Menginap kat hostel adik aku di University Of East Anglia, Norwich.
Ni atas train, baru nak gerak nih..dalam hati seronok gila nak tengok London..haha jakun daa..
Lepas naik train naik tube lak, laju gila, kalau takda seat mahu ketaq lutut berdiri nih, nasib baik dah penah naik masa kat Singapore dulu, tak la jakun sangat..hehe
Sampai London City dalam pukul 7 pm terus cari Hotel yang dah dibooking sejak awal...sewa 3 bilik, private sikitkan, sebilik dalam RM700 ++ duit Malaysia...hotel budget je nih, janji selesa =p
Esoknya pi jalan-jalan ngan sightseeing...huuuu besh tak hingat, dia bawak kita jalan2 kat London City, kira pakej tiket sightseeing ni ialah ada english live guides, multi-lingual commentaries (malay tarak), 24 hour tickets (ni yang best), boleh pilih hop-on or hop-off, free thames cruise (mesti naik nih), free kids club (yang ni aku dah atas umur, tak leh join..=P Korang bleh booking online je ticket ni. www.theoriginaltour.com.
London Eyes!!!
Turun kat Talfagar Square, sebab nak amik bunga yang tergantung tu bawa balik =P
Ajak anak mandi kat bawah air pancut...
Singgah kat Oxford Street sebab makanan halal ada kat sini...
Dalam tu ada KFC, tapi tak sure halal ke tak, jadi kami makan je la kat booth pak arab nih, aku taktau apa namanya kedai pak arab ni, kami makan chicken chop dan fish & chip aje..mahei plak aih..tapi sedaaap.
Habis isi perut, sambung jalan lagi ke London Tower, London Bridge, nampak je bridge tu anak aku terus nyanyi lagu 'London Brijes fowling don, fowling don' hehee kelako=)
Wajibb naik cruise...ni pakej kalu tak rugii =)
habis je jalan2 sekitar London City, terus singgah Marble Street beli belah kat sana..ada kedai cenderamata orang India, murah giler..pas perabih duit terus balik hotel =p
Ni masa ber'punting' di Cambridge University, ada sungai di tengah kampus...cantek sioootttlah!! Nak naik sampan ni kena bayar RM70. Ikut budi bicara promoter lah, ada yg sampai RM100++!!!
Cantek kan!!
Ni pun santek gak ah.
Ni masa pi ladang tanaman, banyak buah epal, rasberi, plum and etc, ladang gandum pun ada. Tengok ladang dan rumput yang renek dan seluas mata memandang ni rasa cam nak berguling jah!!
Miii...dapp aa...
Hasil yang sempat dituai =P
Ni time pi carboot, luas aih padangnya mcam padang lembu kat New Zealand je aku tengok..kalau nak beli second hand toys yang masih berkualiti banyak ar kat sini..Beli banyak2 jual kat blog pun syiok gak nih =P
Dah abis 2 minggu dok sana..time nak balik, naik bas transit ke airport.
Aturcara perjalanan
Tarikh : 21 Ogos - 5 Sept 2011
Masa perjalanan: 12 jam 30 minit
Pesawat: Air Asia
Kos tambang: masa tu dalam RM4000 ++, seorang, pergi balik
Kaseluruhan kos percutian ni aku tak tau la berapa. Apa-apa pun kalau spend RM10K sekali tambang pi balik + shopping kira mewah dah tuh!
Aku rasa ni percutian paling GREAT setakat umur aku nih, harap akan ada yang GREAT lagi pas ni..sapa sangka rezki dari langit :)
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)