My Home

Followers

Khamis, 28 Januari 2016

NERAKA



Neraka
Pengertian Neraka
Neraka yang dalam bahasa arabnya membawa maksud iaitu suatu tempat di akhirat, yang mana diwujudkan dengan api yang bergelojak dan berkobar-kobar dengan dahsyatnya hingga dapat mengelupaskan kepala dan dapat menusuk ke hati, disediakan oleh Allah SWT dan diancamkan oleh-Nya untuk seluruh orang-orang kafir. Manakala menurut pengertian agama Islam adalah suatu tempat kediaman yang disediakan oleh Allah swt untuk hamba-hambaNya yang ingkar kepadaNya sebagai balasan kepada mereka itu atas perbuatannya melakukan dusa-dosa dan kesalahan.
Begitulah dahsyatnya perihal neraka betapa ngeri keadaan di dalamnya. Sesungguhnya neraka itu dicipta semata-mata untuk menjadi tempat seksaan bagi golongan orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, orang-orang musyrik, orang-orang yang selalu berbuat dosa, orang-orang munafik, orang-orang yang buruk amal perbuatannya, derhaka dan tidak mentaati serta tidak mahu berbakti kepada Allah SWT dan tidak melaksanakan perintah Allah, bahkan sentiasa melakukan segala larangan Allah. Bagi golongan orang seperti itu, mereka adalah calon-calon untuk merasa kedasyatan seksaan dan Allah SWT akan mengencam dengan azab dan seksa yang sangat mengerikan.[1]
Jika Allah SWT mengurniakan nikmat syurga sebagai balasan kepada orang yang baik, Allah SWT juga akan membalas orang yang melakukan kejahatan dengan seksaan al-jahim sebagai hukuman terhadap dosa besar dan perkara buruk yang telah mereka lakukan.[2] Al-Quran telah menjelaskan akan nama-nama neraka serta tingkatannya. Terdapat lapan jenis neraka yang telah diciptakan oleh Allah SWT daripada api yang sangat panas. Neraka itu adalah :-
1. Neraka Jahanam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa`ier
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Huthomah
Terdapat tingkat-tingkat dalam neraka, dalam surah An-Nisa` ayat 145 yang ertinya: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka,”[3]. Maka berdasarkan ayat inilah bahawa neraka itu mempunyai tingkatan yang setiap tingkatan akan ditempati ahli neraka sesuai dengan klasifikasi status mereka masing-masing. Tingkatan yang pertama Neraka Jahanam diperuntukkan orang-orang mukmin yang berterusan melakukan maksiat. Tingkatan kedua pula Neraka Al-Jahim adalah tempat azab seksa. Ia dinamakan dengan jahim kerana bara apinya yang amat besar. Satu bara apinya lebih besar daripada dunia. Tingkatan yang ketiga ialah Neraka Haawiyah yang merupakan neraka yang paling bawah yang diperuntukkan bagi orang-orang munafik. Sesiapa yang jatuh tidak akan keluar selama-lamanya. Di dalamnya terdapat telaga al-Habhab, iaitu sumber nyalaan api seperti yang disebutkan dalam firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 97 yang bermaksud : “ Setiap kali julangan apinya menjadi malap, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.” Al-Haawiyah merupakan gaung yang dalam dan orang yang jatuh ke dalamnya tidak akan dapat naik kembali.
Firman Allah SWT :
وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٨) فَأُمُّهُ ۥ هَاوِيَةٌ۬ (٩) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا هِيَهۡ (١٠) نَارٌ حَامِيَةُۢ (١١)
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah” Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu?                  ( Haawiyah itu ialah ): api yang panas membakar.[4]
( Al-Qariah : 8-11 )
Tingkatan yang keempat adalah Neraka Wail. Seterusnya untuk orang-orang Nasrani disediakan Neraka Sa`ier iaitu di tingkatan yang kelima.
Firman Allah SWT :
(٥وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ
Dan kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
( Al-Mulk : 5 )
Tingkatan yang keenam adalah Neraka Ladha diperuntukan orang Majusi seperti dalam firman Nya :
كَلَّآ‌ۖ إِنَّہَا لَظَىٰ (١٥) نَزَّاعَةً۬ لِّلشَّوَىٰ (١٦) تَدۡعُواْ مَنۡ أَدۡبَرَ وَتَوَلَّىٰ (١٧)وَجَمَعَ فَأَوۡعَىٰٓ (١٨)
Tidak sekali-kali ( sebagaimana yang diharapkannya )! Sesungguhnya neraka ( yang disediakan baginya ) tetap menjulang-julang apinya, ( Membakar serta )menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota-anggota tubuh badan. Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling ( dari kebenaran ), dan yang mengumpulkan  harta kekayaan  lalu menyimpannya ( dengan tidak membayar zakat ).
