My Home

Followers

Khamis, 28 Januari 2016

KEPENTINGAN PENGGUNA MUSLIM TERHADAP MAKANAN HALAL DAN LOGO HALAL YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM



PENGENALAN


Malaysia merupakan sebuah Negara Islam yang mana kerajaan Malaysia sendiri telah memutuskan untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Halal Dunia atau World Halal Hub dan sebagai Peneraju Pensijilan Halal Dunia.

Pasaran halal global semakin meningkat dimana pasaran makanan halal terkini meningkat sebanyak 16% daripada keseluruhan industri makanan dunia dan boleh menjangkau peningkatan sebanyak 20% daripada perdagangan dunia dalam produk makanan pada masa hadapan. Pasaran makanan halal di Malaysia dianggarkan mencecah RM1856 billion setiap tahun. Pasaran halal yang meningkat ini juga dipengaruhi oleh pertumbuhan sektor premis makanan yang wujud pada hari ini.

Pengguna Muslim mempunyai kuasa beli yang besar dan memainkan peranan penting dalam menentukan permintaan terhadap produk makanan di Malaysia. Permintaan dari pengguna Islam terhadap makanan halal yang mencecah sehingga 16 million secara tidak langsung boleh mengubah cara hidup populasi Muslim di Malaysia.

Kadar populasi Muslim yang tinggi di Negara ini menyebabkan permintaan pengguna terhadap makanan halal juga semakin meningkat. Walaubagaimanapun kini produk makanan halal yang palsu menjadi isu utama yang dihadapi oleh pengguna Muslim di Malaysia dan seterusnya meningkatkan tahap kebimbangan kepada pengguna dalam mendapatkan produk makanan yang benar-benar halal.

Para pengusaha dan pengeluar produk makanan kini samada Muslim mahupun bukan Muslim berusaha untuk mendapatkan pensijilan halal kerana

1


mereka maklum bahawa agama merupakan faktor yang sangat penting dalam pemilihan makanan oleh pengguna. Walaupun sudah diiktiraf halal, namun masih terdapat segelintir pengusaha bertindak mengaburi pelanggan Muslim dengan menggunakan produk yang nyata haram tetapi berselindung disebalik sijil halal yang telah diperoleh. Hal ini perlu diatasi segera terutama di negeri Pulau Pinang yang mempunyai populasi bukan Muslim yang ramai seterusnya membolehkan mereka mengeksploitasi pasaran makanan halal.

Kebimbangan terhadap kebolehdapatan produk halal kini semakin meningkat. Hal ini disebabkan oleh terdapat segelintir pengusaha tempatan terutamanya bukan Islam dengan sewenang-wenangnya melabelkan produk mereka dengan jenama yang membawa simbol Islam melalui pembungkusan dan pelabelan contohnya gambar masjid pada pembungkusan produk mee kuning. Mereka mempunyai niat pemasaran sendiri iaitu untuk membolehkan produk mereka diketahui umum dan menembusi pasaran sebagai produk halal kepada pengguna Muslim. Selain itu, penyalahgunaan sijil halal dan pelabelan pada produk serta berlakunya pencemaran silang antara bahan makanan halal dan haram dalam pemprosesan makanan secara sengaja merupakan penyelewengan yang sering dilakukan oleh pengusaha.

Selain itu, kebanyakan masyarakat amnya tidak mengetahui tentang pemprosesan makanan dan bahan-bahan makanan dalam menghasilkan sesuatu makanan. Bahan perasa pula sudah menjadi kemestian dalam pemprosesan makanan bagi tujuan membaiki rasa. Para pengusaha memainkan peranan penting dalam memahami konsep halal yang sebenar secara keseluruhannya kerana pengguna di Malaysia kini sudah kembali peka terhadap isu Halal Haram dalam makanan.

2


Logo halal sering menjadi masalah membelenggu umat islam di Negara ini malah ada pihak tertentu mempermainkan isu halal dengan mempamerkan sijil halal palsu serta tidak diiktiraf JAKIM.

