalam
memahami konsep halal yang sebenar secara keseluruhannya kerana pengguna di
Malaysia kini sudah kembali peka terhadap isu Halal Haram dalam makanan.
2
Logo halal sering menjadi
masalah membelenggu umat islam di Negara ini malah ada pihak tertentu
mempermainkan isu halal dengan mempamerkan sijil halal palsu serta tidak
diiktiraf JAKIM.
Bagaimanapun agak
mengecewakan apabila umat islam sendiri tidak kisah dengan status halal
restoran atau premis menjual makanan yang mereka kunjungi sehingga pihak
tertentu mengambil kesempatan terhadap kelemahan mereka.
Oleh itu, pengguna islam
perlu benar-benar prihatin dan bijaksana dengan kepentingan dari mereka
sendiri. Selagi mereka tidak memperdulikan halal atau haram makanan diambil,
sampai bila-bila sesiapa sahaja boleh mempermainkan agama islam terutamanya
membabitkan isu halal.
PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan analisis yang dibuat, bagi sesetengah
pengguna, khususnya yang beragama Islam, mereka mungkin peka dengan keperluan kehalalan
untuk produk makanan, minuman atau yang digunakan. Bagaimanapun, atas alasan
tersendiri, mereka mungkin bergantung sahaja kepada label halal (yang dieja)
atau logo halal tanpa membuat semakan lebih lanjut. Ada juga yang asalkan nama
produk mempunyai nama yang boleh diterima, tanpa banyak soalan akan terus
membeli produk berkenaan. Namun bagi pengguna prihatin, penggunaan logo halal
pada makanan boleh menimbulkan kekeliruan untuk memilih yang benar-benar
diiktiraf. Hal ini berikutan laporan dan pembongkaran media, pengguna Islam
ternyata sering menjadi mangsa kerakusan segelintir peniaga atau pengilang yang
dengan sengaja menggunakan label halal sendiri atau sijil halal yang tidak
diiktiraf.
3
Kedua ialah kurangnya penguatkuasaan JAKIM terhadap
penggunaan logo halal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini berlaku
apabila kita menyedari bahawa terlalu banyak produk makanan yang dijual di
kedai-kedai seperti makanan ringan dicop dengan logo halal dengan berbagai-bagai
bentuk yang boleh mengelirukan pengguna muslim khususnya. Bagaimana keadaan ini
boleh berlaku, apakah peranan JAKIM atau yang seangkatan dengannya memandang
serius perkara ini. Apakah tiada penguatkuasaan dilakukan ke atas cop halal
yang dikeluarkan syarikat.
Ketiga ialah kurangnya pendedahan maklumat yang betul
mengenai kehalalan sesuatu produk baik untuk dimakan, diminum atau digunakan
kepada masyarakat. Walaupun sebenarnya banyak usaha yang telah dibuat seperti
menyediakan portal halal yang dilengkapi pelbagai fungsi, salah satunya ialah
pengguna boleh menyemak terus status halal sesuatu produk dengan memasukkan
maklumat ke dalam ruangan carian yang disediakan. Namun adakah apa yang
dicanangkan ini benar-benar sampai ke pengetahuan pengguna muslim.
PERSOALAN KAJIAN
Terdapat tiga aspek analisis ini dibuat, yang pertama
adalah untuk melihat sejauhmana masyarakat sedar betapa pentingnya memilih logo
halal yang diiktiraf JAKIM. Kedua, sejauhmana penguatkuasaan yang dibuat oleh
JAKIM dalam memastikan tiada penipuan halal ke atas makanan yang dijual. Ketiga
ialah memberi penekanan dalam menyebarkan pendidikan kepenggunaan halal dengan
tujuan untuk memberikan kesedaran dan hak-hak pengguna berhubung dengannya.
4
1.
Cara untuk meningkatkan tahap kefahaman dan
persepsi pengguna Islam terhadap kepentingan pemilihan logo halal yang
diiktiraf JAKIM bagi produk makanan dan minuman.
2.
Peranan JAKIM yang harus ditingkatkan dalam
menjamin produk makanan dan minuman yang berada di pasaran sentiasa halal.
3.
Peranan pihak yang berwajib dalam memberi
pendedahan maklumat mengenai produk makanan dan minuman halal mempengaruhi
tahap pengetahuan dan sikap pengguna untuk lebih berhati-hati.
