1). Malaysia
mengamal pemerintahan Raja Berpelembagaan. Huraikan ciri-ciri pemerintahan
tersebut dan bandingkan dengan sebuah Negara lain di dunia yang mengamalkan
sistem yang sama.
Raja
Berperlembagaan Di Malaysia
Pengenalan
Menurut kamus dewan edisi keempat raja
berpelembagaan membawa maksud pemerintah (kerajaan) yang mentadbir negeri
berdasarkan perlembagaan. Dari sudut istilah pula ia membawa maksud sistem
pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan, di mana raja berada di kemuncak
hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar
petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan
undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa
baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak
memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan
wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri.
Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta
tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja
dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut
nasihat tersebut. Dalam sistem Raja Berperlembagaan, Malaysia mempunyai dua
institusi iaitu, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Sistem
raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious
Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty,
sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah
semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan
persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa
itu, Raja Charles I telah dihukum pancung dan Cromwell telah menjadi presiden
di mana England telah menjadi republik buat seketika. Kerajaan Cromwell tidak
bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia
akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa,
tetapi hanya memerintah selama setahun. Maka, tanpa pilihan lain, Raja Charles
II diangkat ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas
persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan
di England sampailah ke hari ini.
Konsep
Raja Berpelembagaan
Raja berperlembagaan adalah
sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf
Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan
konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah
hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh
perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang
penuh ia dipanggil monarki mutlak ( absolute monarchy ).
Perlantikan
Kedudukan yang di-Pertuan Agong adalah luar biasa
dibandingkan dengan raja-raja lain diseluruh dunia yang kebanyakannya
berdasarkan warisan keturunan. Yang dipertuan Agong di Malaysia tidak dipilih
berdasarkan warisan keturunan tetapi baginda mestilah dari salah seorang daripada Raja-raja Negeri Melayu. Yang
di-Pertuan Agong menaiki takhta menerusi system monarki bergilir di kalangan
Sembilan Raja-Raja Negeri Melayu.
Pemilihan dan perlantikan Yang
di-Pertuan Agong disempurnakan oleh
Majlis Raja-raja . Majlis Raja-Raja terdiri daripada Raja-raja Melayu atau
wakil-wakil mereka dan Yang di-Pertua –Yang diPertua Negeri, tetapi dalam
pemilihan atau pemberhentian Yang di-Pertuan Agong dalam satu Mesyuarat Khas
Majlis Raja-Raja. Hanya Raja-Raja atau wakil-wakil mereka sahaja yang layak
hadir dan mengundi berdasarkan kemuafakatan dan persefahaman terhadap
pengantinya apabila salah seorang daripada Raja-raja sudah memenuhi tempoh 5
tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong, atau apabila berlaku sama ada kemangkatan,
turun takhta atau sesuatu di luar jangkaan. Raja Negeri yang dilantik menduduki
takhta Yang di-Pertuan Agong adalah memikul sepenuhnya tugas dan tanggungjawab
selama lima tahun sebagai Ketua Negara berlandaskan lunas Perlembagaan
Persekutuan/Perlembagaan Malaysia. Malaysia bukanlah kerajaan beraja, tetapi
Malaysia mempunyai Raja atau Yang di-Pertuan Agong. Apa yang menarik dan unik
ialah, Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan
cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan
Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.
Ciri-Ciri
Kelayakan
Antara ciri-ciri kelayakan ialah pemilihan berlaku
hanya dikalangan raja-raja sahaja. Pengundian juga boleh dibuat oleh raja-raja
sahaja. Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan
hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari
negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini
berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX. Selepas itu satu senarai baru
yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang
adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi
Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke sembilan).
Yang
Tidak Layak Dipilih
Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja
layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali, raja itu belum dewasa, raja
itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak
berhasrat dipilih atau Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit
bahawa raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang
di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana
apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima
ahli Majlis.
Langkah-Langkah
Awal Sebelum Pemilihan
Langgkah-langkah sebelum pemilihan berlaku ialah mohon
perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan. Sekiranya kekosongan berlaku kepada
jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan
pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh
berlaku kekosongan jawatan itu. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menulis
surat kepada setiap Raja bertanyakan sama ada baginda berhasrat dicalonkan
untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Raja-Raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan kepada Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja, dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir dalam
senarai pencalonan.
Prosiding
Pemilihan
Prosiding pemilihan berlaku apabila Majlis
Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang
di-Pertuan Agong, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak hadir walaupun
mereka ahli Majlis. Pemilihan juga dibuat secara undi sulit. Keratan undi
dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan. Kertas
undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan dakwat yang
sama dimasukkan dalam peti undi. Raja yang paling muda dari segi pemerintahan
dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang
di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses
pemilihan. Seorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu
mengundi bagi pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat
Pemilihan.
Proses Pemilihan
Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
memberikan kertas undi kepada setiap Raja, dan setiap Raja diminta menandakan
pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah
sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Calon mestilah
mendapat majoriti 5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan
menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda. Jika Raja yang berjaya
tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti, maka
proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja
yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya akan selesai
selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu,
Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang
jawatan itu bagi tempoh lima tahun.
Selepas
Tamat Urusan Pemilihan
Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengenai mengesahkan keputusan pemilihan
itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.
Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan
jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang
di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan
tugas-tugas rasmi selepas baginda menandatangani sumpah jawatan dalam satu
istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah
Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh
Majlis Raja-Raja sebagai saksi-saksi.
Pemecatan
Dalam menjalankan kuasa-kuasa dan tugas, Baginda
dikehendaki menurut nasihat Jemaah Menteri. Namun Baginda tidak boleh dipecat
dari jawatan oleh Jemaah Menteri mahupun Parlimen.Kuasa ini adalah terletak
kepada Majlis Raja-Raja yang sebagaimana telah ditunjukkan berkuasa memilih
Baginda menyandang jawatan tertinggi ini. Perlembagaan telah memperuntukan
bahawa sesuatu ketetapan bagi majlis ini memecat Yang di -Pertuan Agong dari jawatan tidak boleh diluluskan melainkan
apabila sekurang-kurangnya lima orang ahli Majlis Raja-Raja mengundi mengundi
menyokongnya.
Kedudukan
Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong seperti berikut:
"32.
Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya
(1) Maka
hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang
di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam
Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan
dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah
Bahagian 15.
(2)
Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah
mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang
di-Pertuan Agong.
(3) Yang
di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan
lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan
mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja, atau
dipecat dari jawatannya oleh Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti daripada
memegang jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja.
Ciri-ciri
Pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia
Bidang
Kuasa
Baginda adalah Raja Berperlembagaan sebagaimana
yang dapat dilihat dari kandungan isi sumpah baginda yang dilakukan pada masa
perlantikan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja di hadapan Ketua Hakim Negara. Dalam
sumpah ini, baginda berikrar akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya
pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut undang-undang dan Perlembagaan yang
telah disah dan demasyhurkan serta yang akan disah dan dimasyhurkan pada masa
hadapan. Bagind ajuga berikrar akan memelihara pada setiap masa agama islam dan
berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negeri. Kuasa
pemerintahan adalah diletakkan kepada baginda dan dijalankan oleh baginda atau
Jemaah Menteri atau seseorang Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri,
menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan dan undang-undang. Tetapi Parlimen
boleh, dengan undang-undang menurunkan tugas pentadbiran kepada sesiapapun.
Dalam pada itu menurut Perlembagaan, baginda pada menjalankan kebanyakan
tugas-tugas baginda hendaklah atas nasihat Jemaah Menteri atau Menteri yang
telah diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Baginda berhak mendapat apa-apa
maklumat mengenai pemerintahan Negara yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
Pada menjalankan kewajiban, baginda mempunyai seseorang penasihat pakar undang-undang
iaitu Peguam Negara. Perlembagaan menetapkan bahawa tanggungjawab Peguam Negara
ialah member nasiahat undang-undang kepada baginda, Jemaah Menteri atau
sebarang Menteri.
Agama
Agama islam adalah Agama Persekutuan. Baginda
merupakan ketua agama islam di negeri baginda sendiri, dan Wilayah Persekutuan
dan juga Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Ketua-ketua Agama
Islam di negeri-negeri lain ialah Sultan di negeri masing-masing. Tetapi bila
sesuatu perbuatan, amalan atau upacara telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja
supaya dilanjutkan ke seluruh Persekutuan, maka Rajraja lain sebagai Ketua
Agama Islam di negeri masing-masing hendaklah membenarkan baginda mewakili
mereka.