Bagaimanapun agak mengecewakan apabila umat islam sendiri tidak kisah dengan status halal restoran atau premis menjual makanan yang mereka kunjungi sehingga pihak tertentu mengambil kesempatan terhadap kelemahan mereka.

Oleh itu, pengguna islam perlu benar-benar prihatin dan bijaksana dengan kepentingan dari mereka sendiri. Selagi mereka tidak memperdulikan halal atau haram makanan diambil, sampai bila-bila sesiapa sahaja boleh mempermainkan agama islam terutamanya membabitkan isu halal.

PERNYATAAN MASALAH


Berdasarkan analisis yang dibuat, bagi sesetengah pengguna, khususnya yang beragama Islam, mereka mungkin peka dengan keperluan kehalalan untuk produk makanan, minuman atau yang digunakan. Bagaimanapun, atas alasan tersendiri, mereka mungkin bergantung sahaja kepada label halal (yang dieja) atau logo halal tanpa membuat semakan lebih lanjut. Ada juga yang asalkan nama produk mempunyai nama yang boleh diterima, tanpa banyak soalan akan terus membeli produk berkenaan. Namun bagi pengguna prihatin, penggunaan logo halal pada makanan boleh menimbulkan kekeliruan untuk memilih yang benar-benar diiktiraf. Hal ini berikutan laporan dan pembongkaran media, pengguna Islam ternyata sering menjadi mangsa kerakusan segelintir peniaga atau pengilang yang dengan sengaja menggunakan label halal sendiri atau sijil halal yang tidak diiktiraf.



3


Kedua ialah kurangnya penguatkuasaan JAKIM terhadap penggunaan logo halal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini berlaku apabila kita menyedari bahawa terlalu banyak produk makanan yang dijual di kedai-kedai seperti makanan ringan dicop dengan logo halal dengan berbagai-bagai bentuk yang boleh mengelirukan pengguna muslim khususnya. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku, apakah peranan JAKIM atau yang seangkatan dengannya memandang serius perkara ini. Apakah tiada penguatkuasaan dilakukan ke atas cop halal yang dikeluarkan syarikat.

Ketiga ialah kurangnya pendedahan maklumat yang betul mengenai kehalalan sesuatu produk baik untuk dimakan, diminum atau digunakan kepada masyarakat. Walaupun sebenarnya banyak usaha yang telah dibuat seperti menyediakan portal halal yang dilengkapi pelbagai fungsi, salah satunya ialah pengguna boleh menyemak terus status halal sesuatu produk dengan memasukkan maklumat ke dalam ruangan carian yang disediakan. Namun adakah apa yang dicanangkan ini benar-benar sampai ke pengetahuan pengguna muslim.

PERSOALAN KAJIAN


Terdapat tiga aspek analisis ini dibuat, yang pertama adalah untuk melihat sejauhmana masyarakat sedar betapa pentingnya memilih logo halal yang diiktiraf JAKIM. Kedua, sejauhmana penguatkuasaan yang dibuat oleh JAKIM dalam memastikan tiada penipuan halal ke atas makanan yang dijual. Ketiga ialah memberi penekanan dalam menyebarkan pendidikan kepenggunaan halal dengan tujuan untuk memberikan kesedaran dan hak-hak pengguna berhubung dengannya.




4

OBJEKTIF KAJIAN


1.    Cara untuk meningkatkan tahap kefahaman dan persepsi pengguna Islam terhadap kepentingan pemilihan logo halal yang diiktiraf JAKIM bagi produk makanan dan minuman.

2.    Peranan JAKIM yang harus ditingkatkan dalam menjamin produk makanan dan minuman yang berada di pasaran sentiasa halal.

3.    Peranan pihak yang berwajib dalam memberi pendedahan maklumat mengenai produk makanan dan minuman halal mempengaruhi tahap pengetahuan dan sikap pengguna untuk lebih berhati-hati.

PERBAHASAN KAJIAN


Definisi Halal


"Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak".