PERBAHASAN KAJIAN
Definisi Halal
"Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud
dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak".
Takrif Halal
mengikut Perintah Perihal
Dagangan (Penggunaan Perbahasaan
“Halal”) 1975 adalah
seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa
juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal
dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai
bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan „Halal‟, „Ditanggung Halal‟ atau
„Makanan Islam‟ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin
difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh
agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti
5
yang
berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau
perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa
bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak
memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak. Tidaklah
mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang
tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak. Tidaklah dalam masa
menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan
apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau
(c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
Logo Halal
Terdapat 56 logo halal di
pasaran Malaysia untuk pelbagai produk dari 33 negara di seluruh dunia.Semua
logo berkenaan adalah daripada 72 badan Islam serta pihak berkuasa agama negara
tersebut yang mempunyai kerjasama dengan Jakim.Di Malaysia, hanya Jakim dan
pihak berkuasa agama negeri yang berhak mengeluarkan sijil halal.
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan
oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
6
Perkataan Arab – “”للآ Ø di tengah
bintang.
Diikuti tulisan rumi “HALAL”.
Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan
Rumi dan ا يزي لام dalam perkataan Arab.
Dua bintang kecil berbucu
lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Logo Halal Lain Yang
Diiktiraf
Logo Halal Yang Tidak
Diiktiraf
7
Makanan halal
Tafsiran „makanan‟ termasuklah
tiap-tiap barang yang dikilangkan, dijual atau digambarkan untuk digunakan
sebagai makanan atau minuman bagi kegunaan manusia atau yang memasuki ke dalam
atau digunakan di dalam komposisi, penyediaan, pengawetan, mana-mana makanan
atau minuman bagi kegunaan manusia dan termasuklah konfeksi, bahan kunyahan dan
apa-apa bahan bagi makanan, minuman, konfeksi atau bahan kunyahan itu;
Apabila halal dikaitkan
dengan makanan dan minuman maka halal disini membawa erti dibenarkan makan dan
minum oleh orang Islam. Diantara halal dan haram terdapat makruh yang membawa
maksud tidak digalakkan dan syubhah, membawa maksud diragui. Penentuan sesuatu
makanan itu samada halal atau haram adalah berdasarkan bagaimana ianya
didapati, diproses dan terdapat beberapa lagi faktor penting yang lain. Merujuk
kepada Al-Quran, undang-undang Islam juga menekankan kebersihan dan hanya
dengan memakan makanan yang halal sahaja akan dapat menjaga ketulenan iman
seseorang Muslim tersebut. Dalam surah Al-Baqarah ayat 168, Allah menjelaskan:
8
168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari
apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak
langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata
bagi kamu.
Penggunaan perihal „halal‟ atau dengan apa-apa ungkapan
lain oleh peniaga tidak diwajibkan di bawah undang-undang yang sedia ada.
Walaubagaimanapun, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 memperuntukkan
bahawa apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau
diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau
barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan
tersebut bererti makanan atau barang-barang itu:
1.
Tidak terdiri daripada atau mengandungi
apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang tidak dibenarkan oleh syarak
untuk orang Islam memakannya atau yang disembelih dengan cara tidak mengikut
hukum syarak.
2.
Tidak
mengandungi bahan yang dihukum najis oleh hukum syarak
3.
Tidak
memabukkan mengikut hukum syarak.
4.
Tidak mengandungi mana-mana bahagian anggota
manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak.
5.
Tidak
beracun atau memudaratkan kesihatan.
6.
Proses penyediaan, pemprosesan dan
pengilangan adalah dengan menggunakan peralatan yang bebas dari benda-benda
najis mengikut hukum syarak.
7.
Semasa proses penyediaan, pemprosesan dan
penyimpanan, bahan makanan hendaklah tidak bersentuhan atau berdekatan dengan
apa-apa
9
makna
yang tidak memenuhi kehendak-kehendak pada nombor 1, 2 dan 3 atau apa-apa yang
dihukum sebagai najis oleh hukum syarak (JAKIM, 2012).
Hukum
Semua makanan adalah halal
melainkan terdapat tegahan atau larangan yang jelas dalam al-quran dan sunnah.
Terdapat 16 ayat alquran yang menyentuh berkenaan makanan halal. Antaranya
adalah surah al-maidah ayat 87 dan 88 yang membawa maksud:
87.