Kuasa
Perundangan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menggariskan
bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong menduduki tangga teratas hierarki kuasa
Pemerintahan Persekutuan Malaysia. Sesuai dengan kedudukan tersebut maknanya,
Yang di-Pertuan Agong memiliki keistimewaan untuk memperkenan atau sebaliknya,
sesuatu Rang Undang-undang, setelah melalui proses pembentangan di kedua-dua
dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negera). Sehubungan dengan itu, Fasal 8, Perkara
66 Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1994 menjelaskan kedudukan baginda untuk
digunapakai adalah seperti berikut:
(4A) Yang
di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa taga puluh hari selepas Rang
Undang-undang dikemukakan kepada baginda memperkenan Rang Undang-undang itu
dengan menyebabkan Rang Undang-undang itu dicapkan dengan Mohor Besar.
(4A) Jika
sesuatu Rang Undang-undang tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam
masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-undang itu hendaklah menjadi
undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara
yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya.
Baginda hendaklah dari masa ke semasa memanggil
Parlimen bersidang tetapi hendaklah jangan membiarkan jarak Sidang Parlimen
yang lalu dengan yang berikut lebih daripada enam bulan. Baginda juga berkuasa
memberhenti dan membubarkan Parlimen. Melainkan jika telah dibubarkan terlebih
dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh
mesyuarat pertama dan selepas itu adalah terbubar. Apabila Parlimen dibubarkan,
satu pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari di Negeri-negeri
Semenanjung, Sabah dan Sarawak dari tarikh pembubaran. Parlimen hendaklah
dipanggil tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran. Dalam pada itu
baginda boleh menjalankan tugas-tugas dengan budi bicara sendiri. Di antara
tugas-tugas ini yang terkandung dalam Perlembagaan ialah:-
* Melantik Perdana Menteri
* Menangguh persetujuan atas permintaan membubarkan
Parlimen; dan
* Memanggil Mesyuarat Majlis Raja-raja yang
bersabit semata-mata dengan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan
Raja-raja.
Melantik
Perdana Menteri
Menurut Perlembagaan, baginda pada melantik Jemaah
Menteri hendaklah terlebih dahulu melantik terlebih dahulu melantik seorang
Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah itu. Ahli
Dewan Rakyat yang dilantik menjadi Perdana Menteri ialah yang pada pendapat
baginda akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu. Menurut amalan, ini bererti orang yang
dilantik itu ialah pemimpin atau ketua sesuatu parti politik atau persekutuan
parti-parti politik yang mendapat kelebihan kerusi dalam Dewan Rakyat. Jika
kebetulan tidak ada satu parti politik pun yang mempunyai kelebihan besar
jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat, kemungkinan yang terbuka ialah pembentukan
kerajaan campuran dan terletaklah kepada kebijaksanaan baginda memilih Perdana
Menteri yang boleh mengendalikan Jemaah Menteri campuran. Dalam hal ini baginda
sebagai Ketua Negara biasanya akan berunding dengan pemimpin-pemimpin parti
untuk mendapatkan keterangan-keterangan lebih lanjut dan memerhati sikap mereka
untuk membolehkan baginda memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dapat
membentuk kerajaan campuran dianggar mendapat sokongan besar dari Dewan Rakyat.
Membubar
Atau Menangguh Pembubaran Parlimen
Perkara lain yang memerlukan pertimbangan baginda
ialah membubar atau menangguhkan pembubaran Parlimen atas permohonan.
Permohonan ini berlaku apabila timbul dua keadaan. Pertama, apabila parti yang
berkuasa memikirkan boleh diadakan pilihanraya umum. Kedua, apabila Perdana Menteri
tidak lagi tidak lagi menguasai Parlimen. Jika berlaku salah satu keadaan ini,
baginda akan mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak memberi persutujuan
supaya Parlimen dibubarkan.
Pentadbiran
Dan Perlantikan
Perlembagaan memperuntukan bahawa kuasa pentadbiran
negara adalah terletak kepada baginda, tetapi kuasa ini adalah tertakluk pada
Undang-Undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan dan boleh dijalankan
oleh baginda atau Jemaah Menteri atau salah seorang Menteri yang diberi kuasa
oleh Jemaah Menteri. Parlimen boleh memberi kuasa pentadbiran kepada
orang-orang lain.Baginda hendaklah dengan nasihat Perdana Menteri melantik
Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri daripada Ahli Dewan Rakyat atau
Dewan Negara dan kedua-dua lantikan ini boleh dibatalkan oleh baginda atas
nasihat Perdana Menteri. Sebelum Menteri-menteri atau Timbalan Menteri
menjalankan tugas, mereka hendaklah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di
hadapan baginda. Baginda juga melantik Peguam Negara dan Panglima Angkatan
Tentera. Perlantikan bagi jawatan-jawatan ini dilakukan atas nasihat yang
ditentukan oleh Perlembagaan. Jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh baginda
atas nasihat termasuklah ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya, Ahli-ahli
Suruhanjaya Polis dan sejumlah ahli dalam Majlis Angkatan Bersenjata dan
lain-lain. Baginda boleh juga mentapkan beberapa jawatan sebagai
jawatan-jawatan khas termasuklah Ketua-ketua Jabatan dan Timbalan Ketua-ketua
Jabatan. Tetapi baginda melantik seseorang ke jawatan-jawatan ini atas sokongan
Suruhanjaya yang berkenaan.
Kedudukan
bumiputera dan rakyat yang lain.
Satu lagi kewajipan baginda ialah melindungi
kedudukan orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak di samping
menjaga kepentingan-kepentingan yang sah bagi kaum-kaum lain. Baginda berkuasa
untuk menentukan dengan mengeluarkan perintah kepada Suruhanjaya yang berkenaan
atau pihak berkuasa tertentu, supaya diadakan hak-hak istimewa orang-orang
Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, mengikut kadar yang pada pendapat
baginda sesuai dalam perkhidmatanawam dan pemberi biasiswa atau keistimewaan
pelajaran dan latihan yang seumpama itu, atau kemudahan-kemudahan khas yang
diberi atau ditetapkan oleh kerajaan.
Pengampunan
Dalam hal-hal jenayah di Wilayah Persekutuan, apabila
saluran dan cara keadilan telah habis diiktiarkan, sesorang yang sudah dihukum
masih boleh lagi memohon ampun daripada baginda sebagai langkah terakhir. Pada
menjalankan kewajipan mengampun ini, baginda bertindak atas nasihat suatu
Lembaga Pengampunan yang terdiri dari tiga ahli yang dilantik oleh baginda
sendiri, Peguam Negara atau wakilnya dan Menteri yang bertanggungjawab atas
Wilayah Persekutuan. Baginda juga berkuasa mengampun, menangguh dan meringankan
hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera di mana-mana pun dan hukuman yang
dijatuhkan Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan.Pada amnya kuasa mengampun kesalahan-kesalahan atau hukuman-hukuman
jenayah di negeri-negeri ialah pada Sultan-sultan dan Yang di-Pertua Negeri di
negeri masing-masing.
Ketenteraan
Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi
seluruh Angkatan Tentera Malaysia. Namun demikian satu Majlis Angkatan Tentera
ditubuhkan, yang bertanggungjawab di bawah kuasa am baginda bagi pemerintahan,
tata-tertib dan pentadbiran Angkatan Tentera serta lain-lain mengenainya
melainkan perkara bersangkutan dengan gerakan tentera.
Perisytiharaan
Darurat
Baginda boleh membuat Perisytiharaan Darurat atas
nasihat Perdana Menteri jika baginda berpuas hati ada darurat yang mengancam
keselamatan dan ekonomi negara. Jika Parlimen tidak bersidang bile
Pengisytiharaan diperbuat, baginda hendaklah memanggil Parlimen supaya
bersidang secepat mungkin. Sementara menunggu kedua Dewan bersidang, baginda
boleh menyiarkan Ordinan yang ebrkuasa undang-undang jika baginda berpuas hati
tindakan segera dikehendaki.