Takrif  Halal  mengikut  Perintah  Perihal  Dagangan  (Penggunaan  Perbahasaan

“Halal”) 1975 adalah seperti berikut:


Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan „Halal‟, „Ditanggung Halal‟ atau „Makanan Islam‟ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti

5


yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak. Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak. Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak. Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Logo Halal


Terdapat 56 logo halal di pasaran Malaysia untuk pelbagai produk dari 33 negara di seluruh dunia.Semua logo berkenaan adalah daripada 72 badan Islam serta pihak berkuasa agama negara tersebut yang mempunyai kerjasama dengan Jakim.Di Malaysia, hanya Jakim dan pihak berkuasa agama negeri yang berhak mengeluarkan sijil halal.











Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:


6

Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.


Perkataan Arab – “”للآ Ø­ di tengah bintang.


Diikuti tulisan rumi “HALAL”.


Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ا يزي لام dalam perkataan Arab.

Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Logo Halal Lain Yang Diiktiraf



































Logo Halal Yang Tidak Diiktiraf





7








Makanan halal


Tafsiran „makanan‟ termasuklah tiap-tiap barang yang dikilangkan, dijual atau digambarkan untuk digunakan sebagai makanan atau minuman bagi kegunaan manusia atau yang memasuki ke dalam atau digunakan di dalam komposisi, penyediaan, pengawetan, mana-mana makanan atau minuman bagi kegunaan manusia dan termasuklah konfeksi, bahan kunyahan dan apa-apa bahan bagi makanan, minuman, konfeksi atau bahan kunyahan itu;

Apabila halal dikaitkan dengan makanan dan minuman maka halal disini membawa erti dibenarkan makan dan minum oleh orang Islam. Diantara halal dan haram terdapat makruh yang membawa maksud tidak digalakkan dan syubhah, membawa maksud diragui. Penentuan sesuatu makanan itu samada halal atau haram adalah berdasarkan bagaimana ianya didapati, diproses dan terdapat beberapa lagi faktor penting yang lain. Merujuk kepada Al-Quran, undang-undang Islam juga menekankan kebersihan dan hanya dengan memakan makanan yang halal sahaja akan dapat menjaga ketulenan iman seseorang Muslim tersebut. Dalam surah Al-Baqarah ayat 168, Allah menjelaskan:














8


168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Penggunaan perihal „halal‟ atau dengan apa-apa ungkapan lain oleh peniaga tidak diwajibkan di bawah undang-undang yang sedia ada. Walaubagaimanapun, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 memperuntukkan bahawa apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang-barang itu:

1.    Tidak terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang tidak dibenarkan oleh syarak untuk orang Islam memakannya atau yang disembelih dengan cara tidak mengikut hukum syarak.

2.    Tidak mengandungi bahan yang dihukum najis oleh hukum syarak

3.    Tidak memabukkan mengikut hukum syarak.

4.    Tidak mengandungi mana-mana bahagian anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak.

5.    Tidak beracun atau memudaratkan kesihatan.

6.    Proses penyediaan, pemprosesan dan pengilangan adalah dengan menggunakan peralatan yang bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak.

7.    Semasa proses penyediaan, pemprosesan dan penyimpanan, bahan makanan hendaklah tidak bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa



9


makna yang tidak memenuhi kehendak-kehendak pada nombor 1, 2 dan 3 atau apa-apa yang dihukum sebagai najis oleh hukum syarak (JAKIM, 2012).

Hukum


Semua makanan adalah halal melainkan terdapat tegahan atau larangan yang jelas dalam al-quran dan sunnah. Terdapat 16 ayat alquran yang menyentuh berkenaan makanan halal. Antaranya adalah surah al-maidah ayat 87 dan 88 yang membawa maksud:














87.   Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda Yang baik-baik Yang telah Dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa Yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas.

88.   dan makanlah dari rezeki Yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu Yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman.