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah
kamu haramkan benda-benda Yang baik-baik Yang telah Dihalalkan oleh Allah bagi
kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa Yang telah ditetapkan
halalnya itu); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang
melampaui batas.
88.
dan makanlah dari rezeki Yang telah diberikan
Allah kepada kamu, Iaitu Yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah
Yang kepadanya sahaja kamu beriman.
Halal dari segi
pandangan umum
Menurut pandangan
umum, pemahaman terhadap
konsep halal dalam
kehidupan pada
asasnya dapat dikategorikan kepada tiga bahagian, iaitu:
10
1.
Bagi umat islam, konsep halal adalah perintah
agama yang mengharuskan seseorang makan makanan yang dibenarkan oleh Allah
s.w.t.
2.
Bagi orang bukan islam, konsep halal
bertujuan memberikan kefahaman kepada mereka bahawa orang islam diharamkan
makan makanan yang dikategorikan sebgai najis seperti khinzir dan arak
3.
Kepada pengusaha industry makanan, makanan
halal adalah makanan yang tidak mengandungi khinzir atau arak apabila dilabel
dan dipasarkan, disamping memberI faedah dari sudut ekonomi.
Justeru, halal haram adalah
isu penting kepada setiap individu muslim , terutamnaya apabila dikaitkan
dengan makanan dan minuman. Perlu ditegaskan disini memilih dan mencari rezeki
yang halal adalah kewajipan setiap individu muslim disamping meninggalkan
perkara yang haram. Ini seperti yang diterangkan rasulullah:
“Mencari yang halal
itu adalah wajib kepada setiap individu muslim.”
Haram Dan Hikmah
Pengharaman
Kalimah haram adalah berasal dari bahasa Arab yang
membawa maksud di tegah atau dilarang oleh syarak dengan sebenar-benar
larangan. Menurut kamus dewan, haram membawa maksud hukum tegahan dalam islam
yang dijanjikan pahala bagi orang yang mematuhinya dan berdosa bagi orang yang
mengingkarinya. Dengan melanggar apa-apa yang diharamkan ini akan mendapat azab
di akhirat dan kemungkinan akan mendapat hukuman syarak didunia lagi. Dalam
skop makanan dan minuman, Islam melarang keras umatnya dari makan atau minum dari
sumber yang haram seperti mana yang dijelaskan oleh Al-Quran
11
yang mana haram itu termasuklah babi,
bangkai, darah, minuman yang memabukkan seperti minuman beralkohol. Binatang
pemaging, burung pemangsa, binatang darat tanpa bertelinga luar dan makanan
yang terdapat bahagian tubuh badan manusia seperti rambut dan daging manusia
itu sendiri.
Pengambilan arak selalunya dikaitkan dengan ketagihan.
Hal ini disebabkan oleh kandungan arak tersebut terdiri daripada alkohol dalam
bentuk ethyl alcohol yang merupakan sejenis dadah. Dadah ini boleh
bertindak ke atas otak manusia dan seterusnya boleh menyebabkan ketagihan
(Danial, 2009).
Terdapat tiga jenis arak yang popular di pasaran iaitu
bir yang mengandungi 3 sehingga 6% alkohol, wain mengandungi 11 hingga 14 %
kandungan alkohol dan liquor dengan kandungan alkohol tertinggi iaitu
sebanyak 40 sehingga 50% (Danial, 2009).
Islam membenci arak, jadi
segala aktiviti yang berkaitan dengan arak adalah haram. Dalam sebuah hadis
yang direkodkan oleh Abu Daud, nabi Muhammad bersabda, “Allah melaknati arak.
Allah juga melaknati mereka yang meminumnya, yang menuangnya, yang menjualnya,
yang memerah anggur untuk dijadikan arak, yang membantu memerah anggur itu,
pembawanya dan mereka yang menerimanya”
(Danial, 2009).
Selain dari larangan Allah,
kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa arak lebih banyak mendatangkan
kemudaratan berbanding kebaikan. Menurut
British
Medical Journal, minum arak dengan kadar satu gelas sehari
mampu untuk meningkatkan risiko seseorang itu menghidapi kanser mulut,
kerongkong dan esofagus (Danial, 2009).