( Al-Ma’arij : 15-18 )
Iaitu neraka yang amat panas membakar yang menjulang-julang apinya sehingga meluluhkan kulit kepala dan seluruh anggota badan. Ia akan menyedut dan menarik sesiapa sahaja yang berpaling dari kebenaran dan ketaatan. Begitu juga ( akan ditarik sama ) mereka yang hanya sibuk mengumpulkan harta benda, kemudian menyimpannya ( tanpa mengeluarkan zakat ) kerana sifat kedekut dan tamak serta terpesona dengan dunia.
Neraka Saqar diperuntukan orang-orang yang menyembah berhala sepertimana dalam firman Allah SWT :
سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ (٢٦) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا سَقَرُ (٢٧) لَا تُبۡقِى وَلَا تَذَرُ (٢٨) لَوَّاحَةٌ۬ لِّلۡبَشَرِ (٢٩) عَلَيۡہَا تِسۡعَةَ عَشَرَ (٣٠)
( Disebabkan kekufurannya itu ) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan meninggalkan sisa, dan tidak membiarkan ( binasa terus ) Ia terus menerus membakar kulit manusia! Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas ( malaikat ).
( Al-Muddatthir : 26-30 )
Iaitu setiap yang dilemparkan ke dalamnya akan dibakar tanpa kecuali dan tidak dibenarkan keluar darinya. Ia akan membakar sehingga jasad menjadi hitam dan rupanya sangat buruk dan hodoh.
Neraka Huthomah  ( yang memecah dan mematahkan setiap yang dilemparkan ke dalamnya ) diperuntukkan untuk orang-orang Yahudi sepertimana dalam firman Allah SWT :
‌ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلۡحُطَمَةِ (٤) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡحُطَمَةُ (٥) نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ (٦) ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ (٧) إِنَّہَا عَلَيۡہِم مُّؤۡصَدَةٌ۬ (٨) فِى عَمَدٍ۬ مُّمَدَّدَةِۭ (٩)
Sesungguhnya dia akn dicampakkan ke dalam ‘al-Hutomah’. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia ‘al-Hutomah’ itu? ( Al-Hutomah ) ialah api Allah yang dinyalakan ( dengan perintahnya ),  Yang naik menjulang ke hati; Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. ( Mereka terikat di situ ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
( Al-Humazah : 4-9 )
Kedahsyatan Api Neraka
Allah SWT telah menyifatkan neraka jahanam dengan sifat-sifat yang boleh menyebabkan ubun-ubun di kepala menjadi putih bahkan boleh mencabut hati seseorang ( kerana terlalu takut dan gerun ), agar orang lalai kembali sedar. Allah SWT juga mengingatkan bahawa bahan bakar neraka adalah manusia dan batu-batan.
Firman Allah SWT :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ (٦)
Wahai orang-orang yang beriman! Periharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu ( berhala ). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras dan kasar ( layanannya ). Mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
( At-Tahrim : 6 )
Neraka juga tidak pernah kenyang dengan apa yang dicampakkan ke dalamnya bahkan sentiasa meminta tambahan sehinggalah tiada lagi tempat kosong di dalamnya.
Firman Allah SWT :
يَوۡمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ ٱمۡتَلَأۡتِ وَتَقُولُ هَلۡ مِن مَّزِيدٍ۬ (٣٠)
( Peringatkanlah manusia ) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam : “ Adakah engkau sudah penuh?” Ia menjawab : “ Adakah lagi sebarang tambahan?
( Qaf : 30 )
Mujahid berkata : Sebenarnya neraka tidak bercakap, Cuma sekadar kiasan kepada keadaan neraka yang sentiasa dipenuhi sehingga tiada tempat kosong lagi.
Makanan mereka ( ahli neraka ) adalah dari buah zaqqum iaitu seburuk-buruk pohon yang pahit dan berbau busuk. Firman Allah SWT :
إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (٦٠) لِمِثۡلِ هَـٰذَا فَلۡيَعۡمَلِ ٱلۡعَـٰمِلُونَ (٦١) أَذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ نُّزُلاً أَمۡ شَجَرَةُ ٱلزَّقُّومِ (٦٢) إِنَّا جَعَلۡنَـٰهَا فِتۡنَةً۬ لِّلظَّـٰلِمِينَ (٦٣) إِنَّهَا شَجَرَةٌ۬ تَخۡرُجُ فِىٓ أَصۡلِ ٱلۡجَحِيمِ (٦٤) طَلۡعُهَا كَأَنَّهُ ۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَـٰطِينِ (٦٥) فَإِنَّہُمۡ لَأَكِلُونَ مِنۡہَا فَمَالِـُٔونَ مِنۡہَا ٱلۡبُطُونَ (٦٦) ثُمَّ إِنَّ لَهُمۡ عَلَيۡہَا لَشَوۡبً۬ا مِّنۡ حَمِيمٍ۬ (٦٧)
Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum? Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim ( di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat ). Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang, buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan. Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya ( sekalipun pahit dan busuk ), sehingga mereka memenuhi perut darinya. Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi. Selain itu, satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.[5]
( As-Shoffaat : 60-67 )
Firman Allah SWT :
وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡ‌ۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡ‌ۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّـٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِہِمۡ سُرَادِقُهَا‌ۚ وَإِن يَسۡتَغِيثُواْ يُغَاثُواْ (٢٩)بِمَآءٍ۬ كَٱلۡمُهۡلِ يَشۡوِى ٱلۡوُجُوهَ‌ۚ بِئۡسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتۡ مُرۡتَفَقًا
Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.
