Bahagian B: Undang-undang Syarikat (50%)
1.(a) Isu: Salah
guna harta
Undang-undang:
Seksyen
132: Pengarah syarikat perlulah setiap masa menggunakan kuasanya dengan tujuan
yang patut dan dengan suci hati untuk manfaat sebaik-baiknya terhadap syarikat.
Seksyen
218 (f): Pengarah-pengarah telah bertindak dalam hal ehwal syarikat melebihi
kepentingan mereka sendiri daripada
kepentingan ahli mahkamah boleh memerintahkan penggulungan.
Aplikasi:
Johan
telah melakukan sesuatu tidak mengikut tujuan yang patut. Johan boleh dikenakan
5 tahun penjara atau denda RM30 ribu
ringgit. Dibawah seksyen 218, boleh minta syarikat digulungkan. Dalam seksyen yang sama, johan boleh didakwa
sebagai pengarah yang tidak menjalankan tanggungjawab untuk kepentingan ahli.
Kesimpulan:
Perbuatan
Johan yang berbelanja mewah untuk kegunaan kempen pilihanraya calon mereka
adalah perbuatan yang menyalahi akta syarikat seksyen 132 dan 218 (f)
b) Isu: samada JSB boleh melakukan aktiviti perniagaan diluar
kandungan memorandum - ultravires
Undang-undang:
Seksyen
20 (2): sekiranya berlaku transaksi yang ultra vires, pemengang debentur boleh
saman pengarah dan syarikat.
Ultravires:
(melebihi kuasa) syarikat tersebut dan boleh dianggap sebagai tidak sah.
Melakukan aktiviti perniagaan di luar kandungan memorandum syarikat (intra
vires)
Seksyen
181: menteri boleh memohon kepada mahkamah untuk perintah dibawah seksyen ini
atas alasan prejudis, diskriminasi atau menindas terhadap satu atau lebih
pemengang debentur.
Seksyen
132: Pengarah syarikat perlulah setiap masa menggunakan kuasanya dengan tujuan
yang patut dan dengan suci hati untuk manfaat sebaik-baiknya terhadap syarikat.
Tidak cekap dan tiada kemahiran.
Aplikasi:
Apa yang dilakukan oleh JSB perlu tertakluk kepada memorandum atau intravires,
jika langgar dah jadi ultravires. Jika nak buat juga, pinda memorandum
Kes
Ashbury Railway Carriage & Iron Co Ltd lwn Riche (1875) LR 7 HL
653,syarikat telah ditubuhkan dengan tujuan membuat, menjual, meminjam atau
menyewagerabak kereta api. Syarikat juga boleh bertindak sebagai juru mekanik
dan kontraktur.Walau bagaimanapun, pengarah-pengarah syarikat telah membuat
suatu perjanjian untuk membiayai pembinaan suatu landasan keretapi di Belgium.
Perjanjian tersebut kemudiannya telah disahkan di dalam mesyuarat agung
syarikat oleh semua ahli.Mahkamah tetap memutuskan bahawa perjanjian itu adalah
ultra vires dan tidak sah.Syarikat juga tidak boleh mengesahkan perjanjian
tersebut di dalam mesyuarat agungnya. Suatu urusan/ tindakan syarikat yang
ultra vires adalah tidak sah.
Kesimpulan: JSB
tidak boleh melakukan aktiviti perniagaan diluar kandungan memorandum -
ultravires
(c) Isu: Samada
tindakan yang dilakukan oleh pengarah JSB melanggar tanggugjawan pengarah.
Adakah tindakan mereka sesuatu yang boleh diambil tindakan undang-undang.
Undang-undang:
Seksyen
132 (1A): Pengarah hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang munasabah, berkemahiran
dan ketekunan.
Seksyen
132 (1B): apa-apa pengetahuan tambahan, kemahiran dan pengalaman yang memang
dipunyai oleh pengarah.
Aplikasi:
Kemugkinan
tindakan tidak boleh diambil kerana tujuan yang patut, suci hati dalam level
kemahiran diambil sebagai satu keputusan urusniaga. Keputusan tepat dan tidak
boleh dipertikai. Walaubagaimanapun, Zana sebagai pemegang debentur perlu memberi
perhatian supaya pengarah mengambil seksyen 132 untuk dijustifikasikan.
Kesimpulan:
Tindakan pengarah JSB dikira sebagai keputusan Urusniaga, tidak perlu diambil
tindakan undang-undang.
d) Isu: Samada Zizan
sah menjadi pengarah, kerana telah muflis
dan syarikat sebelum itu telah digulungkan.