12
Pengharaman babi dalam Islam pula dijelaskan Allah dalam
surah Al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud,
173. Sesungguhnya Allah
hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan
binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui
batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ayat ini menjelaskan kepada
umat Islam bahawa babi diharamkan untuk dimakan termasuklah produk-produk
terbitannya kecuali apabila darurat. Pengambilan daging babi dalam pemakanan
bukanlah sengaja untuk diharamkan oleh Islam, tetapi ada pelbagai hikmah yang
terkandung disebaliknya. Hukum islam itu sendiri sebenarnya ingin melindungi
umat manusia dari segala bentuk bahaya.
Hikmah pengharaman ini
terbukti dalam kajian sains yang telah dibuat oleh saintis barat. Sejak tahun
1997, saintis barat telah menemukan beberapa jenis virus merbahaya serta
penyakit-penyakit yang diakibatkan oleh pengambilan daging babi sebagai
makanan. Kuman virus yang boleh menjangkiti manusia ini antaranya adalah porcine
torovirus, porcine rotavirus, dan H3N2 swine flu virus
(Danial, 2009).
13
Kes 1
SUNGAI PETANI - Sebuah syarikat sanggup
menggunakan logo halal pada produk makanan dan minuman tanpa ada sijil
kebenaran yang sah serta diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Namun tindakan syarikat terbabit dihidu pihak berkuasa yang merampas kira-kira
RM3,500 produk makanan dan minuman dalam botol yang dikeluarkan syarikat
terbabit dekat Kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya, di sini.
Ketua Cawangan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan
Kepenggunaan
(KPDNKK) Sungai Petani, Sha‟arani Miskat berkata, semasa pemeriksaan dilakukan,
syarikat terbabit gagal mempamerkan sijil kebenaran yang sah yang diperakui
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). (Akhbar Sinar Harian, 20 November
2015)
Kes 2
Pernah berlaku suatu serbuan
ke atas sebuah kilang pengeluar tauhu di Kajang, yang disertai oleh Jabatan
Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM). Didapati tauhu tersebut diproses dengan menggunakan air daripada
sebuah kolam takungan yang sudah berlumut dengan air kotor berwarna kehijauan.
Tidak kurang juga 20 ekor anjing yang dikurung di sebelah kilang itu pula
difahamkan sedang menjalani proses jagaan dan rawatan sebelum dijual sebagai
haiwan peliharaan. Pusat jagaan anjing itu yang dimiliki oleh pengusaha lain
terletak hanya kira-kira 15 meter dari kilang tersebut. Paling mengejutkan
ialah pengusaha kilang tersebut masih menggunakan logo halal
14
yang
sudah tamat tempoh sejak Januari 2003 dan perkara itu disahkan oleh wakil dari
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kilang itu diarahkan ditutup serta-merta
dan lesen ditarik balik di samping kompaun sebanyak RM1000 dikenakan kepada
pengusaha kilang tersebut (Akhbar KOSMO, 11 September 2008)
Kes 3
Pendedahan seorang pengguna,
Amir Amin mengenai mi segera keluaran Vietnam. Amir memberitahu, hasrat dia dan
isterinya menikmati keenakan mi segera dalam mangkuk yang dibeli di Woodland
Centre, Singapura pada 4 Mei lalu terbantut apabila mendapati mi segera itu
berperisa babi walaupun ada logo halal. Atas rasa tanggungjawab supaya umat
Islam tidak termakan mi berkenaan, Amir kemudian mengambil keputusan untuk
membuat aduan kepada pemilik kedai berkenaan. (Utusan Malaysia, 20 Mei 2008)
Kes 4
Dalam berita Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
memaklumkan pengakuan dua chef tentang penyediaan makanan yang tidak
menititberatkan soal halal dan haram di beberapa hotel bertaraf 5 bintang.
Beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang
dimasak di Hotel 5 bintang itu. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat
memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan
rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Selain itu, peralatan seperti dapur dan
mesin pengisar daging untuk penyediaan masakan juga bercampur antara kegunaan
halal dan tidak halal termasuk pinggan yang dicuci juga bercampur dengan
pinggan makanan haram.
