My Home

Followers

Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Jumaat, 21 November 2014

Alahai MAS: Rezeki tak ditentukan oleh ARAK, tp rezeki datangnya dari ALLAH!

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Terkedu membaca akhbar semalam.

Bilamana manusia yang jahil menjadi nakhoda, kapal yang dikemudi pasti bermasalah..

Sangat setuju dengan pandangan DR ZAHARUDDIN, MAS sila ambil iktibar!!!

::::keratan dibawah di cedok dr:  Sinar Harian

KUALA LUMPUR - MAS perlu ubah dasar berkaitan penjualan arak dalam penerbangan mereka, jika tidak mereka harus berani untuk menanggung akibat, kata Presiden Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Zaharuddin berkata, pandangan bahawa penjualan arak dalam penerbangan yang kononnya bersifat komersil perlu diubah kerana MAS tidak akan rugi jika tiada hidangan arak dalam penerbangan mereka.

"Apa yang menjadi keutamaan pengguna sewaktu hendak membeli tiket kapal terbang adalah sama ada harga tiket murah atau tidak dan adakah jadual penerbangannya tepat dan keselamatan mereka terjamin?

"Rakan-rakan bukan Islam dan kerap menaiki penerbangan mengaku bahawa mereka tidak pernah mengambil kira faktor sama ada sesuatu penerbangan itu ada jual arak atau tidak, adakah pramugarinya seksi atau tidak, ketika hendak membeli tiket. Tidak pernah ada dalam pertimbangan mereka," katanya.

Menurutnya, itu menunjukkan bahawa soal arak langsung tidak ada kepentingan untuk dihidangkan dalam kapal terbang kerana yang menjadi keutamaan pengguna kapal terbang adalah soal harga tiket serta keselamatan mereka.

"Mas perlu pertimbangkan perkara tersebut dan jika ada pengguna yang tidak berpuas hati dengan pendedahan itu dan hendak memboikot MAS, pada saya tidak salah.

"Mereka ada hak dan boleh menggunakan kuasa pengguna yang dimiliki. Jika MAS tidak berganjak dengan keputusan untuk terus menghidangkan arak dalam penerbangan mereka, mereka perlu tanggung akibat," katanya.

Katanya, kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam isu tersebut dan mencari penyelesaian kerana mereka mempunyai kuasa.

Ketika mengulas adakah pengguna Islam yang membeli tiket termasuk caj arak tersebut berdosa, Zaharuddin berkata, pembeli tidak menanggung dosa sebaliknya pengurusan MAS yang berdosa dalam keadaan tersebut.

"Niat pembeli hendak beli tiket dan bukan hendak beli arak tetapi pengurusan MAS pula menyediakan caj hidangan yang terdapat arak dalam menu mereka," katanya.

Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Khamis, 2 April 2009

SLUMDOG MILLIONAIRE DAN IMPIAN DUNIA PINGGIR


Bayangan tentang filem-filem India yang bermain di fikiran tentunya ialah filem tarian erotis, aktres dan aktor yang kacak jelita, mahligai besar tersergam dan panorama alam yang indah-indah. India adalah dunia yang penuh keriaan, kemewahan dan kehidupan manusia moden yang teratur. Cinta tentunya adalah dunia pengorbanan dan kesetiaan yang tiada batasannya. Kejelitaan dan keseksian pelakon wanitanya serta kekacakan dan kekekaran tubuh pelakon lelakinya, menjadikan filem India adalah sebuah dunia ideal yang tak tergapai inspirasinya. Tetapi itu adalah wajah komersil Bollywood yang menjadi antara industri filem terbesar di dunia. Pengeluaran filem Bollywood di India adalah yang tertinggi di dunia. Hampir 800 buah filem Bollywood yang dikeluarkan setahun. Semua filem ini adalah berfungsi untuk berhibur dan menarik khalayak seramai mungkin untuk tujuan komersil. Tetapi pada hakikatnya ia tidak seindah itu. Apabila Danny Boyle menukarkan wajah Bollywood kepada sebuah Mumbai dari kaca mata orientalis mungkinnya, Bollywood yang penuh mimpi indah pecah menjadi kaca yang berselerakan.