Undang-undang:
Seksyen
125: Setiap orag yang bankrap tidak boleh mengambil apa-apa bahagian untuk menguruskan syarikat
kecuali atas kebenaran mahkamah.
Seksyen
130 (A): hilang kelayakan pengarah syarikat yang tak solven dalam tempoh lima
tahun.
Syeksen
128: Syarikat dibenarkan memecat pengarah sebelum tamat tempoh jawatannya.
Aplikasi:
Zizan tidak layak mengikut syeksyen 128 dan boleh dipecat kerana tidak sampai
tempoh 5 tahun untuk membolehkan dia terlibat semula dalam urusan syarikat. Jika
tanpa kebenaran mahkamah, Jozan tidak boleh terlibat dalam pengurusan secara
langsung mahupun tidak langsung. Mahkamah boleh mengambil tindakan dan Jozan
bleh dikenakan penalti, penjara 5 tahun atau RM100k atau kedua-duanya.
Kesimpulan:
Zizan tidak sah sebagai pengarah dan boleh dipecat oleh syarikat.
2. Isu: Samada Zana
berhak mengambil tindakan terhadap syarikat/pengarah
Undang-undang:
Seksyen
20 (2): apa-apa kekurangan keupayaan atau kuasa boleh digunakan dalam (a)
pemegang debentur boleh mengambil tindakan menyekat ke atas perlakuan
pindahmilik harta atau hak oleh syarikat. (b) mana-mana prosiding oleh syarikat
atau ahliterhadap pegawai syarikat pada masa itu atau terdahulu. (c) apa-apa
petisyen oleh Menteri untuk menggulungkan syarikat.
Seksyen
20 (3): Jika perbuatan pindah milik atau hak yang hendak disekat dibuat menurut
kontrak dimana syarikat itu mejadi pihak, mahkamah boleh menyekat pelaksanaan kontrak
dan membenarkan gantirugi dialami oleh
satu pihak lagi.
Seksyen
181: menteri boleh memohon kepada mahkamah untuk perintah dibawah seksyen ini
atas alasan prejudis, diskriminasi atau menindas terhadap satu atau lebih
pemengang debentur.
Aplikasi:berdasarkan
masalah yang telah berlaku dalam syarikat maka Zana sebagai ahli syarikat
boleh saman pengarah mengikut seksyen 20
(2) untuk penggulungan syarikat. Berdasarkan seksyen 181, pemilik saham berhak
membuat dakwaan di atas penindasan yang dilakukan oleh pengarah atau syarikat.
Setelah mahkamah berjaya membuktikan perkara tersebut, mahkamah boleh membuat
perintah untuk meremedi atau mengakhirkan perkara-perkara yang diadukan.
Kesimpulan:
Zana berhak mengambil tindakan terhadap pengarah kerana melanggar seksyen di
atas.
3. Isu: Samada kontrak BBSB dan JSB adalah sah atau seab kecacatan
dalam kelayakan Zizan sebagai pengarah.
Undang-undang:
Seksyen
125: Setiap orag yang bankrap tidak boleh mengambil apa-apa bahagian untuk menguruskan syarikat
kecuali atas kebenaran mahkamah.
Seksyen
127, Indoor Management Rule: tindakan pengarah hendaklah menjadi sah walau apa
pun kecacatan yang mungkin kemudian dijumpai dalam pelantikan atau
kelayakannya.
Aplikasi:
walaupun di bawah seksyen 125, seseorang yang bankrap tidak boleh menjadi
pangarah, namun seksyen 127 melindungi pihak ketiga seperti BBSB mungkin tidak
tahu menahu tentang status Zizan sebagai seorang yang muflis. Kontrak yang
ditandatangani oleh pengarah yang cacat perlantikan atau kelayakannya tidak akan
menyebabkan kontrak itu menjadi tidak sah. Kontrak diantara BBSB dan JSB adalah
sah, BBSB juga tidak dilindungi oleh IMR
yang telah diputuskan dalam kes Turquand dimana pihak ketiga tidak perlu
ambil tahu tentang syarikat. Begitu juga BBSB tidak perlu ambil tahu tentang
masalah dalaman syarikat BBSB dan status pengarah iaitu kelayakan Zizan sebagai
pengarah.
Kesimpulan:
Status kontrak syarikat BakarBelacan adalah sah.
4. Isu: samada
Zana boleh mengambil tindakan secara persendirian terhadap Johan dan Zizan
sebagai pengarah.
