Sejak akhir-akhir ini Qir, suami dan anak-anak memang akan ke kolam renang untuk beriadah. Kalau dulu berjoging kat padang. Tapi nampaknya riadah gaya jogging ni meletihkan dan setiap kali nak mula mesti rasa berat je hati aka MALAS!
Sejak terjebak dengan kolam renang di Bukit Merah Lake Town Club House. Memang setiap hujung minggu tergedik-gedik nak pergi berenang. Bukan free yer, sedia rm4 sorang. Dewasa atau kanak-kanak sama ja fee nya. Asal masuk cecah kaki dalam air, wajib bayar hokkay!
Kolam bersih dan sedang-sedang besarnya. Ada kawasan teduh dan paling penting, tak ramai sangat orang hehe. Ikutkan hati tak maulah post kat blog pasal kolam renang kat situ, nanti kalau ada yang terjumpa post ini, bole huru-hara pulak tempat ni!
Tapi tak baiklah macam tu kan. Kita tolong bisnes orang Islam kita. Kalau bukan kita, sapa lagi kan.
Selain berenang, bole jugak menikmati ABC gunung yang besar. Kalau awak sejenis tamak nak makan sorang-sorang, lupakan ajelah yer. Silap-silap tak sempat habis gunung awak tumbang. Haaa.. Maknnya ABC gunung tu memang gunung lah, bukan bukit atau busut. Kalau beli sila makan beramai-ramai. At least 3 atau 4 orang, nak kasi licin cepat, kalau lambat takut cair dan tumbang plak nanti.
Oklah, jika ada tersinggah dan terbaca, saya nak cakap terima kasih kat awak. Maklumat sajalah, sekarang fb lebih mendominasi. Kalau yang datang ke blog ni sebab nak amik info assignment la kot yer😄
Cauuu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)