Sekatan
Sungguhpun kuasa baginda itu luas, tetapi sebagai
seorang Raja yang berpelembagaan, ada sekatan yang terkena kepada baginda. Di
antara sekatan-sekatan itu ialah:
• Menjalankan
tugas Raja di negerinya, kecuali tugas sebagai Ketua Agama Islam;
• Memegang
jawatan yang ada bayaran sara baginya;
• Mengambil
bahagian dalam apa-apa perniagaan;
• Menerima
apa jenis bayaran yang boleh dibayar atau yang berhak kepadanya sebagai raja di
negerinya;
• Dengan
tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan lebih daripada
lima belas hari, kecuali atas urusan negara ke suatu negeri lain.
Walau bagaimanapun baginda tidak terhalang daripada
menggunakan kuasa sebagai Raja negeri baginda, sama ada perseorangan atau
dengan pihak kuasa lain, untuk meminda perlembagaan negeri baginda atau untuk
melantik Pemangku Raja atau Ahli Jemaah Pemangku Raja atau membuat apa lain
yang telah ditentukan berkaitan dengan ini. Ketetapan dan peraturan bagi
kedudukan baginda ini adalah terkena kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang
menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong lebih daripada 15 hari.
Majlis
Raja-Raja
Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling
luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh semua sembilan
Sultan/Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri. Majlis Raja-Raja
bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun. Setiap persidangan berlangsung
selama tiga hari. Persidangan Majlis dipengerusikan oleh Raja yang terkanan
mengikut senioritinya. Setiausahanya persidangan ialah Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja. Satu daripada fungsi Majlis Raja-Raja ialah memberi kesempatan untuk
menemukan wakil Kerajaan Pusat (Perdana Menteri) dengan wakil-wakil Kerajaan
Negeri(Ketua Menteri/Menteri Besar) di hadapan raja-raja. Bagi Perdana Menteri,
forum diraja ini memberi peluang kepada beliau untuk menerangkan dasar-dasar
kerajaan dan seterusnya mendapatkan pandangan serta sokongan Majlis. Dengan
penuh tertib tetapi mesra, pemimpin-pemimpin negeri bersama Perdana Menteri
berbincang dengan raja-raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama mengenai hal ehwal
rakyat dan negara. Majlis Raja-Raja juga, mengikut perlembagaan, dikehendaki
mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Tugas-tugas lain
Majlis Raja-Raja adalah seperti yang ternyata dalam Perkara 32 Perlembagaan
Mengenai pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong,
hanya raja-raja sahaja yang boleh mengambil bahagian.
Imuniti
Raja
Kekebalan sultan secara menyeluruh di bawah Perkara
181(2) Perlembagaan didapati terlalu umum dan boleh melemahkan institusi raja
di samping mencemar nama baik Majlis Raja-raja. Justeru itu, kerajaan atas
kehendak rakyat sendiri telah bersetuju supaya Perkara 181(2) dan
perkara-perkara lain yang bersangkutan dalam Perlembagaan Malaysia dipinda atau
ditiadakan. Langkah pindaan Perlembagaan itu ialah untuk mengukuhkan sistem
raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
Raja Berperlembagaan Di England
Pengenalan
Pembentukan
monarki kebangsaan England bermula daripada pemerintahan Henry VII yang
menggunakan kebijaksanaan dan kewibawaannya manamatkan Perang Bunga Ros.Henry
VII telah memulakan era pemerintahan Dinasti Tudor dan mengamalkan monarki
kebangsaan namun ianya agak berbeza dengan keadaan di Perancis disebabkan
beliau berpegang kepada tradisi politik England yang menghormati kedaulatan
Magna Carta(piagam politik yang mengawal kuasa raja).Dinasti ini juga tidak
mementingkan prinsip kesucian raja dalam pemerintahan. Konflik mula berlaku
apabila takhta pemerintahan dipegang oleh pengganti Ratu Elizabeth I iaitu Raja
James I yang telah mengabaikan kepentingan Magna Carta serta mewujudakan
konflik dengan ahli Parlimen. Selain itu,Raja James juga telah mewujudkan
konflik dengan Golongan Puritan (golongan yang x berpuas hati dengan dengan
amalan Gereja Anglican) ekoran tindakannya yang mendokong prinsip Devine Of
Kings serta tindakannya yang mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis
yang bermazhab Katolik. Sebagai
pemerintah berkuasa mutlak, James I menyatakan semua institusi yang diwujudkan
adalah untuk berkhidmat untuk raja bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.
Dasar
pemerintahan Raja James I telah diteruskan oleh puteranya Charles I yang juga
mempunyai sikap anti golongan Puritan.Raja Charles I telah menunjukkan
kekuasaannya dengan mengetepikan Petition of Right sebaliknya bertindak
membubarkan Parlimen dan menjalankan pemerintahan tanpa Parlimen selama 11
tahun.Raja Charles I juga telah mengenakan pelbagai cukai dan terlibat secara
langsung dalam ekonomi dengan memonopoli penjualan barangan pengguna sehingga
kan harga barangan tersebut melambung tinggi.konflik semakin tegang apabila
berlakunya perang saudara antara golongan raja dengan golongan ahli Parlimen
yang telah memberikan kemenangan kepada golongan Parlimen yang diketuai oleh
Oliver Cromwell sekaligus menamatkan era pemerintahan beraja mutlak di England
Setelah
tamat perang saudara antara golongan raja dengan golongan parlimen,Parlimen
telah mengisytiharkan England sebagai negara republik dengan Oliver Cromwell
sebagai pemerintah. Sewaktu pemerintahan dipegang oleh Oliver Cromwell,beliau
terpaksa menghadapi perjuangan golongan Levellers yang menuntut agar semua golongan
diberi hak untuk mengundi serta dari golongan Diggers yang memperjuangkan
persamaan dalam soal pemilikan harta yakni tanah merupakan hak bersama.Setelah
menangani 2 golongan ini.Oliver Cromwell telah membubarkan Parlimen malah
membentuk kerajaan baru yang dikenali sebagai Protectore dengan memegang
jawatan Lord Protectore(ditaktor ketenteraan). Pemerintahan Oliver Cromwell
telah disambung oleh anaknya, Richard Cromwell namun mendapat kegagalan dalam
mendapat sokongan ahli Parlimen menyebabkan beliau meletak jawatan dan
digantikan oleh Raja Charles II yang ditabalkan sebagai raja baharu England
sekaligus menghidupkan semula pemerintahan monarki.di awal pemerintahan lagi
Parlimen telah mengingatkan Charles II agar mewujudkan pemerintahan Raja
Berperlembagaaan.Raja Charles II juga telah mengisyhtiharkan Declaration of
Indulgence yang memansuhkan undang undang yang menyekat golongan Katolik
mengamalkan tradisi mereka dan tiada sekatan untuk golongan ini menjawat
jawatan dalam perkhidmatan awam dan tentera.Namun begitu,ahli Parlimen telah
meluluskan Test Act iaitu undang undang yang melarang orang Katolik memegang
jawatan dalam perkhidmatan awam.Habeas Corpus Act juga digubal yang membolehkan
rakyat mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa jika ditangkap.Malah timbul
juga parti yang memperjuangkan Parlimen sebagai institusi pemerintahan
tertinggi seperti parti Whigg.
Setelah
tamat pemerintahan Raja Charles II, Raja James II pula menggalas tugas sebagai
pemerintah England menggantikan Raja Charles II merupakan seorang pemerintah
yang tidak cekap serta gagal menghormati parlimen disebabkan tindakannya yang
berusaha menghidupkan kembali konsep Divine Right of Kings.Sebagai seorang
bermazhab Katolik,beliau enggan mendokong Mazhab Anglican di bawah naungan
Church of England malah menjalankan dasar agama yang pro-Katolik.James II
sekali lagi mencabar Parlimen dengan mengisytiharkan Declaration of
Indulgence(kebebasan beragama @ bermazhab).Kebimbangan ahli Parlimen kian
ketara apabila James II memperoleh seorang putera hasil perkahwinannya dengan
puteri Perancis bermazhab Katolik.
Pada
tahun 1688,rakyat inggeris telah menjemput anak perempuan James II,Mary yang
bermazhab Anglican yang telah berkahwin dengan William of Orange untuk
menggantikan ayahandanya.Willian dan Mary bersama angkatan tenteranya yang
seramai 15000 orang telah mendarat di England manakala Raja James II telah
melarikan diri ke Perancis.Revolusi Cemerlang ini telah mengembalikan
kedaulatan Parlimen dan secara tidak langsung pemerintahan Raja Berperlembagaan
diperkenalkan semula.Parlimen juga telah mengatur langkah dengan meluluskan
Bill of Right yang menekankan perkara perkara seperti keutamaan kuasa parlimen
dan haknya memungut cukai,raja tidak boleh memansuhkan sebarang undang undang
tanpa kelulusan parlimen,raja tiada hak dalam menetukan ahli parlimen dan
wujudnya undang undang toleransi yang memberi kebebasan kepada golongan Puritan
mendirikan gereja serta menjalankan amalan agama dengan bebas.