Undang-undang:
Seksyen
132: Pengarah syarikat perlulah setiap masa menggunakan kuasanya dengan tujuan
yang patut dan dengan suci hati untuk manfaat sebaik-baiknya terhadap syarikat.
Tidak cekap dan tiada kemahiran.
Menyingkap
tabir
Seksyen
20(2) : apa-apa kekurangan keupayaan atau kuasa boleh digunakan dalam (a)
pemegang debentur boleh menambil tindakan menyekat ke atas perlakuan
pindahmilik harta atau hak oleh syarikat. (b) mana-mana prosiding oleh syarikat
atau ahli terhadap pegawai syarikat pada masa
itu atau terdahulu. (c) apa-apa petisyen oleh menteri untuk
menggulungkan syarikat.
Aplikasi:
Menyingkap
tabir, mahkamah melihat pengarah dan syarikat adalah entiti berbeza tetapi kadangkala mahkamah akan menyingkap
tabir.
Dibawah
seksyen 20(2) membenarkan pemilik saman pengarah. Zana boleh ambil tindakan
persendiriran untuk dibawa ke mahkamah dan mendapatkan perintah supaya pengarah
dipenjarakan atau membayar pampasan.
Kes
Jones Vs Lipman merupakan kes yang boleh
dirujuk di dalam masalah ini. Kes ini berkaitan Lipman pemilik tanah yang tidak
mahu menjual tanah kepada Jones dan memindahmilik tanah tersebut ke atas nama
syarikat. Mahkamah singkap tabir siapa empunya syarikat. Akhirnya mahkamah
memutuskan bahawa Lipman mempunyai niat
tidak baik dan Jones berhak membeli tanah tersebut.
Kesimpulan:
Zana sebagai pemilik saham berhak mengambil tindakan secara persendirian kepada
pengarah syarikat tersebut berdasarkan seksyen di atas.
Bahagian A (50%)
1. Isu: samada
Jojo boleh mengambil tindakan terhadap Firma Guaman P. Ramlee dan CO atas
perlanggaran kontrak. Samada Jojo perlu membayar harga kot kepada Lili.
Undang-undang:
Seksyen
2(a): Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain untuk
melakukan atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud untuk
memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri
daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat
cadangan.
Tawaran
= Kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin suatu hubungan yang sah dan mengikat
di sisi undang-undang apabila terma-termanya, sama ada secara nyata ataupun
termaklum, dipersetujui oleh pihak penerima.
Seksyen
2(b): Komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap penerima, apabila
komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahuan pencadang.
Seksyen
3: Penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pencadang.
Seksyen
7(a): Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai suatu janji, maka
penerimaan itu mestilah mutlak dan tidak bersyarat.
Tawaran
balas = Apabila pihak yang sepatutnya membuat penerimaan mengubah / meminda
terma-terma yang disebut dalam tawaran.
Tawaran
balas memansuhkan tawaran asal.
Seksyen
4(1): Komunikasi cadangan adalah lengkap, apabila cadangan itu sampai ke
pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat.
Aplikasi:Jojo
membuat penawaran kepada Firma guaman PR dan CO, namun firma masih belum menerima
penawaran tersebut secara rasmi. Tiada penerimaan secara bertulis. Perimaan
tidak sah kerana tidak memenuhi 3 perkara iaitu mutlak, tidak bersyarat dan
dinyatakan secara munasabah. Penawaran sah namun tiada penerimaan yang sah.
Kes:
Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Co Ltd
Defendan
adalah pengeluar sejenis ubat yang diberi nama ‘The Carbolic Smoke Ball’. Bagi
tujuan mempromosikan ubat tersebut, mereka telah menyiarkan iklan yang
menawarkan £100 kepada sesiapa sahaja yang membeli dan memakan ubat tersebut
tiga kali sehari selama dua minggu, tetapi masih mengidap selsema. Untuk menunjukkan
niat jujur mereka, mereka mengatakan bahawa sejumlah wang £1000 telah dideposit
dengan Alliance Bank. Plaintif, yang telah membeli dan memakan ubat tersebut
mengikut arahan yang diberikan tetapi masih tidak sembuh, menuntut £100 seperti
yang dijanjikan dalam iklan. Pihak defendan menafikan liabiliti dengan
mengatakan bahawa tidak wujudnya tawaran yang dibuat kepada mana-mana pihak
tertentu kerana tawaran itu tidak pasti kepada siapa ia ditujukan.