(
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.556)
15
Pasaran produk makanan di Malaysia telah dicemari dengan
produk-produk luar dijual bersama-sama produk halal. Terdapat sesetengahnya
yang jelas di antara kandungannya mengandungi bahan haram. Contohnya kandi
getah strawberi Qra Qra yang dijual di 7 Eleven dikesan mengandungi gelatin dan
kolagen daripada babi. (http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.541)
Kes 6
Berleluasanya gula-gula
hantu yang tiada logo halal Malaysia sebaliknya menggunakan logo halal China
yang disyaki tiruan di samping kandungannya diragui. Gula-gula tersebut tidak
tertulis di atasnya walau sepatah perkataan Melayu serta menggunakan alamat dan
nombor telefon palsu. Apa yang dikesalkan ialah produk itu dijual secara meluas
di beberapa kedai runcit stesen minyak terkemuka seluruh negara, terutama di
Lembah Klang. (Harian Metro, 4 Januari 2008)
Kes 7
Ini tidak termasuk lagi
beberapa produk yang mempunyai logo pengesahan halal Malaysia tetapi sebenarnya
tidak mempunyai rekod di dalam direktori halal HDC/JAKIM dan ada juga juga
telah lama tamat tempoh sijilnya tetapi masih digunakan. Terdapat juga beberapa
produk makanan terutama yang diimport, mempunyai tanda halal tersendiri tetapi
jelas kandungannya tertera ianya daging babi. Lebih menjijikkan apabila ada
beberapa produk import yang memaparkan pengesahan halal Malaysia seperti Straw
perisa susu Sipahh edaran MUNCHY‟S.
Sedangkan HDC/JAKIM
tidak pernah mengeluarkan
pengesahan halal kepada
16
mana-mana
produk makanan daripada luar.
(http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.566).
Kes 8
Kilang roti jenama High 5 antara kilang memproses roti
yang pernah diarahkan menghentikan operasinya selama dua minggu kerana didapati
kotor serta menggunakan bahan yang disyaki tidak halal. Menurut Setiausaha
PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman pemeriksaan di kilang berkenaan dijalankan
berdasarkan aduan orang ramai berserta gambar keadaan kilang itu serta minyak
yang diragui halalnya. Pemeriksaan itu disertai oleh JAKIM, Kementerian
Kesihatan, Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). (Berita Harian, 7 September
2006).
Kes 9
Baru-baru ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
membuat satu laporan polis berhubung pemfailan saman RM 5 juta oleh Zainuddin
Md Zin yang merupakan Ketua Unit Jabatan Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur terhadap Perak Duck Food Industries Sdn. Bhd., CKL Marketing Sdn. Bhd.
dan Pasaraya TESCO. Laporan polis tersebut dibuat oleh Pegawai Khas PPIM, En.
Azmin Ib Berahim. .(Akhbar KOSMO, 18 September 2008). Ia adalah ekoran daripada
isu penjualan ayam yang didakwa tidak disembelih dan dijual di Pasaraya Tesco.
Pada 28 Oktober 2007 lalu beliau telah membeli tiga ayam selasih di Tesco dan
mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul
mengikut prosedur penyembelihan.(Berita Harian, 28 Februari 2008).
17
Berdasarkan hasil kajian ini, masayarakat Islam perlulah
mempunyai rasa sayang kepada diri sendiri dan ahli keluarga sepertimana firman
Allah dalam Alquran yang bermaksud, wahai orang-orang beriman perihalah dirimu
dan ahli keluargamu dari api neraka. Sepertimana yang dinyatakan dalam hadith
bahawa daging yang tumbuh dari benda-benda yang haram, nerakalah balasannya.
Selain itu, perlulah ada segolongan pengguna yang benar-benar sedar akan
tanggungjawab mereka untuk memelihara hak-hak diri sendiri serta masyarakat
sebagai pengguna. Walaupun di Pulau Pinang terdapat badan NGO iaitu persatuan
pengguna islam pulau pinang (CAP) contohnya yang aktif dan saban hari
mendedahkan kepada pengguna tentang penyelewengan serta jenayah-jenayah
pengusaha premis produk makanan terhadap produk-produk makanan yang mereka
keluarkan, namun tanpa adanya cakna yang berterusan daripada masyarakat ianya
tetap membantutkan usaha untuk membanteras isu ini. Selain itu juga, pihak
kerajaan khususnya JAKIM perlulah bergerak secara proaktif untuk memelihara
masyarakat dari mengambil makanan yang meragukan dengan mengadakan program
untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat serta mengukuhkan penguatkuasaan
dalam bidang makanan halal.
Semua jenis premis makanan
yang telah mendapat sijil pengesahan halal dan yang telah meletakkan logo halal
hendaklah dibuat pemantauan dan penguatkuasaan secara bersungguh-sungguh.