Perkembangan Raja Berperlembagaan
di England
Sistem
pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan
selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi
impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688. Raja
Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak
jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem
pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik
kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang
sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis.
Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat
secara langsung dalam politik di England ketika itu. Selepas Raja Charles II meninggal
dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung
untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah
disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal
sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa
berlaku pertumpahan darah. Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right
pada 1699. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di
bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. Toleration
Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang
bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan
beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang
dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.
Raja
berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan
oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh
memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak
dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan
undang-undang. Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of
Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab
protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada
parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam
soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan beraja mutlak di England
juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal
dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan
perpaduan dalam politik negara tersebut. Raja boleh menghadapi Petition of
Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan
undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada
perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu
tindakan yang diambil oleh raja
Ciri-ciri pemerintahan raja
berpelembagaan di Malaysia dan England satu perbandingan
Pelantikan Raja
Yang
dipertuan Agong di Malaysia tidak dipilih berdasarkan warisan keturunan tetapi
baginda mestilah dari salah seorang
daripada Raja-raja Negeri Melayu. Keunikan tradisi ini
bermula sejak tahun 1957, kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong
mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya. Jika
dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, sistem perlantikan rajanya
tidaklah seunik di Malaysia, ini kerana sistem beraja England datang dari satu
keluarga sahaja. Uniknya di Malaysia, pemilihan ketua negara datang dari
kalangan sembilan orang Sultan yang memerintah Negeri-negeri Melayu.
Sistem
Perlembagaan
Jika dibandingkan sistem perlembagaan di kebanyakkan
negara di dunia ini mempunyai perlembagaan negara yang bertulis. Ini bagi
memudahkan sesuatu rujukan atau pindaan terhadap sesuatu isu berbangkit. Namun
demikian, Britain tidak mempunyai perlembagaan bertulis. Prinsip perlembagaan
Britain berasaskan pelbagai sumber. Menurut Ahmad Atory, adalah dipercayai
perlembagaan Britain berasal dari Rom. Mengikut sejarah lama. Britain pernah
dijajah oleh Rom, tetapi peristiwa tersebut tidak begitu jelas kerana sejarah
ini terlalu lama.(1996:1)
Konsep Pengasingan Kuasa
Konsep
pengasingan kuasa adalah konsep asas bagi menegakkan negara demokrasi. Konsep
ini juga merupakan satu doktrin yang mengesyorkan kerajaan supaya menjamin hak
kebesaan rakyat. Ini bagi mengelakkan kejadian penindasan oleh mana-mana pihak.
Konsep ini telah dipelopori oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis.
Beliau mengemukakan teorinya yang berpandukan dasar perlembagaan England pada
tahun ke-18. Secara permulaan, Montesquiueu telah cuba untuk membandingkan
negara Perancis dan England ketika itu. Dalam kajian yang dilakukan oleh
beliau, terhadap hakim-hakim yang yang di kawal oleh House of Lords. Tingkah
laku raja dikawal dengan sebaik mungkin. Undang-undang inilah yang menyekat
kebebasan raja Britain. Menurut konsep ini, kuasa pemerintah berdasarkan tiga
fungsi kerajaan iaitu pengekuatkuasaan undang-undang, fungsi perundangan dan
fungsi kehakiman. Fungsi ketiga-tiga ini adalah seperti berikut:
Fungsi
Perundangan: bertindak sebagai penggubal undang-undang dan meminda
undang-undang yang sedia ada agar tidak ketinggalan zaman. Ianya juga , sering
bertindak mengemukakan undang-undang kepada hakim. Fungsi Pentadbiran pula
menjalankan dan menguatkuasakan undang-undang dan keputusan badan kehakiman. Fungsi
Kehakiman: Bertanggungjawab menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan
dan member keputusan yang muktamad. Namun konsep pengasingan kuasa ini tidak
diikuti sepenuhnya oleh perlembagaan Malaysia. Seperti yang dinyatakan, Britain
juga mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia. Ratu Ellizebeth
memegang tampuk pemerintahan dan bertindak sebagai ketua negara. Namun demikian
sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan Malaysia kerana, Britain hanya
mempunyai kerajaan pusat dan kerajaan tempatan
Perlembagaan bertulis dan tidak
bertulis
Hampir
semua Negara moden termasuklah Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis iaitu
undang-undang perlembagaan Negara yang dikumpul dan disusun dalam satu suratan.
Bagaimanapun United Kingdom tidak mempunyai perlembagaan bertulis, kerana
prinsip undang-undangnya tidak terkumpul dalam satu suratan. Namun demikian
ianya terkandung dalam beberapa Akta Parlimennya, keputusan-keputusan mahkamah,
beberapa konvensyen perlembagaan dan juga pandangan dan pendapat para ilmuan
undang-undang yang terkemuka.
Ketua Agama
Perbezaan
ketara antara pemerintahan di England dan Malaysia ialah mengenai kuasa
Raja-Raja di Malaysia yang mempunyai kedudukan dan peranan mereka sebagai ketua
agama di negeri masing-masing. Di sini perlembagaan secara jelas mengizinkan
mereka bertindak tanpa atau
bertentangan dengan nasihat
kerajaan yang memerintah.
Keadaan ini tidaklah
terlalu ganjil kerana doktrin bertindak
menurut nasihat adalah
manifestasi demokrasi. Dengan
demikian urusan agama
tidak termasuk di dalam ruang-lingkup bertindak menurut nasihat. Selain
itu kita juga boleh menyebut sejarah di
mana insitusi beraja
dan agama mempunyai
hubungan yang rapat
sejak awal-awal lagi.
Keadaan ini tidak diganggu oleh
pentadbiran British dan apabila negara mencapai kemerdekaan peruntukan mengenai
Islam sebagai agama persekutuan pun tertakluk kepada syarat
bahawa ia tidak menjejaskan kedudukan Raja-Raja
sebagai ketua agama
di negeri masing-masing. Sudah
tentulah perlu difahami bahawa oleh kerana Islam menjadi
tonggak kesultanan Melayu peranan dan kedudukan Raja-Raja sebagai ketua agama
harus dilihat dalam
konteks itu: Raja-Raja adalah agen atau pelindung agama;
bukan sebaliknya.
Majlis Raja-raja
Perbazaan
antara pemerintahan di England dan Malaysia juga adalah wujudnya Majlis
raja-raja. Institusi yang muncul sewaktu pentadbiran British
ini mempunyai kedudukan
dan kuasa yang tertentu di dalam perlembagaan; yang
dengan sendirinya meletakkan Raja-Raja sebagai salah satu institusi penting
di peringkat nasional.
Menarik untuk disebutkan
bahawa meskipun Majlis
Raja-Raja tidak dipilih
oleh rakyat, ia mempunyai kuasa mutlak dalam beberapa jenis pindaan
terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Imuniti
Raja dan
kaum kerabat mereka mempunyai beberapa
keistimewaan (privileges). Selain
apa yang dikatakan
sebagai Peruntukan Di Raja (Civil List)
ada beberapa keistimewaan yang
diberikan. Justifikasi buat semua
keistimewaan ini ialah peranan
Raja-Raja khasnya dan
institusi beraja amnya;
contohnya jika mereka
tidak diberikan imuniti (kekebalan) mereka
mungkin akan tertakluk kepada
ugutan terutamanya dari kerajaan yang memerintah, dan gagal
memainkan peranan dengan
berkesan. Keistimewaan yang
mereka nikmati itu
juga adalah sebahagian daripada
persetujuan sebelum merdeka:
Raja-Raja bersedia menyerahkan
kuasa memerintah dengan kefahaman
bahawa mereka akan diberi keistimewaan tertentu. Kedudukan Raja-Raja
sebenarnya tidak terlalu berbeza
dengan kedudukan orang-orang Melayu yang diberikan beberapa keistimewaan oleh perlembagaan. Sebab
itu kedudukan Raja-Raja
sering dilihat sebagai
berkait rapat dengan kedudukan dan masa depan orang-orang
Melayu. Pengikisan kedudukan Raja-Raja boleh menyebabkan kesan yang negatif ke
atas kedudukan orang-orang Melayu di dalam perlembagaan.
