My Home

Isnin, 2 Januari 2017

Hari keluarga Aflah Nizam di teluk Senangin

Alhamdulillah akhirnya dapat juga buat hari keluarga kali kelima setelah 2 tahun mendiam. Banyak halangan sebelum ini.  Jadi penutup tahun 2016 dapat juga adakan hari keluarga yang mengumpulkan seluruh warga kerja Syarikat Aflah Nizam dan keluarga Abu Bakar.

Kali ini qir kira program yang agak teratur kerana mengambil pengajaran dari hari keluarga yang lalu. Mesyuarat berulang kali, dan setiap acara ada telah dibahagikan kepada kumpulan tertentu untuk uruskan.

Qir pegang acara sukan, rancang aktiviti,  uruskan mc dan urusetia, dan sediakan peralatan.  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semua peserta nampak begitu terhibur.

Banyak acara lain seperti pertandingan memasak,  sukaneka,  memancing, puzzle,  bbq. Walaupun masa 2 hari semalam agak suntuk tapi sangat bersyukur sebab program berjalan seperti yang dirancang.

Berkenaan dengan chalet,  ianya ditempah sebulan lebih awal,  ada bilik yang berharga bermula dari rm180-150. Sangat berpuashati dengan kebersihan dan peralatan yang disediakan.  Tandas yang bersih dan kawasan yang cantik dan terjaga kebersihannya.

Cuma musim hujan sudah tentu mengundang air pasang yang kerap. Jika tidak dipasang tembok,  rasanya sudah lama chalet kami dihanyutkan ombak. Air meninggi separas dengan tembok yang dibina. Memang tak tidur malam dibuatnya!. Agak menakutkan mendengar deruan ombak yang mengganas di tengah-tengah malam ya.

Alhamdulillah penutup tirai 2016 begitu mengujakan kami!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)