Biasanya waktu petang begini, yusra ligat merangkak ke sana ke mari, pantang nampak barang mesti capai dan terus jilat, agaknya nak rasa kot benda2 tu semua. Tapi petang ini dia terdampar lesu. Lena diulit mimpi. Badannya lemah apabila doktor mengesahkan anakku mengalami demam campak palsu. Aku pun kurang arif pasal campak palsu ni, inilah kali pertama aku dengar istilah tu.
Menurut doktor tanda-tanda campak palsu ni, bayi akan demam 3 hari kemudian keluar ruam2 merah di sekitar kepala dan leher, itulah yang berlaku pada yusra. Kesian kat dia. Sebelum aku ke hospital, sudah 2 buah klinik aku pergi. Tapi doktor kata dia demam biasa, mungkin masa tu belum keluar ruam tu kot. Tapi bila suami tengok muka yusra penuh dengan ruam masa bangun pagi tadi, dia terus ajak aku dan anak ke hospital. Sampai hospital, terpaksa lak tunggu hampir 2 jam, lomah lutut den asyik dukung yusra dari awal. Ingatkan hospital swasta cepat la sikit, ni sama ja dengan gomen punya..aiyaa sabau aja lor..
Selepas habis consult ngan doktor kene pi ambil ubat di farmasi, kat sana kena tunggu giliran lagi, sabau lagi. "semua sekali RM61.20 encik". aiyaa manyak mahai ma..consult saja RM50, daftar RM10, pastu ubat tahan gatai hanya RM1.20 aja..Rezki doktor takpala..
Sampai rumah yusra meragam, mungkin rasa miang kat badan kot. Maklah yang tenangkan dia, sampai tertidur. Lama juga dia tidur. Selepas dia bangun aku mandikan dia dan selepas minum dia tidur semula hinggalah ke saat ini. Ummi doakan yusra cepat sembuh ya sayang..
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
salam ziarah balik sha..ada jugak ek campak palsu..
BalasPadamsemoga yusra cepat sembuh dan aktif kembali
hehe itulah sya pun pelik gak..
BalasPadamBrp hr cmpk palsu ni hilang?
BalasPadam