Komentar
Sejak
kebelakangan ini perhubungan diantara institusi raja dan rakyat jelata telah
menjadi isu hangat yang dibicarakan didalam media massa, internet mahu pun
dikedai kopi. Topik ini sangat relevan kepada orang Melayu oleh kerana dari
segi perlembagaan dan adatnya Kesultanan Melayu wujud sebagai payong kepada
bangsa dan pelindung kepada agama Islam. Namun beberapa insiden yang berlaku
telah menampakkan kepincangan didalam hubungan ini. Rata rata orang Melayu
sangat menghormati institusi raja raja ini dan mereka tidak mempersoalkan
kedudukan istimewa yang dikecapi oleh sultan, raja serta kaum kerabat mereka.
Tetapi ini tidak bermakna yang rakyat akan menerima bulat bulat apa sahaja yang
dilakukan oleh raja-raja serta kaum kerabat, apatah lagi jika perbuatan itu
menampakkan kerendahan budi pekerti serta moral dari sudut hukum Agama dan
adat. Kita bukan lagi duduk dizaman kuno dimana siapa yang gagah berkuasa dan
siapa yang mempunyai hulubalang dan bala tentera yang ganas boleh menguasai
kumpulan yang lebih lemah.
Di
zaman moden ini kita dapat membandingi satu keadaan dengan satu keadaan
ditempat yang lain tanpa kita ketempat itu. Institusi Raja di England telah
bertapak lebih lama lagi dari Institusi kesultanan Melayu. Malahan institusi
kesultanan kita telah meniru sistem Raja Berpelembagaan England dari segi
pentadbirannya, dengan beberapa pengubahsuain tentu sekali. Namun nampak dengan
jelas beberapa kelainan yang ketara diantara kedua dua institusi ini. Institusi
diRaja England, termasuk Queen , boleh dikritik dan ditegur oleh rakyat jelata
dan perbelanjaan istana tidak dirahsiakan. Dan sebenarnya Queen serta kerabat
telah banyak kali diberi teguran sama ada
melalui akhbar-akhbar, oleh individu dan juga melalui perdebatan di
Parlimen. Tatkala sebahagian dari Buckingham Palace telah terbakar, Queen
Elizabeth II terpaksa membuat pembaikan mengguna wang sendiri oleh kerana
rakyat menganggap itu adalah tanggungjawab nya sendiri. Queen dan kerabat tidak
terlibat berebut projek dan apa-apa
konsesion kerajaan ( saperti kawasan balak di negara kita ) dengan
rakyat jelata. Kerabat Queen bekerja untuk menyara diri termasuk cucunya ( anak
Prince Phillips dan Diana ) yang kedua-duanya menyertai pasukan bersenjata
sebagai pilot helikopter. Kita berharap agar perkara hubungan diantara rakyat dan
raja ini diberi perhatian secara rasional. Memandangkan institusi diraja
ditanggung melalui dana wang rakyat maka perlu ada persefahaman d iatas
kehendak kedua-dua pihak. Janganlah jadikan raja-raja Arab sebagai contoh.
Kejatuhan Shah Reza Pahlavi disebabkan dia tidak mendengar keluhan rakyat
marhaen".
2.1). Apakah Signifikannya Mempelajari Sejarah?
Kepentingan Mempelajari Sejarah
Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga, ‘sejarah’ membawa maksud asal-usul (keturunan),
salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah,
riwayat, tambo, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah
lalu, tawarikh. Orang Barat yang terdiri daripada Herodotus telah menyamakan
perkataan sejarah dengan perkataan Inggeris iaitu Histories. Perkataan ini
berasal dari perkataan Historia yang bererti penyelidikan atau penyiasatan. Di
sini menunjukkan bahawa pengkajian sejarah bergantung sepenuhnya kepada
penyelidikan terhadap perkara-perkara yang benar-benar pernah terjadi.
Sejarah
sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar
kepada kita untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita
mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan
kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja
merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat
dan negara mahupun bangsa. Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan
bangsa dan negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad
ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara. Tidak dapat
dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada
kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara. Sejarah
juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada
kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan
tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang.
Malaysia
kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara
negara membangun yang paling maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan
rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu mengecapi kegemilangan dan mengulangi
semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Di samping
itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara.
Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu
akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini,
maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup
mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup
masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan
memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh
tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya
mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di
peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami
kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta
sejarah negara sendiri.
Sejarah
juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan
negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi
pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti
Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan
negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat
mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara
merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk
menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap kontrak sosial ini
amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan memahami
kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu
dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini
dan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling
tenaga untuk membangun dan mengukuhkan negara.
Jelas
kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa
pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula
dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa
jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini
dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan
budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam
mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan halal-haram dari aspek undang-undang
dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepi demi mencapai cita-cita mereka.
Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Sebagai
warganegara Malaysia, kita perlu mempelajari sejarah perkembangan negara agar
kita mempunyai pengetahuan dan memahami betapa sukarnya pemimpin terdahulu
membina negara ini. Di samping itu, pengetahuan tentang sejarah perkembangan
negara juga menyedarkan kita betapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu bertungkus-lumus
meneruskan perjuangan ke arah kestabilan ekonomi dan politik negara ini. Kita
juga dapat melihat betapa pentingnya pengetahuan sejarah perkembangan negara
dalam pembinaan negara. Kita tidak akan bertanya apa yang negara dapat berikan
kepada kita, tetapi kita akan berusaha keras agar kita dapat bersama-sama
menyumbang ke arah pembinaan dan pembangunan negara ke arah yang lebih baik.
2.2). Huraikan satu contoh dalam konteks
antarabangsa bagaimana sejarah memberikan pengajaran berguna kepada insan
sejagat.
Pengenalan
Terdapat banyak contoh sejarah yang memberikan
pengajaran berguna kepada insan sejagat seperti peristiwa Revolusi Amerika,
Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, Revolusi Perancis dan sebagainya.
Segala bentuk undang-undang, corak pemerintahan dan perkembangan ekonomi dunia
yang ada pada hari ini adalah hasil daripada pengaruh pelbagai peristiwa
sejarah yang pernah berlaku sebelum ini. Revolusi Perancis (1789–1799)
merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial dalam sejarah Perancis,
daripada struktur kerajaan Perancis yang bermonarki mutlak dengan sistem feudal
yang memberikan keistimawaan bagi golongan autokrat dan paderi Katolik, menjadi
bentuk yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan
dan hak rakyat. Tempoh ini berlaku ketika pemerintahan Raja Louis XVI.
Revolusioner Perancis menggunakan cogan kata "Persamaan, Kebebasan, dan
Persaudaraan". Perubahan ini turut disertai dengan keganasan termasuk
pembunuhan dan penindasan ketika Tempoh Keganasan, dan peperangan yang
melibatkan kuasa besar di Eropah. Peristiwa yang selepas itu dapat dikesan
berlanjutan daripada Revolusi seperti Perang Napoleon, dua pemulihan monarki,
dan dua revolusi tambahan apabila Perancis moden mula terbentuk. Dalam abad
yang berikutnya, Perancis akan ditadbir dalam pelbagai bentuk iaitu sebagai
republik, pemerintahan diktator, raja berperlembagaan dan dua empayar yang
berbeza.