( A-Kahfi : 29 )
Pakaian mereka daripada api!.[6]
Firman Allah SWT yang bermaksud :
هَـٰذَانِ خَصۡمَانِ ٱخۡتَصَمُواْ فِى رَبِّہِمۡ‌ۖ فَٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ قُطِّعَتۡ لَهُمۡ ثِيَابٌ۬ مِّن نَّارٍ۬ يُصَبُّ مِن فَوۡقِ رُءُوسِہِمُ ٱلۡحَمِيمُ (١٩) يُصۡهَرُ بِهِۦ مَا فِى بُطُونِہِمۡ وَٱلۡجُلُودُ (٢٠) وَلَهُم مَّقَـٰمِعُ مِنۡ حَدِيدٍ۬ (٢١) ڪُلَّمَآ أَرَادُوٓاْ أَن يَخۡرُجُواْ مِنۡہَا مِنۡ غَمٍّ أُعِيدُواْ فِيہَا وَذُوقُواْ عَذَابَ ٱلۡحَرِيقِ (٢٢)
Inilah dua golongan ( mukmin dan kafir ) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak. Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka. Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka. Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: “Rasalah kamu azab seksa yang membakar!
( Al-Hajj : 19-22 )
Dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Api akan dituangkan ke atas kepala mereka dan masuklah lava api ( hamim ) ke dalam tubuhnyasehingga ke perutnya. Kemudian ia mencairkan segala apa yang ada dalam perutnya sehingga menembusi bahagian kakinya. Ia umpama tembaga cair tetapi selepas itu dia            ( manusia itu ) dikembalikan kepada keadaan asalnya.[7]
Api neraka jahanam ini akan mengelilingi mereka yang diseksa itu dari setiap penjuru. Ia menjadi seumpama tilam dan selimut kepada mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
لَهُم مِّن جَهَنَّمَ مِهَادٌ۬ وَمِن فَوۡقِهِمۡ غَوَاشٍ۬‌ۚ وَكَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلظَّـٰلِمِينَ (٤١)
“ Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat ( perintah ) Kami dan yang angkuh ( merasa dirinya lebih ) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.”
( Al- A’raf : 41 )
Firman Allah SWT :
 (١٦لَهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ ظُلَلٌ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ وَمِن تَحۡتِہِمۡ ظُلَلٌ۬‌ۚ ذَٲلِكَ يُخَوِّفُ ٱللَّهُ بِهِۦ عِبَادَهُ ۥ‌ۚ يَـٰعِبَادِ فَٱتَّقُونِ
Bagi mereka ( yang kafir disediakan ) lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan ( dari api ) di bawah mereka; dengan ( azab ) yang demikian,Allah menakutkan hamba-hambaNya : “ oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!
( Az-Zumar : 16 )
Penduduk neraka tidak akan mati agar dapat berehat dari azab. Mereka juga tidak dapat hidup dengan tenang. Firman Allah SWT :
وَيَتَجَنَّبُہَا ٱلۡأَشۡقَى (١١) ٱلَّذِى يَصۡلَى ٱلنَّارَ ٱلۡكُبۡرَىٰ (١٢) ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيہَا وَلَا يَحۡيَىٰ (١٣)
Dan ( sebaliknya ) orang yang sangat celaka akan menjauhinya. Dialah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar ( azab seksanya ). Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
( Al-A’laa : 11-13 )
Penduduk neraka akan terhijab dari Allah s.w.t.. firman Allah Taala :
  (١٥)كَلَّآ إِنَّہُمۡ عَن رَّبِّہِمۡ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لَّمَحۡجُوبُونَ
Bahkan tidak, pada hari itu mereka akan terhijabkan dari tuhan mereka”.
( Al- Mutaffifin : 15 )
Inilah dia sekeras-keras jenis azab.
Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud :
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا سَوۡفَ نُصۡلِيہِمۡ نَارً۬ا كُلَّمَا نَضِجَتۡ جُلُودُهُم بَدَّلۡنَـٰهُمۡ جُلُودًا غَيۡرَهَا لِيَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمً۬ا (٥٦)
Sesungguhnya orang-orang yang kafir ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dengan api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan     ( ingatlah ) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
( An-Nisa : 56 )
Dalam ayat ini, Allah memberitahu bahawa setiap kali api membaham hangus kulit mereka, Allah akan menggantikan kulit lain untuk mereka. Alasannya ialah, deria rasa sakit yang utama pada badan ialah pada lapisan kulit. Manakala otot-otot, anggota badan dan organ dalaman yang lain hanya mempunyai rasa sakit yang minima. Oleh kerana itu, pakar perubatan mengetahui bahawa kebakaran yang ringan pada lapisan kulit itu boleh mendatangkan kesakitan yang maksima berbanding kebakaran badan yang serius, yang sampai kebahagian otot-otot badan. Di mana ia mendatangkan kesakitan yang sedikit walaupun kadar bahaya dan kecederaannya itu adalah tinggi.