Keputusan
mahkamah: Sesuatu tawaran boleh ditujukan kepada seluruh dunia. Niat sebenar
bukanlah untuk berkontrak dengan seluruh dunia tetapi dengan sesiapa sahaja
yang tampil melaksanakan apa jua perbuatan atau syarat yang diminta oleh
tawaran tersebut. Plaintif dikatakan telah menerima tawaran berkenaan apabila
beliau membeli dan memakan ubat itu mengikut arahan yang telah ditetapkan.
Kontrak yang sah wujud antara beliau dengan pihak defendan.
Kesimpulan: kontrak
diantara Jojo dan P. Ramlee dan Co adalah tidak wujud, oleh yang demikian tidak
mungkin berlaku perlanggaran kontrak.
2. Isu: Samada
Jojo terlepas tanggugjawab membayar hutang terhadap Lili
Undang-undang:
Seksyen
26 (c): Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal, kecuali
ianya sesuatu janji, yang dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh orang
yang menanggungnya, atau oleh agennya, yang diberi kuasa secara am atau khusus
untuk maksud itu, supaya membayar keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu
hutang, yang pembayarannya boleh dikuatkuasakan oleh pemiutang seandainya tidak
ada undang-undang mengenai batasan guaman.
Hutang
yang terhalang oleh had masa = Hutang yang tidak boleh dituntut melalui
tindakan undang-undang kerana telah luput waktu tuntutannya.
Menurut
Akta Had Masa 1953 (yang terpakai untuk Semenanjung Malaysia), had masa bagi
suatu tindakan dalam kontrak adalah 6 tahun dari tarikh timbulnya kausa (sebab)
tindakan.
Pihak
yang terkilan di dalam sesuatu kontrak, boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap
pihak yang melakukan pelanggaran kontrak dalam tempoh 6 tahun dari tarikh timbulnya
kausa (sebab) tindakan.
Pihak
yang terkilan tidak berhak menuntut sekiranya tempoh 6 tahun itu telah
berakhir.
Walau
bagaimanapun, pihak yang terkilan berhak menuntut, walaupun tempoh 6 tahun itu
telah berakhir, sekiranya
i. pihak penghutang telah membuat satu
janji baru untuk membayar hutang yang terhalang oleh had masa itu; dan
ii. janji tersebut dibuat secara
bertulis dan ditandatangani orang yang menanggungnya, atau oleh agennya yang
diberi kuasa untuk berbuat demikian.
Aplikasi:
Menurut
seksyen 26 (c), luput masa ialah selepas 6 tahun kontrak dibuat , perjanjian
tanpa balasan tetapi perlu secara bertulis dan ditanda tangani. Balasan tidak
sah, tetapi mungkin sah jika ditanda tangani dan bertulis.
Kes: Phiong Khon v Chonh Chai Fah Seorang
wanita Cina, setelah kematian suaminya, telah tinggal dengan suami barunya
sehingga kematiannya. Suami barunya menyatakan mendiang isterinya telah tulis
dokumen untuk memindahkan tanah atas namanya. Tetapi mahkamah mendapati terma dalam dokumen
tak jelas dan tak pasti, oleh keran itu, dokumen dianggap amat meragukan atas
apa-apa niat untuk menentukan hubungan yang sah.
Kesimpulan: Jojo
terlepas tanggungjawab membayar hutang terhadap Lili.
3 . Isu: Apakah
status kontrak P.Ramlee & CO dan Jojo ?
Undang-undang:
Seksyen
17: Frod termasuklah mana-mana perbuatan yang berikut yang dilakukan oleh suatu
pihak yang membuat kontrak, atau dengan pembiarannya, atau oleh agennya, dengan
niat untuk memperdayakan pihak lain yang berkontrak atau agennya, atau
mendorong pihak yang lain itu untuk membuat kontrak. Berikut 5 perbuatan yang
disifatkan sebagai tipuan.
(a) mengenai suatu fakta, menyarankan
sesuatu yang tidak benar oleh seseorang yang tidak mempercayai bahawa sesuatu
itu benar;
(b) menyembunyikan secara aktif sesuatu
fakta oleh seseorang yang mengetahui atau mempercayai fakta itu;
(c) membuat janji tanpa apa-apa niat
untuk menepati janji itu;
(d) mana-mana perbuatan lain yang padan
untuk memperdaya;
(e) mana-mana perbuatan atau
ketinggalan sedemikian yang khususnya ditetapkan oleh undang-undang sebagai
frod.
Tipuan
mestilah suatu perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk memperdaya atau
mendorong pihak lain membuat kontrak dengannya.
Seksyen
18: Salah nyata termasuklah:
(a) pernyataan positif oleh seseorang
tentang sesuatu maklumat yang tidak benar tetapi
(b) pelanggaran kewajipan yang
dilakukan tanpa niat untuk menipu dan memberi kelebihan kepada pihak yang
melakukan pelanggaran itu.
