Aku bahagia
Ketika entri ini ini ditulis, aku baru sahaja selesai meyiapkan makan tengahari untuk keluarga, ibu dan bapa mertua, suami dan anakku. seronok juga memasak untuk keluarga sekali sekala. almaklumlah kebiasaannya ibu mertua yang akan masak untuk tengahari untuk kami sekeluarga. memang syukurku tidak terhingga kepada Allah kerana telah memberi aku nikmat yang amat-amat membahagiakan diriku. anugerah ibu dan bapa mertua yang memahami, suami yang baik juga anakku yang comel.Kebaikan mereka saling tak tumpah seperti ibu dan bapaku sebenar.Alhamdulillah, segalanya datang dari Allah..
Tatkala khabarku pada iman
ya apa khabar pula dengan imanku hari ini, harapku agar ia jauh dari kesyirikan terhadap sang pencipta yang mengciptakan aku. Dia yang telah menciptakan diriku dan hatiku, agar tetap hatiku pada tuhan yang esa. Semoga segala yang aku lakukan adalah diatas nama Allah swt. Agar keberkatan senantiasa mengelilingiku, dulu, kini dan selamanya. kadang-kadang memang payah untuk dinafikan, ada waktu naik dan turunnya iman. kurang bersyukur pada tuhan. kadangkala bila kesusahan datang, hatiku tewas dalam bisikan syaitan laknatullah, sanggup aku terbuai dengan hembusan bisikan itu. sedangkan firman Allah sudah ku dapati didalm lembaran alfurqan.
“(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”(Surah al-A’raf: ayat 16-17)
“maka janganlah kamu sekali-kali terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah”(Surah Luqman: ayat 33)
9-“
Apa yang kuharapkan agar imanku terpelihara dari bisikan nafsu dan syaitan yang boleh membawa aku ke dalam azabMu tuhan!
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
tahniah
BalasPadamda pandai masak tuk kluarga skrg ni....
try your best in the future cooking.....
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTq..supporter..
BalasPadam