Faktor
tercetusnya Revolusi Perancis
Pengkaji sejarah pada amnya bersetuju bahawa
sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Perancis adalah seperti berikut: Pengaruh
para pemikir Enlightment. Kelemahan pemerintahan Raja Louis XVI. Keistimewaan
Estet Pertama dan Estet Kedua. Masalah kewangan dan pengaruh Revolusi Amerika. Pengaruh
para pemikir Enlightment merupakan antara penyumbang besar belakunya Revolusi
ini. Mereka memperjuangkan hak semula jadi manusia sebagai prinsip utama
pemikiran mereka. Kebanyakan pemikir Enlightment Perancis seperti Jean Jacques
Rousseau, Montesquieu, Voltaire, dan Denis Diedrot amat dipengaruhi oleh
falsafah John Locke. Pemerintahan Raja Louis XVI yang autokratik memburukkan
lagi keadaan. Pemerintahan beliau dipengaruhi oleh isterinya, Maria Antoinette
dan golongan bangsawan yang mementingkan diri. Keistimewaan Estet Pertama dan
Estet Kedua seperti hak mengundi dan hak menjadi ahli Parlimen diberi kepada
golongan yang berharta dan kaya. Parlimen Perancis terbahagi kepada kepada tiga
estet iaitu: Estet Pertama - terdiri daripada golongan paderi. Estet Kedua -
terdiri daripada golongan bangsawan. Estet Ketiga - terdiri daripada rakyat biasa
dan ramai daripada mereka adalah golongan profesional. Masalah tidak adil yang
berlaku dalam Parlimen Perancis adalah sekiranya Estet Pertama dan Kedua
bersetuju dengan sesuatu usul, maka Estet Ketiga tewas secara automatik. Hal
ini menyebabkan Estet Ketiga yang merasakan ini adalah sesuatu perbuatan yang
tidak adil membantah dengan kerasnya. Disamping itu masalah kewangan yang
semakin buruk akibat penyertaan Perancis dalam Perang Kemerdekaan Amerika. Raja
Perancis juga bersikap boros dalam membelanjakan wang negara serta
tanaman-tanaman yang tidak menjadi. Kemenangan Revolusi Amerika serta idea-idea
demokratik memberi rangsangan kepada orang Perancis dan mendorong revolusioner
Perancis menentang kerajaan.
Pengajaran
daripada Revolusi Perancis
Kesannya Terhadap
Masyarakat Perancis
Bagi rakyat Perancis kesan atau akibat positif
sebagai hasil dari sebuah revolusi adalah terjadinya peleburan pemerintahan
berkuasa mutlak yang memerintah dengan zalim, dari pemerintahan mutlak yang
tidak mengenal hak -hak asasi manusia menjadi pemerintahan liberal yang
berdasarkan hak -hak asasi manusia. Selain itu, akibat- akibat lain sebagai
kesan yang ditimbulkan dari Revolusi Perancis yang melibatkan berbagai aspek
kehidupan seperti politik, ekonomi dan sosial.
Politik
Revolusi Perancis yang tercetus pada tarikh 14 Julai
1789 itu mempunyai beberapa pengaruh dan perubahan dalam pelbagai bidang, di
antaranya adalah bidang politik. Sebelum
ini perancis merupakan Negara yang
mengamalkan pemerintahan beraja mutlak di mana Raja Perancis megamalkan
pemerintahan yang mengatasi segala undang-undang dan baginda boleh menahan
sesiapa yang disyaki menentang kerajaan, namun akhirnya Perancis menjadi Negara
republik selepas berlakunya revolusi Perancis.
Revolusi itu juga menjadi pencetus dan pemangkin kepada pemahaman sistem
demokrasi moden. Pemansuhan hak istiemewa feudal semua darjah kebangsawan
dibatalkan, semua rakyat dilihat sama sahaja
tiada lagi golongan yang cuba mengambil kesempatan keatas golongan yang
lemah. Revolusi Perancis juga ialah revolusi yang mengubah sistem politik
feudal Perancis yang tidak mengasingkan agama dan pemerintahan kepada sistem
pemerintahan yang mengasingkan agama dengan pemerintahan atau disebut sekular.
Selain itu peristiwa tersebut menyedarkan rakyat akan pentingnya memperjuangkan
sebuah kebebasan, menentang kekuasaan asing yang menindas rakyat, serta mampu
membangkitkan rasa nasionalime dalam membela dan mempertahankan negara demi
terbentuknya negara yang berdasarkan kedaulatan rakyat. Kejadian ini juga telah
memberi pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam memilih siapakah pemimpin
yang akan memperjuangkan nasib kita di masa akan datang.
Ekonomi
Dalam bidang ekonomi pula Revolusi Perancis telah
memberi impak yang besar kepada system ekonomi dengan penghapusan pemungutan
pajak yang dilakukan oleh kaum bangsawan dan pendeta. Petani memansuhkan
perjanjian dengan tuan tanah. Dengan keadaan ini para petani tidak lagi
terbeban untuk membayar cukai dan mengerjakan kawasan tanah dengan bayaran yang
sedikit dan tidak berpatutan dengan usaha yang dilakukannya. Rakyat juga berhak
memiliki tanah dan hanya membayar pajak pada Negara demi kemajuan bangsa.
Petani menjadi pemilik tanah, setelah para bangsawan yang memilikinya melarikan
diri ke luar negeri pada masa revolusi , sehingga tanah milik mereka disita dan
menjadi milik rakyat. Serta tanah yang berjaya dirampas dari pihak gereja, yang
kemudian menjadi milik rakyat. Sistem cukai gereja dimansuhkann di mana bayaran
cukai untuk gereja yang dikenali sebagai bayar zakat kepada gereja tidak ada
lagi. Tujuan bayaran ini adalah untuk keagamaan dan membaiki gereja. Tumbuhnya
industri yang besar , terutama setelah adanya dasar dari Napoleon untuk subsidi
syarikat- syarikat dalam negeri yang mengalami lumpuh karena terjadinya
kekacauan yang berpanjangan pada masa revolusi. Selain itu sistem monopoli di
hapuskan sehingga perdagangan menjadi bebas dan mengalami kemajuan.
Sosial
Penghapuskan sistem feudalisme menyebabkan
kesamarataan martabat seluruh masyarakat Perancis , dan pengakuan atas hak
asasi manusia. Hak asasi manusia dijadikan dasar Code Napoleon. Selain itu,
Code Napoleon juga memberi kesempatan bagi perkembangan undang-undang.
Munculnya susunan masyarakat baru, iaitu golongan borjuis yang menggantikan
kedudukan bangsawan dan sami. Adapun kedudukan sami sendiri menjadi sama dengan
warga masyarakat lainnya , tanpa mempunyai suatu keistimewaan. Wujudnya
pendidikan dan pengajaran yang merata di seluruh lapisan masyarakat, sehingga
tahap kecerdasan masyarakat semakin meningkat. Deklarasi hak kemanusiaan, di
mana Dewan Perhimpunan juga telah membuat pengiktirafan Deklarasi Hak
Kemanusiaan yang ditujukan bukan sahaja kepada rakyat Perancis bahkan juga
kepada semua manusia di seluruh dunia. Di dalm deklarasi ini telah mengariskan
tiga prinsip iaitu kebebbasan, persamaan dan persaudaraan ianya mencakupi
antara lain kebebasan berucap, berfikir dan beragama serta kebebasan atau hak
memilih.
Kesan Terhadap
Masyarakat Dunia
Selain kesan terhadap masyarakat Perancis, Revolusi
ini juga turut dirasai oleh dunia dengan perubahan dalam pelbagai bidang
seperti politik, ekonomi dan sosial.
Politik
Pengaruhnya dalam bidang Politik, ialah tersebarnya
faham liberalisme, yang memisahkan antara urusan akhirat dengan urusan
keduniawian, ke pelbagai Negara Eropah dan Negara- negara lain di seluruh
dunia. Muncul dan berkembangnya demokrasi ke Negara- negara di dunia, sebagai
kekuasaan yang berpunca dari, oleh dan untuk rakyat. Tumbuh dan berkembangnya
rasa Nasionalisme, terutama di Negara- negara yang masih menerapkan sistem
feudal ataupun bangsa- bangsa yang masih terjajah. Selain itu, idea mereka yang
melakukan revolusi memotivasiakan masyarakat untuk melepaskan dan membebaskan
diri dari tekanan dan penindasan. Berkembangnya fahaman nasionalisme.
Nasionalisme adalah paham kebangsaan yang berusaha menentang segala bentuk
penjajahan untuk mencapai kedaulatan bangsa dan negara. Setelah terjadinya
Revolusi Perancis, banyak negara -negara yang melepaskan diri dari penjajahan dan
menentukan nasibnya sendiri. Berkembangnya perlindungan undang-undang (The Rule
of Law). Napoleon Bonaparte sekalipun bertindak diktaktor, namun telah
melaksanakan dasar-dasar negara hukum yang melindungi rakyatnya. Sejak saat
itu, banyak negara di Eropah yang melaksanakan undang-undang dalam
pemerintahannya. Siapa yang bersalah akan dikenakan hukuman undang-undang
sesuai dengan kesalahannya. Berkembangnya sistem demokrasi dan bentuk republik.
