My Home

Followers

Jumaat, 14 Mei 2010

Facebook oo fesbuk!


Hari ini sudah hari jumaat, 14 mei 2010..Wahh memang lama sungguh saya tidak menjenguk blog ini. Terasa gatal pulak tangan untuk mencoret sesuatu di dinding blog yang sudah lama tak berusik. Destinasi maya saya lebih tertumpu kepada facebook sejak dua menjak ini, kerana di situ kawan-kawan lebih ramai suka melepak..boleh 'chatting' secara langsung. Tidak keterlaluan untuk saya katakan facebook telah berjaya menarik ramai netters sehingga malas untuk 'berposting' di blog lagi. kecuali jika mereka mempunyai agenda tertentu seperti membuat 'posting untuk perkara ilmiah, perniagaan atau sebagainya. Jika mereka hanyalah sekadar menulis blog untuk bercerita rutin hidup, saya rasa facebook telah menjadi tempat lepak nombor satu!

Namun begitu, saya telah mengenalpasti beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua penagih facebook sekalian. Antara apa yang saya sedang fikirkan adalah soal keselamatan. Tahukah anda dengan kuasa yang dimiliki oleh facebook, sesebuah negara boleh ditawan dengan mudah, seseorang boleh dipenjara, kes bunuh, rogol, samun dan sebagainya dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali jika kita tidak berhati-hati dari sekarang. Mengapa jadi begitu? jawapannya mudah sahaja, bukankah facebook merupakan 'social network' yang sedang hangat seperti pisang goreng, kebanyakan orang menggunakan facebook untuk bercerita apa sahaja tanpa menilai baik buruk tindakannya itu, bahkan boleh mengundang dosa pula! Katakan seorang wanita mengeluh di facebook mengatakan dia bosan tinggal bersendirian di rumahnya saat itu...wahh amat mudah sekali syaitan yang bertopengkan manusia ini mahu mengambil kesempatan. Tambahan pula wanita itu mengisi lengkap maklumat tentang dirinya di facebook, lagi mudahlah tempat tinggal wanita itu dikesan. Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah sila terhadkan orang yang boleh akses maklumat peribadi anda (mungkin ini cara terbaik walaupun tetap mempunyai kelemahannya juga)

Perkara kedua ialah, hmm kebetulan perkara yang saya fikirkan sama seperti yang telah dilaporkan oleh Consumer Reports Magazine tentang 7 perkara yang tidak patut dilakukan di facebook iaitu, menayang tarikh lahir anda di facebook. perkara ini tidak patut dilakukan kerana ramai penyamun profesional diluar sana yang boleh mengambil kesempatan untuk menyamun wang anda, hanya dengan menggunakan tarikh lahir, segala maklumat anda amat mudah untuk berada dalam genggaman mereka! Jadi beringatlah, sila tukar status tarikh lahir anda..(pesan saya tak payah tayang langsung lagi bagus!)

Perkara ketiga mengenai kata laluan atau password. Sila gunakan gabungan angka dan huruf untuk lebih selamat dan susah untuk diteka oleh orang lain. sebagai contoh 'qirmumtaz2u'.

Keempat ialah, Sebagai ibu bapa yang prihatin sila awasi penggunaan facebook oleh anak-anak anda. Dedahkan kepada mereka bahaya yang boleh berlaku berpunca daripada ulasan yang di tinggalkan oleh anak-anak anda! sebagai contoh, ' mak, ayah aku baru je amik RM1 juta dari bank'..nampaknya ayat ini boleh menjadi umpan berlaku nya kes-kes yang tidak diingini.

Kelima ialah, meletakkan foto kenangan, sehingga beratus-ratus keping foto dalam pelbagai gaya dan fesyen. Pernah juga saya jumpa gambar seseorang yang memang dikenali sebagai 'thiqah' tetapi tetap meletakkan gambar santainya dengan aurat yang tidak ditutup dengan sempurna..Hmm tercalar imej Islam yang di pegang selama ini..perkara ini memang boleh berlaku kepada semua orang termasuk saya..namun sama-samalah kita berpesan-pesan kepada kebenaran! Sila elakkan diri daripada perkara sedemikian kerana foto anda sesiapa pun boleh melihat, dan jangan beralasan hanya untuk tontonan anda saja! Tidak perlu rasa sayang untuk men'delete' gambar anda yang tidak menutup aurat itu, takutlah kepada Allah, sesungguhnya azab Allah amat pedih!

Sebenarnya masih banyak lagi perkara yang boleh membawa keburukan kepada kita jika kita memandang ringan tentang facebook. Sila ambil langkah-langkah bijak anda sekarang. Namun begitu gunakan ia sebaik mungkin untuk perkara yang lebih bermanfaat dan berdakwah dengan cara anda. Moga diganjari pahala atas setiap satu kebaikan yang dilakukan..Insya Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)