Halal dari segi pandangan umum


Menurut   pandangan  umum,  pemahaman  terhadap  konsep  halal   dalam

kehidupan pada asasnya dapat dikategorikan kepada tiga bahagian, iaitu:



10


1.    Bagi umat islam, konsep halal adalah perintah agama yang mengharuskan seseorang makan makanan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t.

2.    Bagi orang bukan islam, konsep halal bertujuan memberikan kefahaman kepada mereka bahawa orang islam diharamkan makan makanan yang dikategorikan sebgai najis seperti khinzir dan arak

3.    Kepada pengusaha industry makanan, makanan halal adalah makanan yang tidak mengandungi khinzir atau arak apabila dilabel dan dipasarkan, disamping memberI faedah dari sudut ekonomi.

Justeru, halal haram adalah isu penting kepada setiap individu muslim , terutamnaya apabila dikaitkan dengan makanan dan minuman. Perlu ditegaskan disini memilih dan mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap individu muslim disamping meninggalkan perkara yang haram. Ini seperti yang diterangkan rasulullah:

“Mencari yang halal itu adalah wajib kepada setiap individu muslim.”


Haram Dan Hikmah Pengharaman


Kalimah haram adalah berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud di tegah atau dilarang oleh syarak dengan sebenar-benar larangan. Menurut kamus dewan, haram membawa maksud hukum tegahan dalam islam yang dijanjikan pahala bagi orang yang mematuhinya dan berdosa bagi orang yang mengingkarinya. Dengan melanggar apa-apa yang diharamkan ini akan mendapat azab di akhirat dan kemungkinan akan mendapat hukuman syarak didunia lagi. Dalam skop makanan dan minuman, Islam melarang keras umatnya dari makan atau minum dari sumber yang haram seperti mana yang dijelaskan oleh Al-Quran

11


yang mana haram itu termasuklah babi, bangkai, darah, minuman yang memabukkan seperti minuman beralkohol. Binatang pemaging, burung pemangsa, binatang darat tanpa bertelinga luar dan makanan yang terdapat bahagian tubuh badan manusia seperti rambut dan daging manusia itu sendiri.

Pengambilan arak selalunya dikaitkan dengan ketagihan. Hal ini disebabkan oleh kandungan arak tersebut terdiri daripada alkohol dalam bentuk ethyl alcohol yang merupakan sejenis dadah. Dadah ini boleh bertindak ke atas otak manusia dan seterusnya boleh menyebabkan ketagihan (Danial, 2009).

Terdapat tiga jenis arak yang popular di pasaran iaitu bir yang mengandungi 3 sehingga 6% alkohol, wain mengandungi 11 hingga 14 % kandungan alkohol dan liquor dengan kandungan alkohol tertinggi iaitu sebanyak 40 sehingga 50% (Danial, 2009).

Islam membenci arak, jadi segala aktiviti yang berkaitan dengan arak adalah haram. Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Abu Daud, nabi Muhammad bersabda, “Allah melaknati arak. Allah juga melaknati mereka yang meminumnya, yang menuangnya, yang menjualnya, yang memerah anggur untuk dijadikan arak, yang membantu memerah anggur itu, pembawanya dan mereka yang menerimanya”

(Danial, 2009).


Selain dari larangan Allah, kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa arak lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan. Menurut

British Medical Journal, minum arak dengan kadar satu gelas sehari mampu untuk meningkatkan risiko seseorang itu menghidapi kanser mulut, kerongkong dan esofagus (Danial, 2009).

12


Pengharaman babi dalam Islam pula dijelaskan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud,














173. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat ini menjelaskan kepada umat Islam bahawa babi diharamkan untuk dimakan termasuklah produk-produk terbitannya kecuali apabila darurat. Pengambilan daging babi dalam pemakanan bukanlah sengaja untuk diharamkan oleh Islam, tetapi ada pelbagai hikmah yang terkandung disebaliknya. Hukum islam itu sendiri sebenarnya ingin melindungi umat manusia dari segala bentuk bahaya.