Allah menyatakan kepada kita bahawa apabila neraka membaham kulit yang mengandungi deria rasa sakit, kulit sentiasa diperbaharui agar kesakitannya berterusan tanpa henti. Justeru, mereka akan merasai azab yang amat pedih. Ini menzahirkan ilmu dan kebijaksanaan Allah sebelum manusia mengetahuinya lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Oleh kerana dahsyat dan kerasnya azab neraka, orang yang jahat sanggup menebus dirinya dengan menggadaikan setiap yang dikasihi untuk menyelamatkan diri. Namun pada hari itu tebus diri dan pengharapan sudah tidak berguna lagi.
Firman Allah yang bermaksud :
يُبَصَّرُونَہُمۡ‌ۚ يَوَدُّ ٱلۡمُجۡرِمُ لَوۡ يَفۡتَدِى مِنۡ عَذَابِ يَوۡمِٮِٕذِۭ بِبَنِيهِ (١١) وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَأَخِيهِ (١٢) وَفَصِيلَتِهِ ٱلَّتِى تُـٔۡوِيهِ (١٣) وَمَن فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا ثُمَّ يُنجِيهِ (١٤) كَلَّآ‌ۖ إِنَّہَا لَظَىٰ (١٥)
Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; ( pada saat yang demikian ) orang yang kafir kira sukanya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri, Dan isteri serta saudaranya, Dan kaum kerabatnya yang melindunginya, Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi – kemudian ( diharapkan ) tebusan itu dapat menyelamatkannya. Tidak sekali-kali ( sebagaiman yang diharapkannya )! Sesungguhnya neraka ( yang disediakan baginya ) tetap menjulang-julang apinya.
( Al-Ma’arij : 11-15 )
Keadaan Di Dalam Neraka
Di dalam neraka terdapat pintu-pintu masuk para ahli neraka. Al-Quran menyatakan bahawa terdapat tujuh pintu masuk ke neraka. Keadaan pintu-pintu neraka telah dijelaskan dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w.. Sesungguhnya baginda bertanya kepada Malaikat Jibrail a.s: “Apakah pintu-pintu neraka itu sama seperti pintu kami ini?” Maka Malaikat Jibrail menjawab: “Tidak, bahawa pintu neraka itu terbuka ke bawah. Oleh kerana itu, sebahagian lebih ke bawah dari sebahagian yang lain, yang jarak dari satu pintu ke pintu yang lain adalah perjalanan selama 700 tahun. Dan setiap pintu neraka panasnya lebih sangat bila dibandingkan dengan pintu yang ada di sebelahnya dengan selisih 70 kali lipat panasnya.”
Di dalam Al-quran tidak ada ayat yang menjelaskan tentang adanya jambatan (sirath) tersebut. Sesungguhnya Allah SWT menciptakan jambatan itu berada di atas neraka iaitu sirath, yang terletak di tengah-tengah neraka jahanam, yang sangat licin dan boleh mengelincirkan. Bentuknya lebih lembut daripada rambut yang tajamnya lebih dari mata pedang dan lebih gelap daripada malam. Bagi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah sudah tentu dapat selamat dan tiada halangan apapun dalam melalui jambatan tersebut. Tetapi sebaliknya bagi orang yang celaka pasti akan terjerumus ke dalam api neraka. Cara-cara para makhluk semasa melalui jambatan itu adalah berbeza-beza :-