Slumdog Millionaire membalikkan dunia ideal Bollywood itu kepada realiti India di penempatan kawasan miskin, perselisihan agama, keganasan pihak berkuasa, dunia samseng di kota besar seperti Mumbai dan kekejaman terhadap kanak-kanak. Realiti sebuah kehidupan dunia orang miskin di Mumbai diangkat ke filem hingga menjadikannya begitu nostalgik dan monumental. Jamal Malik adalah sebuah watak manusia paling kecil dari daerah miskin dan sesak di Juhu, Mumbai. Sebahagian besar daripada masyarakat pinggir atau masyarakat ghetto ini ialah masyarakat Islam, iaitu golongan minoriti yang terabai dan sering menjadi mangsa keganasan pihak fanatik Hindu. Jamal Malik diwujudkan untuk menjadi wira bahkan lagenda dunia pinggir atau masyarakat marginal yang menjadi subjek pembalikan realiti di sini. Realiti utama bagi pemikiran mapan (establishment) ialah masyarakat perdana seperti yang digambarkan dalam filem-filem drama-muzikal Bollywood. Tetapi dalam Slumdog Millionaire realiti utama ditindih oleh realiti pinggiran yang dibalikkan untuk menjadi realiti perdana.

Jamal Malik memenangi peraduan kuiz yang membolehkannya menerima hadiah wang tunai sebanyak 10 juta rupee sekaligus menjadikannya sebagai seorang jutawan dalam sekelip mata. Jamal Malik juga menjadi wira masyarakat miskin di India. Jamal Malik dilihat sebagai wakil atau lambang daripada impian jutaan masyarakat miskin yang hidup di rumah-rumah kotak yang sesak, di timbunan sampah yang berselerak, di celah-celah kehidupan demokrasi yang penuh ancaman. India adalah negara demokrasi yang terbesar di dunia dari segi populasinya. Tetapi demokrasi ini juga menyaksikan penindasan orang miskin, penyelewengan kuasa, dan perlakuan jenayah yang tidak terhitung banyak dan dahsyatnya. Inilah realiti yang diangkat oleh Danny Boyle yang melayakkannya untuk memenangi Anugerah Pengarah Terbaik dan menyapu lapan anugerah oskar termasuk Anugerah Filem Terbaik di 81st Academy Awards, iaitu anugerah paling berprestij di Hollywood.


Lahir dalam masyarakat minoriti Islam yang menetap di kawasan paling miskin di Mumbai, di bawah rumah-rumah kotak yang bertindan tindih sesak dan kotor, Jamal memulakan impian slumdog untuk mewujudkan mereka sebagai sebuah kewujudan dalam dunia yang tidak pernah melihat kewujudan mereka. Kerajaan menyisihkan mereka, fanatik Hindu memburu mereka, komplot penjahat mempergunakan mereka, masyarakat kaya menyumpah mereka dan polis juga menjadikan mereka sasaran kepada segala masalah sosial. Apakah impian yang dipunyai oleh Jamal Malik, kanak-kanak yang berlarian bersama abangnya Salim Malik dan gadis kecil piatu Latika setelah ibu mereka mati dibunuh oleh fanatik Hindu dan diburu kumpulan samseng untuk mempergunakan mereka sebagai pengemis dan pelacur. Mereka tidak mempunyai apa-apa impian dan harapan sebenarnya melainkan terus hidup tanpa tahu apa sebenarnya yang mereka lalui. Tanpa tahu apakah mereka ini sebenarnya. Dan tanpa tahu apakah mereka akan terus hidup keesokan harinya.



Jamal dan abangnya Salim bangkit daripada mati beberapa kali. Ketika usia kanak-kanak sehingga remaja, nyawa mereka setiap saat bertempur dengan maut. Namun ketika Jamal keluar daripada gelung dunia gelap yang membawa mereka kepada maut setiap saat, Salim abangnya yang menjadi ghairah dan angkuh dengan kemenangan mengatasi maut terus mendiami dunia gelap. Kerana angkuh dan ghairah dengan kemenangannya membunuh Maman, ketua samseng yang pernah mencerkap mereka dan membutakan mata kawannya untuk dijadikan pengemis, Salim bertukar rupa menjadi penjahat yang dahulunya amat dia benci. Salim membuang Jamal kerana merebut Latika untuk nafsunya. Sedang cinta Jamal kepada Latika adalah cinta yang benar-benar suci. Salim akhirnya menjadi orang suruhan ketua samseng Mumbai, Javed Khan.