Hikmah pengharaman ini terbukti dalam kajian sains yang telah dibuat oleh saintis barat. Sejak tahun 1997, saintis barat telah menemukan beberapa jenis virus merbahaya serta penyakit-penyakit yang diakibatkan oleh pengambilan daging babi sebagai makanan. Kuman virus yang boleh menjangkiti manusia ini antaranya adalah porcine torovirus, porcine rotavirus, dan H3N2 swine flu virus (Danial, 2009).


13

Kes-Kes Penipuan Produk Halal


Kes 1


SUNGAI PETANI - Sebuah syarikat sanggup menggunakan logo halal pada produk makanan dan minuman tanpa ada sijil kebenaran yang sah serta diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Namun tindakan syarikat terbabit dihidu pihak berkuasa yang merampas kira-kira RM3,500 produk makanan dan minuman dalam botol yang dikeluarkan syarikat terbabit dekat Kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya, di sini.

Ketua    Cawangan   Kementerian   Perdagangan   Dalam  Negeri   Koperasi   dan

Kepenggunaan (KPDNKK) Sungai Petani, Sha‟arani Miskat berkata, semasa pemeriksaan dilakukan, syarikat terbabit gagal mempamerkan sijil kebenaran yang sah yang diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). (Akhbar Sinar Harian, 20 November 2015)

Kes 2


Pernah berlaku suatu serbuan ke atas sebuah kilang pengeluar tauhu di Kajang, yang disertai oleh Jabatan Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Didapati tauhu tersebut diproses dengan menggunakan air daripada sebuah kolam takungan yang sudah berlumut dengan air kotor berwarna kehijauan. Tidak kurang juga 20 ekor anjing yang dikurung di sebelah kilang itu pula difahamkan sedang menjalani proses jagaan dan rawatan sebelum dijual sebagai haiwan peliharaan. Pusat jagaan anjing itu yang dimiliki oleh pengusaha lain terletak hanya kira-kira 15 meter dari kilang tersebut. Paling mengejutkan ialah pengusaha kilang tersebut masih menggunakan logo halal
14


yang sudah tamat tempoh sejak Januari 2003 dan perkara itu disahkan oleh wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kilang itu diarahkan ditutup serta-merta dan lesen ditarik balik di samping kompaun sebanyak RM1000 dikenakan kepada pengusaha kilang tersebut (Akhbar KOSMO, 11 September 2008)

Kes 3


Pendedahan seorang pengguna, Amir Amin mengenai mi segera keluaran Vietnam. Amir memberitahu, hasrat dia dan isterinya menikmati keenakan mi segera dalam mangkuk yang dibeli di Woodland Centre, Singapura pada 4 Mei lalu terbantut apabila mendapati mi segera itu berperisa babi walaupun ada logo halal. Atas rasa tanggungjawab supaya umat Islam tidak termakan mi berkenaan, Amir kemudian mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada pemilik kedai berkenaan. (Utusan Malaysia, 20 Mei 2008)

Kes 4


Dalam berita Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan pengakuan dua chef tentang penyediaan makanan yang tidak menititberatkan soal halal dan haram di beberapa hotel bertaraf 5 bintang. Beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang itu. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Selain itu, peralatan seperti dapur dan mesin pengisar daging untuk penyediaan masakan juga bercampur antara kegunaan halal dan tidak halal termasuk pinggan yang dicuci juga bercampur dengan pinggan makanan haram.

( http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.556)

15

Kes 5


Pasaran produk makanan di Malaysia telah dicemari dengan produk-produk luar dijual bersama-sama produk halal. Terdapat sesetengahnya yang jelas di antara kandungannya mengandungi bahan haram. Contohnya kandi getah strawberi Qra Qra yang dijual di 7 Eleven dikesan mengandungi gelatin dan kolagen daripada babi. (http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.541)

Kes 6


Berleluasanya gula-gula hantu yang tiada logo halal Malaysia sebaliknya menggunakan logo halal China yang disyaki tiruan di samping kandungannya diragui. Gula-gula tersebut tidak tertulis di atasnya walau sepatah perkataan Melayu serta menggunakan alamat dan nombor telefon palsu. Apa yang dikesalkan ialah produk itu dijual secara meluas di beberapa kedai runcit stesen minyak terkemuka seluruh negara, terutama di Lembah Klang. (Harian Metro, 4 Januari 2008)