1. Golongan yang pertama seperti kilat yang menyambar.
2. Golongan kedua seperti angin kencang.
3. Golongan ketiga seperti burung yang terbang.
4. Golongan keempat seperti larinya kuda pacuan.
5. Golongan yang kelima seperti seorang yang berjalan cepat.
6. Golongan yang keenam seperti larinya binatang ternakan.
7. Golongan ketujuh seperti lari selama sehari semalam.
Cara manusia berjalan melalui sirath itu ada bermacam-macam jenis bergantung pada amalannya semasa di dunia sama ada dia menjalankan perintah Allah ataupun meninggalkannya. Diriwayatkan, “Sesungguhnya manusia ketika melalui jambatan tersebut dikepung api neraka. Di bawah kaki mereka, di atas kepalanya. Sebelah kanan dan kirinya, di depan dan di belakang juga dikepung dengan api neraka yang sangat panas dan menyala-nyala. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 71-72 bermaksud :
“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi mereka itu. Perkara itu bagi Tuhan-Mu adalah suatu kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalamnya dalam keadaan berlutut.”[8]
Dalam surah Ash-Shafat ayat 63-65 telah diterangkan mengenai pepohonan yang ada di dalam neraka. Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai cubaan bagi orang-orang yang zalim. Sesungguhnya dia adalah sebatang pokok yang keluar dari dasar neraka yang menyala. Buahnya seperti kepala-kepala syaitan.”[9]
Begitulah sebagaimana keadaan di dalam neraka yang telah dicipta di dalamnya pepohonan zaqqum sebagai makanan penghuni neraka. Di dalam hadis nabi s.a.w. diterangkan; Bahawa semiskin-miskinnya penghuni neraka adalah ketika mereka meminta pertolongan dengan makanan, lalu didatangi kepada mereka makanan kayu Zaqqum, ketika sudah datang kepada makanan kayu zaqqum itu, mereka terus memakannya, maka mendidihlah apa yang ada di dalam perutnya dan otaknya, serta gigi geraham mereka. Kemudian keluarlah dari mulut mereka api yang menjilat-jilat dan jasad mereka hancur diantara tapak kaki mereka.[10]
Di dalam neraka juga terdapat api-api yang bergelojak, teramat panas dan berkobar-kobar. Panasnya melebihi panas api di dunia. Ia merupakan lautan api yang tidak kunjung reda dan tidak kunjung padam. Api inilah yang akan menghancurkan penghuni neraka. Dan sesungguhnya bahan bakar di neraka adalah manusia-manusia yang masuk di dalamnya dan batu-batu. Di dalam neraka juga terdapat peralatan untuk menyeksa penghuninya, alat-alat itu adalah seperti rantai besi, cambuk dan belengu. Yang mana panjang rantai-rantai itu adalah 70 hasta. Bukan itu sahaja, di dalam neraka terdapat benda lain untuk digunakan bagi menyeksa orang-orang yang berdosa, terdapat juga tujuh puluh ribu bukit yang mana setiap bukit itu mempunyai tujuh puluh ribu jurang. Pada setiap jurang terdapat tujuh puluh ribu nyalaan api dan setiap nyalaan api itu terdapat tujuh puluh ribu kampung yang mana setiap kampung itu ada tujuh puluh ribu mahligai. Pada tiap-tiap mahligai terbina tujuh puluh ribu rumah dari api. Pada tiap-tiap rumah itu terdapat tujuh puluh ribu ular dan tujuh puluh ribu kala jengking dan pada setiap ekor kala jengking itu mempunyai tujuh puluh ribu ekor sebagai penyengat.
Inilah ancaman Allah s.w.t. kepada calon-calon penghuni neraka. Kesemuanya telah dijelaskan di dalam firman-firman Allah dan juga hadis-hadis rasulullah sebagai peringatan buat manusia di dunia yang masih lagi belum beriman dan juga buat sesiapa yang tidak mahu beriman agar segera bertaubat dan kembali ke jalan agama Allah dan sentiasa mempertingkatkan ilmu dan amalannya dalam mencari keberkatan Ilahi.[11]
Bandingan Api Neraka dengan Api Dunia
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
Api yang kamu hidupkan ini adalah satu juzuk daripada 70 kali ganda kepanasan api neraka. Sahabat berkata : Wahai Rasulullah, ia ( api dunia ini ) pun dah mencukupi. Baginda bersabda : Ia melebihi api dunia kamu ini dengan 69 kali kepanasan seumpamanya.[12]
Manusia Paling Ringan Seksaannya
Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :
Manusia yang paling ringan azabnya ialah orang yang diberi dua alas kaki dari api neraka lalu otaknya menggelegak seperti air di dalam periuk. Diapun menganggap dialah yang paling teruk seksanya sedangkan dialah sebenarnya yang paling ringan.
Orang Beriman Tidak Akan Kekal  Dalam Neraka
Berdasarkan Hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Nabi s.a.w , menunjukkan orang-orang beriman tidak akan kekal dalam neraka. Sesiapa yang melakukan dosa besar dan tidak tertebus dosanya dengan hukuman hudud, taubat nasuha, musibah, kesakitan ataupun mana-mana penghapus dosa yang lain, amalannya akan dihitung, segala amala baik dan maksiat yang  tidak pernah dia bertaubat akan ditimbang. Sesiapa yang berat timbangan baiknya akan dimasukkan ke syurga. Begitu juga orang yang sama berat timbangan amalnya.
Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya’ : 47
وَنَضَعُ ٱلۡمَوَٲزِينَ ٱلۡقِسۡطَ لِيَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ فَلَا تُظۡلَمُ نَفۡسٌ۬ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَإِن ڪَانَ مِثۡقَالَ حَبَّةٍ۬ مِّنۡ خَرۡدَلٍ أَتَيۡنَا بِہَا‌ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَـٰسِبِينَ  (٤٧) 
(ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. (47)[13]
Seandainya timbangan kehajatan lebih berat maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan diazab di dalamnya sekadar mana dosa yang dilakukannya. Selepas dari itu dia akan dikeluarkan darinya iaitu selepas dibersiahkan dan disempurnakan balasannya oleh Allah menurut keadilan dan kebijaksanaan-Nya.