Revolusi Perancis ditujukan untuk menentang kuasa mutlak dan menggantikannya
dengan sistem demokrasi yang melibatkan rakyat dalam pemerintahan melalui
wakil- wakilnya. Keadaan ini telah membawa kepada tercetusnya idea demokrasi
dan raja berpelembagaan. Selain itu
revolusi ini juga menjadi inspirasi revolusi-revolusi di seluruh dunia seperti
Revolusi Russia, Revolusi China, dan Revolusi Iran. Perancis juga merintis
bentuk negara Republik yang kemudian banyak ditiru oleh negara -negara lain di
dunia. Revolusi Perancis diarahkan pula pada usaha- usaha menghapuskan
diskrimanasi dalam kedudukan, status sosial, agama, dan warna kulit. Rakyat
Perancis menuntut adanya pengakuan persamaan kedudukan, bukan diskriminasi
seperti yang terjadi waktu itu. Fahaman ini juga meluas ke seluruh negara di
dunia. Dengan adanya Revolusi Perancis yang menuntut adanya persamaan darjat,
banyak para pemimpin yang memperjuangkan pengakuan adanya persamaan derajat ini
. Bahkan , sekarang persamaan darjat tidak hanya bagi kaum lelaki, tetapi
kedudukan kaum lelaki dan kaum wanita sama dalam undang-undang dan pemerintahan.
Pengakuan persamaan darjat itu kemudian berkembang pada pengakuan hak -hak
asasi manusia. Bahkan , pengakuan terhadap hak asasi manusia kini telah menjadi
budaya seluruh peringkat antarabangsa.
Bidang Sosial -
Ekonomi
Pengaruh Revolusi Perancis dalam bidang
Sosial-Ekonomi dijelaskan sebagai berikut, Pengahapusan perhambaan kerana tidak
sesuai dengan perikemanusiaan dan keadilan. Sebelum berlakunya revolusi
Perancis, sistem perhambaan sangat berleluasa. Orang yang lemah diperlakukan
sewenang -wenangnya oleh orang- orang yang kuat. Bangsa terjajah diperlakukan
sewenang-wenangnya oleh kaum penjajah. Kejayaan kaum liberal di negeri Belanda
, misalnya, telah menghapuskan Sistem Tanam Paksa di Indonesia menjadikan
rakyat Indonesia sengsara. Waktu itu , rakyat Indonesia menjadi hamba untuk
menggarap sebahagian tanahnya untuk menanam tanaman yang laku di pasaran
Eropah. Pemungutan pajak dilakukan secara adil dan merata. Sebelum Revolusi
Perancis, rakyat Perancis diperlakukan secara tidak adil dalam bidang perpajakan
. Rakyat biasa dikenakan untuk membayar cukai. Sebaliknya , kaum bangsawan
bebas membayar cukai. Kejayaan Revolusi Perancis telah membawa keadilan ,
kerana cukai dikenakan kepada seluruh rakyat, tanpa pilih kasih. Menghapus
diskriminasi dalam masyarakat. Sebelum Revolusi Perancis , rakyat di Eropah
terbahagi atas tempat-tempat yang masing- masing berbeza hak dan kewajibannya.
Kejayaan Revolusi Perancis telah menghapuskan diskriminasi ke atas masyarakat
tersebut. Tidak ada lagi golongan bangsawan, ulama , atau rakyat jelata. Semua
rakyat mempunyai hak dan kedudukan yang sama dalam undang-undang dan
pemerintahan. Penghapusan sistem monopoli dalam perdagangan. Setelah terjadinya
Revolusi Perancis juga membawa perubahan dalam bidang ekonomi, terutama dalam
bidang perdagangan.
Kesimpulan
Revolusi Perancis 1789 merupakan titik tolak dimana
ia merupakan satu sejarah penting dalam masyarakat Eropah. kerana ia dianggap
sebagai garis pemisah antara peraturan lama dengan peraturan baru. Revolusi ini
berlangsung sepanjang enam tahun iaitu bermula pada tahun 1789 dan berakhir
pada tahun 1799. Selain itu, Revolusi Perancis juga dikatakan antara terpenting
daripada Revolusi Amerika (1776) dan Revolusi Inggeris (1688). Melalui
peristiwa ini juga system masyarakat yang lama iaitu feudalisme dikatakan telah diganti dengan system
masyarakat terbuka. Ini dapat dilihat
dalam system feudalisme, kedudukan seseorang itu dilihat berdasarkan hak, kuasa
dan keistimewaanya yang diwarisi turun
temurun dalam masyarakatnya. Akan tetapi melalui system masyarakat terbuka yang
diperjuangkan dalam Revolusi Perancis ini dapat melumpuhkan system ini dengan
menjadikan seseorang itu tidak lagi dilihat dari segi hak,kuasa dan
keistimewaanya akan tetapi seseorang itu akan dilihat berdasarkan pada bakat
dan kemampuan yang ada pada dirinya sendiri. Salah satu factor pencetus kepada
berlakunya Revolusi Perancis ini ialah peranan golongan intelektual. Mereka
telah berperanan dalam menyebarkan idea-idea baru yang banyak mempengaruhi
rakyat. Walau bagaimanapun, terdapat juga factor lain yang membawa kepada
berlakunya revolusi ini dan kesan-kesan yang timbul akibat daripada tercetusnya
Revolusi Perancis ini. Revolusi ini bukan sahaja memberi kesan kepada Perancis
tetapi juga membawa banyak perubahan kepada dunia dalam pelbagai bidang seperti
bidang politik, ekonomi dan social. Selain itu, kesan-kesan Revolusi Perancis
kepada Perancis dan Dunia ialah tercetusnya idea demokrasi dan raja
berpelembagaan. Selain itu revolusi ini
juga menjadi inspirasi revolusi-revolusi di seluruh dunia seperti Revolusi
Russia, Revolusi China, dan Revolusi Iran. Kesan lain adalah kebangkitan
Napoleon Bonaparte.
2.3). Dalam konteks negara Malaysia,pilih satu
aspek sejarah dan huraikan bagaimana ia telah/boleh memberi signifikan
kepada pembentukkan undang-undang yang lebih berkesan dan berbentuk “mencegah
dari mengubati”
Pengenalan
Salah
satu aspek sejarah yang memberi signifikan kepada pembentukan undang-undang
yang lebih berkesan dan berbentuk “mencegah dari mengubati” ialah peristiwa 13
Mei. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 13 Mei 1969 dan merupakan satu
detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia
mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak
manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun
tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi
majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang
berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala
Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada
orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai
bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan
penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai
orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah
menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei
ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat
majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh
British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan
sedemikian rupa.
Faktor
Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969
Dasar
Pecah Dan Perintah British
Pada Zaman pemerintahan British, British telah
mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan
untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu
mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka
telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang
Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina
digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di
estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi
antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila
ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang
lain. Prasangka yang wujud inilah yang
telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
Sistem
Pendidikan Yang Berasingan
Sebelum
Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau
sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu
Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna
pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak
mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada
keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya
mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China
mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang
berteraskan fahaman yang lain. Selain
itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap
kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah
menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini
telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di
Malaysia.
Perbezaan Agama Dan Kebudayaan
Perbezaan
budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu
sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze,
Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat
ramai juga yang beragama Kristian.
Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini
menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini
bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di
Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari
sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan
secara tidak sengaja telah menyinggung emosi
penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13
Mei 1969 berlaku.
Aktiviti
Ekonomi Yang Berlainan
Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada
petani yang tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi
pekerjaan turun temurun keluarga mereka
iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula
bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah
mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang
lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonimi secara tidak sihat dan
pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.
Persatuan-persatuan
Etnik
Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari
berbagai-bagai kaum telah melahirkan
banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan
kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di
antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan
kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum
yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi
perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak
puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Pendudukan
Jepun
Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan
Orang Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun
memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina
kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China
pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun
bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang Melayu
sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu
kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army).
Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA
ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan
antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.
Membangkitkan
Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969.
Semasa kempen pilihanraya
tahun 1969 parti-parti politik yang
bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan
istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada
orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum
dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan
majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak
untuk menghina orang melayu. Tambah
memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan
perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi
tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969. Kesan
peristiwa 13 Mei kepada pembentukan undang-undang yang bersifat mencegah dari
mengubati.
Usaha
Membentuk Perpaduan Kaum
Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu
perkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari
hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan kaum di negara
Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia.
Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyaralat
dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Perpaduan boleh
dicapai melalui dua cara utama iaitu :
1)Integrasi
Satu merupakan proses bagi mewujudkan identiti
nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,
sosial dan lokasi dalam sesuatu unit politik.
2)Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses bagaimana
kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya
ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.
Namun dalam jika diteliti
kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan
perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi setiap
etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka
secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa yang ingin
difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa
13 Mei 1969.
Usaha
Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Mengisytiharkan
Darurat
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran
antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan
ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara.
Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak
terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang
dan berfikir secara rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan
kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.
Membentuk
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN )
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara
pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang
diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul
Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik,
pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.
Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah
Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin,
Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan
kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan
berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada
MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari
1971.
Menubuhkan
Majlis Perundingan Negara
Majlis perundingan
Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di
Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak.
Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil:
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
Fungsi utama
Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan
negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan
pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai
perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di
Malaysia.
Memperkenalkan
Rukun Negara.
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia
tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun
negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang
kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan
tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna
kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun
negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia
berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya
ialah:
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakat.
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi
yang kaya dan pelbagai corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi.
Konsep rukun negara
telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara..
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
Pembentukan
Majlis Muhibah
Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan
daripada MAGERAN. Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri
dan kawasan. Ini bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini
berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia.
Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di
kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan
keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat
peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Penyusunan
Semula Politik (Barisan Nasional)
Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan
parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan
yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir
atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei
1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti
Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina
Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan
Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan
Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup
memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan
kaum.
Dasar-Dasar
Kerajaan Untuk Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik Selepas Peristiwa 13 Mei
1969
Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak
negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak
Dato’ Hussein menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau
disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang tidak diingini sekali lagi.
Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi maslah ini melalui
dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan di kalangan masyarakat
berbilang bangsa.
Dasar
Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan
mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu:
Pembasmian
Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
Melalui
dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan
kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan
terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat
rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar
Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti
pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
Antara
program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut:
a) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair
termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan
penanaman padi dua kali setahun.
b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan
penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi
sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada pekebun kecil.
c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian
subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan
yang perlu dan lebih berguna.
d) Memlaksanakan rancangan pembukaan tanah baru
yang membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya
skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan
dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA).
e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti
klinik, hospital, sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan
peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.
Penyusunan
Semula Masyarakat
Dalam Dasar
Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula
masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan
pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk
pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus
ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada
tahun 1990.
Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan
telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan
pelaksanaan DEB:
i)
Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor
ekonomi tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan
pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat
pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang
berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta.
Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai
matlamatnya kerajaan turut menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat
untuk menggerakkan instrumen DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian
untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah:
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB).
2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
(PKEN).
4. Bank Negara.
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
6. Skim Amnah Saham Bumiputera.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990.
Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk
mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat
sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam
aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti
purata pendapatn isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah
dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah
berkurangan.
Dasar
Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada
Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman
Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya
dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan
kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah
yang telah diambil ialah:
1. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah
rendah.
2. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua
sekolah menengah.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
di semua sekolah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu
mula diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 1970 tetapi mulai tahun 1983 semua kursus tahun pertama di
peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu.
Objektif
utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara
dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya.
Antara matlamat lain dasar ini ialah:
i) Untuk menghasilkan masyarakat yang bersatu padu,
berdisiplin dan terlatih.
ii) Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya
menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
iii) Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial
dan politik negara.
iv) Membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu
padu dan saling memahami antara satu sama lain.
v) Mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat
terlalu ramai murid yang keciciran dari alam persekolahan pada usia yang muda
hingga mengurangkan potensi kerja negara.
vi) Mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang
dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas
kepada kumpulan yag kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar.
Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah:
a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar yang utama.
b) Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama
di semua sekolah.
c) Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) pada 1982 berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira
serta memperkenalkan. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988. Terbaru
Kurikulum Standard Sekolah-Sekolah Rendah (KSSR).
d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan
keagamaan.
e) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat
memupuk disiplin dan perpaduan.
f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional
dan mempelbagaikan kemudahan pelajaran.
Langkah-langkah di atas amat penting untuk memupuk
perpaduan terutamanya langkah yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
yang utama. Ini akan memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil
dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat
berinteraksi dengan menggunakan satu
bahasa tunggal iaitu Bahasa Melayu. Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan
dapat melahirkan insan generasi yang dapat menghargai perpaduan dan bermoral
tinggi agar tidak berlaku lagi ulangan kepada peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah
pendidikan negara yang telah ditetapkan seperti berikut:
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas
nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk
menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha ke
arah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak
akan berulang.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang
bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya
antara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat digunakan
untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi
mencerminkan satu keperibadian Malaysia. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah
dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres
Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu:
I) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah
berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini;
II) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan
wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan.
III) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan
dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar ini
juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai
kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang budaya masing-masing agar perasaan prasangka
anatara satu sama lain dapat dihindari. Antara lain dasar ini juga menolak
unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan mempengaruhi
kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:
i) Membantu
mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti
kebangsaan.
iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu
kehidupan manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan
kebendaan di Malaysia.
Pelaksananan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling
penting ialah soal pelaksanaan keran jika ia hanya sempurna di atas kertas
tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk.
Begitu jua dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan
seperti di bawah agar matlamatnya tercapai:
1. Memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan
kebudayaan di peringkat negeri dan nasional.
2. Memberi latihan dan menyokong
pergerakan-pergerakan kebudayaan.
3. Meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai
bidang seni di negara kita.
4. Memupuk kesedaran kebangsaan.
5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
Dasar
Pembangunan Nasional (DPB)
Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh
Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN
dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung
dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000. Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan
tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini
ialah untuk membentuk perpaduan kaum. DPN merangkumi beberapa aspek penting
seperti berikut:
a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di
antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang saksama.
b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi
sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara
sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan
ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk
menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi
daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.
d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional
dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan
ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar.
e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di
mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping
mempunyai nilai-nilai sosial dan
kerohanian yang positif serta menghayati
perasaan bangga dan cintakan negara.
f) Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan
tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan
kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri
melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula
masyarakat.
g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu
teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan
usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan
berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan
satu ekonomi perindustrian yang moden.
h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai
pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada
perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan
pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah
digariskan kepada pendekatan strategi ekonomi DEB iaitu:
a) Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan
golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif.
b) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah
masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.
c) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta
untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat
d) Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan
sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat
pertumbhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah
dilaksanakan menerusi DEB dan bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia
yang lebih makmur dan sentosa.
Kesimpulan
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 jika dilihat dari
satu aspek sememangnya banyak memberikan kesan negatif terhadap negara kita
tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak memberi
kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah
kita kini dapat hidup dan membentk sebuah negara Malaysia yang aman damai,
harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya
berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman
damai. Jika dilihat faktor berlakunya
peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan
disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang
mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di
Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil
langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan
tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara
akan terus terpelihara dan terjamin.
Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada
negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai
sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang
dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia
ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman
politik dan salig membantu antara satu
sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh
kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia
berjaya mencapai matlamatnya. Selepas 13
Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi
negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada
usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti
Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional.
RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Ismail. (2005). Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Hidayat Buang. (1998). Undang-Undang Islam di
mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia. [Kuala Lumpur]: Jabatan Syariah dan
Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Andaya, B. and Andaya, L. (2001). A history of
Malaysia. Basingstoke: Palgrave.
Bari, A. (2013). Raja Berperlembagaan: Prinsip dan
Amalannya di Malaysia. Journal of ethics, legal and governance (REKASAYA),
2.
Comber, L. (2009). 13 May 1969. Singapore:
Marshall Cavendish Editions.
Hj Salleh, B. (2003). Prinsip Perlembagaan Dan
Pemerintahan Di Malaysia. 3rd ed. Selangor: Dawama Sdn Bhd.
Kua, K. (2007). May 13. Petaling Jaya,
Selangor: SUARAM.
Mahani Musa. and Tan, L. (2000). Sorotan terpilih
dalam sejarah Malaysia. [Pinang], Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia bagi pihak Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Mkn.gov.my (2013). Raja Berpelembagaan.
[online] Retrieved from: http://www.mkn.gov.my [Accessed: 18 Sep 2013].
Royal.gov.uk (2013). History of the Monarchy.
[online] Retrieved from: http://www.royal.gov.uk/ [Accessed: 18 Sep 2013].
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)