Kes 7


Ini tidak termasuk lagi beberapa produk yang mempunyai logo pengesahan halal Malaysia tetapi sebenarnya tidak mempunyai rekod di dalam direktori halal HDC/JAKIM dan ada juga juga telah lama tamat tempoh sijilnya tetapi masih digunakan. Terdapat juga beberapa produk makanan terutama yang diimport, mempunyai tanda halal tersendiri tetapi jelas kandungannya tertera ianya daging babi. Lebih menjijikkan apabila ada beberapa produk import yang memaparkan pengesahan halal Malaysia seperti Straw perisa susu Sipahh edaran MUNCHY‟S.

Sedangkan  HDC/JAKIM  tidak  pernah  mengeluarkan  pengesahan  halal  kepada




16


mana-mana produk makanan daripada luar. (http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.566).

Kes 8


Kilang roti jenama High 5 antara kilang memproses roti yang pernah diarahkan menghentikan operasinya selama dua minggu kerana didapati kotor serta menggunakan bahan yang disyaki tidak halal. Menurut Setiausaha PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman pemeriksaan di kilang berkenaan dijalankan berdasarkan aduan orang ramai berserta gambar keadaan kilang itu serta minyak yang diragui halalnya. Pemeriksaan itu disertai oleh JAKIM, Kementerian Kesihatan, Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). (Berita Harian, 7 September 2006).

Kes 9


Baru-baru ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat satu laporan polis berhubung pemfailan saman RM 5 juta oleh Zainuddin Md Zin yang merupakan Ketua Unit Jabatan Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terhadap Perak Duck Food Industries Sdn. Bhd., CKL Marketing Sdn. Bhd. dan Pasaraya TESCO. Laporan polis tersebut dibuat oleh Pegawai Khas PPIM, En. Azmin Ib Berahim. .(Akhbar KOSMO, 18 September 2008). Ia adalah ekoran daripada isu penjualan ayam yang didakwa tidak disembelih dan dijual di Pasaraya Tesco. Pada 28 Oktober 2007 lalu beliau telah membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.(Berita Harian, 28 Februari 2008).



17

Cadangan Dan Kesan


Berdasarkan hasil kajian ini, masayarakat Islam perlulah mempunyai rasa sayang kepada diri sendiri dan ahli keluarga sepertimana firman Allah dalam Alquran yang bermaksud, wahai orang-orang beriman perihalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka. Sepertimana yang dinyatakan dalam hadith bahawa daging yang tumbuh dari benda-benda yang haram, nerakalah balasannya. Selain itu, perlulah ada segolongan pengguna yang benar-benar sedar akan tanggungjawab mereka untuk memelihara hak-hak diri sendiri serta masyarakat sebagai pengguna. Walaupun di Pulau Pinang terdapat badan NGO iaitu persatuan pengguna islam pulau pinang (CAP) contohnya yang aktif dan saban hari mendedahkan kepada pengguna tentang penyelewengan serta jenayah-jenayah pengusaha premis produk makanan terhadap produk-produk makanan yang mereka keluarkan, namun tanpa adanya cakna yang berterusan daripada masyarakat ianya tetap membantutkan usaha untuk membanteras isu ini. Selain itu juga, pihak kerajaan khususnya JAKIM perlulah bergerak secara proaktif untuk memelihara masyarakat dari mengambil makanan yang meragukan dengan mengadakan program untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat serta mengukuhkan penguatkuasaan dalam bidang makanan halal.

Semua jenis premis makanan yang telah mendapat sijil pengesahan halal dan yang telah meletakkan logo halal hendaklah dibuat pemantauan dan penguatkuasaan secara bersungguh-sungguh. Sekiranya salah satu rangkaian premis tersebut terlibat dengan kesalahan serius, maka semua outlet yang lain turut ditarik balik sijil pengesahan halal tersebut.