Dari Abu Said al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Ahli syurga akan memasuki syurga dan ahli neraka akan memasuki neraka. Kemudian Allah SWT telah berfirman: Keluarkan daripada neraka itu sesiapa sahaja yang mempunyai iman sebesar bijian. Mereka pun dikeluarkan darinya dalam keadaan hitam legam kerana hangus. Kemudian mereka akan dicampakkan ked alam ‘Sungai Kehidupan” dan badan mereka pun kembali subur dan segar seumpama biji benih yang berada di tepi sungai. Tidakkah kamu dapatinya keluar dalam keadaan kuning dan segar ?[14]
Daripada Anas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
Akan keluar dari neraka orang yang berkata: “tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan dalam hatinya ada kebaikan walaupun seberat bijian barli. Akan keluar dari neraka orang yang berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan dalam hatinya ada kebaikan walaupun seberat sebiji gandum. Akan keluar dari neraka orang yang berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan dalam hatinya ada kebaikan walaupun seberat zarrah.[15]
Syafaat Kepada Pelaku Maksiat
Perkara ini thabit di dalam hadis-hadis sahih iaitu yang melakukan dosa-dosa besar selepas mereka dimasukkan ke dalam neraka, Nabi akan memberi syafaat kepada mereka setelah selesai tempoh seksaan orang derhaka di dalam neraka. Allah akan menerima baginda dan akan mengeluarkan mereka dari neraka.
Sayafaat itu merupakan tanda kemuliaan dan keistimewaan Nabi s.a.w. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi bersabda:
“setiap nabi mempunyai doa yang dimustajabkan tetapi aku ingin menangguhkan doa aku itu agar aku dapat memberikannya sebagai syafaat kepada umatku di hari akhirat kelak.[16]
Imam Muslim menambah:
Umatku akan menerimanya dengan kehendak Allah selagi mana mereka tidak mensyirikkan Allah.[17]
Dari Umran bin Husoin r.a. Nabi bersabda:
“sesuatu kaum itu akan keluar dari neraka dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka akan memasuki syurga dan digelar Jahanamiyyun (bekas ahli neraka jahanam)[18]
Perbualan Antara Ahli Syurga dan Neraka
Apabila ahli neraka dan syurga berada di tempoat masing-masing, maka berlakulah perbualan antara mereka. Mereka mencaritakan amalan ketika di dunia dan balasan yang mereka terima. Disebutkan oleh sayed sabiq bahawa tidak perlu dipersoalkan bagaimana perbualan dua kumpulan yang jauh itu boleh berlaku, tambahan perbezaan keduanya amat jauh. Ia merupakan situasi akhirat yang tidak kita ketahui dan Allah mengembangkan kejadian manusia dan menjadikan dalam keadaan berlainan daripada biasa. Allah juga akan memberikan pancaindera lain yang lebih kuat daripada yang ada di dunia.[19]
Firman Allah di dalam surahal-Waqiah ayat 60-61:
نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ (٦٠)عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَـٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِى مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٦١)
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; (60) (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu) dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya. (61)
Al-quran telah menceritakan perkara ini dalam surah al-Hadid dalam ayat 12-15, dimana perbualan yang berlaku antara ahli syurga dan neraka dan wujudnya tembok pemisah antara keduanya. Di sebelah sini penduduk syurga penuh dengan kerahmatan dan disebelah sana penduduk neraka yang penuh kesengsaraan. Berimanlah dengan perkara ini.
يَوۡمَ تَرَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَسۡعَىٰ نُورُهُم بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَبِأَيۡمَـٰنِهِم بُشۡرَٮٰكُمُ ٱلۡيَوۡمَ جَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١٢) يَوۡمَ يَقُولُ ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱنظُرُونَا نَقۡتَبِسۡ مِن نُّورِكُمۡ قِيلَ ٱرۡجِعُواْ وَرَآءَكُمۡ فَٱلۡتَمِسُواْ نُورً۬ا فَضُرِبَ بَيۡنَہُم بِسُورٍ۬ لَّهُ ۥ بَابُۢ بَاطِنُهُ ۥ فِيهِ ٱلرَّحۡمَةُ وَظَـٰهِرُهُ ۥ مِن قِبَلِهِ ٱلۡعَذَابُ (١٣) يُنَادُونَہُمۡ أَلَمۡ نَكُن مَّعَكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ وَلَـٰكِنَّكُمۡ فَتَنتُمۡ أَنفُسَكُمۡ وَتَرَبَّصۡتُمۡ وَٱرۡتَبۡتُمۡ وَغَرَّتۡكُمُ ٱلۡأَمَانِىُّ حَتَّىٰ جَآءَ أَمۡرُ ٱللَّهِ وَغَرَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ (١٤) فَٱلۡيَوۡمَ لَا يُؤۡخَذُ مِنكُمۡ فِدۡيَةٌ۬ وَلَا مِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ‌ۚ مَأۡوَٮٰكُمُ ٱلنَّارُ‌ۖ هِىَ مَوۡلَٮٰكُمۡ‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ (١٥)
“(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): Berita yang menggembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. (12) (Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (Neraka) dan azab seksa. (13) (Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)? Orang-orang yang beriman menjawab: Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu) dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya). (14) Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah Neraka, Nerakalah sahaja penolong kamu dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!” (15)[20]
Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 44-45  yang bermaksud:
Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli Neraka dengan berkata: Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?. Mereka menjawab: Benar ada. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim. (44) Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat. (45)[21]
Kemudian Allah menyebut lagi dalam surah yang sama ayat 50-51 yang bermaksud:
وَنَادَىٰٓ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَنۡ أَفِيضُواْ عَلَيۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ أَوۡ مِمَّا رَزَقَڪُمُ ٱللَّهُ‌ۚ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٥٠) ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوً۬ا وَلَعِبً۬ا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا‌ۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَٮٰهُمۡ ڪَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَـٰذَا وَمَا ڪَانُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا يَجۡحَدُونَ (٥١)
(Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli Neraka dengan firmanNya): Ahli Neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu. Mereka (ahli Syurga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir. (50) (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. (51)[22]
Orang Terakhir Masuk Syurga dan Terakhir Keluar Neraka
Sahabat Ibnu Mas'ud bercerita, " Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, ' Orang yang terakhir sekali masuk syurga adalah seorang lelaki. Sekali dia berjalan bertatih-tatih. Sekali dia merangkak, dan sekali terkena jilatan api neraka.