Mereka berpisah kerana Salim telah berubah. Jamal melalui hidupnya sendiri menjadi chaiwala (pembantu yang menghidangkan air) di sebuah syarikat besar, dan hidup dengan satu-satunya keinginan dan harapan – iaitu bertemu kembali dengan Latika. Saat ini, nasib menjadi penggerak hidup dan impian. Terbuka peluang untuk Jamal mencari Latika melalui cariannya terhadap nama Salim Malik. Jamal bertemu Salim, tetapi Salim telah banyak berubah. Kehidupannya di dunia gelap menjadikan jiwanya juga gelap. Tetapi masih ada secuil rasa persaudaraan di hati Salim untuk kegembiraan bertemu Jamal. Namun bukan Jamal. Dendam Jamal kepada Salim tetap membara. Bagaimanapun, hati manusia yang baik seperti Jamal tidak dapat menafikan kasihnya kepada satu-satunya saudara yang dia punyai – Salim.


Mereka berpisah setelah Salim sekali lagi merampas Latika daripada Jamal. Untuk mendapatkan kembali Latika inilah, Jamal memasuki rancangan kuiz menjadi jutawan, “Who wants to be a millionaire”. Di mana-mana ketamakan dan kejahatan berada di hati manusia. Pengacara dan pemilik rancangan itu juga tidak dapat menerima hakikat Jamal, seorang anak gelandangan daripada kawasan miskin itu dapat memenangi peraduan kuiz dan mengaut 10 juta rupee. Jamal disumbat ke penjara kerana tuduhan menipu. Di penjara inilah cerita Jamal terpapar. Jamal diseksa polis untuk mengaku bahawa di menipu. Di balai polis inilah filem Slumdog Millionaire ini bergerak. Imbas kembali, imbas hadapan, seluruh kehidupan politik, ekonomi, sosial, budaya membawa kepada pertelagahan kaum, penyelewengan kuasa, keganasan samseng dan segalanya yang tersembunyi dibuka.

Jamal merasakan dia tidak ada apa-apa yang mahu disembunyikan kepada inspektor yang sibuk dan tegang untuk menyelesaikan kesnya yang bertimbun. Jamal menceritakan satu persatu bagaimana dia dapat menjawab semua soalan yang ditanyakan sehingga dia mendapat 10 juta rupee itu. Setiap jawapan Jamal adalah kisah hidupnya, seorang manusia kecil dari kawasan paling miskin yang tidak pernah dirasakan kewujudan mereka dalam diri sebuah negara yang dikatakan akan menjadi pusat perkembangan kuasa dunia yang baru. Dan setiap jawapan Jamal inilah plot yang menjalin cerita demi cerita tulisan Vikas Swarup dan akhirnya melengkapkan Slumdog Millionaire yakni sebuah filem di tangan Danny Boyle. Jamal memenangi 20 juta rupee, memperolehi kembali Latika melalui pengorbanan Salim. Salim menebus dosanya dan mati terbunuh demi demi kebahagiaan adiknya Jamal. Danny Boyle memasukkan tradisi peleraian Bollywood, untuk membingkaikan Slumdog Millionaire sebagai sebuah filem India.

Dalam dunia perfileman, Slumdog Millionaire muncul sebagai suatu yang baru dan mengejutkan. Tetapi dalam dunia sastera Slumdog Millionaire telah lahir berbelas kali dalam novel-novel terkemuka penulis India. Bermula dengan Paria karya Mulk Raj Anand membawa kepada God of Small Things di tangan Anundhrati Roy. Slumdog Millionaire adalah filem yang menyambung kehebatan sastera-sastera besar India ini. Di titik inilah sebenarnya Slumdog Millionaire bertolak dan menjadi besar. Sebuah sastera tentang kehidupan rakyat dalam sebuah filem.

Sumber: Milenia muslim
Oleh: S.M. Zakir

Selasa, 10 Mac 2009

Al-Insyirah Penenang di Kala Resah




1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?

4. dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).


Al-insyirah, antara surah yang banyak menghiburkanku disaat ujian datang bertandang...
menghayati maksudnya membuatkan hatiku gerimis. Tersedar dari lamunan betapa maha penyayangnya Allah terhadap kita.

Surah al-Insyirah menyorot makna yang amat mendalam tentang dugaan yg Allah bagi dengan tahap ujian yang berlainan mengikut kemampuan hambaNya. Di sebalik kesusahan ada kesenangan, disebalik kesempitan ada kelapangan. Manusia yang beriman percaya bahawa setiap kesusahan yang dialami hanyalah sebagai ujian, dan kelak Allah akan gantikan pula dengan nikmat yang berlipat ganda. Inilah di antara peringatan untuk diri mereka supaya dapat menghalang persangkaan buruk terhadap Allah dan menghindari sikap berkeluh kesah serta berputus asa. Allah akan menguji seseorang itu melebihi apa yang mampu seseorang tu tanggungi..