(c)
menyebabkan, meskipun dengan suci hati, satu pihak perjanjian membuat
kesilapan mengenai perkara pokok perjanjian.
Seksyen
19: Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan,
frod atau salah nyata, maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan
atas opsyen pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian. Sesuatu pihak
kontrak, yang kerelaannya disebabkan oleh frod atau salah nyata, jika dia fakir
patut, berbuat demikian supaya kontrak itu hendaklah dilaksanakan juga, dan
mendesak supaya ia ditempatkan dalam kedudukan yang seharusnya jika nyataan
yang telah dibuat itu adalah benar. Kesan salah nyata ialah, kontrak boleh
dibatalkan atas opsyen pihak yang terkilan.
Aplikasi:
Kontrak
yang berlaku tanpa kerelaan, kalau Jojo dengan sengaja maka dia melakukan
Fraud/ penipuan dan ada salahnyata. Jika P.Ramlee Co menerima Jojo sebelum
mengetahui hal yang sebenar, maka ada dua pilihan samada P.Ramlee dan CO terima
iaitu teruskan kontrak dengan menerima Jojo sebagai pekerja atau Jojo
diberhentikan (batalkan kontrak). Sesuatu kontrak yang tidak memenuhi elemen
ini iaitu tawaran, penerimaan, balasan, niat, keupayaan, ketentuan, dan kerelaan,
maka kontrak tersebut akan terbatal.
Kes:
With lwn O’Flanagan
Seorang
doktor berhasrat untuk menjual kliniknya kepada seorang lain dengan menyatakan
bahawa pendapatan bulanan kliniknya adalah £2,000. Lima bulan kemudian,
pendapatan klinik tersebut merosot tetapi maklumat ini tidak disampaikan kepada
pembeli firma tersebut.
Keputusam
mahkamah: Wujud salah nyataan ikhlas yang membolehkan pembeli membatalkan
kontrak tersebut disebabkan kegagalan penjual memberitahu pembeli pendapatannya
yang sebenar.
Kenyataan
yang disalah nyatakan mestilah berbentuk satu kenyataan fakta. Semata-mata
memberi pendapat dan buah fikiran tidak boleh digolongkan sebagai satu salah
nyata.
Kesimpulan: Kontrak
antara P.Ramlee & CO dan Jojo adalah terbatal.
4. Isu: Samada
P.Ramlee & CO dan Jojo melanggar kontrak.
Undang-undang:
Seksyen
7 (a): Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai suatu janji, maka
penerimaan itu mestilah mutlak dan tidak bersyarat.
Tawaran
balas = Apabila pihak yang sepatutnya membuat penerimaan mengubah / meminda
terma-terma yang disebut dalam tawaran.
Tawaran
balas memansuhkan tawaran asal.
Seksyen
2 (b):
Apabila
orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan
itu, maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima. Sesuatu cadangan,
apabila diterima, adalah menjadi janji.
Penerimaan
= Tanda kesediaan seseorang yang telah menerima cadangan untuk menjalin suatu
hubungan kontrak dengan pihak yang membuat cadangan.
Aplikasi:
Kontrak
yang dibuat tidak menepati seksyen 7 (a) dan seksyen 2 (b)
Kes:
Hyde lwn Wrench
Pada
6 Jun, defendan membuat tawaran kepada plaintif untuk menjual tanahnya dengan harga £1,000. Pada 27 Jun, plaintif
bersetuju membeli tetapi dengan harga £950. Defendan telah menolaknya. Pada 29
Jun, plaintif menyatakan persetujuan membeli tanah itu pada harga asal iaitu
£1,000. Defendan enggan menjualkannya kepada plaintif.
Keputusan
mahkamah: Tiada kontrak yang sah wujud kerana apabila plaintif menyatakan
persetujuan membeli dengan harga £950, dia dianggap membuat tawaran balas yang
membatalkan tawaran asal.
Kesimpulan:
P. Ramlee & Co tidak melanggar
kontrak kerana kontrak yang wujud itu tidak menepati seksyen 7 (a) dan seksyen
2(b).
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Salam
BalasPadamsaya nak bertanya kalau saman bagi notis berhenti kerja 24 jam di syarikat lama boleh di blacklistkan dari pinjaman bank ke?
Salam
BalasPadamsaya nak bertanya kalau saman bagi notis berhenti kerja 24 jam di syarikat lama boleh di blacklistkan dari pinjaman bank ke?