Begitulah lelaki itu dapat melepasi neraka, dia menoleh melihat neraka dan berkata, " Maha suci Allah, Zat yang telah menyelamatkan aku darimu." Allah telah memberikan sesuatu yang belum pernah diberikan kepada orang terdahulu dan orang yang akan datang. Lalu, diangkat dan ditumbuhkan sepohon pokok untuknya.
Apabila melihat pokok itu, lelaki tersebut terus berkata, " Ya Rabbi! Wahai Tuhanku! Dekatkanlah diriku pada poko itu. Aku ingin berteduh dibawahnya dan meminum airnya."
Allah Azza Wa Jalla berfirman, 'Wahai Bani Adam! Jangan-jangan jika aku kabulkan kau akan meminta yang lainnya. Dengan cepat lelaki itu menjawab; "Tidak, Tuhanku!"
Lelaki itu pun berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Kemudian diangkat dan ditumbuhkan lagi sepohon pokok yang lebih baik untuknya.
Apabila melihat pokok yang lebih baik, lelaki itu berkata, "Ya Rabbi, wahai Tuhanku! Dekatkanlah diriku pada pokok itu. Aku ingin berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Aku tidak akan meminta yang lainnya."
Allah Azza Wa Jalla berfirman, ' Wahai Bani Adam! Bukankan tadi telah berjanji tidak akan meminta yang lain? Jangan-jangan jika aku dekatkan kau dengan pokok itu kau akan meminta yang lainnya.'
Lelaki itu berjanji kepada Tuhan bahawa dia tidak akan meminta yang lain. Tuhan pun memaafkan dan memakluminya kera Tuhan Maha Pengasih. Lalu, Tuhan mendekatkan lelaki itu pada pokok yang lebih baik.
Lelaki itu pun berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Kemudian diangkat dan ditumbuhkan lagi sepohon pokok yang jauh lebih baik untuknya dari dua pokok sebelumnya.
Melihat pokok itu dekat dengan pintu syurga lelaki itu berkata, ' Ya Rabbi, wahai Tuhanku! Dekatkanlah aku pada pokok itu. Aku ingin berteduh dibawahnya dan meminum airnya. Aku tidak akan meminta yang lainnya.'
Allah Azza Wa Jalla berkata, " Wahai Bani Adam! Bukankah kau tadi telah berjanji tidak akan meminta yang lain lagi?"
Lelaki itu menjawab, " Benar! Tetapi kali ini aku benar-benar tidak akan meminta yang lainnya."
Tuhan pun memaafkan dan memaklumkan padanya. Kerana Tuhan Maha Pengasih, Dia pun mendekatkan lelaki itu pada pokok berhampiran pintu syurga.
Setelah berada berhampiran pokok itu. Lelaki itu mendengar suara kebahagiaan para penghuni syurga. Dia pun memohon kepada Tuhan, 'Ya Rabbi, wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalamnya.'
Allah Azza Wa Jalla berfirman, 'Wahai Bani Adam! Apakah yang mesti membuatku mendengarkanmu? Apakah kau mahu aku berikan dunia dan sekaliannya?'
Lelaki itu menjawab, "Tuhanku, adakah Engkau mengejekku? Padahal, Engkau adalah Tuhan Pemilik Semesta?"
Sampai di sini, Ibnu Mas'ud, sahabat Nabi yang meriwayatkan kisah ini, tersenyum dan berkata kepada orang-orang yang mendengar di sekelilingnya.
"Apakah kamu tidak ingin bertanya, mengapa aku tersenyum?"