Sebenarnya dalam kita berjalan dibumi milik Allah ini, kita lupa bahawa kehidupan itu hanya pinjaman. Kita lupa bahawa Allah pemilik langit dan bumi tempat kita berjejak ini sentiasa mengawasi tingkah laku kita. Kita lupa Allah maha mengetahui setiap perkara walau jenuh kita cuba sembunyikannya. Kita lupa Dia bila kita mendapat kesenangan...tapi kita cari Dia bila dalam kesusahan. Bayangkan, Allah melakukan hal yang sama pada kita...bagaimana? Tetapi Allah maha sempurna dan adil...Dia maha penyayang terhadap hamba-hambanya. Lalu diuji agar hambanya agar kembali sedar. Allah sandarkan kesusahan untuk menyedarkan kita..untuk mengembalikan rasa tawadu' kita pada Allah..Syukur Alhamdulillah

Andai berasa diri jauh dari Allah..segeralah kembali padaNya. Dia maha mendengar, mengadulah seinfiniti masalah kita padaNya...jangan segan silu untuk mengadu dengan Allah. Allah sangat suka pada hambaNya yang selalu merintih padaNya. Koreksi diri dan nasihati diri terlebih dahulu adalah lebih utama dan lebih wajib. Kadang-kadang kita memberi nasihat yang berbunga pada orang lain tapi kita lupa untuk memuhasabah diri sendiri.( itulah diriku)

dalam surah ni jugak ditekankan apabila telah selesai sesuatu urusan..maka bergegaslah kamu mengusahakan urusan-urusan yg lain. Jangan lepa dan leka, masa itu terlalu sedikit berbanding tanggugjawab yang perlu dipikul. Manfaatkan masa yang ada. Ayuh, bangkitlah dari mimpi yang panjang...islam perlukanmu!

Selasa, 17 Februari 2009

Majoriti Tak Semestinya Betul...

Jajarkan ke Tengah

Apakah yang terlintas di fikiran anda tatkala melintas seorang yang berbadan besar di hadapan anda? qM yakin dan percaya anda akan mengatakan: " Gemuk nye dia..." Tetapi si Gemuk akan selalu mengatakan 'majoriti tak semestinya betul' bagi memotivasikan dirinya supaya sentiasa yakin untuk berdepan dengan makhluk alam...Berita seterusnya...

Sabtu, 17 Januari 2009

Takbir!!!!



Takbir!!!

Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar!!!

Alhamdulillah segala pujian hanya untukMu...


Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.


Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

Seperti yang diumumkan oleh Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.


Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit.
Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004.


Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)
DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.


Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm

Sumber Petikan: harakahdaily.net

Jumaat, 16 Januari 2009

Boikot...Boikot!!!

Terlalu kejam mereka itu, membunuh tanpa ada rasa perikemanusiaan...manusiakah mereka? Jika benar, mana rasa belasnya? Mana hilangnya nilai kemanusiaan? Mana pergi semua itu yang melayakkan mereka digelar manusia? Mana pergii?!

Bayangkan bagaimana saudara kita ditindas habis-habisan. Bekalan perubatan serta bantuan kemanusiaan dinafikan sama sekali, nah sekarang israel dahagakan pula darah-darah rakyat palestin. Sudah pasti mereka yang bertopengkan manusia itu akan berasa puas jika seluruh penduduk di bumi palestin itu dilenyapkan...

Cuba kita berfikir sejenak...berimankah kita? Jika benar, apa yang boleh kita buat untuk membantu saudara kita di sana? Bukankah junjungan kita telah menyatakan bahawa selemah-lemah iman seseorang, apabila melihat kemungkaran dia menyanggah kemungkara itu di dalam hatinya..apakah setakat itu sahaja yang mampu kita lakukan, benarkah tidak ada cara lain yang BOLEH disumbangkan untuk membantu saudara kita disana?

Tahukah kita, rejim ini memperolehi sumber kewangan daripada syarikat-syarikat berkepentingan Yahudi. Secara tidak langsung, sesiapa yang menjadi pengguna barangan keluaran mereka dan sekutu-sekutu mereka turut bersekongkol dalam membunuh saudara kita di Palestin. Antara faktor terbesar yang boleh memberi tekanan kepada Israel dan AS ialah memulau barangan keluaran syarikat berkepentingan Yahudi. Jika seluruh umat Islam bangkit memberi sokongan kepada kempen ini, sudah pasti tahap jualan syarikat-syarikat yang bersekongkol dengan Israel dan AS akan terjejas.