18


Pemeriksaan pemantauan dan penguatkusaan ini adalah berdasarkan undang-undang serta akta berkaitan yang telah digubal dinegara ini seperti Akta Perihal Dagangan 2011 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan dan Keselamatan Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2009.

Akan tetapi, sebagai pengguna Islam yang perihatin, menjadi tanggungjawab kita untuk peka dan memainkan peranan sebagai kuasa pengguna untuk menyelesaikan kemelut di atas selain daripada hanya menuding kesalahan kepada pihak lain. Syarikat-syarikat pengusaha bukan Islam yang terlibat mungkin boleh terlepas daripada pemantauan pihak berkuasa seterusnya terselamat daripada sebarang tindakan undang-undang tetapi akan menjadi lebih berhati-hati dan tidak akan berani mengabaikan aspek-aspek halal sekiranya operasi mereka dipantau dengan ketat oleh para pengguna Islam. Antara bentuk pemantauan yang boleh dilakukan termasuk melakukan siasatan berkala ke premis-premis perniagaan dengan bantuan pihak berkuasa, membuat laporan polis sekiranya dikesan adanya penipuan, membentuk suatu komiti bertindak yang membuat senarai hitam syarikat dan produk yang terlibat serta menghebahkannya kepada pengguna Islam yang dikenalpasti menggunakannya, memboikot syarikat dan produk tersebut sehingga terbukti prosedur halal telah dipatuhi.

Sebagai jalan penyelesaian kepada isu ini, tidak salah jika ada pihak-pihak tertentu yang sanggup mengambil peluang mewujudkan kedai atau pasar raya yang hanya menjual barangan yang mempunyai logo halal Jakim. Jika Kedai 1Malaysia yang menjual barangan murah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah boleh

19


direalisasikan, mengapa tidak dengan cadangan ini yang mungkin dilihat oleh sesetengah pihak sebagai 'sukar.' Pengusaha Islam harus berani mengambil peluang daripada potensi produk halal kerana permintaannya yang luas.

Dalam laporan akhbar Sinar Harian bertariikh 20 Jun 2014, Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin, sekarang ini memegang jawatan sebagai Mufti Perlis, mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan label 'haram' berbanding menggunakan sijil halal. Menurut Mohd Asri, perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.

Selain itu, Pendidikan Kepenggunaan adalah sangat penting supaya semua pengguna mempunyai ilmu dan kefahaman sebagai rujukan untuk melindungi setiap individu ketika hendak atau dalam membuat sesuatu pilihan contohnya membuat keputusan membeli produk makanan di kedai. Dengan pengetahuan dan kesedaran mengenai produk tersebut, mereka boleh membuat sesuatu keputusan yang lebih bijak dan memuaskan dirinya.

Kita akui di Malaysia, terdapat beberapa program kesedaran halal yang dapat dibahagikan kepada empat komponen utama. Pertama, program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Begitu juga beberapa program yang dikendalikan oleh badan berkanun (Government Link Company-GLC) seperti Halal Industry Development Corporation (HDC), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Penang International Halal Hub (PIHH). Kedua, institusi pendidikan negara seperti Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia, Pusat Kecemerlangan Halal, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM), Universiti
20


Sains Islam Malaysia, Politeknik, kolej-kolej dan seumpamanya. Selain itu, program pendidikan ini juga ditawarkan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) atau persatuan seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (Consumer Association Penang-CAP) dan pusat-pusat latihan berkelompok seperti Melaka Industrial Skill Development Center (MISDC), Penang Skill Development Center (PSDC) dan Pahang Skill Development Corporation (PSDC).