Sekiranya salah satu rangkaian premis tersebut terlibat dengan kesalahan
serius, maka semua outlet yang lain turut ditarik balik sijil pengesahan halal
tersebut.
18
Pemeriksaan pemantauan dan penguatkusaan ini adalah
berdasarkan undang-undang serta akta berkaitan yang telah digubal dinegara ini
seperti Akta Perihal Dagangan 2011 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Akta Makanan 1983 (Akta 281),
Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan dan Keselamatan
Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2009.
Akan tetapi, sebagai pengguna Islam yang perihatin,
menjadi tanggungjawab kita untuk peka dan memainkan peranan sebagai kuasa
pengguna untuk menyelesaikan kemelut di atas selain daripada hanya menuding
kesalahan kepada pihak lain. Syarikat-syarikat pengusaha bukan Islam yang
terlibat mungkin boleh terlepas daripada pemantauan pihak berkuasa seterusnya
terselamat daripada sebarang tindakan undang-undang tetapi akan menjadi lebih
berhati-hati dan tidak akan berani mengabaikan aspek-aspek halal sekiranya operasi
mereka dipantau dengan ketat oleh para pengguna Islam. Antara bentuk pemantauan
yang boleh dilakukan termasuk melakukan siasatan berkala ke premis-premis
perniagaan dengan bantuan pihak berkuasa, membuat laporan polis sekiranya
dikesan adanya penipuan, membentuk suatu komiti bertindak yang membuat senarai
hitam syarikat dan produk yang terlibat serta menghebahkannya kepada pengguna
Islam yang dikenalpasti menggunakannya, memboikot syarikat dan produk tersebut
sehingga terbukti prosedur halal telah dipatuhi.
Sebagai jalan penyelesaian kepada isu ini, tidak salah
jika ada pihak-pihak tertentu yang sanggup mengambil peluang mewujudkan kedai
atau pasar raya yang hanya menjual barangan yang mempunyai logo halal Jakim.
Jika Kedai 1Malaysia yang menjual barangan murah untuk membantu rakyat
berpendapatan rendah boleh
19
direalisasikan, mengapa tidak dengan cadangan
ini yang mungkin dilihat oleh sesetengah pihak sebagai 'sukar.' Pengusaha Islam
harus berani mengambil peluang daripada potensi produk halal kerana
permintaannya yang luas.
Dalam laporan akhbar Sinar Harian bertariikh 20 Jun 2014,
Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin, sekarang ini memegang
jawatan sebagai Mufti Perlis, mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan label
'haram' berbanding menggunakan sijil halal. Menurut Mohd Asri, perubahan itu
penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada
barangan yang haram.
Selain itu, Pendidikan Kepenggunaan adalah sangat penting
supaya semua pengguna mempunyai ilmu dan kefahaman sebagai rujukan untuk
melindungi setiap individu ketika hendak atau dalam membuat sesuatu pilihan
contohnya membuat keputusan membeli produk makanan di kedai. Dengan pengetahuan
dan kesedaran mengenai produk tersebut, mereka boleh membuat sesuatu keputusan
yang lebih bijak dan memuaskan dirinya.
Kita akui di Malaysia, terdapat beberapa program
kesedaran halal yang dapat dibahagikan kepada empat komponen utama. Pertama,
program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Begitu juga beberapa
program yang dikendalikan oleh badan berkanun (Government Link Company-GLC)
seperti Halal Industry Development Corporation (HDC), Institut Keusahawanan
Negara (INSKEN), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Penang
International Halal Hub (PIHH). Kedua, institusi pendidikan negara seperti
Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia, Pusat
Kecemerlangan Halal, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Penyelidikan
dan Pengurusan Halal (IHRAM), Universiti
20
Sains
Islam Malaysia, Politeknik, kolej-kolej dan seumpamanya. Selain itu, program
pendidikan ini juga ditawarkan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) atau
persatuan seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna
Pulau Pinang (Consumer Association Penang-CAP) dan pusat-pusat latihan
berkelompok seperti Melaka Industrial Skill Development Center (MISDC), Penang
Skill Development Center (PSDC) dan Pahang Skill Development Corporation
(PSDC).
Manakala yang keempat adalah terdiri daripada
perseorangan atau syarikat-syarikat latihan yang turut menyediakan program
pendidikan kepenggunaan halal seperti al-Hamra Management & Consultancy
Services, Innovative Management Consultancy (IMC) Sdn. Bhd., Olive Global Sdn.