Pemulauan itu akhirnya akan mengurangkan permintaan terhadap barangan keluaran syarikat yang bersekongkol dengan mereka. Kempen pemulauan ini juga berperanan untuk memberi amaran kepada Israel dan AS supaya menghentikan kekejaman ke atas penduduk Palestin atau mereka akan berhadapan dengan masalah ekonomi akibat penurunan permintaan ke atas produk-produk keluaran syarikat yang bersekongkol dengan mereka.

Ayuh, jika kita mengakui mereka saudara kita, sahutlah seruan ini! Kita diibaratkan satu ruh di dalam satu jasad, bertunjangkan kalimah Laailaahaillallah....Muhamadurrasulullah..

PILIHAN DITANGAN ANDA, ANDA YANG MENENTUKAN SAMADA UNTUK MEMBELI ATAU TIDAK.

Rabu, 31 Disember 2008

GAZA BERHADAPAN JENAYAH KEMANUSIAAN

" Gaza berhadapan dengan jenayah kemanusiaan"

Itulah hakikat yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun seperti yang di nyatakan oleh Menteri luar Syria, Walid Muallim dalam mensyuarat Menteri-Menteri Luar Arab di Kaherah baru-baru ini.

Hakikatnya,


1) Umat Islam Palestin di Gaza khususnya yang ditimpa penyakit kronik tidak dapat keluar daripada Gaza bagi mendapatkan rawatan kerana larangan daripada pihak Israel.


2) Sumber kesihatan Palestin mengesahkan angka bilangan kematian yang tercatat sepanjang kepungan yang dibuat oleh Israel seramai 261 orang termasuk seorang wanita yang berumur 34 tahun. Doktor Mu’awiyah Husnain berkata “termasuk yang syahid setakat ini ialah seorang wanita yang bernama Karimah Zuhair Abu Dallal, ibu kepada lima orang anak”. Penyakit yang dihidapinya sepatutnya dapat dirawat di hospital luar Gaza. Akan tetapi dek kepungan ini beliau tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan sehinggalah beliau mati.


3) Kementerian kesihatan Palestin menyatakan bahawa hospital terbesar yang terdapat di Gaza berhadapan dengan masalah kehabisan gas memasak, keadaan ini amat menyukarkan kerana mereka sepatutnya menyediakan hampir 1500 makanan setiap hari kepada para pesakit. Lebih menyulitkan keadaan apabila gas yang sama sepatutnya digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Oleh yang demikian kementerian tersebut menyeru negara arab dan Islam menyuarakan isu ini ke peringkat antarabangsa.


4) Lebih memalukan umat Islam apabila sebuah akhbar berbahasa Arab bertarikh 20/11/2008 telah melaporkan Majlis Kesatuan Ekonomi Arab di bawah Liga Arab membelanjakan 50 juta dolar untuk projek membela Penyu laut, sedang umat Islam di Gaza dikepung dan dihimpit kesusahan serta penderitaan, mereka sebok dengan projek yang tidak menguntungkan ini. Muhammad Abdul Fudhail Syusyah, gabenor timur Sina menyifatkan “inilah projek pertama yang sepertinya di Mesir”. Adakah penyu laut lebih berharga daripada nyawa saudara mereka di Gaza ? .


5) Akibat daripada kepungan ini, bekalan makanan juga semakin berkurangan. Satu laporan menyebut bahawa mereka yang menduduki Gaza kini terpaksa mengambil tepung yang pada asalnya adalah dijadikan makanan kepada burung-burung, kini ianya dijadikan makanan kepada sebahagian penduduk Gaza yang kekurangan bekalan.


6) Bantuan daripada luar juga tidak dibenarkan masuk untuk disalurkan kepada masyarakat dan penduduk Gaza.


7) Bekalan elektrik juga terputus akibat daripada kepungan ini, bermakna mereka kini berada dalam keadaan bergelap pada waktu malam.


Jesteru Aman Palestin menyeru rakyat Malaysia yang perihatin agar memainkan perana positif dalam membantu saudara mereka yang sangat memerlukan pada masa ini. layari www.amanpalestin.org
sumber: www.amanpalestin.org

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)