Orang-orang itu lantas bertanya, "Mengapakah kau tersenyum?"
Ibn Mas'ud menjawab, "Beginilah Rasulullah SAW tersenyum."
"Rasulullah tersenyum kerana Allah, Tuhan seru sekalian alam, tersenyum ketika lelaki itu berkata, ' Adakah Engkau mengejekku? Padahal Engkau adalah Tuhan Pemilik alam semesta?" jawab Ibnu Mas'ud.
Lalu, Allah menjawab, "Aku tidak mengejekmu kamu. Tetapi Aku Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Begitulah akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke dalam syurga atas belas kasihan dan rahmat Allah SWT, setelah melalui proses yang amat panjang.
Meskipun merangkak, lelaki beriman yang terakhir masuk syurga itu jauh lebih beruntung daripada orang-orang yang tak beriman dan beragama Islam.
Orang-orang kafir kekal selamanya di dalam negara.
"Ya Allah! Masukkanlah kami, umat Nabimu Muhammad SAW ke dalam syurga-Mu, dan selamatkan kami dari api neraka.[23]








Kesimpulan
Setiap orang akan mendatangi neraka. Namun hanya orang-orang yang beriman dan bertaqwa yang akan terselamat dari terjerumus ke dalam api neraka. Orang yang bertaqwa itu ialah orang yang takut kepada Allah, menahan dan menjaga dirinya dari melakukan perbuatan jahat dan maksiat, sentiasa berbuat kebajikan. Terdapat banyak amal perbuatan yang boleh menjauhkan dan melindungi seseorang dari seksaan api neraka. Antaranya ialah ;
1. Iman
• Allah telah menyediakan syurga untuk orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadanya dan mereka terselamat dari seksaan api neraka selama-lamanya. Mereka yang selalu berdoa memohon keampunan daripada Allah dan menjauhi mereka daripada api neraka, orang yang sabar, taat pada perintah Allah dan membelanjakan hartanya di jalan Allah akan dijauhkan dari seksaan api neraka.
2. Cinta kepada Allah
• Allah tidak akan mencampakkan orang-orang yang dicintaiNya ke dalam api neraka. Mareka yang mencintai Allah lebih dari segala-galanya akan dikasihi dan dicintai oleh Allah.
3. Takut kepada Allah
• Allah telah berfirman yang bermaksud bagi mereka yang takut akan saat menghadap tuhannya ada dua syurga. Barangsiapa yang menangis kerana takut kepada Allah tidak akan masuk ke neraka hinggalah susu kembali ke tempat asalnya.
4. Siyam (puasa)
• Puasa adalah perisai dari api neraka. Mana-mana hamba yang berpuasa sehari untuk mencari keredhaan Allah akan dialihkan mukanya dari api neraka dengan satu jarak tujuh puluh tahun.
















Rujukan
1.     Sayed Sabiq. (2013). Aqidah Islamiyyah ( Menurut Al-Quran dan Hadis ), Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn. Bhd.
2.     Dr.Abdullah Yasin. (2001). Aqidah Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah.  Jilid 1. Kuala Lumpur: Al-Furqan Enterprise.
3.      Abdul Aziz. (1989). Hari Kiamat Hari Akhir Hari Pembalasan. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
4.      Abdur Razaq Naufal. (1993). Hari Kiamat. Kuala Lumpur: Darulfikir.
5.       



[1] http://abdazizharjin.blogspot.com.
[2] Sayed Sabiq. (2013).  Aqidah Islamiyyah ( Menurut Al-Quran dan Hadis ), Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn. Bhd. ms 350
[3] http://www.quranexplorer.com/quran/
[4] http://www.quranexplorer.com/quran/
[5] http://www.quranexplorer.com/quran/
[6] Sayed Sabiq, Aqidah Islamiyyah, ms 354.
[7] Riwayat at-Tirmizi
[8] http://www.quranexplorer.com/quran/
[9] http://www.quranexplorer.com/quran/
[10] Abdul Aziz. (1986).  Hari Akhirat Hari Akhir Hari Pembalasan, Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd. ms 95
[12] Riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi
[13] http://www.quranexplorer.com/quran/
[14] Sayed Sabiq, Aqidah Islamiyyah, ms 359
[15] Riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tarmizi
[16] Riwayat Bukhari, Muslim
[17] Riwayat Muslim
[18] Riwayat Bukhari, Ibnu Majah, Abu Daud dan at-Tarmizi. Digelar dengan nama ini kerana ingin mengingatkan nolstalgia azab yang telah dialami dan kenikmatan yang akan mereka terima agar kegembiraan dan kesenangan mereka berganda.
[19] Sayed Sabiq, Aqidah Islamiyyah ms 361
[20] http://www.quranexplorer.com/quran/
[21]  http://www.quranexplorer.com/quran/
[22] http://www.quranexplorer.com/quran/
[23] Sayed Sabiq, Aqidah Islamiyyah, ms 366



Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)