Manakala yang keempat adalah terdiri daripada perseorangan atau syarikat-syarikat latihan yang turut menyediakan program pendidikan kepenggunaan halal seperti al-Hamra Management & Consultancy Services, Innovative Management Consultancy (IMC) Sdn. Bhd., Olive Global Sdn. Bhd., Halal Global Sdn. Bhd. dan sebagainya. Namun masih terdapat kelompangan dalam penyampaian mesej ini berikutan masih ada lagi masalah yang dihadapi pengguna muslim, samada kurang kefahaman atau kurangnya tindakan susulan daripada mereka yang terlibat di atas. Media adalah satu satu medium yang tepat dalam menyampaikan mesej ini. Informasi dalam bentuk Iklan yang menarik mampu memberi pendidikan yang berkesan kepada masayarakat awam dalam memahami perkara ini.

Falsafah pendidikan pada masa kini hanya tertumpu dalam membangunkan seseorang itu menjadi pekerja atau majikan yang berkesan, mereka tidak dilatih untuk menjadi pengguna yang bijak. Ini seharusnya dititikberatkan oleh pihak berkuasa agar negara dapat melahirkan pengguna yang berilmu lagi bertanggungjawab. Orang ramai perlulah diberikan pendidikan kepenggunaan secara berterusan dengan cara yang berkesan kerana kebanyakan sistem pendidikan tidak memberi perhatian terhadapnya.

21

KESIMPULAN


Sebagai kesimpulan daripada analisis yang dibuat, keprihatinan pengguna muslim terhadap makanan halal dan logo halal yang diiktiraf jakim adalah amat penting. Ini kerana berdasarkan kes yang dinyatakan di atas terlalu banyak produk yang menggunakan sijil halal palsu ataupun menggunakan label halal walaupun telah tamat tempoh. Dengan asas pengetahuan yang kukuh berkenaan makanan dan logo halal, pengguna akan lebih bijak dalam membuat pemilihan. Peranan JAKIM juga amat penting dalam isu ini agar ianya dapat dibendung semaksima mungkin. Selain ini, pihak-pihak yang mempunyai tanggungjawab dalam menyebarkan maklumat berkenaan halal dapat mencari kaedah yang lebih berkesan supaya dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat muslim supaya bijak menyaring produk yang benar-benar halal. Seterusnya, mendidik masyarakat supaya bekerjasama dalam membanteras isu ini dengan membuat laporan dan memboikot mana-mana premis atau produk yang diragui kebersihan dan kehalalannya memandangkan kebanyakan pengeluar produk makanan khususnya, dipelopori oleh orang bukan Islam.























22

RUJUKAN


1.    Al-Quran al-Karim


2.    Mohd. Hapiz Mahaiyadin, Roshaimizam Suhaimi dan Mohd. Marbawi Taha

(2010). “Sikap Pengguna Islam Terhadap Penipuan Produk Makanan Halal : Satu Kajian di Kalangan Penduduk Permatang Pauh Pulau Pinang”. Projek

Penyelidikan DKC [600-RMI/SSP/DANA 5/3/Dsp (81/2009). Research Management Institute : UiTM.

3.    Mustafa al-Bugho & Muhy al-Din Mistu (1998).”Al-Wafi Syarah Hadis 40 Imam

Nawawi”. Terj. Mohd Asri Hashim et.al. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn.

Bhd.


4.    Standard Malaysia „Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2004).

5.    Muhammad Ali Ash-Shabuni, Terjemah Tafsir Ayat Ahkam Ash-Shabuni. Bina Ilmu.

INTERNET & WEBSITE


6.    http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.556


7.    http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.541


8.    http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.566


9.    http://www.halal.gov.my/articles.php


10. http://www.halaljournal.com/index.php?page=article&act=show&category=0&

pid=1032

23

AKHBAR


1.    Akhbar Sinar Harian, 20 November 2015


2.    Akhbar KOSMO, 11 September 2008


3.    Akhbar KOSMO, 18 September 2008


4.    Berita Harian, 7 September 2006


5.    Berita Harian. 28 Februari 2008


6.    Utusan Malaysia, 20 Mei 2008 SENARAI STATUT

1.    Akta Perihal Dagangan 1972


2.    Akta/Enakmen Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan


3.    Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 Animal Rules 1962









24
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~

1 ulasan:

  1. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    BalasPadam

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)