Bhd., Halal Global Sdn. Bhd. dan sebagainya. Namun masih terdapat kelompangan
dalam penyampaian mesej ini berikutan masih ada lagi masalah yang dihadapi
pengguna muslim, samada kurang kefahaman atau kurangnya tindakan susulan
daripada mereka yang terlibat di atas. Media adalah satu satu medium yang tepat
dalam menyampaikan mesej ini. Informasi dalam bentuk Iklan yang menarik mampu
memberi pendidikan yang berkesan kepada masayarakat awam dalam memahami perkara
ini.
Falsafah pendidikan pada masa kini hanya tertumpu dalam
membangunkan seseorang itu menjadi pekerja atau majikan yang berkesan, mereka
tidak dilatih untuk menjadi pengguna yang bijak. Ini seharusnya dititikberatkan
oleh pihak berkuasa agar negara dapat melahirkan pengguna yang berilmu lagi
bertanggungjawab. Orang ramai perlulah diberikan pendidikan kepenggunaan secara
berterusan dengan cara yang berkesan kerana kebanyakan sistem pendidikan tidak
memberi perhatian terhadapnya.
21
Sebagai kesimpulan daripada analisis yang dibuat,
keprihatinan pengguna muslim terhadap makanan halal dan logo halal yang
diiktiraf jakim adalah amat penting. Ini kerana berdasarkan kes yang dinyatakan
di atas terlalu banyak produk yang menggunakan sijil halal palsu ataupun
menggunakan label halal walaupun telah tamat tempoh. Dengan asas pengetahuan
yang kukuh berkenaan makanan dan logo halal, pengguna akan lebih bijak dalam
membuat pemilihan. Peranan JAKIM juga amat penting dalam isu ini agar ianya
dapat dibendung semaksima mungkin. Selain ini, pihak-pihak yang mempunyai
tanggungjawab dalam menyebarkan maklumat berkenaan halal dapat mencari kaedah
yang lebih berkesan supaya dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat muslim
supaya bijak menyaring produk yang benar-benar halal. Seterusnya, mendidik
masyarakat supaya bekerjasama dalam membanteras isu ini dengan membuat laporan
dan memboikot mana-mana premis atau produk yang diragui kebersihan dan
kehalalannya memandangkan kebanyakan pengeluar produk makanan khususnya,
dipelopori oleh orang bukan Islam.
22
1.
Al-Quran
al-Karim
2.
Mohd.
Hapiz Mahaiyadin, Roshaimizam Suhaimi dan Mohd. Marbawi Taha
(2010). “Sikap Pengguna Islam Terhadap
Penipuan Produk Makanan Halal : Satu Kajian di Kalangan Penduduk Permatang Pauh
Pulau Pinang”. Projek
Penyelidikan DKC [600-RMI/SSP/DANA 5/3/Dsp
(81/2009). Research Management Institute : UiTM.
3.
Mustafa
al-Bugho & Muhy al-Din Mistu (1998).”Al-Wafi Syarah Hadis 40 Imam
Nawawi”. Terj. Mohd Asri Hashim et.al. Kuala
Lumpur : Pustaka Salam Sdn.
Bhd.
4.
Standard Malaysia „Makanan Halal:Pengeluaran,
Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2004).
5.
Muhammad Ali Ash-Shabuni, Terjemah Tafsir
Ayat Ahkam Ash-Shabuni. Bina Ilmu.
INTERNET &
WEBSITE
6.
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.556
7.
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.541
8.
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.566
9.
http://www.halal.gov.my/articles.php
10. http://www.halaljournal.com/index.php?page=article&act=show&category=0&
pid=1032
23
1.
Akhbar
Sinar Harian, 20 November 2015
2.
Akhbar
KOSMO, 11 September 2008
3.
Akhbar
KOSMO, 18 September 2008
4.
Berita
Harian, 7 September 2006
5.
Berita
Harian. 28 Februari 2008
6. Utusan
Malaysia, 20 Mei 2008 SENARAI STATUT
1.
Akta
Perihal Dagangan 1972
2.
Akta/Enakmen
Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan
3.
Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan
Peraturan-peraturan Makanan 1985 Animal Rules 1962
24
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah.
~qirmumtaz~
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
BalasPadamNama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut